42

2.3K 117 0
                                    

“Psiko doh Luth tu.” Komen Haikal bila mereka masuk ke dalam kereta.

“Kau baru sekali dua jumpa dengan dia. Aku dengan Dila, boleh kata setiap hari nak kena hadap dia. Mujur hari tu, Abang Man tumbuk muka dia sebab kacau kakak. Kalau tidak, mahu sampai sekarang asyik datang rumah.” Cerita Rayqal.

“Abang Man tumbuk Luth?” Tanya Haikal tak percaya.

Rayqal angguk.

Haikal ketawa.

“Makin tergugatlah kedudukan abang.” Balas Haikal.

Rayqal pula ketawa.

“Tak tergugat langsung bila hati kakak tu keras macam tu. Dalam hati dia, dari dulu sampai sekarang. Firdaus. Tak ada yang lain.” Balas Rayqal pula.

Mereka berdua ketawa.

Tak ada benda yang lawak dari perbualan mereka tapi mereka ketawa kerana mengenangkan perangai kakak dan abang mereka. Kedua-duanya tak tahu yang hati mereka sudah lama terpaut. Mereka masih fikir yang kehadiran Adha hanyalah kerana perasaan tanggungjawab pasangan. Walhal, Adha lahir dari perasaan cinta yang menggunung terhadap pasangan.

Baik Dila mahupun Firdaus. Kedua-duanya cuba untuk membahagiakan satu sama lain dan sanggup berkorban seandainya ada insan lain dihati salah satu dari mereka. Masalahnya, macam mana nak ada orang lain bila hati masing-masing memilih satu sama lain?

Hati Dila memilih Firdaus. Dan hati Firdaus memilih Dila.

“Yang terkorban adalah Adha. Terpaksa berpisah. Terpaksa memilih. Bonda atau daddy.” Kata Haikal.

Terus berubah muka Haikal dan Rayqal bila mengenangkan Adha. Rasa kesian melihat anak saudara yang satu. Terpaksa menahan rindu, bila ayahnya tiada disisi. Bila ayahnya ada, ibunya pula terpaksa dilepaskan.

“Sampai bila dorang tu nak sedar? Berbuih dah mulut aku ni bagitahu Dila. Dari sebelum dia berjumpa dengan Firdaus semula sampai sekarang. Aku dah kata, abang tu sayangkan dia. Dia yang tak nak percaya.” Kata Rayqal.

“Abang pun sama. Konon nak berkorban untuk Dila.” Balas Haikal.

“Tapi aku rasa, abang dah mula tamak. Kalau tidak, takkan dia nak kenalkan Dila pada Tengku Bonda. Kan?” Kata Rayqal.

“Kan? Aku happy bila abang buat keputusan tu. Aku harap, Dila boleh terima.” Balas Haikal.

“Kau dah serahkan benda tu dekat Sue?” Tanya Rayqal.

“Dah. Minggu lepas. Sue balik dari honeymoon, baru dia bagi dokumen tu pada bonda.” Jawab Haikal.

“Kau pesan dekat Sue. Kalau abang call suruh batalkan rancangan serahkan dokumen tu, suruh dia abaikan. Jangan layan abang tu.” Arah Rayqal.

Haikal segera mengambil telefon bimbitnya dan menaip mesej pesanan yang diberikan Rayqal tadi kepada Sue. Dia juga risau seandainya Dila tidak menerima keputusan yang dibuat Firdaus dan akan mengubah pendirian Firdaus.

“Aku tak nak hidup Adha jadi macam anak-anak yang mak bapa bercerai. Kejap rumah sana. Kejap rumah sini. Aku nak hidup dia sempurna.” Kata Rayqal sambil tumpuannya pada pemanduan.

Haikal angguk.

“Aku juga harap bonda akan terima dengan tenang. Dari cerita abang dan kakak, aku tahu kakak takutkan bonda. Dia risaukan keluarga dia. Kau, mak dan abah. Dia takut bonda usik korang semua.” Kata Haikal.

“Tengku bonda tak boleh nak buat apa dah sekarang. Abang dah terajui Empire Holding. Tengku bonda hanya sebagai penasihat. Tengku Bonda tak boleh nak buat apa-apa. Dan tak ada apa lagi yang boleh dibuat untuk hancurkan keluarga aku. Lagipun, aku tak rasa Tengku Bonda sampai nak cederakan orang. Tengku Bonda masih waras.” Kata Rayqal.

“Terima kasih, bro. Kau percayakan bonda aku.” Luah Haikal.

“Aku anggap Tengku bonda tu sama macam mak. Aku sayang dia sama macam aku sayangkan mak aku. Aku kenal dia dah lama. Sejak kita sekolah menengah lagi.” Balas Rayqal.

Masa dia berkenalan dengan Haikal, mereka di tingkatan 4. Masa tu, Firdaus tiada. Sudah terbang belajar di U.K. Jadi dia tak pernah kenal Firdaus. Hanya kenal melalui cerita-cerita Haikal.

Tahun ketiga Dila di U.K, dia datang melawat Dila. Waktu itu, dia pergi dengan kawan-kawan kampusnya. Waktu itu juga, dia berkenalan dengan Firdaus. Lelaki yang sentiasa menemani kakaknya kemana saja.

Orang kata, malang tidak berbau. Sakit yang dirasakan selama ini disangka gastrik rupanya adalah apendik dan perlu dibedah segera.

Kos rawatan di kota London bukan murah terutama bila kita bukan warganegara England atau UK. Waktu itu, dia fikir, hanya redha jika nyawanya diambil Allah kerana dia tahu keadaan kewangan keluarganya. Dia datang pun, sebab tiket kapal terbang sudah dibeli awal setahun. Perbelanjaan dia ke sini, hasil duit simpanannya selama setahun bekerja sampingan bila tiada kelas. Jadi, mana mahu datang duit untuk menampung kos pembedahan apendiknya? Insuran pula perlu bayar dulu baru boleh claim.

Tak sangka, Dila kata dia ada duit simpanan. Dan duit tu cukup untuk menampung pembedahannya. Rasa syukur tak terhingga. Rasa bernyawa kembali. Kerana itu, dia rasa sangat terhutang nyawa pada Dila.

Baru-baru ini, barulah Dila beritahu. Duit itu sebenarnya adalah duit Firdaus. Dan disebabkan itu, Engku Da mula mengawal setiap pergerakan Firdaus. Dan kerana duit tu juga, Dila diugut beberapa kali kerana rapat dengan Firdaus.

Dila cuba untuk menjarakkan dirinya dari Firdaus. Tapi Firdaus langsung tak endahkan. Makin dia menjauh, makin Firdaus mendekat. Bila diceritakan tentang ugutan itu, Firdaus suruh abaikan.

Dari kes itu, Firdaus tahu tentang status kewangan keluarga mereka. Sejak itu, Firdaus banyak membantu Dila dari segi kewangan secara tak langsung. Setiap pagi, dia akan bekalkan Dila dengan sarapan. Dan malam, Firdaus akan ajak Dila makan malam bersama.

Bila Dila dihalau dari rumahnya, Firdaus cuba untuk hulurkan wang untuk Dila bayar sewa rumahnya tapi Dila menolak kerana terlalu banyak budi Firdaus beri. Kerana terlalu mahu menolong Dila, Firdaus cadangkan agar mereka menikah. Tak sangka, Dila setuju.

Dila hubunginya untuk mendapatkan persetujuan wali dan minta perkara ini dirahsiakan dari kedua orang tuanya. Alasan Dila, dia tak tahu berapa lama hubungan ini akan terjalin. Jadi, tak mahu merisaukan kedua orang tuanya.

Siapa sangka, bila Dila balik ke Malaysia, dia disahkan mengandung. Haru-biru juga rumah mereka tika itu. Semua soalan tidak dijawab oleh Dila. Mujur Tuan Rizal tenang dan rasional. Tidak dibuang Dila dan tidak diabaikan Dila.

Bila orang sekeliling bertanya, mereka hanya diam. Saudara mara bertanya pun, mereka hanya diam. Pelbagai fitnah yang ditomah kepada mereka sekeluarga. Tapi mereka hanya diam. Dan kerana itu juga, dia marahkan Firdaus.

Secara tak sengaja, dia terserempak dengan Firdaus sewaktu melawat Haikal. Langsung dia tak menyangka Firdaus adalah abang kepada Haikal. Dan kemarahnnya makin membuak bila Firdaus langsung tak membela nasib kakaknya dan keluarganya yang dihina.

Dila dituduh mengandung anak luar nikah sedangkan anak itu adalah anak sah taraf. Adha hidup tanpa bapa walhal bapanya masih ada. Masih hidup dan sihat.

Baru kini dia tahu cerita sebenar. Firdaus sentiasa diletak dalam kawalan. Sentiasa diekor dan diperhati. Jika Firdaus mengikutkan kata hatinya berjumpa dengan Dila, entah apa akan berlaku pada Dila dan Adha. Langsung tak boleh dijangka tindakan Engku Da 8 tahun lalu.

Kerana itu, bila Firdaus sedar, dia terus merancang cara untuk bawa Dila dan Adha duduk dengannya. Dila menolak tapi dia setuju untuk serahkan Adha kepada Firdaus. Alasan Dila mudah. Dia mahukan Adha mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna.

Kerana rancangan itu, Adha kenal dengan bapanya. Kenal dengan bapa saudaranya sebelah bapanya. Menjadi kesayangan datuk dan nenek-nenek sebelah bapanya.
Syukur Allah. Semoga disatukan keluarga ini menjadi satu keluarga yang sempurna dan bahagia.

Cinta? Semak!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora