Dia Utusan Tuhan •HIATUS•

Por sevtaend

7.1K 1K 3K

» Takdir Tuhan telah membawa kita berdua bersama dan saya sangat bersyukur, awak adalah hadiah istimewa bagi... Mais

━・❪ 01 ❫ ・━
━・❪ 02 ❫ ・━
━・❪ 03 ❫ ・━
━・❪ 04 ❫ ・━
━・❪ 05 ❫ ・━
━・❪ 06 ❫ ・━
━・❪ 07 ❫ ・━
━・❪ 08 ❫ ・━
━・❪ 09 ❫ ・━
━・❪ 10 ❫ ・━
━・❪ 11 ❫ ・━
━・❪ 13 ❫ ・━
━・❪ 14 ❫ ・━

━・❪ 12 ❫ ・━

333 64 269
Por sevtaend

────── 〔✿〕──────

TAEHYUNG mengatur langkah menuju ke dapur. Halkumnya bergerak-gerak sambil dahinya berlapis dengan kerutan halus. Lehernya digosok beberapa kali. Entah kenapa tekak ni rasa kehausan pula. Saat kakinya mencecah permukaan lantai dapur, telinganya sudah menangkap suara gelak tawa Huda dan Nuha. Kedua wanita itu sibuk memotong bahan basah di meja dapur.

Apabila pandangannya bertembung dengan sepasang mata cantik Nuha, automatik bibir Taehyung mengukir senyum lebar ke arahnya. Nuha yang melihat turut membalas. Masing-masing bertatapan buat seketika sehinggalah kelibat Irsyad yang baru muncul itu menghancurkan suasana indah mereka.

Taehyung terus mengalih pandang, begitu juga dengan Nuha. Huda yang baru sedar akan kehadiran Irsyad itu menegur.

"Hah Icad, baru sekarang kamu muncul. Pergi mana pagi tadi?" Soal Huda sambil mengupas kulit bawang besar di tangannya. Irsyad menghadiahkan segaris senyum buat Huda sebelum punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan wanita itu.

Sempat dia mengerling sekilas ke arah Nuha yang langsung tidak memandangnya. Tidak ada sapaan mahupun usikkan, hanya riak wajah kosong sahaja yang ditayang. Taehyung yang sejak tadi memerhati terus menapak ke peti sejuk lalu membukanya. Sambil itu telinganya mendengar perbualan Huda dan Irsyad.

"Ummi nak masak apa tu? Ada apa-apa yang Icad boleh bantu?" Tanpa menjawab pertanyaan Huda, Irsyad langsung menukar topik. Sesekali dia menjeling sekilas pada Nuha yang masih diam itu.

"Abah kamu tu nak makan ayam golek kampung. Nak tolong ummi, ya? Haa nanti kamu pergi sediakan bahan api kat bawah rumah tu." Arahan daripada Huda itu, Irsyad turutkan sahaja. Lagipun dia memang pakar dalam bab-bab macam ni.

"Nuha? Kenapa senyap? Selalu kalau korang berdua ni berjumpa, ada je benda nak diusik. Gaduh ke?" Teguran daripada Huda itu langsung membuatkan Nuha mengangkat kepala. Sengihan kekok di bibirnya terhias.

"Err takde apalah, ummi. Nuha rasa penat sikitlah, tu sebab tak banyak cakap hari ni."

Hujung bibir Irsyad ternaik senget. Tadi sebelum dia masuk ke ruang dapur ni, bukan main kuat suara ketawa Nuha sampai ke luar beranda. Nampak sangat gadis ini tidak mahu bercakap dengannya.

Taehyung yang masih berdiri di hadapan peti sejuk itu mencebik kecil apabila mendengar jawapan daripada mulut Nuha. Dia yakin, Nuha sengaja menafikan kata-kata di hadapan Huda. Taehyung tahu apa yang Nuha rasakan sekarang, kalau dia di tempat gadis itu sudah lama pipi Irsyad ditampar.

Ya, dia yang menjadi saksi melihat perbalahan kecil antara Nuha dan Irsyad pada malam itu. Tambahan lagi ianya ada kaitan dengan dirinya sendiri. Tetapi Taehyung tidak bertindak melulu, selagi dia dapat bersabar dengan percakapan Irsyad, dia akan.

Teringatkan niatnya yang ingin membasahkan tekak tadi, Taehyung terus mencapai sebotol mineral kecil yang sejuk. Dibuka penutupnya, kemudian diteguk dengan nyaman. Hujung ekor matanya pula curi-curi memandang ketiga-tiga manusia di situ.

"Ehh Tae! Kenapa kamu minum air jamu abah tu? Tak sesuai lah dengan umur kamu,sakit perut nanti!"

Hampir tersedak Taehyung mendengar teguran Huda secara mengejut itu. Segera dia menjauhkan botol itu dari mulutnya. Dibelek-belek botol tersebut dan pandangannya tertancap pada tulisan kecil yang tertera di situ.

Tegang dan tidak lentur 👍🏻

Beberapa saat, tekaknya mula berasa loya. Tersedu-sedu Taehyung dibuatnya. Nuha yang melihat gelagat lelaki itu tergelak kecil. Huda pula cepat-cepat menghulurkan secawan air suam kepada Taehyung dengan kalut tatkala anak angkatnya itu berasa mual. Makin bertambah tawa gelak Nuha dibuatnya.

Irsyad sekadar membuat muka. Ditatap sisi wajah Nuha yang berseri-seri itu sebelum memutarkan bebola matanya ke atas dengan menyampah. Celah mana lawaknya, dia sendiri tidak tahu.

Lelaki asing ni sengaja nakkan perhatian je, huh!

────── 〔✿〕──────

MAKAN malam pun menjelang dengan suasana suara Adzhar yang tidak habis-habis memuji masakan Huda. Setiap kali satu suapan dimasukkan ke dalam mulut, mula lah Adzhar membuat muka dramatiknya. Sebelah tangannya memegang dada. Hampir terkeluar air mata bila rasa air tangan si isteri.

"Awak ni makanlah elok-elok!" ujar Huda kurang senang. Adzhar tersengih-sengih sambil meneruskan suapannya.

"Sedap sangat isteri saya masak, untung saya dapat awak, kan?" Pujian daripada Adzhar itu membuatkan Huda tersenyum-senyum malu. Malas mahu melayan karenah si suami, Huda terus mengalih mata kepada Taehyung.

"Tae? Kamu okey ke? Tambahlah lauk lagi, banyak ummi masak ni."

Taehyung yang sejak tadi berkerut memandang sambal belacan di hadapannya itu, mengangkat kepala dengan sengihan sambil mengangguk kecil. Kini, fokusnya terarah pada Irsyad yang lincah mengambil sayur bendi kemudian dicicah sekilas dengan sambal belacan yang pekat. Irsyad mengunyah dengan sekali suap sahaja.

Taehyung sedikit kagum. Ouh, macam tu caranya nak makan....

Baiklah dia sudah mempelajari benda baharu daripada pemerhatiannya kepada Irsyad. Kena cuba ni...

Teragak-agak Taehyung mengikut cara Irsyad sebentar tadi. Sesudahnya, dia langsung menyumbat ulam berserta sambal itu ke dalam mulut. Beberapa saat kemudian, wajahnya berubah kemerahan. Lidahnya mendesis kepedasan yang teramat.

Nuha yang perasan perubahan Taehyung itu segera menyerahkan segelas air kepadanya. Taehyung cepat-cepat mengambil lalu diteguk dengan rakus. Pandangannya mula bergenang.

"U-ummi... Pedasnya!" Ujar Taehyung sambil mengibas-ngibas wajahnya dengan tapak tangan. Sesekali matanya terpejam-pejam dengan rapat.

"Aduhaii.... Ummi lupa nak bagitahu Tae, sambal tu memang pedas. Dah-dah, Nuha tolong tuangkan lagi air kat gelas Tae tu, anak ummi ni mana tahan makan pedas."

Tergesa-gesa Nuha mengikut arahan Huda. Irsyad yang melihat adegan Taehyung dan Nuha yang lagaknya seperti suami isteri itu mula bersuara dengan nada tidak puas hati.

"Tangan kau dah kudung sangat ke sampai nak tuang air sendiri pun tak larat?"

Taehyung yang baru lepas minum itu, menatap wajah Irsyad. Keningnya dijungkit ke atas. Huda yang mendengar percakapan kurang adab Irsyad mengerutkan dahinya.

"Icad... Kenapa cakap macam tu? Ummi yang suruh Nuha tuangkan, kamu tak nampak ke Tae terkapai-kapai macam sotong kepanasan tu?"

"Hah betul cakap ummi kamu tu. Tak salah kan kalau Nuha tolong dia? Nak harapkan kamu yang bagi Tae air, silap-silap air liur yang kamu jirus----"

"Ya Allah... Apa awak cakap ni? Tak senonoh betul!" Huda terus menepuk bahu Adzhar.

Irsyad mendengus kecil. Langsung punggungnya diangkat dari tempat duduk. "Yelah anak angkat kesayangan ummi tu je yang betul, Icad ni semua salah. Nuha pun sama, asyik nak menangkan dia je. Hati dia semua orang jaga, hati Icad ni siapa nak jaga? Oh lupa, Icad kan tunggul, siapalah nak kesiankan anak kutip macam Icad ni hahah.... Apa-apa pun terima kasih sebab ajak makan. Icad balik dulu, assalamualaikum." Sejurus itu, Irsyad terus beredar.

Panggilan daripada Huda dan Adzhar diabaikan sahaja. Nuha pula sudah terkebil-kebil.

Taehyung melepas keluhan kecil. Kehadirannya di rumah ini memang mengeruhkan keadaan. 
Perampas. Itu yang Taehyung labelkan dirinya ketika ini. Dia rasa seperti merampas kebahagian Irsyad di sini.

Buktinya jelas, hubungan Irsyad dan Nuha renggang disebabkan dia. Huda dan Adzhar pun lebihkan dirinya daripada Irsyad. Baru dia nampak semua itu dan sejujurnya Taehyung rasa amat bersalah. Pasti Irsyad dilanda perasaan kecewa sekarang. Mungkin kalau dia tidak menjejak kaki ke sini, semua ni takkan terjadi.

Patut ke aku keluar daripada rumah ni?

────── 〔✿〕──────







AAAAA 💜💜💜✨!

Continuar a ler

Também vai Gostar

22K 457 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
1.4M 102K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
78K 385 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
3K 477 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...