Jasmine pulang ke rumah keluarga Hazrin setelah dua minggu sedar dari koma. Mereka semua menyambutnya dengan senyuman manis.
Hazrin membawa Jasmine ke ruang tamu dan mereka semua duduk di situ. Hidayah turun bersama si kembar dan mendekati mereka yang berada di ruang tamu.
"Tu, our twins!" Tunjuk Hazrin.
Jasmine menoleh ke arah anak kembarnya yang dia tidak sempat membesarkan selama lima tahun itu. Dia tersenyum kepada si kembar yang bersama dengan Hidayah itu.
"Adam, Hawa, go salam mama!" Ujar Hidayah.
Hanya Adam yang bergerak mendekati mamanya manakala Hawa hanya berdiri tegak di situ. Jasmine memandang Hawa selepas Adam mencium tangannya.
"Hawa, salam mama." Suruh Hazrin pula bila Hawa masih tidak bergerak.
Hawa menggeleng. Wajah seluruh ahli keluarga itu berubah. Jasmine apatah lagi. Hazrin toleh ke arah Jasmine sejenak sebelum kembali memandang Hawa.
"Hawa, ini mama. Hawa tak rindu mama ke?" Ujar Hazrin.
"Hawa tak kenal dia. Macam mana Hawa nak rindu dia?" Ujar Hawa.
Ahli keluarga itu tersentak. Mati senyuman Jasmine yang terukir sedari tadi.
"Hawa, apa cakap macam tu? Tak baik tahu? Itu mama Hawa!" Tegur Hidayah.
Hawa memeluk tubuh Hidayah. Mereka sekali lagi tergamam dengan perlakuan Hawa itu. Hazwan dan Hidayah sudah serba salah.
"Hawa tak nak dengan aunty tu. Hawa nak umi je!" Ucap Hawa.
Hidayah memandang Jasmine yang riak wajahnya jelas berubah 100%. Sedih bila anak yang dikandungkan dan dilahirkannya itu tidak mahu dengannya.
"Hawa Annisa, bukan aunty. Mama!" Hazrin membetulkan panggilan Hawa.
Jasmine menepuk perlahan peha Hazrin. Hazrin toleh ke arahnya.
"It's okay, mesti dia terkejut lagi. Kan saya lima tahun tak ada dengan dia." Ucap Jasmine perlahan.
Hazrin tidak terkata.
"Bawa saya naik, saya nak rehat la!"
Hazrin angguk. Mereka bangun. Satu persatu wajah ahli keluarga itu dipandang oleh Jasmine.
"Min naik dulu la ya?" Pinta Jasmine.
Mereka hanya mengangguk. Selepas Hazrin dan Jasmine berlalu ke tingkat atas, Hidayah memandang wajah anak susuanya itu.
"Kenapa Hawa buat macam tu? Hawa tak boleh cakap macam tu tahu? Itu mama Hawa, orang yang dah lahirkan Hawa. Umi tahu Hawa masih kecil, Hawa tak faham apa-apa. Tapi, Hawa kena hormat mama Hawa. Syurga Hawa ada dekat bawah tapak kaki mama Hawa tahu?" Ujar Hidayah.
Ahli keluarga yang lain hanya diam termasuk la Adam.
"Tapi, kenapa mama tak ada dengan Hawa selama ni? Umi je yang ada dengan Hawa." Balas si kecil itu petah.
Hidayah terdiam seketika. Ish, budak ni! Baru lima tahun dah pandai berkata-kata. Ikut perangai papa dia la ni.
"Sebab selama ni mama sakit. Mama tak boleh nak jaga Hawa. Sebab tu, umi yang jaga Hawa!" Jawab Hidayah.
"Kenapa mama sakit? Mama sakit apa sampai tak boleh nak jaga Hawa?"
Ya Allah, budak ni! Hazrin, Jasmine, ambil la anak korang ni yang sungguh bijaksana ini.
"Hawa, sekarang ni mungkin Hawa tak faham tapi, bila Hawa dah besar nanti, ayah cerita kat Hawa. Sekarang ni, ayah dengan umi cuma nak Hawa pergi minta maaf dengan mama." Hazwan masuk campur bila melihat isterinya itu sudah kekeringan idea.
"Tak nak la, Hawa bukan buat salah pun dengan mama. Kenapa Hawa nak kena minta maaf pulak?"
"Hawa dah buat mama kecil hati, Hawa kena la minta maaf. Hawa nak minta maaf ke Hawa nak papa marah Hawa? Banyak tahu umi rahsia dari papa apa yang Hawa buat masa papa tak ada." Hidayah tiada niat pun nak mengugut anak kecil itu cuma dia terpaksa. Dia tidak mahu Hawa melayan ibu kandungnya sendiri seperti itu. Kesian Jasmine!
Hawa tertunduk. Dia takut bila nama papanya disebut. Hazrin cukup tegas dengan anak-anaknya. Silap sikit saja, dia akan mengamuk. Kerana itu la, Hawa takut dengan papanya.
"Okey, Hawa minta maaf!"
Hawa bangun.
"Eh, nak pergi mana tu?" Soal Hazwan.
"Nak pergi minta maaf dengan mama la!"
Hazwan tersenyum nipis.
"Kan mama tengah rehat? Nanti la!"
Hawa angguk kecil.
🌸🌸🌸
HAZRIN memandang wajah muram isterinya itu. Mungkin masih terasa dengan kata-kata dan tingkah laku Hawa tadi.
"Sayang!"
Jasmine toleh.
"Are you okay?"
Jasmine angguk perlahan.
"Tipu. Saya tahu awak tak okey. Saya minta maaf pasal Hawa tadi. Saya pun tak sangka dia boleh jadi macam tu."
"Saya bukan mama yang baik untuk diorang, Hazrin. Saya tinggalkan diorang lepas saya lahirkan diorang. Lima tahun saya tinggalkan diorang. Saya memang bukan ibu yang baik!"
"Awak cakap apa ni, Min? Awak tak minta pun awak terlantar macam tu kan? Tak baik awak cakap macam tu."
Air mata Jasmine mengalir perlahan.
"Tapi, saya tak ada masa diorang membesar. Saya tak sempat nak susukan diorang, tidurkan diorang. Saya tak sempat nak buat semua tu, Hazrin." Ucap Jasmine.
Hazrin kaku sejenak.
"Min, stop salahkan diri sendiri. It's not your fault okay?"
Jasmine angguk.
"Hawa rapat dengan Kak Dayah sebab dari kecil lagi memang Kak Dayah yang jaga diorang. Awak pun tahu kan yang Kak Dayah tu ibu susuan diorang?"
Jasmine angguk lagi.
"Mama dah bagitahu saya!"
"Sorry, Min. Actually, saya yang minta Kak Dayah untuk jadi ibu susuan diorang."
Jasmine senyum nipis.
"It's okay, saya faham. Masa tu diorang masih bayi, diorang perlukan susu ibu. Tapi, saya tak dapat nak bagi. Syukur la sebab Kak Dayah sudi bagi susu dia pada Adam dengan Hawa."
"Along dengan Kak Dayah dah lama kahwin tapi, diorang masih belum di kurniakan zuriat. Tak salah kalau kita kongsi anak-anak kita dengan diorang kan?" Ujar Hazrin.
"Adam dengan Hawa memang dah jadi anak diorang kan?"
Hazrin tergelak kecil.
"Haah la!" Balasnya.
Jasmine menggeleng-geleng. Kalau Hawa memang tak nak dengannya, apa dia boleh buat? Redha jelah! Jasmine kembali memandang Hazrin.
"Awak, saya lupa nak tanya awak."
Hazrin menoleh pelik ke arah Jasmine.
"Tanya apa?"
"Kak Irah mana ea? Saya tak nampak pun dia?"
Hazrin kaku dengan soalan itu. Belum masanya untuk Jasmine tahu tentang Hazirah. Jasmine baru saja sedar dari koma. Doktor kata dia tidak boleh terkejut dalam masa terdekat ini. Kalau dia beritahu tentang Hazirah, Jasmine pasti akan sangat terkejut.
"Hazrin, kenapa awak diam? Saya tanya ni!" Tegur Jasmine.
"Hah? Ouh... Irah? Dia dekat luar negara sekarang ni. Tak tahu bila dia balik!"
Jasmine mengerutkan dahinya. Luar negara? Kenapa tiba-tiba Kak Irah pergi luar negara pulak? Tapi, dia merasa ada keraguan di wajah suaminya itu.
"Awak rehat la, saya nak turun bawah kejap!" Ujar Hazrin.
Jasmine menarik tangan Hazrin yang sudah bersedia untuk melangkah itu. Lelaki itu menoleh.
"Kenapa?"
"Awak tak ada sembunyikan apa-apa dari saya kan?" Soal Jasmine.
Hazrin pura-pura tergelak.
"Saya nak sembunyikan apa? Tak ada apa la, Min. Awak tak payah risau apa-apa ea? Awak rest je!" Hazrin mengusap lembut pipi isterinya.
Jasmine mengangguk sambil tersenyum nipis.
"Rest!"
Jasmine angguk lagi. Hazrin keluar dari bilik dengan helaan nafas dalam. Lambat laun dia akan tahu jugak!