FIRASY ✓

By Thekalon

489K 39.1K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... More

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
53
FIRASY ( Dear diary)
54
55
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

19

7K 634 82
By Thekalon

          HARI ini bermulanya hari di mana dia dan Firas akan mula tinggal di rumah baru. Kedudukan rumah baru ini pula tak adalah jauh sangat dengan tadika dia, dan tak adalah dekat sangat dengan Kejora Design, syarikat reka dalaman Firas bekerja.

Yang pasti, strategik untuk mereka berdua berulang-alik ke tempat kerja.

"Firas!" Langkah diorak ke sekeliling rumah tanpa hala tuju. Ish, dia ni suka sangat menghilang. Sudahlah dia masih belum familiar dengan sekeliling rumah ni. Pening dibuatnya!

"Firas, awak dekat mana?" Asyfa masih lagi tercari-cari Firas yang dari tadi dia tak jumpa. Menghilang macam chipsmore!

"Firas!" Satu-persatu bilik diterjahnya. Tapi tak ada satu pun yang ada Firas. Lantas Asyfa menuruni tanggan ke bawah. Ruang tamu rumah.

Dalam kesempatan itu, matanya sempat lagi menilik reka dalaman rumah tersebut. Cantik, elegant sangat. Kata Firas, rumah ini bertemakan minimalis. Dan kata Firas juga, dia sendiri yang design rumah ni.

As expected, major in interior design!

Terlampau cantik pada pandangan mata!

"Firas Hakimi..." panggil Asyfa lagi. Kali ini dengan nama panjang. Kalau tak muncul jugak dia tak tahulah. Dah lelah rasanya dia memanggil Firas berulang kali. Setiap intonasi digunapakainya untuk memanggil. Tapi tak jugak dijawabnya. Muncul apatah lagi!

"Fi—"

"Ya Sya, nak apa?" Suara yang tiba-tiba entah dari mana mengejutkannya. Sudahlah dia dapat rasakan pinggangnya seperti dirangkul. Dan apabila matanya menangkap tangan Firas pada pinggangnya, laju sahaja tangan naik pada pipi Firas.

Pap!

Terkejut juga dengan tindakan diri sendiri tapi Asyfa hanya beriak biasa. Walaupun dalam hati dah gelabah semacam!

Wajahnya juga dapat dirasakan sudah berona merah, malu dengan tindakan tanpa segan silu Firas itu.

"Ya Allah, sakitnya..." Firas mengaduh perlahan. Rangkulan tersebut akhirnya Firas lepas.

"Padan muka. Sesuai la sebab awak gatal sangat!" Firas cuba tahan untuk sengih. Kalau tersengih kan takut kena tampar lagi. Garang la dia ni!

"Gatal apanya..." Firas bersuara lagi. Pipi kanannya masih dipegang.

"Sakit sangat ke Firas?" Firas mengangguk. Sengaja cuba untuk mengambil simpati Asyfa.

"Buat lagi, lagi sakit awak dapat." kata Asyfa lagi seraya jari telunjuknya ditunding tepat di hadapan wajah Firas. Seakan-akan memberi amaran.

"Eh, ni macam cabaran la pulak." kata-kata Firas hanya dibalasnya dengan jelingan tajam.

"Kenapa panggil aku?"

"Tak ada apalah. Dah tak ingat. Sebab awaklah." Firas cuma gelak.

"Saya nak sambung kemas kat atas ni, awak kemas lah dulu kat bawah."

"Tak nak minum air dulu ke, dah dahlah tu kemas barang. Dari tadi lagi kau kemas. Aku ada sediakan air kat dapur, pergi lah minum dulu." Wajah Asyfa mula berubah riak. Gembira dengan pernyataan terakhir Firas itu.

"Baiknya Firas." Bahu Firas ditujah-tujah dengan jari telunjuknya. Sengaja ingin mengusik.

"Tapi air mineral je lah." Pernyataan Firas itu membuatkan Asyfa bungkam. Bibir diketap, geram.

Eei, dia ingat kelakar ke?!

"Eei, baik tak payah pelawa." Baru sahaja ingin berlalu pergi, lengannya terlebih dahulu dicapai Firas.

"Aku gurau je la. Aku memang ada sediakan jus oren untuk kau," ujar Firas bersama senyum yang tak lekang di bibirnya. Hari ni Firas memang murah dengan senyuman ke apa?

"Dah tak nak. Awak minum la sorang-sorang. Biar jus oren awak tu tak luak. Huh!" Firas hanya gelak, langsung tidak mengambil hati dengan penolakan berbaur geram Asyfa itu. Langkah Asyfa yang berlalu naik itu diperhati dengan tawa yang masih tersisa.

Hai, nasiblah Firas dapat anak tunggal. Garang pun ya, kuat sensitif pun ya!

•••

          ASYFA meregang-regangkan badannya. Penat setelah separuh hari itu hanya digunakannya untuk mengemas bilik mereka. Banyak lagi yang perlu diselesaikan.

Susun baju ke dalam wardrobe, letak setiap barang yang dibawa ke tempat sepatutnya dan banyak lagilah. Lepas satu, satu. Pindah rumah memang memenatkan!

Satu bagasi milik Firas ditarik mendekati. Aduh, berat. Ni memang betul bawak anak gajah Firas ni!

Zip bagasi dibuka. Mulutnya terlopong besar apabila melihat isi bagasi itu yang hanya dipenuhi dengan buku. Sudahlah semua tebal! Ni kalau dia letak dalam beg sandang ni, mahu terputus setiap urat bahu.

Kalau novel biasa tak apalah jugak. Tapi ni hanya buku sci-fi, buku ilmiah, tak pun buku literature. Yang pasti bukan fiksyen la.

Sangat membosankan untuk dia yang hanya menyukai fiksyen!

Buku yang berada dalam bagasi tersebut dikeluarkannya satu-persatu. Mujur sahaja di dalam bilik ini sudah ada satu ruang yang hanya dikhaskan untuk buku-buku dan perihal kerja Firas. Ruang tersebut terletaknya di sebelah ruang solat.

Ya. Memang tak nafi, bilik ni dua kali ganda saiz bilik lamanya dan juga bilik lama Firas. Atau..tiga kali ganda sebenarnya? Entahlah, dia pun tak tahu. Memandangkan kuak sahaja satu pintu bilik utama, akan ada pintu-pintu lain pula yang agak terselindung disebalik mata. Direka bentuk rapi katanya!

Buku-buku itu mula ditempatkan di tempat sepatutnya dalam kadar yang agak lama. Dia ingat, dalam bagasi ni sahaja yang terkandung buku. Tapi bila masuk sahaja ke dalam ruang persendirian milik Firas itu, terpapar penuh buku-buku di setiap ruangan rak.

Dan sebagai perfectionist, sudah tentu sahaja Firas mempunyai setiap jenis sudut ruangan buku. Segalanya kelihatan teratur.

Bahagian pertama rak, buku ilmiah.

Bahagian kedua rak, buku sastera.

Bahagian ketiga, sci-fi.

Bahagian keempat, sejarah.

Dahlah! Kalau dia nyatakan dari awal sampai akhir, memang tak akan habis!

Keluar sahaja dari ruangan tersebut, Asyfa cuba memastikan semula isi bagasi tersebut. Manalah tahu takut ada yang tertinggal. Dan..ya! Tepat firasatnya apabila zip kecil bagasi itu dibuka.

Dah kenapa buku ni terasing? Firas ada niat nak buang ke?

Muka hadapan buku itu ditilik lama.

Warna ungu kosong. Tapi cantik!

Baru sahaja ingin mula membelek, pintu yang terkuak secara tiba-tiba itu membuatkan Asyfa segera meletakkan buku tersebut ke dalam bakul yang berdekatan.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Firas terus mengambil tempat di sebelah Asyfa. Turut sama bersila, ingin mengadu lenguh baunya.

"Banyak lagi ke Sya?"

"Sikit je lagi. Awak tu, dah siap ke kemas dekat bawah?"

"Yup. Cuma ada certain benda je la tak arrange lagi."

"Oh, tak apalah. Nanti saya tolong jugak kemas dekat bawah." Firas cuma mengangguk. Badannya diregangkan sedikit. Bahunya yang terasa lenguh dipegang. Sakit di badannya masih lagi tersisa.

"Kenapa Firas?"

"Sakit bahu," adu Firas seraya bahunya ditepuk-tepuk. Menunjukkan bahagian bahunya yang terasa lenguh itu.

Lantas bahu Firas diurut Asyfa perlahan-lahan. Kesian pulak, benda berat dia je yang buat.

Firas cuba menahan sakit dari urutan tersebut. Telefon Asyfa yang dihadiahinya itu dikerling seketika lalu dicapai.

"Okay tak pakai telefon ni?"

"Okay. Kenapa?"

"Tak adalah. Good then." Asyfa cuma senyum. Dia ingat lagi sewaktu Firas ambil dia lambat dari tadika. Dan mereka lunch bersama.

Sebaik sahaja menghantarnya di hadapan rumah, telefon itu disua padanya. Tanpa patah kata, hanya plastik telefon sahaja yang disua sebelum keretanya mula meluncur pergi.

Dia pun tak sangka Firas akan hadiahkan telefon untuknya. Sedangkan dia sengaja je mengusik Firas tempoh hari.

"Terima kasih, Firas." Perlahan sahaja Asyfa berkata.

Firas hanya mengangguk.

Telefon Asyfa mula diselidik. Sengaja ingin melihat isi telefon tersebut.

Wallpaper dia...

"Kau ni kan, suka betul la letak gambar lelaki lain sebagai wallpaper ni. Apa salahnya letak gambar aku. Hensem pun hensem."

Asyfa menjegilkan matanya. Tak betah dengan konfiden Firas yang tak pernah rendah itu. Ada sahaja kata-katanya yang akan memuji diri sendiri. Fahamlah dia tu segak, tapi lebih-lebih siapa nak layan?

Lagi-lagi bila Firas bandingkan dirinya dengan wallpaper telefon tersebut. Wallpaper Linyi kot. Gu Wei Yi dalam drama Put Your Head on My Shoulder.

Firas ni siapa je, heh.

"Awak buat apa tu?" Pantas Asyfa menyoal apabila perasan akan jemari Firas yang lincah menekan-nekan skrin telefonnya.

"Tak ada apa," selamba Firas membalas.

Selesai sahaja Asyfa mengurut bahunya, barulah Firas menyuakan telefon itu kembali kepada Asyfa.

Asyfa mengecilkan matanya. Mencurigakan! Macam tak kena je Firas ni!

"Awak buat apa sebenarnya dengan telefon saya?"

"Nothing."

"Serius?" Firas menjongketkan bahunya.

"Dah lah. Aku nak mandi. Boleh la kau slow-slow keluar. Kalau tak malu tak apa, boleh stay sini." Mata Asyfa membulat. Pernyataan yang sangat tak ramah!

Firas cuba menahan gelak. Tuala yang tersangkut segera dicapai.

"Nak keluar la ni! Ingat saya gatal macam awak ke?" Firas cuma tersengih. Gatal pun boleh. Sakat isteri sendiri pun dah dicop gatal. Haih!

Pintu bilik ditutup. Hilang sahaja Asyfa dari pandangan, langkahnya diatur ke bilik mandi. Namun, langkahnya terbantut seketika apabila buku yang berada di dalam bakul mula menarik perhatiannya.

"Eh, macam mana ada dekat luar?" soalan itu dibiarkan bermain di fikiran hanya untuk seketika. Sebelum dia mula  mengambil buku tersebut lalu meletakkannya di celahan buku-buku lain, supaya agak tersorok.

Continue Reading

You'll Also Like

325K 11.3K 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan...
977K 45.7K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
916K 30.9K 71
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
768K 30.4K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...