Naufal dan Nik memandang wajah Hazrin yang sedari tadi hanya membisu itu. Sudah hampir lima belas minit mereka di situ, satu pun tiada kata dari mulut Hazrin.
"Weh, Rin!" Tegur Nik.
Hazrin masih termenung.
"Hazrin!" Naufal memetik jarinya di depan muka Hazrin.
Baru la lelaki itu tersedar. Dia menoleh ke arah Naufal dan Nik.
"Kau apahal ni? Kata ada benda nak cakap, daripada tadi kau diam je. Ingat kitorang ni mannequin ke?" Soal Naufal.
"Sorry, aku serabut sikit la!"
"Asal?" Soal Nik pula.
Hazrin menghembus nafas perlahan.
"Actually, aku rasa tak sedap hati la!"
Naufal dan Nik mengerutkan dahi mereka. Tidak mengerti dengan kata-kata Hazrin.
"Maksud kau?" Soal Naufal.
"Tak ada la. Lately ni, Jasmine asyik mengadu kat aku yang dia selalu dengar ada bunyi something dekat luar rumah kitorang. Aku risau itu kakak aku je. Kan dia tak suka gila dengan Min. At the same time, Zana tiba-tiba munculkan diri dia depan Min. Aku tak tahu apa motif dia tapi, feeling aku tak sedap!"
"Zana?" Soal Nik dan Naufal serentak.
Hazrin angguk.
"Tak serik-serik ke minah tu, weh? Dulu dah fitnah kau, sekarang dia nak apa lagi?" Ujar Nik tak puas hati.
"Tu la pasal. Aku pun tak tahu la Nik, apa dia nak. Aku takut dia ada cakap something je dengan Min nanti!" Balas Hazrin.
"Kakak kau kenal Zana tu?" Soal Naufal tiba-tiba.
Hazrin pelik dengan soalan itu.
"Aku rasa tak. Kenapa?"
"Tak, aku risau je kalau diorang kenal, diorang kerjasama nak jatuhkan Jasmine!" Ucap Naufal.
Hazrin terdiam seketika. Irah dengan Zana kerjasama? Tak mungkin la!
"Kau tak nak buat police report ke, Rin?" Soal Nik.
Hazrin menoleh ke arah Nik.
"Aku tak pasti lagi itu apa, aku nak buat report macam mana? Mana tahu tu bunyi kucing ke?"
"Kau jangan main-main hal macam ni, Rin. Dunia sekarang dah lain macam tahu? Benda yang kita tak jangka tu la yang jadi sebenarnya." Ujar Naufal.
"Betul!" Sokong Nik.
"Kau jangan buat aku takut, Fal!"
"Aku bukan nak buat kau takut, Rin. Aku cuma nak ingatkan kau. Kau tu dah la jarang ada dekat rumah."
Hazrin terdiam lagi.
"Selalu kalau kau fly, Min tinggal seorang ke?" Soal Nik.
"Tak, aku hantar dia balik rumah family aku!"
Mereka mengangguk-angguk. Kalau macam tu, tak apa la!
🌸🌸🌸
SUMAYYAH melihat skrin iPhone yang menyala-nyala minta diangkat itu. Dia mengerutkan dahinya. Nombor tak dikenali. Siapa pula call aku ni? Butang hijau ditekan.
"Assalamualaikum?" Sapa Sumayyah.
"Waalaikumussalam. Ini Dr Sumayyah ke?" Soal pemanggil di hujung talian.
"Ya, saya. Awak ni siapa ya?"
"Saya Hazriq, lelaki yang tolong awak hari tu. Masih ingat kan?"
Sumayyah tersenyum. Finally, dia call jugak!
"Oh, ya. Saya ingat!"
"Saya call ni sebab saya nak awak tunaikan janji awak." Ujar Hazriq.
"Saya okey je. Lama jugak saya tunggu awak call. Sepatutnya saya yang minta nombor awak kan sebab saya yang nak belanja awak!"
Hazriq tersengih di hujung talian.
"It's okay. So, bila awak free?"
Sumayyah melihat jam di tangan kirinya. Laporan di depannya diselak.
"Lunch?" Ujar Sumayyah.
"On!" Sahut Hazriq.
"Okey. Nanti saya text awak tempatnya!" Ujar Sumayyah.
"Okey, see you. Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam!"
Sumayyah tersenyum gembira bila talian sudah diputuskan.
"Aik, doktor? Happy semacam je? Ada apa-apa ke ni?" Soal Sara yang tadinya sedang berbincang dengan Sumayyah.
Sumayyah menoleh ke arah Sara.
"Ish awak ni, sibuk je!"
Sara hanya tergelak sebelum keluar dari bilik itu.
🌸🌸🌸
"LAMA tunggu?"
Hazriq menoleh ke arah suara itu. Dia membalas senyuman yang diukirkan oleh wanita itu kepadanya.
"Tak la, baru jugak. Duduk la!" Ujar Hazriq.
"Thank you!"
Sumayyah duduk di hadapan lelaki itu sambil meletakkan beg tangannya di sisi.
"Awak dah order ke?" Soal Sumayyah.
"Belum lagi. Kita order sama-sama la!" Jawab Hazriq.
Sumayyah hanya mengangguk. Mereka membisu selepas pelayan restoran itu mengambil pesanan mereka. Kekok? Of course!
"Err... Awak kerja area sini ke?" Soal Sumayyah, memecahkan kesunyian antara mereka.
Hazriq menoleh ke arah Sumayyah.
"Ha... Boleh dikatakan la!"
Sumayyah pelik.
"Kenapa?"
"Actually, saya kerja dekat area Ampang!" Ujar Hazriq.
"Oh la... Ya ke?"
Hazriq angguk.
"By the way, nama awak tadi siapa ea?" Soal Sumayyah lagi.
"Zahin Hazriq. But, you can call me Hazriq!" Jawab Hazriq.
Sumayyah pula mengangguk.
"Awak nampak pendiam tapi, banyak tanya jugak kan?" Ujar Hazriq.
Sumayyah memandang Hazriq.
"Hah? Err..." Sumayyah kaku.
Hazriq tergelak kecil.
"It's kidding! Kerja kita ni memang kena banyak cakap." Ucap Hazriq.
"Awak kerja apa?"
"Lawyer!"
Sumayyah terangguk-angguk bagai burung belatuk. Ada ea lawyer yang handsome macam ni?
Perbualan mereka terhenti sejenak bila pesanan mereka sampai.
"Makan la!" Ujar Hazriq.
Sumayyah angguk.
"Achik!" Tegur seseorang.
Serentak, dua pasang mata itu menoleh ke arah suara dari belakang.
"Rin, kau buat apa dekat sini?" Soal Hazriq.
"Aku jumpa kawan tadi." Jawab Hazrin sambil memandang Sumayyah yang wajahnya sudah berkerut memandangnya.
Hazriq menoleh ke arah Sumayyah.
"Sumayyah, ini adik saya Hazrin!" Ujar Hazriq.
Sumayyah tersenyum sambil mengangguk perlahan.
"Awak suami Jasmine kan?"
Hazrin tersenyum nipis.
"Yup! What a small world!" Balas Hazrin.
Sumayyah mengangguk setuju. Hazriq hanya tersenyum.
"Eh, aku gerak dulu la. Have a nice lunch!" Ujar Hazrin.
"Okey!" Balas Hazriq.
Sumayyah hanya tersenyum. Hazrin berlalu setelah itu.
"Adik awak?" Soal Sumayyah.
"Ya, kenapa? Dia suami kawan baik awak kan?"
"Awak tahu?"
Hazriq mengangkat bahu.
"Diorang dah bagitahu saya siapa awak, Dr Sumayyah."
Sumayyah kaku. Wah... Maknanya kau tahu la siapa lelaki yang aku cerita kat kau tu, Min? Abang ipar kau sendiri rupanya. Kurang asam jawa punya kawan. Siap kau, Min!