50

2.6K 121 0
                                    

Firdaus memandang Dila. Mata mereka bertentang. Tangan mereka masih bertaut. Firdaus menggenggam erat tangan Dila. Dia tak mahu melepaskan tangan itu. Sama seperti dia tak mahu meninggalkan Dila.

"Kenapa Fir suka pandang Aya macam ni? Lepas solat, dari dulu Fir suka buat macam ni." Tanya Dila.

Ini adalah rutin mereka sejak dulu. Sejak mula mereka bergelar suami isteri. Seandainya mereka solat berjemaah, Firdaus akan menghadap Dila dan memegang tangan Dila. Wajah Dila akan ditatapnya dengan penuh kasih.

"Ini cara Fir nak bagitahu Aya yang Fir sayang dan cintakan Aya." Balas Firdaus bersama sebuah senyuman yang menggoda hati dan sanubari Dila.

Dila tunduk malu.

"Tapi tak sangka Aya tak faham. Ada ke fikir, Fir terima Aya sebab tanggungjawab." Kata Firdaus dengan nada kecewa tapi sebenarnya lebih untuk menyakat Dila.

Dila ketawa.

"Manalah kita nak faham. Ingatkan dia buat gitu sebab suka tengok muka cute kita ni ke." Balas Dila.

Firdaus ketawa kuat. Hidung Dila dicuitnya. Dan dia terus menarik Dila sehingga terbaring diatas pangkuannya.

"Sebab Aya cute lah, Fir jatuh cinta at first sight. Sebab Aya cute sangat, Fir nak selalu ada dengan Aya." Balas Firdaus.

"Aya tau. Fir dah cerita banyak kali dah." Balas Dila.

"Nak ingatkan Aya je. Yang Aya cinta pertama dan insya Allah yang terakhir Fir." Tegas Firdaus.

"Insya Allah. Fir cinta pertama dan terakhir Aya." Balas Dila.

"Ye ke ni?" Tanya Firdaus. Sedikit terkejut. Pertama kali mendengar kata-kata itu dari mulut Dila.

"Pertama kali Aya jumpa Fir bukan depan pintu apartmen tapi di library. Aya terpandang mamat handsome yang berambut panjang. Sedang sanggul rambut dia dengan pensel. Tak sedar, Aya senyum tengok Fir masa tu. Sejak tu, Aya suka nak tengok Fir. Sebab Fir mampu buat Aya rasa tenang. Tak serabut dengan semua medical term. Pandang Fir buat jadi senang nak faham dan hafal semua benda yang Aya tengah study." Cerita Dila.

Terlopong mulut Firdaus mendengar cerita Dila.

" Tapi kan Aya anti cinta?"

" Siapa kata Aya tau tu cinta? Aya cuma rasa benda tu satu tarikan je." Balas Dila.

"Ya la. Sama macam Aya tertarik dengan Sheqal." Kata Firdaus. Suaranya mendatar.

"Sebab Aya suka cerita pasal dia?" Tanya Dila.

Firduas angguk.

"Percaya tam kalay Aya kata, Aya sendiri tau tau kenapa Aya cerita pasal Sheqal pada Fir. Padahal Sheqal adalah saksi yang Aya selalu perhatikan Fir." Sambung Dila.

"Sebab tu Aya blushing bila jumpa dia." Tanya Firdaus.

Dila angguk.

"Cuma yang tak sangkanya, rupanya Aya kantoikan dia sebab perhatikan Aya. Bukan Aya kantoi tapi dia stalker." Jelas Dila.

Terbeliak mata Firdaus.

Dila angguk.

"Hari tu terjumpa dengan dia. Dia yang cerita. Tapi lepas tu, dia tak stalk Aya dah. Sebab Aya tengok Fir macam tak akan bagi peluang langsung kat dia." Sambung Dila lagi sambil mengentel jari Firdaus.

Firdaus hanya membiarkan. Fikirannya cuba mengingati saat-saat mereka masih belajar. Masih bergelar pelajar. Dia menyambung pengajian sehingga ke peringkat master semata-mata ingin menemani Dila yang sedang memghabiskan ijazahnya.

Bila Dila dihantar ke mana-mana hospital untuk praktikal, dia akan menemaninya. Mujurlah master tidak banyak kelas. Jika tidak, pasti dia akan merindui Dila.

"Macam mana kita boleh terfikir yang apa yang kita buat selama ni sebab tanggungjawab semata-mata?" Tanya Firdaus memecahkan sunyi antara mereka.

Dila geleng.

"Konon-konon macam kenal hati budi masing-masing. Konon-konon tau sangat apa kita fikirkan. Konon-konon. Semua konon-konon. Mujur ada yang tak konon-konon. Kalau tak, tak tau la kat siapa Aya ni nak diserahkan." Perli Dila.

Firdaus mencium ubun Dila yang masih ralat mengentel jarinya.

"Sebab konon-konon tu la. Nak Aya bahagia. Rasa Aya cintakan lelaki lain." Balas Firdaus. Mendatar.

"Ingat Aya ni pelacur ke? Nak serahkan body kat lelaki yang Aya tak ada hati?" Marah Dila. Dia bangun dan memandang tepat ke mata Firdaus.

Firdaus memegang pipi Dila dan mendekatkan bibirnya ke bibir Dila. 3 saat kemudian, dia menarik semula Dila baring ke pangkuannya seperti tadi.

Mata Dila masih mencerlung memandang Firdaus. Langsung tak berganjak.

Sekali lagi Firdaus menghadiahkan ciuman pantas agar mata Dila tidak lagi marah.

"Mana aci." Rajuk Dila.

Firdaus ketawa.

"Sedikit pun Fir tak pernah anggap Aya macam tu. Aya adalah wanita tertinggi selepas bonda. Insya Allah, Aya ketua bidadari syurga Fir. Insya Allah." Pujuk Firdaus selepas ketawanya reda.

"Aamin."

"Fir sangat beruntungkan? Dapat isteri yang sanggup bahagiakan Fir. Yang taat dan setia. Untungnya ada isteri yang hati kering. Ingatkan tak ada cinta dihatinya untuk mana-mana lelaki. Rupanya, cintanya dah terpaut pada kita seorang." Usik Firdaus.

"Tu la tu. Itu kalau cinta terbahagi dua, tak tau la tu." Balas Dila.

"Apa pula. Cinta ayah pada bonda melebihi segalanya. Tapi cuba tengok. Masa ayah banyak dengan siapa?" Firdaus masih lagi mahu menyakat.

"Jangan jadi macam ayah!" Dila memberi amaran.

"Insya Allah. Fir akan jadi macam ayah. Seorang suami yang mendulukan isterinya dalam semua perkara. Yang mem'protect' isteri yang paling dicintainya. Cuma, Fir tak nak la bahagi body. Penat la... Isteri yang ada ni dah cukup meletihkan." Usik Firdaus lagi. Satu lagi kucupan pantas untuk Dila.

Dila hanya memukul peha Firdaus. Dia ketawa. Tahu, Firdaus hanya menyakatnya.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now