59

2.5K 105 2
                                    

Raja Mukhriz, Firdaus dan Dila ketawa terbahak-bahak. Sedikit pun tidak peduli dengan mata yang memandang mereka dengan penuh tanda tanya.

"Apa yang kelakarnya? Tak kelakar langsung!" Marah Haikal.

Rayqal yang tadi hanya memandang, kini turut sama ketawa. Halus saja. Dia seakan dapat menangkap kenapa Raja Mukhriz, Dila dan Firdaus ketawa.

"Kau pun sama join dorg? Ini masa depan kota tau. Kau nak ke kena kahwin dengan entah siapa-siapa yang bonda carikan." Marah Haikal kepada Rayqal.

Engku Da mengerut dahi.

"Haikal cakap apa ni? Dari tadi bonda tak faham." Tanya Engku Da.

Raja Mukhriz berbisik ditelinganya. Menceritakan situasi sebenar.

Engku Da senyum.

"Apa ni? Kenapa semua ketawakan Haikal ni? Haikal salah cakap ke? Ke salah pakai baju?" Tanyanya sambil memeriksa dirinya.

"Otak tu, mengarut sangat. Suka fikir yang bukan-bukan." Jawab Engku Da.

"Apa dia?"

"Bonda tak ada isu langsung kalau kamu berdua tak nak kahwin. Dah besar panjang. Pandai-pandailah nak uruskan hidup sendiri." Kata Engku Da.

"Dah tu, bonda nak bincang apa?" Tanya Haikal.

"Ingat hidup ni ada hal kahwin saja ke yang nak dibincangkan? Ada banyak hal yang boleh difikirkan selain kahwin." Tegas Engku Da. Sebagai amaran kepada semua yang ada dihadapannya.

Haikal tunduk. Menyedari kekhilafan diri sendiri.

"So, apa perkara yang bonda nak bincangkan?" Tanya Firdaus.

"Bonda, ayah dan abah dah setuju. Kami rancang nak bagi Daus cuti setahun. Jaga Dila yang sedang mengandung. Nanti berpantang dan jaga baby. Sebab masa Adha dulu, Daus tak dapat rasa semua moment indah tu. So, bonda nak untuk anak yang kedua ni, kamu focus pada Dila." Terang Engku Da.

Melompat Firdaus kegirangan. Tapi tak lama.

"Tak apalah bonda. Nanti menyusahkan ayah dan bonda pula nak jaga syarikat. Daus masih boleh handle company and my family." Tolak Firdaus.

"Siapa kata kami nak handle company? Kami nak p Mekah. Buat umrah. Pastu bercuti sekeliling tanah Arab. Tunggu musim haji untuk buat haji pula." Kata Raja Mukhriz. Dia memeluk Engku Da.

"Mama?"

"Sekalilah. Dua-dua isteri ayah. Kenalah adil. Baru keluarga bahagia." Balas Raja Mukhriz sambil ketawa lepas.

"Cayalah ayah king." Usik Rayqal.

Raja Mukhriz ketawa makin kuat dengan usikan itu terutama bila melihat perubahan wajah Engku Da. Makin memerah.

"Dah tu, siapa nak handle company?" Tanya Haikal yang dah dapat hidu perancangan bonda dan ayahnya.

"Korang berdualah. Rayqal dan Haikal. Both Carl, need to take care of it and make it growth even better dari apa yang abang dah achieve." Jawab Firdaus.

"Exactly." Sokong Raja Mukhriz.

"Wow. Korang seronok-seronok, kami yang sensara." Ejek Haikal.

"Siapa suruh tak nak kahwin." Usik Dila.

"Macam tu, malam ni gak adik cari jodoh. Esok nikah." Balas Haikal.

"Lepas tu, nak biar aku handle business family kau ni sensorang? Business aku, siapa nak handle?" Kata Rayqal.

" Takkan aku nak tinggalkan kau. Of course, aku carikan kau sama. Kita cari sama-sama. Kita nikah sama-sama." Balas Haikal.

"Kau nak cari kat mana? Pasar malam?"

"Why not?"

"Otak kau!"

"Ramai weh gadis-gadis manis kat pasar malam. Manalah tau. Jodoh kita bertemu di pasar malam. Boleh buat novel. Telefilem ke." Haikal mula mengarut.

Raja Mukhriz, Engku Da, Firdaus dan Dila keluar dari ruang tamu tersebut. Malas mahu melohat dua sekawan tu bertegang urat.

Seorang suka menyakat dan seorang pula ambil segala perkara dengan serius. Tapi itulah dua Carl. Haikal dan Rayqal.

Cinta? Semak!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora