45

2.3K 115 0
                                    

“Abang harap, isteri abang macam bonda. Walaupun marah, tapi masih layan ayah dengan baik.” Bisik Firdaus kepada Haikal.

“Kakak mestilah lebih baik dari bonda atau setanding bonda. Kalau tidak, macam mana dia nak tahan dengan bonda.” Balas Haikal. Juga berbisik.

“Korang berdua bisik apa?” Tanya Raja Mukhriz.

“Ayah tak dapat pujuk bonda, ke? Dah 4 hari bonda diam. Langsung tak bercakap lepas dia mengamuk hari tu.” Tanya Firdaus berbisik kepada Raja Mukhriz.

“Bonda mengamuk? Kenapa?” Tanya Raja Mukhriz. Dia langsung tak tahu menahu tentang perkara itu.

Firdaus menjuih bibir ke arah Haikal. Dia sendiri tak tahu apa yang diamukkan Engku Da. Tika itu, dia berada dipejabat. Haikal yang ada dirumah kerana pejabatnya dirumah ini saja.

“Adik?” Tanya Raja Mukhriz.

Haikal angkat bahu.

Raja Mukhriz menajamkan pandangannya. Dua anaknya itu akan selalu menyebelahi Engku Da. Apa saja yang Engku Da suruh, pasti mereka akan turutkan.

“Adik dengar bonda mengamuk. Bila adik turun, bonda dah naik bilik. Adik tegur tanya pun, bonda buat tak tahu.” Kata Haikal memperlahankan suaranya. Hanya untuk didengari oleh Firdaus dan Raja Mukhriz saja.

“Apa benda yang bonda marah sampai ayah pun kena tempias?” Tanya Raja Mukhriz. Perlahan.

Haikal dan Firdaus angkat bahu. Mereka juga tiada idea.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now