Dia Utusan Tuhan •HIATUS•

sevtaend által

7.1K 1K 3K

» Takdir Tuhan telah membawa kita berdua bersama dan saya sangat bersyukur, awak adalah hadiah istimewa bagi... Több

━・❪ 01 ❫ ・━
━・❪ 02 ❫ ・━
━・❪ 03 ❫ ・━
━・❪ 04 ❫ ・━
━・❪ 05 ❫ ・━
━・❪ 06 ❫ ・━
━・❪ 08 ❫ ・━
━・❪ 09 ❫ ・━
━・❪ 10 ❫ ・━
━・❪ 11 ❫ ・━
━・❪ 12 ❫ ・━
━・❪ 13 ❫ ・━
━・❪ 14 ❫ ・━

━・❪ 07 ❫ ・━

269 66 117
sevtaend által


────── 〔✿〕──────


Taehyung duduk termenung di pondok berdekatan dengan kolam ikan peliharaan Adzhar. Matanya memandang kosong ikan-ikan berwarna keemasan yang sedang berenang sambil melepaskan najis di bawah dasar air kolam. Tetapi itu tidak menganggu fikiran Taehyung yang masih terkesan dengan peristiwa semalam.

Dia cuba mencari jawapan di sebalik maksud percakapan Irsyad yang sememangnya dalam. Entah kenapa ayat Irsyad itu terngiang-ngiang sampai ke telinga.

"Agama dia lain kot, abah. Apa kata orang kampung nanti?"

"Buat dia nak ikut kita ke majlis yang penuh dengan kesyukuran dan kesucian tu?"

Sekali lagi, ayat tersebut berulang. Taehyung segera menepis bisikan saitan itu. Rambutnya diramas kasar sebelum pandangannya jatuh kepada Nuha yang sedang mengorak langkah ke arahnya. Taehyung mendengus kecil.

Punggungnya diangkat untuk terus beredar dari situ. Dia dapat mengagak bahawa kedatangan gadis itu akan membuatkan dirinya lebih stres. Lebih baik dia pergi sebelum---

"Taehyung."

Tidak jadi dia mengangkat punggung bila suara lembut itu menyapa ke gegendang telinga. Sekali lagi ianya kedengaran enak saat Nuha menyebut sebaris namanya.

"Saya ada benda nak cakap. Boleh saya curi masa awak sekejap?" Nuha meminta kebenaran dengan nada yang teragak-agak. Bukan apa, dia takut dia telah menganggu masa lelaki ini sahaja.

Taehyung mengumam pendek. Matanya memandang penampilan Nuha yang baginya sedikit kelainan pada hari ini. Bukan pasal baju mahupun seluar tetapi tudung yang dipakainya itu.

Tudung berjenis bawal. Selama ini Nuha hanya mengenakan shawl bergaya santai namun berbeza pula pada hari ini. Jelas pipi pau Nuha kelihatan bila dia mengenakan bawal itu. Dalam diam Taehyung sudahpun melafazkan satu perkataan buat Nuha iaitu comel.

"Err sebenarnya saya nak minta maaf pasal semalam." Nuha memulakan ayatnya. Taehyung yang leka melihat wajahnya tadi terus mengalih pandang. Bibirnya diketap lama, dia perasan ke yang aku tengok dia tadi?

Taehyung lepaskan keluhan lega. Tak, dia tak perasan tu. Kemudian, Taehyung kembali menatap wajah mulus itu.

"Kau takde salah dengan aku, kenapa nak minta maaf?"

"Sebab saya tahu apa yang Irsyad cakap tu, menyinggung perasan awak. Saya minta maaf bagi pihak dia, awak jangan ambik hati, ya?"

Hujung bibir Taehyung ternaik sinis. "Setakat lelaki mentah macam dia, aku tak terkesan langsung." Balasnya sekaligus menafikannya.

"Baguslah, saya lega bila awak cakap macam tu." Nuha tersenyum manis. Untuk kedua kalinya, jantung Taehyung berdegup dengan rentak yang aneh lagi. Ah dia bencikan situasi ini!

Kenapa setiap kali gadis ini senyum, ada sahaja perasaan bercampur baur yang dia rasakan? Menci arr camni.

"Awak dah sihat?" Nuha menyoal.

Taehyung menaikkan keningnya. "Bila masa aku sakit?"

"Awak kata semalam awak tak sedap badan."

"......oh. Penat sikit,tu sebab aku malas nak ikut."

Nuha mengangguk faham. Malas dipanjangkan cerita,Nuha membuat keputusan untuk masuk ke dalam. Namun,Taehyung sempat memanggil.

"Nuha."

Suara deep itu langsung menerobos ke telinga Nuha. Oh tidak, suara ini mengingatkan aku tentang kejadian di dapur tempoh hari . Astaghfirullah'al-azim....

"Ya?" Nuha membalas seraya cuba mengawal riak muka. Ini kali pertama Taehyung menyebut namanya dan entah kenapa dia berasa suka bila lelaki ini menutur sebaris nama Nuha tersebut.

"Boleh tak bawak aku pusing-pusing sekitar kampung ni? Aku dah lama nak jalan tapi takde kawan. Lagipun aku dengar kat sini ada unta."

Nuha hampir tergelak mendengar pertuturan Taehyung. Unta? Dari mana datangnya? Ni bukan padang pasir Taehyung oii.

"Kenapa kau buat muka macam tu?" Taehyung berkata dingin.

"Awak maksudkan lembu ke?"

Taehyung menggosok belakang tengkuknya dengan muka menahan malu. "Sama je kan, empat kaki , bertanduk, berkubang dalam lumpur----"
Katanya yakin tetapi kali ini Nuha sudahpun meletuskan tawanya.

"Awak nak tengok kerbau, ya?"

"Kerbau apanya? Kan kau kata lembu tadi." Bentak Taehyung geram.

"Dahlah,jom saya teman awak pusing satu kampung ni."

Taehyung sedikit teruja mendengarnya. "Kau temankan aku?" Soalnya lagi meminta kepastian.

"Ya tapi saya ajak kawan saya sekali lah. Tak manis kalau kita berduaan kat luar sana nanti."

"Kalau kau ajak kawan baik kau tu, aku taknak ikut." ucap Taehyung awal-awal.

"Bukanlah, saya ajak Hanie."

Taehyung terdiam sejenak. Hanie? Yang datang kelmarin kat rumah tu ke? Aduh semak---

"Hurm yelah." jawab Taehyung senada.

────── 〔✿〕──────

"Nuha mana ummi?" Soalan pertama yang muncul dari bibir Irsyad setibanya dia di rumah Huda. Kepalanya di dijenguk-jenguk mencari kelibat kawan baiknya tetapi langsung tidak kelihatan.

"Dia tengah temankan Tae jalan-jalan kat sekitar kampung ni." Balas Huda sambil meletakkan batang penyapu di sudut dapur. Kemudian, dia terus melimpasi Irsyad yang sudah terpinga-pinga melihatnya.

Irsyad berkerut hairan. Dia dapat rasakan nada mendatar daripada suara wanita tua itu tadi. Cepat-cepat Irsyad mengikuti langkah Huda yang sudah duduk di sofa berhadapan televisyen di ruang tamu. 

"Ummi biarkan diaorang berdua jalan macam tu je?!" Sekali lagi meninggi suara Irsyad tanpa dia sedar.

Huda memandang Irsyad dengan riak wajah terkejut. "Sejak bila Icad pandai tinggikan suara dekat ummi ni?" Soalnya dengan nada tertahan.

Irsyad menundukkan kepalanya kesal. Entah kenapa dia boleh bertindak lepas begitu. Berkali-kali dia beristighfar di dalam hati sebelum kembali mengangkat mukanya.

"Maaf, ummi... Icad tak sengaja. Icad bukannya apa, Icad risaukan Nuha. Yelah mereka berdua,tak mustahil ada benda tak elok boleh terjadi. Tambahan lagi mulut orang kampung ni mengata nanti macam mana?" Ujarnya perlahan.

Huda mengeluh berat. Matanya dialih pada kaca tv yang sedang mempaparkan kartun Boboiboy Galaxy. Namun, itu langsung tidak menarik perhatiannya malah Huda masih berasa geram atas tindakan Irsyad semalam.

Jelas dia dapat lihat aura Irsyad yang sememangnya tidak sebulu dengan anak angkatnya itu. Entah apa masalah pun dia sendiri tidak faham.

"Anak ummi tu baik,dia takkan buat apa-apa kat Nuha."

Irsyad menyengih sinis. "Ummi jangan percaya sangat dekat anak angkat ummi tu. Lelaki ni nafsu dia satu je , perempuan." Balasnya selamba.

"Icad nak cakap apa sebenarnya ni? Dari semalam lagi ummi perhati je perangai Icad. Kalau betul Icad tak sukakan dia,tak perlulah bertindak melulu percakapan tu. Ingat sikit orang lain pun ada hati dan perasaan." Ummi berkata diselangi dengan nada sebak.

Dia masih terbayang-bayang wajah Taehyung yang jelas menunjukkan dia terasa dengan tindakan Irsyad. Hatinya tahu sangat perasaan anak angkatnya itu,cuma dia diam tidak mahu menghebohkan lagi keadaan. Biarlah Taehyung tenangkan fikiran sekejap.

Cuma pagi tadi, Taehyung tidak menegurnya seperti biasa. Sekadar menjawab ringkas dan mengumam sahaja yang diterima setiap kali Huda menyoal.

Irsyad diserang rasa serba-salah tatkala mendengar suara Huda yang berbaur sebak itu. Segera dia duduk melutut di hadapan Huda dengan wajah serba-salah.

"Ummi, Icad minta maaf kalau Icad ada sakitkan hati ummi. Icad tak sengaja nak bercakap lepas pasal semalam sumpah Icad tak fikir panjang masa tu. Icad minta maaf, ummi..." Ucapnya berkali-kali.

"Icad pergi minta maaf kat Tae nanti, tu je yang ummi harapkan."

Irsyad mengangguk pantas. Bibirnya mengukir senyum walhal dalam hatinya sudah meroyan bila Huda menyuruhnya berbuat sedemikian. Tapi disebabkan sayang, Irsyad akurkan juga biarpun dia tidak ikhlas.


────── 〔✿〕──────


I wuv you hehe:)) 💜💜💜

Olvasás folytatása

You'll Also Like

2.9K 477 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
406K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
5.4K 297 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
67.3K 340 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...