Seharum Bunga Jasmine

By ayushahnira

5.1K 157 18

Pertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cin... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64

Bab 32

62 2 0
By ayushahnira

Sumayyah mengejar langkah Hazriq yang sudah jauh itu. Pantas dia memanggil nama Hazriq bila lelaki itu sudah membuka pintu kereta.

"Hazriq!"

Perlakuan Hazriq terhenti. Dia menoleh dengan perasaan yang bercampur baur. Sakit hati, kecewa, marah, semua la. Agak kuat dia menutup pintu keretanya itu. Terangkat bahu Sumayyah kerana terkejut.

"Apa lagi? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat tadi?" Soal Hazriq buat Sumayyah serba salah.

Dia kaku sejenak.

"I'm sorry, Hazriq. Saya tak ada niat macam tu pun. Saya cuma nak tolong Sara. Dia betul-betul nak berkenalan dengan awak!"

Hazriq senyum sinis.

"Tolong Sara dengan mempergunakan saya? Good job, Dr Sumayyah. Awak memang kawan yang terbaik!"

"Hazriq!"

"Awak sebenarnya tahu kan yang saya suka awak? Kenapa awak buat saya macam ni?"

Sumayyah hilang kata-kata. Hazriq suka aku? Biar betul? Ya Allah, sumpah aku tak tahu. Kalau aku tahu, aku takkan kenalkan Sara dengan dia. Baik aku sendiri je yang mengaku aku suka dia. Hazriq, saya pun suka awak.

"Awak ingat saya ni apa? Barang? Boleh pass-pass macam tu je?"

"Hazriq, that's not what I meant. Saya cuma..."

"Dah la, Su. Setakat ni jelah kita kenal. After this, awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak. We're done!" Terus Hazriq masuk ke dalam keretanya sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sumayyah tergamam.

"Hazriq!"

Di dalam kereta, Hazriq menumbuk stereng sekuat hatinya. Dia menjerit dalam hati. Kenapa kau buat aku macam ni hah? Sampai hati kau!

🌸🌸🌸

"ACHIK, kejap!"

Hazriq yang baru saja hendak mendaki tangga itu menoleh. Terlihat Hazirah yang baru muncul dari dapur.

"What?"

"Kau ada pergi mana-mana tak malam ni?"

Hazriq mengerutkan dahinya.

"Asal?"

"Teman aku pergi kenduri rumah kawan aku!"

Hazriq semakin pelik. Dah kenapa kakak aku ni? Tiba-tiba pulak nak ajak aku. Selalu boleh je keluar seorang.

"Kenapa kau tak pergi sendiri je? Ajak adik ke?"

"Boleh ke tak? Adik tak ada la!"

Hazriq diam seketika.

"Tengok la macam mana!"

"Inform aku sebelum maghrib!"

"Erm!" Balas Hazriq sepatah sebelum mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Selepas menunaikan solat maghrib, Hazriq menuju ke bilik kakaknya yang bersebelahan dengan bilik Hazrin itu. Pintu diketuk.

Tidak lama menunggu, terjengul wajah Hazirah di muka pintu yang sudah siap berbaju kurung serta selendang warna senada.

"Jom!" Ujar Hazriq.

"Kau teman aku?" Soal Hazirah.

"Yelah, kau dah siap belum ni?"

"Dah, dah. Jom la!"

Hazriq mendahului dahulu sementara Hazirah mengambil tas tangannya di dalam bilik.

"Naik kereta kau ea?" Ujar Hazirah yang baru turun dari tingkat atas.

Hazriq menoleh.

"Suka hati la. Kereta siapa pun, tetap aku jugak yang drive!"

"Tahu tak apa!"

Hazriq mengambil kunci keretanya yang tergantung di tepi pintu itu.

"Kau dah bagitahu Mak Sal belum kita nak keluar ni?" Soal Hazriq.

"Dah!"

Tinggal mereka berdua saja yang berada di rumah itu. Mamanya mengikut papanya outstation. Along serta kakak ipar mereka pula balik kampung Hidayah di Rembau. Hazwani pula berada di rumah kawannya.

"Mana rumah kawan kau ni, ngah?" Hazriq mulai bengang bila mereka sudah hampir empat kali berpusing di tempat yang sama.

Hazirah mengintai di luar tingkap. Mana pulak rumah si Qaira ni?

"Jap, jap. Aku baru ingat. Ni kau terus lepas tu bila kau nampak lorong kau belok kanan!"

"Kau betul ea? Kalau salah lagi, aku pusing balik je!" Balas Hazriq.

"Ya!"

Hazriq mengikut kata-kata Hazirah tadi. Dia membelok ke arah kawasan perumahan elit itu.

"Ni ke rumahnya?" Soal Hazriq bila ternampak sebuah rumah yang sudah dipenuhi orang.

"Hah, ini la!"

Hazriq memakirkan keretanya agak jauh dari rumah itu.

"Irah, sampai pun kau. Aku ingat tak datang!" Ujar Qaira yang berada di luar rumah itu bersama seorang lagi sahabat mereka, Edryna.

"Datang. Aku just sesat sikit nak cari rumah kau tadi!" Balas Hazirah.

Edryna sudah tersenyum-senyum memandang Hazriq di sebelah Hazirah itu.

"Eh, jom la masuk!" Ajak Qaira.

Mereka mengangguk sebelum beriringan masuk ke dalam rumah. Majlis dimulakan dengan bacaan-bacaan ayat suci Al Quran dan diakhiri dengan jamuan makan.

"Riq!"

Hazriq yang sedang mengambil makanan itu menoleh. Ada orang kenal aku ke kat sini?

"Eh, Afif!" Ucap Hazriq ceria.

Mereka berpelukan sejenak. Sudah lama mereka tidak bertemu sejak Hazriq berlepas ke Auckland tiga tahun lepas.

"Kau apa khabar? Sihat? Tak bagitahu aku pun kau dah balik Malaysia ea?" Soal Afif.

"Sihat, alhamdulillah. Sorry la, weh. Aku balik ni aku tak sempat pun nak bagitahu member-member yang lain. Yang tahu, tahu la!"

Afif mengangguk-angguk.

"By the way, macam mana kau boleh sampai sini?"

"Aku follow kakak aku je, dia yang beria-ia ajak suruh teman dia pergi rumah kawan dia. Kau pulak?"

"Ini rumah kawan ofis aku. Dia yang ajak datang!"

Hazriq pula mengangguk.

Mata Edryna tidak lepas dari memandang wajah tampan lelaki yang datang bersama sahabatnya itu.

"Weh Rah, siapa yang datang dengan kau tadi tu ek? Pakwe kau ke?" Soal Edryna ingin tahu.

"Mana? Itu adik aku la!"

Mata Edryna terbeliak memandang wajah Hazirah.

"Like seriously? So, maknanya hari-hari la kau mengadap muka dia yang handsome tu? Untungnya kau!"

Hazirah membuat muka.

"Kau dah kenapa?"

"Tapi, asal aku tak pernah nampak adik kau yang ni ek?"

"Masa aku kenal kau, dia tengah study dekat Auckland. Ini dia baru balik!"

Edryna mengangguk-angguk.

"Adik beradik kau yang lelaki semua  handsome belaka ek? Tengok la abang kau pun. Adik kau si Hazrin tu. Sayang, dua-dua dah ada orang punya pulak!" Ujar Edryna.

Hazirah menjulingkan matanya ke atas. Along, achik dengan Rin handsome? Da... Celah mana handsome?

"By the way, aku ada chance tak untuk yang ni? Tolong aku, Rah. Please!"

Hazirah menoleh ke arah Edryna.

"Ah, kau tak payah nak mengada. Tak kuasa aku nak jadi kakak ipar kau!"

"Kedekut la kau ni!"

"Kau ingat adik aku tu barang? Suka-suka je aku boleh bagi kat kau? No way okey? Kalau kau nak, kau try sendiri!"

Wajah Edryna sudah berseri-seri.

"Boleh ke?" Soalnya.

Hazirah menjeling Edryna sejenak.

"Ikut kau la!"

Edryna tersenyum senang.

"Cuma satu jelah aku nak pesan kat kau. Kalau kena reject, jangan nak meraung sudah la!"

"Sampainya hatimu berkata begitu!"

"Poyo la kau!"

"Tak kisah, kalau kena reject pun at least aku dah cuba!"

Hazirah hanya mengangkat bahu. Malas mahu berbicara lanjut.

"Ngah!"

Hazirah menoleh ke arah suara itu. Edryna turut memandang wajah Hazriq. Dia tersenyum kepada lelaki itu. Hazriq hanya mengangguk.

"Apa?"

"Nanti kau balik sendiri ea? Aku nak keluar dengan kawan lama aku kejap!" Ujar Hazriq sambil menghulurkan kunci keretanya.

Hazirah menyambut kunci kereta itu.

"Habis tu balik nanti kau macam mana? Kau nak aku ambil kau ke?" Soal Hazirah.

"It's okay, nanti aku minta kawan aku hantar!" Jawab Hazriq.

Hazirah angguk.

"Aku gerak dulu!"

"Ya!"

"Bye!" Ucap Edryna tiba-tiba.

Serentak, dua beradik itu menoleh ke arah wanita itu. Hazriq tersenyum nipis kepada Edryna sebelum berlalu. Hazirah menyiku lengan Edryna.

"Gedik kan kau ni?"

"Biar la, bukan dengan orang lain pun. Dengan bakal suami aku jugak!" Balas Edryna bersahaja.

"Werk... Nak muntah aku dengar. Dah, aku nak masuk cari Qai. Sambung la berangan kau tu ya, cik akak oi?" Ujar Hazirah yang turut berlalu ke dalam rumah.

Edryna mencebik.

"Jealous la tu!"

Continue Reading

You'll Also Like

202K 7.8K 72
[COMPLETEDโœ”] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasa...
1.2K 88 14
Highest - #1 protect - #1 lovehaterelationship [Sinopsis] Kehidupan Khaleeda Aufi yang sebatang kara membuatkan dirinya tidak berg...
1.1M 3.1K 11
"Mama, adik nak tidur rumah tok boleh?" tanyaku kepada mama. "Boleh. Jaga diri elok2. Esok mama amik" balas mama kepadaku. "Okay mama" jawabku gembir...
171K 5.3K 12
Erish Damia , well seorang yang panas baran , biadap , tak hormat orang tua , dan seangkatan dengannya. Ditakdirkan menjadi isteri kepada seorang Us...