Mafia in Love

By popieyaa

1M 35.1K 5.2K

Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintaka... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Iklan
CERITA AFIQ

Part 5

39.4K 1.2K 158
By popieyaa

Warning : kissing gif
(Skip if you're innoncent)



Adam mengangkat tubuh itu lalu diletakkan di dalam kereta di tempat duduk belakang. Keretanya dihidupkan lalu aircond keretanya dibuka. Adam bergerak ke bahagian belakang sambil menepuk-nepuk pipi Najwa.

"Najwa.. kau dengar tak?" Najwa masih tidak memberikan sebarang reaksi. Adam mengusap lembut dahinya yang sedikit basah. Mungkin kerana terkena cahaya matahari di luar.

"Panas.." Najwa bergerak sedikit. Tangannya naik ingin membuka butang bajunya namun ditahan oleh Adam. Adam bangun menjulurkan badannya ke bahagian hadapan kereta lalu pintu keretanya dikunci.

"Sini, biar aku buka." Adam membuka butang baju milik gadis itu. Rambut Najwa diselak ke belakang bagi memudahkan kerjanya. Najwa perlahan-lahan mulai sedar sepenuhnya.

"Kau okay?"

"Awak buat apa dekat saya?" Soalnya polos. Bajunya yang mendedahkan bahagian badannya itu segera ditutup.

"Aku tak buat apa-apa. Kau yang nak buka baju kau, aku tolong la."

"Oh.." Najwa membutangkan semula bajunya satu persatu. Wajahnya yang sudah merah dan panas cuba dia kawal agar tidak terlalu ketara.

"Kau tak boleh kena panas?" Soal Adam. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya. Najwa lambat-lambat mengganggukkan kepalanya.

Sedar bahawa status mereka itu belum ada ikatan, Najwa melarikan diri rapat ke pintu belakangnya. Wajahnya ditundukkan apabila Adam terus menerus merenungnya.

"Kau suka lari dari aku. Kenapa? Mata aku kau langsung tak pandang. Aku tak suka."

"Saya kan hamba awak je, saya taknak ada hati dekat awak." Najwa terus menutup mulutnya. Wajah Adam yang sedang tersenyum itu dilihat seketika lalu dia memukul mulutnya. Boleh pula terlepas cakap.

"Kau ada hati dekat aku ke?" tanyanya.

"Takde. Tapi saya takut kalau—" ayatnya terhenti. Biarlah Adam faham sendiri apa yang akan dia perkatakan.

"Simpan perasaan kau dulu." Adam menarik tangan Najwa rapat dengannya. Satu ciuman hinggap pada dahi gadis itu sebelum dia keluar dari keretanya.




******




"Adam, we need to talk." Dato Firash memanggil anaknya. Adam mengeluh kemudian mengikuti Dato Firash ke ruangan miliknya yang tidak jauh dari bilik Adam.

"Tasya cakap Adam tak tolong langsung dalam projek ni! Come on, son. Nanti kita terlepas peluang ni."

"Daddy, Adam rimas lah dengan dia. Batalkan jela projek ni, senang." Adam mula duduk di sofa.

"Never! Daddy takkan batalkan, projek ni kena teruskan. Why not you just layan Tasya macam dulu, Adam?"

"I already have someone else, dad. And I really love her."

Adam berlalu pergi. Memang tak akan pernah dia terima kembali Tasya di dalam hidupnya. Perempuan itu pernah menjatuhkan maruahnya, murah la dirinya jika dia kutip semula.




NAJWA baru saja hendak menyediakan bahan untuk memasak, namun kerjanya itu terus terhenti apabila Tasya melanggar bahunya dengan sengaja.

"Macam mana Cik Tasya boleh masuk?" Soalnya.

"Najwa, I ex tunang dia. Kita dah pernah buat everything yang dia pernah buat kat you tau." Tasya melangkah ke sinki. Bahan-bahan yang diambil oleh Najwa tadi dipegang.

"I nak masak untuk Adam malam ni." Tasya mengambil periuk kemudian air direbus. Setelah ia mendidih dia memasukkan brokoli pula ke dalamnya. Tasya berpaling semula ke belakang memandang Najwa sambil menyilangkan tangannya.

"Najwa, I tak tahu la apa yang Adam nampak dekat you. Kalau ikutkan, I lagi cantik lagi seksi dari you. You sihir dia ke? Or anything?"

"Saya tak pernah buat macam tu. Cik Tasya jangan nak tuduh saya." Najwa membela dirinya. Belum terdetik lagi di dalam hatinya untuk membuat perkara sebegitu.

"Fine, I tanya je. You sini kejap, tolong I." Tasya mengangkat periuk itu ke dalam sinki. Dia ingin melakukan sesuatu pada gadis itu memandangkan bunyi pintu kedengaran menandakan Adam sudah pun pulang.

"Auch, Najwa sakit!" Jeritnya sambil memcurah air yang baru direbus itu ke tangannya sendiri. Automatik Najwa membulatkan matanya, kenapa tiba-tiba saja dia menyakitkan dirinya.

"Kau buat apa Najwa?" Adam mengerling tangan Tasya yang sudah merah. Dia terus menarik Tasya ke ruang tamu tanpa memandangnya. Najwa menunduk.

Salah dia kah?

"Najwa! Ambil first aid." Laung Adam dari ruang tamu. Najwa pantas mengambil kotak first aid lalu dihulurkan kepada Adam yang sedang mengibas-ngibas tangan Tasya.

Najwa menyerahkan kotak first aid itu lalu dia ingin menapak semula ke dapur.

"Kau nak pergi mana? Duduk sini, aku ada benda nak bincang." Arah Adam sambil membalut tangan Tasya yang terkena air panas. Najwa perlahan-lahan duduk di sebelahnya.

"Dah. Kau kata nak masak kan? Pergi la sambung."

"You nak makan? Okay, I pergi masak sekarang untuk you." Katanya semangat. Tasya terus menapak ke dapur. Sempat dia menjeling Najwa.

"Kau.." Adam menolak tubuh Najwa. Tangannya ditahan di kepala sofa.

"Kenapa? Tadi tu, bukan—"

"Shh Najwa. Aku rindu ni." Adam membenamkan bibirnya. Perlahan-lahan Najwa turut membalasnya. Dia suka, terasa Adam menganggap dirinya itu penting.




Tasya yang memandang dari jauh mula menghentakkan kedua belah kakinya. Ingatkan Adam sudah ingin kembali bersamanya, namun sangkaannya itu salah.

"Ummm.." Najwa menolak bahu Adam. Lelaki itu berhenti lalu merenung Najwa lama.

"Aw..awak, kesian Tasya masak sorang-sorang." Katanya sambil memandang ke arah dapur. Adam menolak pipi Najwa agar memandangnya semula. Dia juga malas hendak melayan Tasya.




SKIP



Najwa memandang lelaki itu pelik. Tidak pergi kerja ke dia hari ini. Mahu ditanya tapi hanya disimpan di dalam hati. Sejujurnya dia masih segan dengan Adam walaupun lelaki itu kadang-kadang baik dengannya.

Bunyi loceng yang kedengaran itu menandakan seseorang datang ke rumahnya. Adam menahan lengan Najwa yang ingin bangun membuka pintu.

Adam membuka pintu rumahnya. Kelihatan wajah Dato Firash dan Datin Maya. Najwa yang mendengar suara orang tua Adam itu mulai gelisah namun dia masih berwajah tenang.

"Najwa?" Soal Datin Maya. Najwa tersenyum kekok. Apa lah yang akan Datin Maya anggap dirinya kerana duduk berdua dengan Adam sekarang ini.

"Najwa buatkan air ya?" Pintanya namun dihalang oleh Datin Maya. Datin Maya mengenggam tangan Najwa yang kesejukan itu. Dia berdebar, tiba-tiba saja kehadiran mereka berdua ini ke sini.

"Tak payah, mummy dengan daddy datang untuk bincang pasal majlis perkahwinan kamu berdua." Tangan Najwa ditarik supaya gadis itu duduk semula. Dia agak terkejut.

Majlis perkahwinan? Dia dengan Adam?

"Adam dah sedia, jadi rasanya dah boleh percepatkan majlis ni." Adam mengerling Najwa yang juga sedang memandangnya. Sudah pasti dia terkejut dengan semua ini.

"Kalau macam tu, minggu depan macam mana? Pasal hantaran, baju nikah apa semua mummy dah settle kan." kata Datin Maya bersemangat.

"Najwa, anak mummy.." wajah gadis itu diusap lembut. Belum pernah dia melihat Adam mendesaknya untuk mengadakan majlis perkahwinan semasa mula-mula dia perkenalkan Najwa.

"Tapi.. kenapa?" Najwa menyoal perlahan.

"Sebab mummy suka kau." Bohongnya. Hakikatnya, dia lah yang ingin menghalalkan gadis itu. Demi menjaga air muka orang tuanya, lebih baik dia mengikat Najwa secara sah.

Baginya, gadis itu adalah gadis yang luar biasa. Berbeza sekali dengan Tasya. Tambahan pula, dia sudah terjatuh hati pada gadis itu.

Mungkin.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 102K 43
School prince.. Alyaa seorang gadis biasa..hati beku.. benci lelaki..menyampah dengan carta school prince..rasa sakit hati dengan lelaki lelaki dalam...
3M 28.8K 8
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...
3.3M 36.4K 14
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...
1.4M 47.1K 28
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil seriu...