Mafia in Love

Oleh popieyaa

1M 35.1K 5.2K

Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintaka... Lebih Banyak

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Iklan
CERITA AFIQ

Part 8

35.7K 1.1K 73
Oleh popieyaa

Najwa bangun setelah sedar dari tidurnya. Matanya terarah pada Adam yang sedang sibuk melakukan kerjanya di meja. Kepalanya dipegang apabila terasa ia masih berdenyut. Dia juga sudah lupa apa yang belaku sehingga dia tertidur.

"Lama aku tunggu kau bangun. Minum air ni." Segelas air kosong itu diberikan padanya. Najwa menyambut hulurannya dan terus meneguk air tersebut.

"Awak, kenapa saya tidur?"

"Nak aku jawab?" Tanyanya. Najwa menganggukkan kepalanya.

"Kau goda aku."

"Ma—mana ada." wajahnya sudah panas.





ADAM turun dari keretanya dan mengarahkan Najwa untuk tunggu di dalam kereta. Adam ke stor belakang rumahnya untuk menguruskan mangsanya yang telah ditangkap oleh anak buahnya.

Lelaki itu ada kaitan dengan musuhnya, Isyraf. Sudah pasti dia ialah anak buahnya.

Najwa yang sudah lama duduk di dalam kereta itu mula merasa risau kerana Adam tidak kembali lagi. Dia membuat keputusan untuk pergi menjenguk Adam memandangkan hari sudahpun senja.

Baru saja dia ingin membuka pintu kereta, seorang lelaki mula menarik kuat lengannya sambil menutup mulutnya. Najwa memerhati pengawal yang berjaga di rumah ini sudah terbaring tidak sedarkan diri di tanah.

"Ikut aku." Lelaki itu memeluk leher Najwa dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya memegang pisau dan diletakkan di lehernya. Dia ditarik untuk ikut mereka ke stor. Beberapa orang lagi mengikuti mereka di belakang.

Pintu stor itu ditendang kuat olehnya. Adam berpaling ke belakang dan segera memberi isyarat supaya anak buahnya tidak mengeluarkan sebarang senjata terlebih dahulu.

Najwa melihat seorang lelaki tersandar lemah di dinding dan wajah serta badannya dipenuhi dengan darah yang banyak pada pakaiannya dan juga di lantai. Kejamnya hidup seorang mafia.

"Lepaskan orang aku atau aku bunuh dia." Begitu dekat pisau itu diletakkan pada leher Najwa membuatkan dia berdebar-debar. Takut dirinya yang tidak ada kena mengena pula akan terkorban.

Tanpa lelaki itu sedar, rakannya di belakang sudah mati ditikam oleh anak buah Adam. Adam senyum sinis dan mula melangkah ke depan untuk berhadapan dengan lelaki itu.

"Bunuhlah." cabarnya.

Najwa terus membulatkan matanya. Apa yang lelaki itu sedang fikirkan sekarang ini? Nyawanya sudah seperti telur di hujung tanduk.

"Kalau kau taknak jadi macam bos kau tu." Sambungnya lagi. Lelaki itu merasa tercabar dengan ugutan Adam dan mula berundur ke belakang sedikit. Adam beriak tenang walhal dalam hatinya takut apa-apa akan jadi pada Najwa.

Dia perlu bersedia dengan apa jua benda yang akan terjadi nanti.

Kini lelaki itu sedar bahawa dia dalam keadaan bahaya. Dia telah dikepung di bahagian depan dan belakang oleh anak buah Adam. Begitu cekap lelaki itu membuat kerjanya.

Tiba-tiba tubuh Najwa ditolak ke depan dan lelaki itu terus ditahan oleh anak buah Adam. Sempat Adam menyambut tubuh wanita itu. Tangannya merasai sesuatu yang pekat. Darah tidak berhenti mengalir daripada bahunya.

"Awak.." Najwa melihat bahunya yang ditoreh dengan pisau.

"Tahan. Korang ikat dia, nanti aku datang." Adam membawa Najwa ke biliknya. First aid diambil lalu dia merapati Najwa yang sedang menahan sakit. Dia duduk di sebelah gadis itu sambil memeriksa keadaan bahunya.

"Tak teruk sangat." Darah itu dia lap kasar. Najwa mengerutkan wajahnya menahan luka pedih di bahunya. Luka sepanjang itu pun dia kata tidak teruk.

Adam mengerling wajah Najwa yang sedang menahan pedih. Dia mula berlembut sedikit sambil mengelap semula luka tersebut. Seterusnya, luka itu dibalut perlahan.

"Aku hantar kau rumah daddy." Katanya sambil mengemaskan ubat ke dalam kotak first aid.

"Habistu awak?" Soalnya.

"Aku ada hal. Kau jangan tunggu aku."


SKIP






Isyraf menghentakkan mejanya. Kemarahnnya terus membuak apabila mendengar berita bahawa Adam telah berjaya menangkap anak buahnya.

"Kalau aku tak dapat Adam, aku boleh dapatkan Najwa." Katanya. Dia sudah seperti dirasuk apabila memikirkan gadis itu. Gadis yang telah membuatkannya jatuh cinta.

Dia mula bertekad untuk menjadikan Najwa menjadi miliknya barulah dia dapat melihat Adam sengsara dan menderita di hadapannya.

"Isyraf, kakak dah cakap awal-awal lagi. Jangan ganggu Adam!" Tasya memarahi adiknya. Susah betul adiknya ini ingin mendengar katanya.

Isyraf menapak ke arah Tasya lalu rambut wanita itu ditarik ke belakang. Isyraf tersenyum sinis. Elok saja dia bunuh kakaknya yang menghalang kerjanya untuk menjatuhkan Adam.

"Kau diam! Lebih baik kau tolong aku macam mana nak dapatkan Najwa."

"Sakitlah bodoh!" Tasya merentap tangan adiknya lalu dia berlalu keluar untuk berjumpa Adam.

Keretanya dipandu laju ke rumah orang tua Adam. Dia bercadang untuk tinggal di situ sehari supaya misinya untuk menyingkirkan Najwa daripada hidup Adam berjaya.

Tasya menyapa Datin Maya yang sedang membaca majalah di ruang tamu.

"Tasya, sekarang dah pukul 11 malam. Ada apa datang?" Sujujurnya, dia tidak begitu gemar akan kehadiran Tasya ke rumahnya.

"Saja. Tasya rindu mummy jugak. Er, Tasya hauslah mummy, Tasya nak pergi ambil air kejap. Mummy nak?"

"Takpe lah."

Tasya menapak ke dapur. Dapat dia lihat Najwa juga turut berada di dapur. Terus bahu gadis itu dilanggar kasar lalu dia mengambil gelas.

"Ahh." Najwa menahan pedih pada bahunya setelah dilanggar. Adam yang setia menyaksikan kejadian itu terus merentap kasar tangan Tasya. Najwa terus mengenggam tangan lelaki itu.

"Kenapa dengan you ni Adam?" Bentaknya. Tiba-tiba saja Adam berkasar dengannya.

"Kau tu yang kenapa? Pergilah balik rumah kau, Tasya." Sindirnya. Najwa terus mengenggam kemas lengan Adam yang berlapik.

"Apa yang I takde dekat perempuan ni? Bagitahu I." Tasya mencabarnya. Adam senyum sinis.

"Kejujuran. Kau takde benda tu dan takkan pernah ada." Jawab Adam tenang. Adam merangkul pinggang Najwa lalu disandarkan tubuh itu pada peti sejuk di belakang.

Wajah Tasya sengaja dipandang sebelum dia membenamkan bibirnya. Najwa cuba menolak dada lelaki itu namun kudratnya tidak cukup ditambah pula dengan bahunya yang sakit menyebabkan pergerakannya terbatas.

Adam seperti memberikan isyarat untuk membalasnya. Lambat-lambat Najwa membalasnya. Kedua tangannya naik merangkul leher Adam.

"Adam, please stop it. I love you, I still love you." rayunya. Najwa menolak Adam lalu wajahnya dipalingkan ke arah bertentangan. Tasya masih menyimpan perasaannya, bagaimana pula dengan Adam.

"And I don't love you. I lover her." Adam menarik Najwa rapat dengannya.

"Tapi I lagi better dari dia, Adam. I sanggup bagi apa je dekat you lebih daripada apa yang perempuan ni boleh bagi dekat you." Tasya menunding jari.

"Badan I pun I sanggup, Adam."

"Gila. Kau sedap buat seks dengan adik sendiri, lepastu tiba-tiba datang dekat aku. Kenapa?" sinis Adam memandang wajah terkejut Tasya.

"How did you know?"

"Sebab kau perempuan bodoh yang sanggup menyundal dengan adik sendiri. Kau murah, Tasya." Bidasnya. Adam menarik tangan Najwa pergi dari situ meninggalkan Tasya yang sudah menangis.


















Betul ke Adam loves Najwa? 🤪  agak2 nanti Adam berubah tak?

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

2M 102K 43
School prince.. Alyaa seorang gadis biasa..hati beku.. benci lelaki..menyampah dengan carta school prince..rasa sakit hati dengan lelaki lelaki dalam...
20.9K 895 29
Apa sudah jadi bila seorang Vampire jatuh cinta pada manusia . Vampire menghisap darah manusia . lain pula Hendery Dareen pontianak terkacak di dunia...
2M 90.1K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
469K 26.4K 33
Arisya Liana, gadis form 4 yang egonya lebih tinggi dari dirinya. Tengku Aierel Mikael, school's headboy yang tegas. Mulut puaka Aierel sering memba...