Dia Utusan Tuhan •HIATUS•

By sevtaend

7.1K 1K 3K

» Takdir Tuhan telah membawa kita berdua bersama dan saya sangat bersyukur, awak adalah hadiah istimewa bagi... More

━・❪ 01 ❫ ・━
━・❪ 03 ❫ ・━
━・❪ 04 ❫ ・━
━・❪ 05 ❫ ・━
━・❪ 06 ❫ ・━
━・❪ 07 ❫ ・━
━・❪ 08 ❫ ・━
━・❪ 09 ❫ ・━
━・❪ 10 ❫ ・━
━・❪ 11 ❫ ・━
━・❪ 12 ❫ ・━
━・❪ 13 ❫ ・━
━・❪ 14 ❫ ・━

━・❪ 02 ❫ ・━

650 90 204
By sevtaend


────── 〔✿〕──────


TEPAT pukul 5 petang, akhirnya Taehyung selamat tiba di kampung kediaman yang indah ini. Langit yang kelihatan kejinggaan itu dipandang dengan mata yang menyepet sedikit. Bibirnya automatik mengukir senyum.

Taehyung kembali memeriksa telefonnya. Pesanan daripada ummi beberapa minit lepas dibaca kembali.

Ummi 💜

Tae tunggu je kat sana, kejap
lagi Irsyad datang jemput kamu.

Irsyad? Siapa tu? Soal Taehyung dalam hati. Ini kali pertama dia mendengar nama itu dari umminya.

"Mungkin orang kampung kot." Gumamnya perlahan sambil kedua belah bahu dijungkit ke atas tanda tidak mahu mengambil tahu pun. Punggung dilabuhkan di atas bangku kosong. Kedua kakinya dihayun ke depan dan belakang sambil setia menunggu kelibat Irsyad yang masih belum sampai.

10 minit berlalu, Taehyung mula rasa bosan. Dia bangkit dari duduk lalu bercekak pinggang seketika. Dahinya yang berpeluh itu diseka menggunakan belakang tapak tangan. Dalam hatinya sudah merungut kecil.

Paling Taehyung tidak suka bab tunggu-menunggu ni.

Tiba-tiba bunyi ekzos motor yang berdekatan dengannya menarik perhatian. Taehyung mengecilkan matanya sambil memerhati segenap motor berwarna merah yang kelihatan cabuk itu. Pembonceng motor tersebut betul-betul menghentikan motornya di hadapan perhentian bas yang diduduki Taehyung.

Taehyung mengerutkan dahi tatkala lelaki tersebut memandangnya lama. Lagaknya seperti sedang menunggu seseorang.

"Hoiii!"

Taehyung menaikkan sebelah kening apabila lelaki itu memanggilya dengan panggilan kurang sopan.

"Kau lah, siapa lagi. Ummi kau suruh aku jemput kau kat sini." Lelaki itu berkata dengan nada sombong. Taehyung berdecit sinis.

Ini rupanya Irsyad, takde adab langsung!

"Cepat sikit boleh tak?" Gesa Irsyad dengan nada malas. Pandangannya tidak lepas memandang Taehyung yang terkial-kial menarik beg berodanya.

Terkumat-kamit mulut Taehyung mengejek cara percakapan Irsyad di sebalik topeng mulut yang dipakai. Namun dia tetap bersabar dan memekakkan telinga seperti tiada apa yang berlaku. 

Kini, dia sudah berdiri di sisi motor Irsyad.

"Kau tercegat apa lagi kat situ? Naiklah duduk kat belakang aku ni."

Taehyung sudah mengetap erat bibirnya. Seriously? Naik motor buruk ni dengan dia?

"Aduh Mamat asing ni, memang pekak ke apa... Eish." Irsyad mengusutkan rambut depannya dengan geram sambil mulutnya mengutuk perlahan.

Taehyung langsung menarik mask mulutnya ke bawah dagu. Seluruh wajahnya kini terpapar dengan riak dingin tanpa sebaris senyum. Telinganya mulai panas bila mendengar Irsyad mengutuknya tadi biarpun dengan nada perlahan namun dia masih belum pekak untuk mendengar.

Irsyad pula sedikit tergamam tatkala melihat wajah yang sempurna tanpa cacat cela itu. Begitu halus dan bersih muka Taehyung tanpa sebarang jerawat dan jujur katakan lelaki ini mempunyai wajah yang kacak berbanding dirinya. Namun Irsyad cepat mengawal reaksi. Wajah angkuhnya masih kekal seperti biasa.

"N-naiklah cepat. Aku ada kerja nak buat lepas ni." Gesa Irsyad sekali lagi tetapi kali ini nadanya sedikit gentar. Mana taknya, dengan raut wajah Taehyung yang gerun itu sedikit sebanyak melahirkan rasa takut dalam dirinya. Jelas anak mata hazel itu menikam tajam ke arahnya.

Taehyung melepas keluhan. Berkali-kali dia mengucap perkataan sabar di dalam hati.

"Beg pakaian tu ada roda kan? Kau tarik je kat atas jalan raya masa kita gerak nanti. Kita akan masuk ke kawasan pedalaman kampung ni jadi kau tak perlu risau. Seret je beg mahal kau tu." Irsyad berkata memberi cadangan dan dalam masa yang sama dia menyindir. Taehyung mengangguk sahaja tanpa sebarang bicara, dia langsung mengambil tempat duduk di belakang tubuh Irsyad.

Beg yang mempunyai empat roda itu diletakkan di atas jalan bersebelahan dengan sisinya. Sebelah tangannya menarik pemegang beg ke atas manakala sebelah lagi diletakkan di atas bahu Irsyad bagi menstabilkan kedudukannya.

Irsyad hanya membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu. Dia segera menghidupkan motornya dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengeluarkan asap hitam di bahagian belakang.

Taehyung terbatuk kecil sambil memasamkan mukanya apabila asap tersebut masuk ke dalam rongga hidung. Belum sempat dia menegur Irsyad, motor yang didudukinya spontan membelok keluar lalu perjalanan diteruskan. Dengan erat, Taehyung mengenggam pemegang begnya agar tidak lari begitu juga dengan bahu Irsyad.

Tidak dinafikan, Irsyad membawa motor ini dalam had yang sukar dijangka. Sekejap ke kiri,sekejap ke kanan. Naik mual Taehyung dibuatnya. Rambut miliknya turut menggerbang ke belakang. Mulutnya automatik terbuka luas akibat kesan angin yang terhasil.

Semasa dalam perjalanan, Taehyung hanya mampu berdoa di dalam hati agar mereka berdua selamat sampai di ke destinasi yang ditujui.

────── 〔✿〕──────

NUHA meletakkan enam biji pinggan kaca di atas meja makan di ruang tamu. Lauk-pauk yang sudah terhidang ditutup menggunakan tudung saji. Gelas,sudu dan garfu juga turut disediakan bersebelahan pinggan yang disusun tadi. Setelah memastikan ianya selesai, Nuha melepaskan nafas lega. Bibirnya mengukir senyum lebar. Siap juga kerjanya.

Nuha berjalan menuju ke beranda hadapan rumah. Kelihatan Huda sedang elok duduk di atas kerusi sambil kepalanya terjenguk-jenguk seperti menunggu kedatangan seseorang.

"Ummi tengah tunggu abah ke?" tanpa menyapa, Nuha terus menyoal.

Huda lantas menggosok dadanya akibat terkejut dengan kemunculan Nuha dari arah belakang.

"Taklah, ummi tengah tunggu Tae ni hah. Dari tadi tak sampai-sampai lagi." Balas ummi dengan risau.

Nuha berdiri di sebelah ummi sambil menggosok belakang tubuh berusia 50-an itu dengan menenangkan hatinya yang resah.

"Sabarlah, mungkin diaorang dah dalam perjalanan nak ke sini. Icad kan ada untuk teman dia. Ummi jangan risau eh?"

"Yelah... tapi kalau si Icad tu nak mainkan anak ummi, siap dia! Kamu pun tahu kan perangai Icad tu nakal. Suka sangat kenakan orang." ujar Huda sambil menggeleng kepalanya bila bayangan kenakalan Irsyad menerjah ke minda.

Memang tidak sah, ada sahaja benda yang ingin diusik oleh lelaki muda itu.  Tetapi Huda tetap kagum dengannya. Biarpun Irsyad begitu, sifat hormat dan budi pekerti anak itu langsung tidak pudar di dalam diri. Malah kesopanan dan tanggungjawab yang dipikul cukup membuatkan orang kampung berasa senang hati.

Nuha tersenyum kecil. "Ummi, Nuha nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Anak angkat ummi tu memang dingin ke orangnya?" Nuha memandang jari-jemarinya sambil mencebik kecil bibirnya. Teringat dia di mana suara lelaki yang bernama 'Tae' itu menyapanya dengan kasar semasa mereka berada dalam talian tadi.

"Taklah... Kalau Nuha nak tahu, Tae tulah satu-satunya anak angkat lelaki yang paling ummi sayang. Dia baik, ummi tahu tu sebab tak pernah sesekali pun dia tinggi suara dengan ummi kecuali bila dia baru kenal seseorang tu, mulalah sifat tak tentu dia keluar. Nak bergaul dengan dia pun susah tapi percayalah, Tae tak sejahat yang kamu sangka, hati dia baik."  Huda berkata lebar sambil tersenyum-senyum.

Nuha mengangguk perlahan. "Nuha tak anggap dia jahat ke apa cuma Nuha terkilan dengan sapaan dia tadi hehehe..." Tersengih gadis itu dibuatnya.

"Kalau Nuha nak kenal anak ummi tu macam mana orangnya, Nuha cubalah tegur dia nanti. Insyaallah manalah tahu korang boleh berkawan lepas ni."

"Baik ummi." Jawab Nuha dengan senyuman.

Vroom vroom!

Bunyi enjin motor yang baru berhenti di hadapan rumah membuatkan ketiga-tiga mereka menjenguk melihat gerangan tersebut. Bibir Huda mengoyak senyuman lebar bila melihat anak lelaki yang dirinduinya sudah ada di hadapan mata. Dengan kocoh, wanita berusia itu menyambut kedatangan dua lelaki itu dengan gembira. 

Taehyung yang baru turun dari motor itu terus menerpa kepada Huda. Tangannya melambai mesra dengan senyuman lebar di bibir.

"Tae rindu ummi." Ucapnya dengan nada sedikit sebak. Ingin sahaja dia memeluk erat tubuh Huda bagi melepaskan rindu yang ditanggung namun Taehyung masih waras dan tahu menjaga batas pergaulannya.

"Ummi pun rindu Tae sangat-sangat. Kamu sihat?"

"Tae sihat je. Ummi ada masak makanan kegemaran Tae tak? Tae laparlah, dari tadi tak makan." Bibirnya dimuncung sedepa ke hadapan.

Irsyad yang melihat aksi comel Taehyung itu hampir termuntah. Wajahnya menunjukkan reaksi geli-geliman yang teramat di belakang Taehyung.

"Dah siap masak dah, tengah tunggu kamu je tadi. Haaa Nuha, kamu dah sediakan makanan tadi, kan? Jomlah makan sama-sama." Ajak Huda sambil matanya memandang Irsyad dan Nuha bersilih ganti.

"Ummi dengan yang lain makanlah dulu. Nuha ada kerja sikit kat kebun belakang rumah tu." Nuha menjawab sopan.

"Yelah.. Nanti makan sekali. Tae dengan Icad marilah masuk."

Irsyad mengangguk lalu menunduk sedikit badannya tanda hormat sebelum melimpasi Huda dan Taehyung. Sempat lagi Irsyad mengusik Nuha yang sedang berdiri di sebelah pintu dengan membuat muka hodohnya. Nuha tergelak kecil seraya menekup mulutnya dengan tapak tangan.

Sambil dia tertawa, pandangannya beralih kepada Huda dan automatik matanya bertentangan dengan mata hazel yang sedang merenungnya dengan dalam. Lantas Nuha melarikan pandangan ke arah lain. Jantungnya mula berdegup laju tatkala renungan itu masih tidak berganjak daripadanya. 

"Ummi, Nuha ke belakang dulu,ya." Cepat-cepat dia mengatur langkah menuju ke belakang rumah dengan segera. Wajahnya berubah kemerahan bila terbayangkan renungan itu lagi.

Taehyung kembali memandang umminya. "Siapa Icad dan Nuha tu?" soalnya ingin tahu. Dari pandangannya, nampak sangat Huda sangat akrab dengan dua manusia itu.

"Nanti ummi cerita, sekarang ni kita masuk dulu. Rehatkan diri Tae kejap lepastu kita makan, ya?"

"Abah mana, ummi?"

"Tak lama lagi baliklah tu, dah masuk cepat."

Taehyung mengangguk faham tanpa membantah. Beg berodanya ditarik masuk ke dalam seiringan dengan langkah Huda.

────── 〔✿〕──────

Harap apa yg shae kaji tentang masa/waktu ke kuala Terengganu tu betul la ya . Shae tak tahu sgt psal nama tempat kat KL ni sebab shae duk Sabah huehue ~

Oh ya, terima kasih kepada siapa yg komen kat chapter sebelum ni💜

Continue Reading

You'll Also Like

261K 23.1K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
14.5K 1.6K 23
Reversal TAPOPS mendapat isyarat kecemasan daripada Power Sphera yang dikejar oleh lanun angkasa yang kuat menyebabkan satu perperangan terjadi di Pl...
218K 13K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
19.6K 400 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...