Mafia in Love

By popieyaa

1M 35.1K 5.2K

Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintaka... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Iklan
CERITA AFIQ

Part 17

29.3K 1K 349
By popieyaa

WARNING : unexpected dress photo
(Close your eyes)

Adam memandang Tasya yang pulang dalam keadaan mabuk itu. Dia membuat muka.

"Perempuan jalang." katanya perlahan lalu menyambung kerjanya. Dia berasa terganggu apabila Tasya tiba-tiba memeluk lehernya.

"Kau pergi naik atas lah Tasya." tubuh itu terus ditepis kasar. Rimas.

"Adam.. but I want you now." Hampir saja bibirnya menyentuh bibir Adam. Mujur sahaja lelaki itu sempat melarikan dirinya daripada Tasya.

"Adam, tanya pasal Isyraf." kata Afiq yang kebetulan lalu di ruang tamu. Dia memberikan isyarat untuk abangnya lalu kembali naik ke biliknya. Tasya sedang mabuk, kerjanya lebih mudah.

"Tasya, kat mana adik kau?" terus dia menyoal. Lengan Tasya dipegang menunggu jawapan.

"Dia duduk rumah papa la. You nak pergi sana ke? Bawak I sekali tau." Tasya memeluk Adam. Tangannya naik mengusap wajah lelaki itu beberapa kali.

Adam berdecit lalu menolak tubuh Tasya ke sofa. Bau alkohol yang kuat itu terus menusuk ke dalam hidungnya. Dipandang Tasya yang sudah hampir tertidur itu.

Adam terus mengambil kunci keretanya lalu memandu laju di atas jalan raya. Dia ingin ke hospital untuk menemani Najwa. Pasti gadis itu berseorangan sekarang ini.

Sampai saja di sana, dia melangkah laju ke bilik Najwa. Najwa yang sedang menikmati pemandangan malam di tingkap itu terus didekati. Bibirnya dicium sekilas.

"Awak buat apa kat sini? Nanti Tasya cari awak la." Najwa menolak tubuhnya. Lelaki itu hanya mengendahkan Najwa lalu dia mencempung Najwa ke katil. Dia turut naik ke atas sambil berbaring.

Tubuh Najwa dipalingkan menghadapnya. Tangan kanannya diletakkan di atas pinggang Najwa.

"Adam.. awak suami orang."

"Tapi aku bakal suami kau jugak." Adam mula bermain kata. Dia tidak pernah menganggap Tasya sebagai isterinya. Tidak pernah terdetik di dalam hatinya rasa sayang pada wanita itu.

"Esok kau balik rumah aku." Adam menyelak perlahan rambut yang jatuh menutupi wajah Najwa.

"Tapi, Afiq macam mana?"

"Kenapa dengan Afiq? Kau tak suka tinggal dengan aku? Ingat Najwa, aku yang beli kau." Adam merenung anak mata Najwa sedalamnya.

"Bukan.."

"Kau tetap hamba aku. Aku tak akan pernah bebaskan kau, Najwa."





*****






Tasya merenung Najwa yang masuk ke biliknya. Wajahnya dikibaskan geram. Itu sepatutnya bilik dia dan Adam, bukan gadis itu.

"Awak.. saya.. taknak duduk sini." Najwa cuba membaca wajah Adam. Lelaki itu mulai dingin.

"Kau nak tinggal dengan Afiq?" bidasnya. Adam semakin mendekati Najwa.

"Awak kan dah kahwin, nanti apa kata Tasya." Najwa meletakkan kedua tangannya di tengah apabila Adam semakin merapatkan dirinya. Wajahnya masih tiada sebarang reaksi, hanya wajah tenang ditayangkan.

"Najwa, berapa kali aku nak cakap. Aku tak cintakan dia, tak akan pernah." Adam mengusap lembut pipi Najwa. Sejak dia tinggal dengan Afiq, gadis itu selalu melawan katanya.

"Sayang, kita kena pergi tempat projek sekarang." Tasya menarik lengan sasa lelaki itu. Adam hanya patuh, tidak pula menolak. Mereka meninggalkan Najwa yang terkebil-kebil.

Salah dia kah?



PETANG itu Tasya hanya pulang sendirian ke rumah. Najwa yang duduk di sofa itu dipandang lalu dia menuju ke arahnya. Beg plastik berisi baju itu diberikan kepada Najwa.

"You pakai malam ni, lepastu ikut I. Adam pun ada dekat sana." kata Tasya. Najwa mengangguk saja memandangkan Adam juga ada di sana.


Najwa turun dengan dress yang tersarung pada tubuhnya. Bahagian dadanya cuba diangkat bagi menutupinya. Benarkah Adam bagi dress ini kepadanya?

Najwa terus menilik pakaian Tasya yang terlalu menyerlahkan bentuk badannya.

"Jom." Tasya senyum sinis. Najwa begitu suci sehingga tidak syak apa-apa.

Mereka sampai di kelab. Tasya terus menarik tangan Najwa walaupun gadis itu sudah beberapa kali menolaknya. Dia segan. Belum pernah dia melangkah ke tempat sebegitu.

Bunyi muzik yang kuat itu serba sedikit menganggunya. Dilihat orang ramai yang sedang menari dengan pakaian yang kurang menyenangkan.

"You duduk sini kejap, I ada hal. Nanti Adam sampai." Tasya terus meninggalkan Najwa yang masih tidak tahu apa-apa.

"Tu perempuan kat sana. Bilik pun I dah booking for you." kata Tasya. Beberapa orang lelaki yang diupahnya itu terus melangkah ke arah Najwa.





SKIP






"Fiq, Najwa dengan kau?" soal Adam di corong telefon. Pelik pula Najwa tiada di dalam biliknya. Sudah puas dia mencari kelibat gadis itu.

"Takde. Kenapa? Kau jangan cakap dia kena culik pulak."

"Najwa takde. Kejap." Adam mengambil beg plastik berjenama itu. Jika dia tidak silap, jenama inilah yang Tasya sentiasa pakai.

"Fiq, aku rasa kita kena gerak tempat biasa lepak." kata Adam kemudian memutuskan talian. Keretanya dihidupkan lalu terus dipandu laju.

Selepas beberapa minit, Adam tiba di kelab tempat biasa Tasya melepak. Dia terus mencari kelibat Najwa tetapi orang yang ramai ini agak menyukarkannya untuk mencari.

Kelihatan dari jauh kelibat Najwa yang sedang diganggu oleh beberapa orang lelaki yang menyentuh tubuhnya. Adam terus bergerak ke arah mereka lalu tangan Najwa ditarik.

"Bro, dia kitaorang punya. Dah booking kot, apahal?" Seorang lelaki berkaca mata menolak bahu Adam. Kawannya itu terus menahannya.

"Jom chaw, nanti dia bunuh kita." lelaki itu terus mengenali Adam. Mereka terus pergi dari situ kerana takut akan pandangan Adam yang mencerlungnya.

Adam menarik Najwa keluar dari tempat itu. Najwa perlahan-lahan berjalan mendekati Adam lalu tubuh itu dipeluk erat. Dia melepaskan tangisannya di situ.

"Kau dah selamat." Adam turut membalas pelukannya.

Afiq yang sudah menemui Tasya itu terus menariknya kuat. Wajah Tasya dan Isyraf dipandang silih berganti. Dia tersenyum sinis.

"Main dengan adik sendiri? Pengotor." perlinya. Dia lihat sendiri Isyraf dan Tasya sedang bercumbuan.

"Afiq, kau buat apa kat sini? Langgan lagi? Lama aku tak dengar cerita kau kat sini." Isyraf menegur. Bahu Afiq ditepuk beberapa kali.

"Aku bukan macam kau la, Isyraf." Afiq menepis kasar tangan yang memegang bahunya itu. Jijik pula dia melihat mereka.

"Setahu aku, kau dah takde tempat tinggal kan? Berharap dekat kakak sundal kau ni yang bela kau." Afiq senyum sinis. Wajah Isyraf bertukar lalu dia terus ingin menumbuk wajah Afiq namun sempat ditahan oleh Adam.

"Kau lawan aku." kata Adam. Tangan Najwa ditarik agar dia berdiri di belakang Afiq. Mereka bertentangan mata.

Isyraf pantas mengeluarkan pisau lipat di dalam poketnya lalu ditikam sedikit dada kanan Adam. Darah mulai keluar membasahi dadanya.

"Isyraf, stop." Tasya menahan tangan adiknya namun Isyraf pantas menepisnya. Tasya sudah terjatuh ke tanah akibat ditolak kuat oleh adiknya.

Afiq terus menahan Najwa yang ingin pergi ke arah Tasya. Terlalu bahaya jika Najwa bergerak. Boleh jadi anak buah Isyraf berada di mana-mana.

Adam menyepak perut Isyraf sehingga dia terdorong ke belakang. Tumbukan kuat diberi pula pada wajahnya berkali-kali.

"Adam, dah." Afiq menarik lengan Adam menjauhi lelaki itu.

"Jom balik, dia dah nak mati tu." ajaknya. Adam mengalihkan pandangannya pada Tasya pula sambil mencerlungnya.

"Natasya binti Hadi, aku ceraikan kau dengan talak tiga." ucapnya lalu berlalu pergi. Tasya terdiam. Adam sudah menceraikannya?

Dia terus pengsan tidak sedarkan diri.





















Yahoo berceraii kebaboom!

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 28K 24
Dia pelik dan gila. itu je yang ada dalam kepala Damia Nabella bila seorang lelaki secara tiba tiba muncul dan paksa dia menuduh lelaki itu cuba mero...
20.9K 895 29
Apa sudah jadi bila seorang Vampire jatuh cinta pada manusia . Vampire menghisap darah manusia . lain pula Hendery Dareen pontianak terkacak di dunia...
3.3M 36.4K 13
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...
469K 26.4K 33
Arisya Liana, gadis form 4 yang egonya lebih tinggi dari dirinya. Tengku Aierel Mikael, school's headboy yang tegas. Mulut puaka Aierel sering memba...