BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)

Door lemonlied21

323K 14.1K 1.3K

"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai a... Meer

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
39
40
41
42
43
44
45
46

38

3.5K 249 20
Door lemonlied21

"Cepat nya kamu nak balik esok ni Zainab" kata makcik Minah kepada mak.

"Kalau ikut kan hati saya, memang saya nak tinggal je terus kat kampong ni kak.. tak balik balik" kata mak sambil ketawa.

"Lagi bagus kalau macam tu. Tak lah aku sunyi" balas makcik Minah.

Abah berdaham.

"Hmm.. kan dah ada suami.. tak kan lah sunyi." Kata abah.

Makcik Minah hanya menjeling abah.

Abah dan mak hanya ketawa.

"Lagipun kak, Ami dah nak kerja dah. Dia ambik cuti 9 hari je. Kenalah balik kerja esok kan. Nad pun ada kerja. Ila pun sibuk juga" kata Mak.

"Hmmm... takpelah... nanti kalau ada masa datang sini lah ye"
Kata makcik Minah.

Mak mengangguk.

"Kak long mana kak?" tanya mak.

"Diorang dah balik subuh tadi"

"Awal nya diorng balik.. Hm..Hairi pulak mana?" Tanya mak.

"Tak tahu lah.. akak pun belum nampak dia sejak pagi tadi"

"Rajin betul lah kak Hairi tu, ringan tangan orang nya. Dah lah kacak, baik dan berbudi bahasa pula tu" puji mak sambil menoleh melihatku.

Kenapa pula mak tengok aku.

"Kemarin selepas acara nikah tu, dia tak henti henti nak tolong. Kesian pulak saya tengok" kata abah.

Hmm... diorang ni belum tengok dia marah lagi..
Macam hantu.

"Assalamualaikum" kami semua menoleh ke arah pintu.

Mak Ngah, Maria dan Dona datang.

"Ni hah, saya bawak kueh sikit." kata mak ngah sambil menghidangkan kueh yang di beli nya itu di atas meja yang ada dihadapan kami.

Dona dan Maria duduk di sebelah ku.

Tiba tiba aku rasa seperti ada orang yang menyucuk lengan ku.

Bila aku toleh rupanya Maria.

"Mana Hairi?" tanyanya sambil berbisik.

"Tak tahu" jawabku.

Lalu dia mengangguk.

"Apesal sunyi sangat ni? TV pun tak on" kata mak ngah.

"Ami cuba buka TV tu." kata mak ngah kepada ku sedangkan anak dia si Dona tu terang terang duduk kat sebelah TV tu.

Hmm.. Ingat pahala je Ami..

"Eh ini Dato' Haris ni" kata abah sambil melihat TV.

Aku pun terus duduk semula tanpa mengendahkan mereka yang sibuk melihat TV.

Lalu aku mengeluarkan telefon ku dari poket seluar ku.

Mesej ke tak.... Mesej ke tak..

Mesej je lah.

Boss kat mana? Semua orang tengah cari boss.

Lalu aku tekan butang 'Send'.

Hm...

Aku hanya menatap skrin telefon ku.

Lama nya dia nak balas.

Dia sibuk ke?

Hmm.. Atau dia masih tidur..

"Oh My God!!!" kata Maria.

Aku di kejutkan dengan suara Maria yang duduk disebelahku.

Aku pun menoleh melihatnya.

Wajah nya seperti orang yang terkejut melihat hantu tapi masalahnya dia bukan tengok hantu, dia tengok TV.

Lalu aku pun melihat ke arah kaca TV.

"I-i-itu bukan Ha-hai-ri ke?" kata Abah  sambil menunjuk ke arah TV.

Aku terdiam tak tahu macamana nak bereaksi.

"Hairi ni a-a-anak Dato' Haris??" kata abah.

"Pengusaha terkenal??" kata mak pulak dengan terkejutnya.

"Jadi dia ni anak orang kaya lah ya" kata mak ngah.

Dona dan Maria sepertinya masih terkejut melihat ke arah TV.

Makcik Minah dan aku sahaja yang masih tenang kerana kami dah tahu dari awal lagi Hairi ni siapa walaupun kami pun agak sedikit terkejut lah jugak.

Ting!

Telefon ku berbunyi

Bila aku tengok rupanya mesej dari Boss Hairi.

Im on my way to Makcik Minah's house
-Boss Hairi

What! Oh tidak...

Boss!! Sekarang ni boss tak boleh balik! Bahaya!

Huh? What? Bahaya apa?! Is everything okay? Are u okay?!
-Boss Hairi

Yang penting boss tak boleh balik!

Oh my! What Amra?!
-Boss Hairi

Hello~ Its me~

Telefon ku berdering.
Boss Hairi call aku!

Aku terus berdiri dari tempat duduk lalu pergi ke dapur.

Namun kat dapur kak Nad dengan yang lain tengah bersembang.

Lalu dengan pantas aku pergi masuk ke bilik.

Lalu aku kunci pintu dan barulah aku jawab panggilan dari boss Hairi.

"Hello boss!"

"Amra! What happened?! Where are you?"

"Saya ok. Yang penting boss sekarang ni. Boss kat mana? Semua orang dah tahu boss ni-"

"Im at the front door now"

"D-dah sampai?"

"Yes.... Awak kat mana?"

Lalu aku pun mematikan talian dan dengan pantas keluar dari bilik.

Bila aku sampai di ruang tamu, aku tengok boss Hairi dah tercegat kat depan pintu.

"Hairi kenapa tercegat kat situ. Masuk lah" Kata Abah.

Lalu abah menyuruhnya untuk duduk disebelahnya.

Makcik Minah, mak, mak ngah, Dona dan Maria hanya melihat boss Hairi.

Boss Hairi terlihat sedikit hairan dengan sikap mereka semua.

"Hairi dah makan?" tanya makcik Minah.

"Dah makcik" kata boss Hairi dengan lemah lembut nya sesiapa yang dengar pun boleh kencing manis.

Makcik Minah hanya tersenyum sambil mengangguk faham.

Fuh....

Nasib lah tak ada apa apa pun yang terjadi.

Aku ingat kan abah dan yang laain semua nak interogasi boss Hairi.

Tapi aku tengok abah buat macam tak tahu je seolah olah tak ada apa apa yang terjadi kecuali mak,mak ngah, Maria dan Dona je yang nampak 'awkward' sikit.

Tapi aku lega lah sikit.

Fuh...

Setelah beberapa jam berlalu, semua nya kembali seperti biasa.

Aku pun tak payah nak risau sangat.

Ting!

Jumpa saya kejap.
-Boss Hairi

Kat mana??

Kat belakang rumah
-Boss Hairi

Hmm... Aku dapat rasakan ada hal yang menakutkan akan terjadi.

Aku tinggal tunggu je.

Aku pun pergi ke belakang rumah.

Dan boss Hairi dah atercegat kat situ

Habis lah kau Amra.

Aku mendekatinya perlahan lahan.

"B...boss.."

Lalu dia terus membalikkan badan nya.

Wajah nya sangat serius.

"Saya minta maaf boss.."

"Maaf? Dont do that again Amra.."
Katanya dengan suara yang sayu.

Aku pun hilang kata kata bila dia seperti itu.

"Saya ingat ada sesuatu yang terjadi kat awak. Lain kali kalau awak nak mesej tu biar jelas sikit jangan separuh jalan je" katanya dengan nada sedikit marah.

"Saya mesej boss tu sebab emergency"

"What kind of emergency are you talking about?" katanya sambil melipat tangan nya ke dadanya yang bidang.

"Kami semua tadi tengok TV and then wajah boss dan ayah boss terpapar kat TV tu lepastu cukup dengan 'headline' dia yang bukan main lagi 'Pengusaha Terkenal' ape lah semua"

Dia diam.

"So semua orang dah tahu" kata ku

"So?" katanya selamba

"So?? Bukan ke boss nak menutupi identiti sebenar bos?"

"Yes. Saya memang 'harap' orang tak tahu siapa saya tapi itu tak mudah. So jika orang dah tahu, so biar kan je lah".

"Lagi bagus kalau mereka tahu saya ni boss awak" katanya.

"e-eh tu jangan!"

Dia menaikkan kirainya.

"Why not?"

"Hmm... Nanti nanti jelah boss.. Saya tak nak mereka semua ni terkejut kali kedua." kataku sambil tersenyum paksa.

"I wont tell them.. But one condition"

"Tu pun nak bersyarat ke?" kataku merungut.

"Ok. Nevermind saya akan bagitau mereka semua." katanya

Aku menghalangi jalan nya.
"Wait Bosss.. Boss. Okay boss apaa syarat tu?" kataku.

Dia tersenyum sinis.

"Temankan saya makan."

Mata menjadi bulat.

"Teman kan boss makan?? Ingat saya  ni teman boss ke apa?? Lagipun tadi boss cakap dah makan"

"Okay forget it. Bye"

"Boss!" Aku menghalangi jalannya lagi.

"What?"

"Takkanlah saya nak temankan boss.  Nanti apa diorang fikir nanti. Nanti diorang fikir bukan bukan."

"Fikir macamana?" dia mengerutkan kening nya.

"Kalau diorang tengok kita makan berdua duaan nanti... Diorang fikir kita ni..."

Aduh kenapa lah dia susah sangat nak faham ni!.

"Nanti diaorang berfikir kita ni bercinta?" Dia tiba tiba menyambung kata kata ku.

Mata ku membulat " t-tak maksud saya-"

"I see... Tapi kita beli rempah sama sama kat kedai runcit tu tak ada pun orang buat gossip kita bercinta" kata nya.

"Tu lain lah boss"

"Okay... Bawa mak dan ayah awak"

"Apa?"

"Bawa semua orang dalam rumah ni supaya tak timbul fitnah dari orang kampung"

Dia ni biar betul

"Kalau macam tu baik tak payah lah boss"

"Oh Amra... Why are you being so difficult." Boss Hairi mengeluh perlahan.

"Daripada boss bazir duit boss makan kat luar lebih baik makan kat dapur. Makcik Minah dan mak saya masak bermacam macam lauk pauk"

Lama juga aku memujuk dia akhirnya berjaya juga.

******
Kami semua makan sambil duduk di lantai dapur.

"Hairi makan lagi." kata abah sambil menambah ikan dan sayur di atas piring boss Hairi.

Boss Hairi hanya mengangguk dan tidak mampu untuk menolak.

Aku hanya ketawa sendiri sambil menyuap nasi kedalam mulutku.

Sekarang mak ngah pulak sibuk menuangkan air untuk boss Hairi.

Maria pula hanya duduk di meja makan sambil curi curi pandang boss Hairi.

Yang lain semua sibuk makan.

"Hairi bila balik bandar?" Tanya Pak ngah.

"Malam ni pakcik. Sebab esok dah nak kerja" kata boss Hairi.

"Hairi ni kan bang Business Man terkenal" Kata mak ngah kepada suaminya.

"Biar betul..Bisnes apa?" tanya Pak ngah lagi

"Bisnes ayah saya je pakcik. Biasa je" balas boss Hairi.

"Abang tahu tak dia ni sebenarnya anak Dato' Haris, yang Harisson hotel tu"

Pak ngah terkejut.

"Oh yeke. Ya Allah tak sangka pula. Dato' Haris tu memang hebat dari dulu lagi. Tapi tak tahu pula Hairi ni anak dia." kata pak ngah lagi

Abah hanya mengganguk sambil tersenyum melihat boss Hairi.

Namun dari raut wajah boss Hairi dia seperti kurang selesa.

"Nanti boleh lah anak makcik kerja kat Hotel Harrison tu ye Hairi" Tambah mak ngah lagi.

Segan pulak aku mak ngah ni.

Boss Hairi hanya tersenyum lalu dia melihat ke arahku lalu tersenyum.

Aku pun tersenyum.

Tiba tiba aku merasa seperti ada yang  meyucukkan perutku.

Bila aku toleh, rupanya kak Tasya.

Dia mengecilkan matanya melihatku.

"Kau buat apa tu Ami..?" Tanyanya kepada ku.

"Eh makan lah." kata ku.

"Yelah tu.. Tapi kau dan Hairi tu senyum senyam semacam tu kenapa?"

"Eh kak Tasya ni! Ami tengah makan lah. Apeni gossip tak betul"

Wajahku terasa panas.

"Yelah tu Ami heh" lalu dia sambung makan lagi.

Setelah kami semua selesai makan, seperti biasa kak Nad, Kak Ila, kak Tasya dan kak Karin membersihkan apa yang patut.

Aku pulak sibuk menyuci pinggan, mangkuk dan cawan.

Tiba-tiba kak Tasya mendekati aku.

"Hairi dah nak balik dah tu" Dia berbisik kepada ku.

"So? Kenapa kak Tasya. Ada Ami kesah ke?"

"Ah... Nanti kau jangan menyesal tak dapat jumpa dia lagi." katanya lagi.

Pfftt...  Aku boleh jumpa dia esok lah kat tempat kerja. 

"its okay" Kata ku sambil tersenyum ke arah nya.

Kak Tasya hanya tersenyum sinis lalu dia sambung buat kerja nya.

Hm... nampak nya kak Tasya dah dapat hidu kejanggalan hubungan aku dan boss Hairi..

Harap harap dia tak buat gossip lah.

Ting!

Aku terus mengambil telefon ku.

Amra saya dah balik. Saya lupa nak beritahu awak yang kunci kedai antik, saya tukar sebab kunci mangga dah rosak. So the new key is with me dan JANGAN lewat datang kerja esok. Thank u.
See you tomorrow. Good night.
-Boss Hairi.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
118K 2.7K 36
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
90K 4.6K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...