Seharum Bunga Jasmine

By ayushahnira

5.1K 157 18

Pertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cin... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64

Bab 38

57 1 0
By ayushahnira

Sumayyah merenung skrin iPhone yang kosong itu. Sudah beratus malah mungkin sudah beribu mesej dihantar, berpuluh call, langsung tidak dijawab oleh Hazriq.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Hazriq? Saya tahu saya salah, saya menyesal buat awak macam tu. Tapi, tak boleh ke awak maafkan saya?" Air mata Sumayyah mengalir perlahan. Dia meletakkan kepalanya di atas meja.

Pintu biliknya diketuk dari luar. Sara masuk tanpa mendengar balasan dari Sumayyah.

"Doktor!" Panggil Sara.

Sumayyah mengangkat kepalanya. Pantas diseka air mata yang mengalir di pipinya.

"Yes?"

Sara kaku sejenak melihat keadaan Sumayyah itu.

"Doktor okey?" Soal Sara.

"Okey. So, ada apa?"

Sara serba salah. Mesti sebab aku Dr Su jadi macam ni. Kenapa la aku boleh suruh Dr Su arrange kan aku keluar dengan En Hazriq hari tu?

"Sara, what do you want? Saya tak ada masa nak tengok awak berdiri tegak depan saya macam ni. Kalau tak ada apa-apa awak nak cakap, keluar please!" Ujar Sumayyah.

"Dr, I'm sorry!" Ucap Sara.

Sumayyah terdiam. Serta merta dia mengucap panjang. Kenapa aku nak kena marah dengan Sara ni? Aku yang setuju nak kenalkan dia dengan Hazriq. Dia tak salah pun.

"Sara, I'm sorry. Saya serabut, saya tak sengaja nak marah awak!"

"No, it's okay. Saya yang patut minta maaf pada doktor. Saya tak sepatutnya minta tolong doktor macam tu. Saya tak tahu pun yang En Hazriq tu suka doktor. Saya betul-betul minta maaf, doktor. Saya tak sengaja!" Ucap Sara.

Air mata Sumayyah kembali mengalir di pipinya. Sara terkaku.

"Saya tak tahu nak buat apa lagi, Sara. Dia dah tak nak jumpa saya lagi."

"Doktor suka En Hazriq?"

Sumayyah memandang wajah Sara di hadapannya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Doktor cuba la pikat dia lagi. Saya yakin, lama-lama mesti dia akan cair balik dengan doktor!"

Sumayyah menggeleng.

"Dah macam-macam saya cuba, Sara. Semuanya tak berjalan. Dah kalau saya call pun dia tak jawab, mesej tak reply. Nampak sangat dia dah tak nak jumpa saya lagi!"

Sara terdiam.

"Sekali lagi saya minta maaf, doktor. Kalau saya tak minta doktor kenalkan saya dengan En Hazriq, semua ni mesti takkan jadi. I'm sorry, my bad!"

Sumayyah hanya membisu.

"Tak apa la, doktor. Saya keluar dulu!"

"Sara, wait!"

Sara berpaling ke arah Sumayyah.

"Yes, doctor? Anything?"

"Boleh tak awak tolong bagitahu Dr Ain untuk cover shif saya petang ni?"

Sara mengerutkan dahinya.

"Kenapa? Doktor nak pergi mana?"

"Saya ada hal penting nak uruskan. It's okay, saya akan call jugak Dr Ain untuk bagitahu. Tapi, awak tolong bagitahu dia dulu ya?"

"Okey!" Balas Sara sebelum keluar dari bilik itu.

Sebaik saja Sara keluar, Sumayyah mengemas beg nya lalu turut keluar dari bilik itu.

🌸🌸🌸

"AWAK nak pergi mana ni?"

Hazrin menoleh ke arah isterinya. Dia tersenyum nipis.

"Saya nak balik rumah mama kejap. Nak ikut?"

"Nak, kenapa awak tak cakap? Saya siap kejap!" Jasmine berlari naik ke tingkat atas.

"Cepat sikit, saya tunggu dekat kereta!"

"Ya!"

Jasmine masuk ke dalam kereta. Dia menoleh ke arah Hazrin dengan riak serba salah. Hazrin pelik.

"Awak dah kenapa tengok saya macam tu?" Soal Hazrin.

"Err... Hazrin, kita balik rumah mama malam boleh tak?" Ujar Jasmine.

"Kenapa pulak?"

"Su call saya tadi, dia kata nak jumpa kita. Urgent!"

Hazrin semakin pelik.

"Urgent? Pasal apa pulak?"

Jasmine mengangkat bahu.

"Tak tahu!"

"Dekat mana?"

"Cafe Bintang!"

"Okey la, kita jumpa dia dulu!"

Jasmine angguk.

"Seat belt!" Ujar Hazrin.

Jasmine tersengih sambil menarik seat belt. Selalu sangat dia lupa untuk memakai seat belt.

🌸🌸🌸

Semasa mereka sampai di Cafe Bintang, kelihatan Sumayyah sudah menunggu. Terus mereka menuju ke arah Sumayyah.

"Su, sorry. Lambat sikit, dah lama tunggu?" Ujar Jasmine.

Sumayyah tersenyum nipis.

"It's okay, aku pun baru sampai. Duduk la!" Balas Sumayyah.

Mereka berdua duduk di hadapan Sumayyah.

"Order?" Soal seorang pelayan.

Mereka berdua menoleh ke arah pelayan cafe itu.

"Orange juice please!" Ujar Hazrin.

"Same!" Sahut Jasmine.

Pelayan itu menulis order mereka di sebuah buku kecil.

"That's it?" Soal pelayan itu lagi.

"Ya, thank you!" Jawab Hazrin.

Pelayan itu berlalu. Mereka kembali memandang wajah Sumayyah di depan mata.

"Su, what's wrong? Are you okay?" Soal Jasmine.

Sumayyah menggeleng lemah.

"What's up? Awak gaduh dengan abang saya ke?" Soal Hazrin pula.

Sumayyah memandang wajah Hazrin.

"Ini lagi teruk dari gaduh, Hazrin. Abang awak langsung dah tak nak jumpa saya. Dia dah ignore saya!"

Mereka mengerutkan kening. Tak faham apa yang dimaksudkan oleh Sumayyah. Ignore?

"What happened?" Soal Jasmine.

"It's a long story, Min!"

"Pendekkan!" Ucap Hazrin.

Sumayyah menarik nafas dalam. Dia perlu seseorang atau maybe dua orang untuk mendengar keluh kesahnya. Dia ingin berjumpa dengan Hazrin sekali kerana dia yakin, Hazrin pasti lebih mengenali abangnya. Senang la dia nak pujuk abangnya nanti.

"Actually..." Sumayyah mula membuka mulut.

Mereka mengangguk mendengar cerita Sumayyah itu. Hanya sepatah dua mereka menyelit.

"Awak ni dah gila ke apa? Kenapa awak buat macam tu dekat abang saya?" Soal Hazrin geram.

Jasmine menoleh ke arah Hazrin.

"Awak, calm down. Kita dekat sini nak selesaikan masalah. Bukan nak rumitkan lagi. Please!" Ujar Jasmine.

"Still, Min. Saya tak boleh terima achik diperlakukan macam tu."

"Hazrin, saya minta maaf. Sumpah, masa tu saya tak tahu lagi perasaan sebenar saya pada abang awak. Saya belum sedar lagi yang saya sebenarnya sukakan Hazriq. And now, saya menyesal. That's why kenapa saya nak jumpa korang berdua. Saya nak minta tolong!"

Hazrin terdiam sejenak.

"Awak nak kitorang buat apa, Su? Tolong pujuk achik untuk awak?" Soal Hazrin.

Sumayyah angguk.

"Please!"

Hazrin menggeleng.

"No, saya takkan buat macam tu!" Balas Hazrin.

Jasmine terkejut.

"Hazrin!"

"No, Jasmine. Saya takkan pujuk achik untuk Su!" Hazrin bertegas.

"But, why?"

Hazrin merenung wajah isterinya.

"Kenapa awak tanya? Kawan baik awak ni dah lukakan hati abang saya. So, awak expect apa daripada saya? Tolong pujuk achik untuk dia? Of course not, I can't!" Hazrin berlalu setelah meletakkan sekeping not berwarna merah di atas meja.

Mereka berdua terkejut. Jasmine pandang Sumayyah. Sumayyah pandang Jasmine.

"Sorry, Su. Nanti apa-apa aku call kau!" Cepat Jasmine mengejar langkah Hazrin.

Sumayyah mengetuk dahinya.

"Apa lagi yang kau dah buat ni, Su? Kau tak habis-habis nak cari masalah kan? Lepas kau rosakkan hubungan kau sendiri dengan Hazriq. Sekarang ni, kau nak rosakkan hubungan kawan baik kau dengan suami dia pulak ke?" Ujar Sumayyah.

Jasmine pantas menarik tangan Hazrin sebelum lelaki itu makin jauh.

"Hazrin, wait!"

Hazrin menoleh.

"Apa lagi? Kalau awak nak suruh saya buat apa yang Su nak, sorry. Saya memang takkan ubah fikiran saya!"

"Awak ni kenapa? Asal yang awak marah sangat ni? Tak boleh ke kalau kita just tolong Su? Dia tengah dalam masalah sekarang ni. Dia perlukan kita, Hazrin!"

Hazrin tersenyum sinis.

"Dia cuma nak pergunakan kita, Min."

Jasmine tersentak dengan kata-kata suaminya itu.

"Hazrin, awak cakap apa ni?"

"Kenapa? Awak tak terima saya cakap 'kawan baik' awak tu macam tu?" Hazrin sengaja menekankan perkataan kawan baik itu.

Jasmine menahan geram.

"Yes, saya tak boleh terima. Saya kenal Su tu lagi lama dari saya kenal awak la, Hazrin. Saya tahu dia macam mana. Awak tak ada hak nak cakap dia macam tu!"

"Oh, macam tu ea? Okey, ya. Awak kenal dia lagi lama dari awak kenal saya. Fine, I admit it. Then, macam tu jugak la saya dengan achik. Achik tu abang saya. Apa perasaan awak bila orang buat macam tu dekat adik beradik awak? Awak suka ke? Oh, ya. Awak kan baik, mudah sangat luluh dengan permintaan orang. Mesti la awak takkan rasa apa-apa kan?"

Jasmine menjeling tajam kepada Hazrin.

"Hazrin, awak tak kenal saya lagi!" Ucap Jasmine.

"Yes, memang saya tak kenal awak lagi. Awak sendiri yang cakap tadi kan?" Balas Hazrin.

Jasmine kaku sejenak. Dah kenapa dia pulak yang gaduh dengan Hazrin ni?

"Min!"

Serentak mereka menoleh ke arah Sumayyah yang memanggil Jasmine tadi.

"Tu kawan baik awak dah datang, pergi la pujuk. Awak lagi kenal dia kan?" Hazrin berlalu dari situ.

Jasmine terkejut.

"Hazrin!" Panggil Jasmine.

Namun, Hazrin tidak menghiraukan panggilan Jasmine itu. Dia terus berlalu. Perlahan-lahan air mata Jasmine mengalir. Sepanjang dia berkahwin dengan Hazrin, belum pernah lagi mereka bergaduh seperti ini. Hazrin siap tinggalkan dia lagi.

Sumayyah mendekati Jasmine dan terus memeluk tubuh itu erat. Semakin deras air mata Jasmine.

"Aku minta maaf, Min. Sebab aku kau gaduh dengan suami kau. Aku ni memang tak habis-habis nak cari masalah kan?" Ucap Sumayyah.

"Kenapa Hazrin buat aku macam ni, Su?" Ujar Jasmine.

"I'm sorry Min, because of me!" Pelukan semakin dieratkan.

Continue Reading

You'll Also Like

138K 4.4K 30
Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang te...
60.1K 1.5K 13
"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat...
15.7K 433 48
Buku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu b...
528K 7.7K 13
Tengku Aryan...seorang lelaki tampan yang agak menggoda. Begitulah perumpamaan bagi Tengku Aryan dalam hidup Nayra. Dirinya yang sentiasa menjadi dam...