44

2.2K 116 1
                                    

Raja Mukhriz memandang Engku Da yang sedang membaca buku. Langsung tidak mempedulikannya. Tidak seperti selalu.

Dia masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Cuba untuk tidak memperbesarkan perubahan Engku Da. Namun, hatinya masih tertanya-tanya. Tak pernah walau sekalipun Engku Da tidak melayannya bila tiba gilirannya bermalam dirumah ini.

“Sayang, kenapa tak layan I ni?” Terluah juga soalan yang menghantui fikiran Raja Mukhriz sejak sejam yang lalu.

Engku Da masih membeku.

“Sayang, buku tu lagi seronok ke dari suami you ni?” Tanya Raja Mukhriz lagi bila Engku Da masih tidak mempedulikannya.

Engku Da masih lagi tidak mengendahkannya.

Raja Mukhriz datang mendekati. Buku yang dipegang Engku Da diambil dan diletakkan di meja sisi. Dia tidak kisah seandainya Engku Da mengamuk. Dia mahukan perhatian dari Engku Da, wanita yang paling dicintainya.

Engku Da langsung tidak memandang Raja Mukhriz. Dia meletakkan cermin matanya diatas buku yang diletakkan Raja Mukhriz tadi dan terus baring. Membelakangi suaminya. Dia mahu menunjukkan kepada Raja Mukhriz bahawa dia sangat terluka.

Hatinya merajuk. Bukan minta dipujuk. Selama ini pun, jika dia merajuk, dia tak pernah harapkan Raja Mukhriz memujuknya. Dia sendiri yang akan memujuk hatinya sendiri terutama bila dia dapat tahu yang Raja Mukhriz sudah menduakannya dan sudah mempunyai seorang anak dengan perempuan lain.

“Kenapa ni, sayang?” Tanya Raja Mukhriz lembut. Dia memeluk bahu isterinya yang sedang berbaring.

Engku Da masih lagi beku. Memejamkan matanya. Berpura-pura tidur.

Raja Mukhriz mengeluh. Dia bangun dan berjalan menutup lampu bilik dan kembali ke katil. Dia baring disebelah Engku Da. Mengiring menghadap Engku Da.

Engku Da memusingkan badannya. Mengiring membelakangi Raja Mukhriz.
Raja Mukhriz mendekati Engku Da. Dia memeluk Engku Da dari belakang.

“Give me some time and space.” Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Engku Da sejak Raja Mukhriz masuk ke dalam bilik mereka.

Raja Mukhriz tidak mengendahkan kata-kata itu. Tidak langsung rasa mahu melepaskan pelukan itu. Dia rindukan isterinya itu. Jadi, dia tak mahu melepaskan pelukan itu.

Engku Da boleh ambil masa seberapa banyak yang dia perlukan untuk bercerita. Dia tak kisah. Dan dia tahu, Engku Da tak akan menolak pelukannya itu.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now