Mafia in Love

By popieyaa

1M 34.9K 5.2K

Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintaka... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Iklan
CERITA AFIQ

Part 26

25.7K 1K 134
By popieyaa

Adam mengemaskan balutan pada lengannya sambil menghirup udara segar di rumah barunya. Nafas berat dilepaskan.

Kehilangan Najwa pada hari itu masih terngiang-ngiang di dalam ingatannya. Sejak peristiwa itu beberapa hari lepas, mayat Najwa langsung tidak ditemui selepas itu.

"Dam, makan la ni. Bibik dah banyak bawak makanan untuk kau, tapi kau tak sentuh langsung." tegur Afiq setelah melihat tiga dulang makanan yang masih tidak terusik.

"Aku tak lapar." Adam duduk di kerusi luar sambil merenung pokok-pokok hijau di hadapannya. Seandainya dia bersama dengan Najwa masa itu, gadis itu pasti selamat.

"Najwa selamat punya, dia kan kuat." Afiq cuba menenangkan abangnya. Sewaktu dia berpisah dengan Tasya juga, Adam tidak pernah bersikap begini sehingga tidak ingin makan.

"Fiq, abang takut." Adam memeluk tubuh adiknya itu. Memang gelaran abang itu dia akan gunakan apabila dia ingin bermanja dengan adiknya atau dia sedang bersedih.

"Takde apa lah." belakang badannya digosok perlahan. Badan Adam sudah naik turun menandakan dia sedang menangis.

"Dam, manja lah kau ni."

"Fiq, abang serius tau. Bini aku hilang bodoh." carutnya geram. Boleh pula Afiq bantai ketawa apabila mereka bertentangan mata.

"Makan lah dulu. Kita makan sama-sama." ajaknya. Lambat-lambat Adam menganggukan kepalanya lalu mengambil dulang makanan tersebut kemudian mereka duduk di meja luar.

"Makan banyak-banyak, nanti kita pergi cari Najwa."










*****











Najwa cuba melepaskan dirinya namun ikatan tali itu pada tubuhnya terlalu ketat. Ruangan bilik gelap itu diperhati lama. Rumah lama yang sudah berhabuk yang langsung tiada tingkap. Seperti stor.

"Ahh!" jeritnya apabila rambutnya ditarik oleh Isyraf. Entah dia ingin berterima kasih ataupun tidak pada lelaki ini kerana telah menyelamatkan nyawanya. Tetapi dia tetap seorang yang jahat.

"Sakitlah!" jeritnya. Kaki Isyraf ditendang kuat menyebabkan lelaki itu terdorong sedikit ke belakang. Isyraf tersenyum sinis lalu menjirus sebaldi air pada wajah Najwa.

"Kau dengar sini perempuan, dengan adanya kau aku boleh dapatkan Adam!!" bahagian pinggang Najwa yang tercedara akibat kesan letupan itu dipicit.

"Ssakitt lah gila!" sekali lagi kaki lelaki itu ditendang. Isyraf tersenyum sinis lalu mula keluar dari bilik itu untuk mencari Adam. Boleh la dia umpan Adam menggunakan Najwa.

Najwa berusaha mengambil pisau lipat yang terletak di penjuru dinding itu. Kerusi digerakkan sehingga dia tiba di tempat itu. Pisau itu diambil menggunakn jari kakinya lalu dibawa ke mulutnya.

Najwa fleksibel.

Pisau itu dibawa pada bahagian perutnya. Tali itu ditoreh sedikit demi sedikit. Lama dia cuba untuk membuka ikatan tersebut, akhirnya Najwa berjaya meloloskan dirinya di dalam hutan. Dia perlu pergi dari tempat itu.

"Aduhh." dia menahan kesakitan pada pinggangnya. Darah sudah berhenti keluar, namun kulitnya itu masih lagi terasa seperi disiat-siat akibat melecur kerana terkena bahan letupan.






ISYRAF kini berdepan dengan Adam di suatu kawasan yang tidak jauh daripada tempat dia menyimpan Najwa. Wajah lelaki itu direnung tajam. Sudah pasti Adam akan membawa anak buahnya sekali sebagai langkah berjaga-jaga.

"Mana duit aku?" soalnya. Adam terus membaling beg yang berisi duit itu di hadapannya.

"3 million. Cash." jawabnya. Isyraf terus meluru ke arah beg itu lalu diperiksa isi di dalamnya. Memang ada banyak duit.

"Sekarang mana Najwa?" soalnya semula. Isyraf tersenyum sinis lalu mengarahkan Adam untuk mengikutinya. Lelaki itu hanya menurut tanpa banyak kata. Adam tahu Isyraf sedang ada banyak rancangan.

Lelaki ini memang tidak boleh dipercayai sama sekali.

Pintu rumah kecil yang lama itu dibuka. Tali yang mengikat tubuh Najwa itu dipandang. Isyraf menyepak kerusi di hadapannya kuat.

"Kau nak pergi mana? Mana bini aku?" Adam mula menarik tangannya apabila lelaki itu ingin beredar bersama beg yang berisi duit di tangannya.

"Kau cari lah sendiri!" bentaknya. Anak buah Adam sudah mula menghalang laluannya sambil menghalakan pistol tepat pada wajahnya Isyraf. Beg itu dia letakkan ke bawah.

"Adam!" Najwa menolak tubuh Adam apabila Isyraf melepaskan tembakan ke arahnya. Najwa berpatah semula kerana dia tertinggal pistolnya, namun mereka semua sudah ada di rumah itu termasuk Adam.

"Najwa? Kau okay?" tubuh Najwa yang jatuh di atas tubuhnya ditolak perlahan. Najwa mengangguk sambil tersenyum nipis.

Adam membantunya berdiri sambil melihat Isyraf yang sudah ditangkap oleh anak buahnya. Terus perut lelaki itu ditumbuk kuat olehnya. Isyraf mengerang kesakitan.

"Awak.. dah laa." Najwa menahan tangan Adam yang ingin menumbuk wajah lelaki itu. Lambat-lambat tangannya diturunkan semula.

"Bawak dia pergi." arahnya sambil berpaling ke arah Najwa. Laju tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Seminggu Najwa menghilangkan diri, hampir tidak keruan hidupnya.

"Aku mintak maaf sebab terlambat, kau okay kan sayang?" tanyanya risau. Najwa menggeleng sambil mengusap lembut wajah Adam.

"Awak tak shave." kata Najwa sambil ketawa geli hati. Adam tersenyum.

"Takde orang nak tolong aku la sayang. Takkan nak suruh Afiq tolong."

"Apa salahnya?" soalnya polos.

"Aku nak isteri aku yang buat, tangan bidadari aku." Adam mengusap lembut rambut Najwa.

"Ehem. Dah kan? Cepat la balik." perli Afiq pada alat pendengaran yang dipakai oleh Adam. Adam berdecit. Adiknya itu selalu saja menganggunya ingin bersama dengan Najwa.











SKIP









Sejak kebelakangan ini Najwa sering batuk-batuk. Mungkin kerana sering terdedah pada matahari terik kerana dia sering melakukan latihan menembak dan mempertahankan diri.

"Sayang, rehat lah." Adam menarik tangan Najwa yang memegang pistol. Najwa mengangguk lalu mengikut Adam ke dalam sebuah rumah yang lebih nyaman dan sejuk untuk mereka.

"Awak.." Najwa terus menarik Adam agar berbaring di sebelahnya juga. Lelaki itu hanya menurut tanpa banyak songeh.

"Dah nak masuk lunch, sayang nak makan apa?" Adam menyoal manja. Najwa terus bangun lalu menindih Adam. Tubuhnya dijatuhkan lalu kepalanya terletak elok pada dada lelaki itu seperti bantal.

"Rasa macam taknak makan la, saya takde selera." jawabnya malas-malas. Adam mengangguk faham sambil meletakkan semula telefonnya ke bawah memandangkan Najwa tidak lapar.

"Kenapa pulak? Tak sihat ke ni, hm?" Adam bergerak sedikit ke kepala katil untuk duduk bersandar. Tubuh Najwa ditarik semula ke dalam pelukannya.

"Saya okay je.." Najwa melentokkan kepalanya. Entah, dia juga tidak faham akan dirinya sendiri untuk hari ini.

"Awak..apa beza saya dengan Afiq?" soalannya yang tiba-tiba mengundang tawa Adam.

"Kau perempuan, Afiq lelaki."

"Salah."

"Habistu?" Adam mengangkat kening.

"Awak sayang Afiq, tapi awak laaagiii sayang saya. Betul tak?" Najwa sudah hampir-hampir ingin tertidur namun rasa mengantuknya ditahan.

"Mata dah merah, mengantuk ke sayang?" memang dari tadi dia tahu Najwa mengantuk. Tetapi dia hanya melayan kerenahnya.

"Awak.. saya rasa saya nak demam." ungkapnya sebelum tertidur di dalam pelukan Adam. Adam tersenyum. Nampaknya ada la yang mengada nanti.







































Kau menaip tapi dalam masa yang sama kau mengantuk be like.. hm aku dh mcm org mabuk.

Goodnight guyss. Eh night ke?

Continue Reading

You'll Also Like

35.6K 1K 31
"Taknak la kawin dengan pakcik tu"ucap firya "Oh taknak yee jangan harap kau boleh lepas"ucap naufal "Ehhh kamu ni naufal suka betul laa"ucap putra "...
319K 10.9K 35
'Kau milik aku. Bukan orang lain !'~ Adam Shafiq 'Awak takda hak keatas saya.'~ Raihanah Raniah 'I will make you mine forever then' ~ Adam Shafiq
17.2K 245 13
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial
166K 5.6K 40
Siapakah sebenarnya dia?? Kenapa Rayyan tertarik untuk berkahwin dengan wanita itu.. Akankah mereka akan bersama?? Kalau mau tauu silakan dibacaa😆😆...