Cinta? Semak!

By marisinc

155K 7.5K 113

Untuk Dila, cinta itu semak. Dia tak perlukan cinta untuk menjalani hidupnya. Cukup keluarganya dan anaknya... More

Bab 1 : Segalanya bermula disini...
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
BAB 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
Reader

45

2.3K 116 0
By marisinc

“Abang harap, isteri abang macam bonda. Walaupun marah, tapi masih layan ayah dengan baik.” Bisik Firdaus kepada Haikal.

“Kakak mestilah lebih baik dari bonda atau setanding bonda. Kalau tidak, macam mana dia nak tahan dengan bonda.” Balas Haikal. Juga berbisik.

“Korang berdua bisik apa?” Tanya Raja Mukhriz.

“Ayah tak dapat pujuk bonda, ke? Dah 4 hari bonda diam. Langsung tak bercakap lepas dia mengamuk hari tu.” Tanya Firdaus berbisik kepada Raja Mukhriz.

“Bonda mengamuk? Kenapa?” Tanya Raja Mukhriz. Dia langsung tak tahu menahu tentang perkara itu.

Firdaus menjuih bibir ke arah Haikal. Dia sendiri tak tahu apa yang diamukkan Engku Da. Tika itu, dia berada dipejabat. Haikal yang ada dirumah kerana pejabatnya dirumah ini saja.

“Adik?” Tanya Raja Mukhriz.

Haikal angkat bahu.

Raja Mukhriz menajamkan pandangannya. Dua anaknya itu akan selalu menyebelahi Engku Da. Apa saja yang Engku Da suruh, pasti mereka akan turutkan.

“Adik dengar bonda mengamuk. Bila adik turun, bonda dah naik bilik. Adik tegur tanya pun, bonda buat tak tahu.” Kata Haikal memperlahankan suaranya. Hanya untuk didengari oleh Firdaus dan Raja Mukhriz saja.

“Apa benda yang bonda marah sampai ayah pun kena tempias?” Tanya Raja Mukhriz. Perlahan.

Haikal dan Firdaus angkat bahu. Mereka juga tiada idea.

Continue Reading

You'll Also Like

95.1K 4.9K 74
Hanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.
5M 199K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
1.8K 74 40
Tengku Shahrizal Hayrat - Lelaki pujaan wanita,romantik,penyayang Hani Nazirah - Wanita yang dijadikan pelepas nafsu. Damia Hana - Wanita yang sanggu...
4.7K 210 24
Armel Nadeera begitu membenci Nazzy Aiden, jejaka kacak yang muda empat tahun daripadanya. Baginya jejaka itu seorang yang menjengkelkan apatah lagi...