53

2.4K 111 0
                                    

Dila dan Engku Da duduk berduaan dilaman rumah. Menghirup udara petang sambil menunggu Adha dan Firdaus pulang. Berbual tentang isu semasa.

"Dila, bonda nak cakap sikit." Engku Da tiba-tiba merubah suasana.

"Sebenarnya, bonda bukan niat nak ugut Dila. Langsung tak pernah terlintas pun nak hancurkan hidup Dila dan keluarga. Bonda cuma gertak saja. Niat bonda, agar korang tal tersalah langkah. Masa tu, korang berdua duduk jauh dari keluarga. Didalam budaya yang bebas. Jadi, bonda takut kalau korang terikut nafsu dan melakukan hubungan terlarang. Lagipun, masa tu, bonda nak Daus fokus pada pelajaran dia. Kemudian, untuk dia fokus pada business dan lepas dia dah berjaya, barulah bonda akan benarkan dia untuk nikah. Itu perancangan bonda sejak Daus kecil lagi." Kata Engku Da.

"Bonda minta maaf. Tak siasat perkara ni dengan baik. Kalau bonda tahu korang dah nikah, bonda takkan halang hubungan korang. Sungguh. Bonda takkan larang. Maafkan bonda." Air mata Engku Da mula mengalir.

Dila mendekati Engku Da. Dipeluknya Engku Da.

"Semua berlaku dengan bersebab, kan, bonda?" Kata Dila.

Engku Da angguk.

"Kalau bonda tak halang hubungan kami, mungkin hubungan kami jadi hambar. Masa tu, kami langsung tak tahu perasaan masing-masing. Kalau bonda tak halang. Kemudian, balik ke Malaysia, Fir sibuk dengan kerja. Makin hambarlah hubungan kami, kan? Tapi tengoklah hubungan kami sekarang. Fir dah berjaya bawa Empire Holding ke satu tahap. Masanya dah boleh dibahagikan sama rata antara keluarga dan kerjaya. Dia tak perlu ada didalam syarikat. Dia hanya perlu memantau saja. 7 tahun fokus dia pada syarikat. Sekarang, masa dia untuk keluarga." Pujuk Dila.

"Tapi kamu tak ada proper majlis kahwin. Binda yakin, kamu dan keluarga kamu mesti ada impian perkahwinnan untuk kamu." Kata Engku Da.

"Bonda. Tu semua tak penting. Yang penting, nikahnya sah. Alhamdulillah. Fir terima Dila dalam hidup dia pun, syukur rahmat untuk Dila. Dia tak ceraikan Dila. Tetap bagi nafkah zahir untuk Dila. Apa lagi yang Dila perlukan? Dapat suami yang bertanggungjawab. Sayang dan cintakan Dila. Alhamdulillah sangat-sangat bonda." Balas Dila.

"Bonda janganlah risau, semuanya dah diatur." Kata Firdaus yang bila masa muncul. Dia berdiri disudut bersama Adha.

"Nah. Ini untuk bonda. Ini untuk nenda." Kata Adha berlari memberikan Dila dan Engku Da kad.

"Jemputlah datang." Kata Firdaus sambil berjalan dan berdiri dibelakang Dila.

"Majlis perkahwinan. Firdaus Hazimi dan Farahdila Alya." Baca Dila. Dia memandang Firdaus.

"Baca la lagi."

"Pada Khamis malam Jumaat 18 July  bertempat di Hotel..." Dila tak habis membacanya. Otaknya mencerna sesuatu.

"Minggu depan?" Sambungnya.

Firdaus angguk.

"Aya orang pertama Fir jemput. Sebab tanpa Aya, majlis ni tak boleh jadi. Lepas majlis, kita akan tinggalkan Adha untuk honeymoon kita." Kata Firdaus.

"Apa Fir ni? Anak dah besar dah. Nak buat majlis kahwin buat apa?" Marah Dila.

Firdaus bergerak ke belakang bondanya. Badannya ditundukkan. Mulutnya diletakkab ditelinga Engku Da.

"Esok, kita pergi pinang Dila. Boleh bonda?" Tanya Firdaus. Membisik.

"Dah bagitau abah mertua kamu?" Tanya Engku Da.

Firdaus mengangguk.

Dila memandang dua beranak dihadapannya. Adha yang berada berhampirannya ditarik mendekatinya.

"Abang mesti tau apa yang daddy rancang. Kan?" Tanya Dila.

Adha buat gaya mulutnya dizip.

Firdaus mengangkat ibu jarinya kepada Adha.

Engku Da ketawa.

Dila benggang dan terus menghadiahkan sebuah jelingan tajam sebelum dia bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Namun, langkahnya pendek, dia tersadung dan duduk dihadapan pintu.

"Allah!" Jerit Dila.

Firdaus segera berlari mendekati Dila. Dia terus mengendong Dila masuk ke dalam kereta.

"Nak pergi mana ni, Fir?" Tanya Dila.

"Hospital."

"Nak buat apa?"

"Aya jatuh. Nak xray ke apa ke."

Dila terus bangun dan menolak tubuh Firdaus. Langkahnya terhinjut-hinjut.

Firdaus datang dekat dan menghalang.

"Nak xray apa? Tulang tak patah. Lutut ni dah memang ada masalah. Tak payah nak membazir. Ubat tahan sakit berlambak dalam peti tu. Makan je kalau dah tak tahan sangat." Kata Dila.

"Apa yang membazirnya. Inikan untuk kebaikan Aya. Xray je la. Bukan kena bayar pun. Insuran tanggung semua tu." Pujuk Firdaus.

"Aya doctor. Aya lebih tau keadaan Aya. Aya lebih tahu macam mana nak merawat diri sendiri." Tegas Dila.

"Okey. Kalau tak nak check tulang, check kandungan tu." Kata Firdaus.

"Bila pula Aya mengandung? Mengarutlah Fir ni." Sangkal Dila.

"Jomlah check. Kita tengok Fir mengarut ke tak." Kata Firdaus dan terus mengendong Dila masuk ke dalam kereta. Dia segera menutup pintu kereta dan separa lari ke arah pintu driver.

"Nenda. Daddy dengan bonda tu, kenapa? Macam dalam drama je Adha tengok." Komen Adha yang menjadi pemerhati.

Engku Da mengangkat bahu sambil menjuihkan bibirnya. Dia sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now