Dia Utusan Tuhan •HIATUS•

By sevtaend

7.1K 1K 3K

» Takdir Tuhan telah membawa kita berdua bersama dan saya sangat bersyukur, awak adalah hadiah istimewa bagi... More

━・❪ 01 ❫ ・━
━・❪ 02 ❫ ・━
━・❪ 04 ❫ ・━
━・❪ 05 ❫ ・━
━・❪ 06 ❫ ・━
━・❪ 07 ❫ ・━
━・❪ 08 ❫ ・━
━・❪ 09 ❫ ・━
━・❪ 10 ❫ ・━
━・❪ 11 ❫ ・━
━・❪ 12 ❫ ・━
━・❪ 13 ❫ ・━
━・❪ 14 ❫ ・━

━・❪ 03 ❫ ・━

473 84 233
By sevtaend


────── 〔✿〕──────


IRSYAD meneguk air sirap limaunya dengan rakus apabila terasa tekakknya tersekat senipis tulang ikan. Bibirnya dilap menggunakan belakang tapak tangan dengan gelojoh tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dia bersandar kekenyangan dengan hati yang senang.

Taehyung yang baru selesai menyuap nasi ke dalam mulut itu hanya memandang kelakuan Irsyad yang baginya tidaklah sopan bila dipandang. Irsyad yang perasan renungan daripada Taehyung mula membetulkan posisi duduknya dengan wajah dingin seperti biasa.

"Apahal kau pandang-pandang aku macam tu? Tak pernah nampak orang makan?"

Taehyung mengerutkan dahi apabila Irsyad tiba-tiba sahaja melontar ayat sebegitu. Salahkah dia melihat wajah Irsyad? Bukannya dia menjeling ataupun apa cuma niatnya ingin menegur bahawa ada sebutir nasi di tepi bibir Irsyad. Namun bila ditegur sebegitu, Taehyung alihkan pandang ke arah lain.

Lantak kaulah, biar malu dengan diri sendiri. Desisnya di dalam hati.

Huda dan suaminya iaitu Adzhar melihat kedua-dua anak teruna itu hanya menggelengkan kepala. Dari pandangan Huda, jelas sekali yang Irsyad semacam tidak suka akan kehadiran Taehyung. Tidak mengapalah, nanti pelan-pelan Irsyad boleh wujudkan hubungan kawan dengan Taehyung nanti, Insyaallah. Doa Huda di dalam hati.

"Kamu macam mana Tae? Selesa tak bila duduk kat kampung ni?" Soalan daripada Adhzar membuatkan Taehyung mengangkat kepala. Senyuman kotak dihadiahkan kepada lelaki berusia itu kemudian kepalanya diangguk dengan yakin.

"Tae suka duduk kat sini. Aman damai je suasana kampung ni. Terima kasih abah sebab benarkan Tae tinggal kat sini buat sementara waktu." Ucapnya dengan sengihan di bibir.

"Eish... apa pula cakap macam tu. Inikan rumah Tae juga, buat je macam rumah sendiri. Tae kan sebahagian daripada keluarga kami. Duduk je selama mana yang kamu nak, abah tak kisah."

"Baik, abah." Taehyung mengangguk sekali lagi. Hatinya senang bila mendapat layanan baik daripada Huda dan Adzhar. Terasa dirinya disayangi ketika dia menjejak kaki ke rumah ini.

"Tae ke dapur dulu, ya." Taehyung bangkit daripada tempat duduknya sambil membawa pinggan dan gelas kotor yang dipakainya tadi.

"Eh... biarkan je pinggan tu kat situ, nanti ummi basuhkan." Arah Huda.

Taehyung menggeleng kecil. "Dah terbiasalah ummi, takpe. Biar Tae basuh pinggan ni sendiri, bukannya berat pun kan?" Tertawa kecil dia di hujung ayat. Memang inilah rutinnya setiap kali habis makan, pinggan sendiri basuh sendirilah. Nak harapkan siapa lagi? Dah besar mesti pandai berdikari.

Itulah pesanan Huda yang selalu Taehyung ingat sampai sekarang.

Irsyad mengejek cara percakapan Taehyung dalam diam. Acah baik je Mamat ni!

Huda hanya mampu tersenyum tanpa menjawab. Taehyung mula beredar masuk ke bahagian dapur yang beberapa kali langkah jalannya. Tiba di ruang dapur yang tidaklah besar mana, kakinya mula melangkah ke arah sinki.

Pili paip dibuka lalu dibersihkan dahulu kotoran yang ada pada pinggan dan gelas. Kemudian, span berbuih sabun yang berada di dalam mangkuk kecil itu dicapai lalu digosok sekitar pinggan gelasnya. Sambil dia membasuh, matanya tertancap pada seorang gadis di balik tingkap berhadapan dengan sinki tersebut.

Tidak silap, itulah Nuha. Tekanya.

Kelihatan gadis itu sedang seronok memetik buah tomato lalu dimasukkan ke dalam bakul yang berada di sebelah tangan. Ligat mata Taehyung asyik memandang Nuha sehingga tidak sedar air yang berada di dalam sinki sudah
melimpah-limpah jatuh ke lantai.

"Oh my God." Taehyung tersedar dengan kecuaiannya. Dalam keadaan kelam-kabut, cepat-cepat dia menutup pili paip. Baru dia perasan lubang singki itu ditutup dengan penutup singki (?), patutlah air tak turun-turun. Keluhan kecil terbit di bibir apabila bahagian bawah bajunya sudah basah dek air yang melimpah tadi.

Tanpa memandang kiri dan kanan, Taehyung membuka bajunya dengan segera. Terserlah bentuk badan yang sempurna itu. Rambutnya kelihatan basah sedikit tatkala baju itu  melepasi bahagian kepala. Taehyung meraup rambut kebelakang hingga menampakkan dahi licinnya.

Titisan air daripada rambut yang jatuh dibiarkan sahaja. Baginya apa yang penting adalah pakaiannya. Taehyung mula membawa baju tersebut ke sinki lalu memerah sekuat yang mungkin.

Buk! 

Telinga Taehyung menangkap jelas bunyi sesuatu yang jatuh. Taehyung memandang ke bawah apabila terasa ada sesuatu menyentuh kulitnya. Ianya sebiji tomato. Tangannya mengutip lalu dipandang pelik buah itu sambil berfikir; dari mana ianya datang?

"Aargh!"

Taehyung mencari gerangan suara itu lalu pandangannya jatuh kepada gadis berselendang yang sudah membelakanginya.

Hujung bibir Taehyung menjungkit senyum senget. Gadis yang memetik buah tomato ni rupanya...

Dengan langkah yang perlahan, Taehyung mendekati Nuha yang masih statik berdiri tanpa bergerak seperti patung itu. Apabila dia berdiri betul-betul di belakang Nuha, Taehyung menghulurkan tomato tadi ke arahnya.

"Ni buah kau ke?" Soal Taehyung polos tanpa mengetahui isi hati Nuha yang sudah menahan malu bila berada dekat dengan lelaki ini. Tanpa mengambil mahupun menjawab pertanyaan Taehyung, Nuha pantas mengatur langkah masuk ke dalam dan membiarkan lelaki itu terkebil-kebil sendiri.

Taehyung berdecit kecil. Tomato tadi diletakkan di atas kabinet dapur. Dia terus melangkah masuk menuju ke bilik air langsung untuk membersihkan tubuhnya yang melekit.

Semasa berada di bawah pancuran air, wajah gadis bernama Nuha itu tiba-tiba bermain di dalam fikirannya.  Cepat-cepat Taehyung mengusir tanpa mengigati kembali. Gadis itu bukan sesiapa baginya, tapi mungkin boleh dijadikan sebagai mainan usikkannya nanti. Siapa tahu, kan?


────── 〔✿〕──────

NUHA menyandarkan tubuh di dinding dengan wajah yang masih kelihatan cuak. Tangannya naik menyentuh permukaan dadanya dan dapat dia rasakan degupan jantungnya bukan pada paras yang normal ketika ini.

Dup dup dup.

Liur diteguk perit. Matanya seakan mengimbas kembali tayangan susuk tubuh milik lelaki yang digelar Tae itu. Kepala digeleng berkali-kali cuba untuk membuang peristiwa tidak senonoh itu di dalam hidupnya.

Namun giliran telinga pula memberi reaksi dengan memutar kembali suara husky lelaki itu di deria pendengarannya. Kedengaran agak seksi dan romantik.

"Astaghfirullah al'aazim..." Nuha beristighfar banyak kali. Sedikit sebanyak godaan syaitan tadi beransur pudar. Nuha menghembus nafas berat. Kepalanya diketuk menggunakan buah tomato yang dipegang.

"Kenapa situasi memalukan tu berlaku kat aku? Eish!" Katanya kesal. Manalah dia tahu kehadiran Taehyung ada di sana pada waktu itu. Kalau dia tahu, sudah tentu Nuha akan mengambil jalan pintu hadapan tanpa memasuki jalan pintu belakang.

Lagipula dia selalu akan masuk ke pintu belakang sesudah dia selesai memetik buah atau sayuran di kebun. Nak ambil jalan mudah katakan. Tetapi adegan tadi cukup membuatkan Nuha kesesakkan nafas.

Tidak pernah-pernah lagi dia melibat pemandangan indah itu di hadapan mata. Ah! Kejadian itu betul-betul akan menghantuinya jika dia berhadapan dengan Taehyung.

"Woi! Gila ke apa nak ketuk kepala guna tomato tu?" Irsyad menegur tingkah laku Nuha yang sejak tadi dia perhati.

Nuha menjeling sekilas sambil berdehem kecil bagi menghilangkan sisa baki gemuruhnya. "Takde apalah, sibuk je!" balasnya.

"Kalau nak ketuk, mari sini aku ketuk dengan ketukkan penuh kasih sayang aku ni."

Belum sempat Nuha mengelak, Irsyad terlebih dahulu mengetuk kepala Nuha yang beralaskan tudung itu dengan hujung buku limanya.

Tuk! Tuk! Tuk

"Ish! Apa ni Icad? Sakitlah!" Nuha mendengus kecil seraya membaling sebiji tomato ke muka Irsyad dengan tepat. Irsyad yang tadinya tergelak membahan Nuha, terdiam apabila merasakan percikan cecair tomato yang sudah hancur itu jatuh menyusuri ke dalam hidung dan mulutnya.

Nuha yang tadinya berasa geram kini diganti dengan tawaan yang tidak henti daripada bibir. Wajah Irsyad sekarang ini sungguh hodoh baginya.

"Nurul Nuha Naafiyah Binti Mohd Ridhuan." Irsyad menyebutkan nama penuh gadis itu dengan nada mendalam. Matanya menatap mata bundar gadis itu dengan lama.

Nuha sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku selepas ini. Sudah tentu Irsyad akan membalas teknik yang sama dan itu tidak dibiarkan sama sekali.

Dengan cepat, Nuha berlari anak menuju ke tempat Huda yang sedang menyusun pinggan di ruang meja makan. Sungguh riuh suara mereka berdua diselangi dengan tawa yang bersatu.

Habis meriah ruang tamu itu dengan telatah mereka. Tidak lupa, Huda yang berusaha meleraikan mereka berdua. Adzhar juga apa kurangnya, terikut-ikut larian Irsyad dari belakang dalam keadaan beliau berkain pelikat.

Taehyung yang baru keluar dari bilik air hanya mengendahkan suasana kebudak-budakan itu. Dia terus maju melimpasi masuk ke dalam bilik yang sudah disediakan khas untuknya. Sampai di bilik, Taehyung mengunci pintu dengan rapat lalu menyandarkan tubuhnya di belakang pintu.

Matanya dipejam buat seketika. Melihat adegan bahagia Huda, Adzhar bersama Nuha dan Irsyad itu langsung membuatkan fikiran dan hatinya teringat kepada seseorang.

Seorang wanita yang bersusah payah membesarkannya,

Seorang wanita yang selalu berada di sampingnya,

Seorang wanita yang tidak pernah lelah mendengar luahan hatinya,

Seorang wanita yang selalu menceriakan kehidupannya,

Kini sudah tiada di muka bumi ini.

"Eomma... Bogoshiepo." Luahnya sebak seorang diri melayani perasaan yang duka. Tanpa dipinta, setitis air matanya jatuh ke pipi.





────── 〔✿〕──────


Continue Reading

You'll Also Like

261K 23.1K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
25.2K 489 27
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
616K 37.4K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
4.6K 648 54
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...