FIRASY ✓

By Thekalon

495K 39.2K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... More

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
53
FIRASY ( Dear diary)
54
55
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

16

7.2K 630 42
By Thekalon

          "HAI..."

"Hei." Acuh tak acuh sapaan gadis di hadapannya itu dibalas. Sedaya upaya matanya dikalihkan daripada memandang gadis itu lama.

"Bila balik?" soal Firas tenang. Sekadar berbasa-basi. Kalau dia tak jawab pun tak apa.

"Semalam." Firas cuma mengangguk. Keadaan menjadi kembali janggal. Tidak tahu apa yang perlu dibualkan lagi. Dia sanggup bertegur sapa sedikit dengan gadis itu pun dah dikira bagus.

"Sihat?" soal gadis itu pula.

"Yes, much better than before." Balasan sinis Firas membuatkan gadis itu tersenyum tawar. Cuba untuk tidak mengambil hati.

"Congrats on your wedding," ucap gadis itu lagi dengan senyuman paksa yang terlakar di bibir. Firas hanya diam. Tiada tanda-tanda ingin membalas.

"Meja nombor 3. Two latte macchiato."

"Oh, sorry! RM9.00," ujar gadis itu pantas apabila mula tersedar akan sebab utama keberadaan lelaki itu di kaunter bayaran.

"For both, miss. Please be alert with what I said." Tegas nada suara Firas.

Gadis itu kelihatan agak tersentak tapi wajahnya masih cuba dimaniskan.

"RM18.00." Firas menghulurkan dua not RM10. Baru sahaja baki ingin diberi, Firas segera menolak.

"Keep the RM2." Dia mula ingin berlalu pergi namun tubuhnya dipusingkan kembali.

"You know what's that for?"

"Your loyalty price. Cheap." Selamba sahaja ayat itu keluar dari mulut Firas sebelum dia mula berlalu pergi.  Meninggalkan si gadis yang sudah terkedu di kaunter bayaran.

Makin lama dia di situ, makin sakit hati dibuatnya. Menghilang dah 8 tahun, tup tup muncul balik. Siapa tak geram?

•••

          MATA Asyfa tertumpu pada skrin televisyen namun fikirannya ligat kearah lain. Dari tadi lagi dia sibuk memikirkan perihal Firas. Kenapa eh dia diam je dari tadi. Bila tanya sepatah jawab sepatah. Biasanya berpatah-patah dia balas.

Televisyen segera dimatikan lalu langkah diorak ke katil. Tubuh disandarkan pada kepala katil.

Firas yang baru keluar dari bilik air diperhatikannya sekilas lalu pandangan segera dikalihkan kearah lain. Firas mengambil tempat disebelahnya. Turut sama menyandar pada kepala katil. Matanya dipejamkan bersama keluhan kecil yang terbit di bibir.

Asyfa yang perasan segera menoleh memandangnya.

"Awak okay?" Firas perlahan-lahan melentokkan kepalanya pada bahu Asyfa. Terkejut jugak dirinya dengan perbuatan Firas namun perasaanya cuba dikawal sebaik mungkin.

"I'm..tired." Asyfa merenung Firas disebelahnya.

"Er, sorry. Sebab saya ajak awak keluar tadi." Perlahan Asyfa bersuara. Terdetik rasa bersalah dalam hatinya tiba-tiba.

Firas mencelikkan mata.

"Tak adalah. Bukan sebab tu." Asyfa diam. Menunggu bicara Firas yang seterusnya namun Firas masih juga diam. Bagaikan ada perkara yang membelenggu fikirannya.

"Er, Firas..."

"Ya?"

"Kalau awak ada masalah, awak bagitahulah saya." Perlahan sahaja Asyfa mengutarakan katanya.

Firas mengangkat kepalanya sedikit dari bahu Asyfa lalu tersenyum memandangnya. Terkebil-kebil Asyfa untuk seketika. Segan pulak bila Firas tengok macam tu.

"Are you sure?" Asyfa mengangguk laju. Cuba meyakinkan Firas.

"My friend once said that I'm the best listener tau." Firas tersenyum lagi lalu tergelak kecil.

Cute.

"Seriously? But you seems to be someone who are only good at debating."

Bantal kecil dicapai Asyfa lalu bahu Firas mula dipukulnya.

Firas cuma tergelak.

"Eei, jangan nak cari pasal dengan saya boleh tak!" Firas yang masih menghamburkan tawanya membuatkannya geram. Tangannya disilangkan di dada. Tajam renungannya pada Firas tika ini.

"Kalau macam tu awak carilah orang lain suruh dengar cerita awak. Saya dah tak nak dengar. Eei, pergilah jauh sana. Dah lah tadi bad mood," nada Asyfa kedengaran seperti merajuk walaupun sebenarnya lebih kepada menyampah.

Firas masih lagi tergelak.

"Ala, asyik merajuk je dengan aku. Tak payahlah merajuk. Sepatutnya kau yang pujuk aku, kenapa aku kena pujuk kau pulak ni?"

"Eei, awak ni kan." Firas tersengih sebelum kembali berubah riak. Serius. Keluhan kecil sekali lagi terbit di bibirnya.

"Actually, waitress tadi tu kawan baik aku." Matanya memandang Asyfa.

"And my first love," ujar Firas perlahan. Reaksi Asyfa cuba difahaminya namun Asyfa hanya beriak bersahaja. Seakan-akan cuba mengawal reaksinya.

Oh, cantik. Sesuai dengan Firas.

Okay. I'm not jealous right?

Tak, tak. Sikit pun tak Asyfa.

"But not until..bila aku susah, dia tak ada. Masa aku umur 18 tahun, aku terlibat dengan kemalangan tapi tak ada sekali pun dia datang jenguk aku kat hospital. Yang aku tahu, dia tiba-tiba pergi luar negara, belajar muzik." Asyfa terdiam. Raut wajah Firas ditenungnya dalam. Seakan-akan sudah lama dipendamnya.

"Yang ada kat sisi aku masa tu selain ibu, abah dan Akim cuma dua orang lagi kawan baik aku je. Perempuan tu pulak, langsung tak ada."

"Aku bukannya marah dia sebab dia sambung belajar. Tapi, at least..she should do bare minimum. Call or message me to ask about my condition. Tapi tak. Langsung tak ada."

"Tapi kan Firas, mungkin telefon dia rosak ke. Awak tak bolehlah letakkan  kesalahan pada dia. Awak kan kawan baik dia."

"Kalau dia masih anggap aku kawan baik dia, she should make effort."

"Tapi awak suka dia kan? Takkanlah hanya sebab tu awak dah benci dia." Asyfa masih lagi cuba memujuk walaupun suaranya makin lama makin mengendur.

"Aku tak benci dia pun. Aku cuma tak boleh tengok muka dia. Dia seseorang yang aku percaya, dan dia dah hilangkan kepercayaan aku pada dia. I have trust issue with girls because of her," riak wajah Firas sudah cukup membuatkan Asyfa faham.

"But I do trust you. So, thank you."

Pernyataan tiba-tiba Firas itu membuatkan Asyfa tergamam. Pipinya sudah dapat dirasakan membahang.

"Hah? Eh?" Firas tergelak.

"What with the sudden eh?"

"Tak ada apa." Laju Asyfa membalas.

Firas cuma gelak. Sya, Sya. Reaksi tak pernah tak gabra.

"I'm gonna stop here. Thank you Sya for lending me your ears. I feel a little bit at ease now." Asyfa tersenyum.

"Kan? Sepatutnya awak dah cerita dekat saya awal-awal. Tak adalah awak pendam sorang-sorang." Firas pula tersenyum seraya mengangguk.

"Lain kali aku belanja kau."

"Eh? Betul ni? Okay, simpan janji awak tu. Saya tunggu." Firas hanya tergelak lalu mematikan suis lampu biliknya.

"Ke kau buat baik dengan aku bersebab je? Memang sengaja nak aku belanja?"

"Eei, mana ada. Tadi awak jugak cakap awak percaya saya."

"Hati pun boleh berubah-ubah. Apatah lagi persepsi aku dekat kau. Dah lah tadi tiba-tiba aku kena bayar latte macchiato kau sekali," bebelan Firas tidak mendatangkan kesan untuk Asyfa. Sebaliknya dia hanya ketawa.

Nak dipendekkan cerita, dia terlupa bawa dompet tadi. Jadi bukan salah dia lah kan?

"Thank you, Firas. Tapi lain kali saya tak nak pesan latte macchiato dah. Saya nak pesan—" Wajah Asyfa ditekup dengan bantal kecil.

"Banyak cakap pulak. Dah, pergi tidur. Esok kau pun kerja, kan? Have a nice sleep. Good night."

Asyfa hanya ketawa.

"Good night."

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 45.9K 44
copyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Co...
641K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
561K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.3M 45.3K 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk...