54

2.4K 119 6
                                    

Adha memandang Dila.

"Bonda sakit ke?" Tanya Adha.

Dila geleng.

"Haah. Sakit. Daddy buat bonda Adha sakit." Usik Haikal.

Adha pandang Haikal yang sedang ketawa. Tajam dan marah.

"Daddy baik. Daddy takkan buat bonda sakit!" Jerit Adha mempertahankan Firdaus.

"Tengok perut bonda awak tu. Makin besar. Tu daddy yang buat la." Haikal masih ingin mengusik.

Adha datang dekat dan menutup mulut Haikal.

"Daddy sayang bonda!" Tegas Adha.

"Abang. Apa buat ayah cu macam tu? Tak baik. Minta maaf dengan ayah cu." Tegur Dila.

"Ayah Cu minta maaf dengan daddy dulu." Balas Adha.

"Abang, mai sini." Dila melambai anaknya.

"Memang daddy yang buat perut bonda makin membesar. Tapi sakit ni, satu kebahagiaan." Kata Dila sambil mengusap perutnya.

"Ini dinamakan kandungan. Selepas 9 bulan tempoh mengandung, akan keluar seorang hamba Allah ke muka bumi ini. Dan yang ada dalam kandungan bonda ni, adik Adha." Terang Dila dalam bahasa yang dia rasa paling mudab untuk seorang kanak-kanak berusia 7 tahun faham.

"Lagi 9 bulan, abang nak dapat adik?" Tanya Adha. teruja.

Dila geleng.

"Sekarang, kandungan bonda dah berusia 5 bulan. Lagi 4 bulan as a max for you to wait. Abang doa pada Allah. Minta bonda dan adik sihat dan selamat. Minta pada Allah supaya adik nanti jadi anak yang soleh." Kata Firdaus yang baru muncul diruang tamu dan terus duduk disebelah Adha. Kedua manusia kesayangannya dipeluk.

"Haish, gelilah adik tengok korang ni. Hari-hari meloyakan tekak. Rasa nak lari duduk dengn Rayqal je." Kata Haikal seraya keluar dari ruang tamu itu.

"Ayah cu tu jealous la tu." Kata Adha.

Firdaus dan Dila hanya ketawa.

"Jangan usik Ayah Cu. Dia tengah frust tu." Pesan Dila.

Kesian pun ada dengan Haikal. Untuk dia jatuh hati pada seseorang wanita amatlah susah. Bila dia sudah jatuh hati, kena friend zone pula.

"Mujur Aya terima Fir. Kalau tidak, membujang sama macam Haikal agaknya." Kata Firdaus.

"Kita je la tolong dia." Usul Raja Mukhriz dan duduk disofa yang selalu didudukinya.

"Macam mana, ayah?" Tanya Firdaus.

"Bab macam ni, kena tunggu bonda. Dia selalu ada idea. Ayah cadang je tapi macam tak terfikir lagi caranya. Bonda mungkin ada." Balas Raja Mukhriz.

"Lambatlah nak tunggu bonda." Keluh Dila.

"Boleh tolong acu sama." Kata Adha.

"Eh budak ni. Sibuk hal orang tua-tua." Marah Dila.

Adha senyum sambil menunjukkan giginya. Rasa bersalah.

"Betul juga tu. Kesian adik kita berdua tu. Lepak berdua je. Dari kecil sampai dah tua bangka berdua." Kata Firdaus.

"Haikal tu lain. Dah ada pilihan hati. Adik tu, tak ada sesiapa pun." Balas Dila.

"Kita carikan untuk dia."

"Hamboi, ingat pilih ikan ke? Boleh main cari-carikan."

"Taklah. Kalau tak cari, mana nak jumpa."

"Mana kita tau siapa yang dicarinya."

"Bekas tunang dia?"

"Jangan nak mengarut. Adik dah berpatah arang dengan dia."

"Kita sambungkan."

"Adik takkan setuju."

"Manalah tau. Cinta berputik semula."

"Tak akan. Dan Aya pun tak setuju. Dia tak sesuai untuk adik." Tegas Dila. Menarik muka. Masam.

"Dia pula emo." Kata Firdaus.

Dila menjelingnya tajam.

Firdaus mengucup bibir Dila pantas. Itu caranya untuk memujuk Dila.

"Adha, jom ikut tok ayah. Kita pergi swimming." Kata Raja Mukhriz dan terus menarik Adha berlalu dari ruang tamu itu.

Firdaus makin merapatkan dirinya dengan Dila. Satu lagi kucupan hinggap ke bibir Dila.

"Jangan nak ada idea langsung nak satukan adik dengan Lila. Kecuali kalau adik yang nak." Dila memberi amaran.

"Kita cubalah. Mungkin sebenarnya adik dah tak marahkan Lila." Pujuk Firdaus.

"Adik bukan marahkan Lila saja-saja. Tapi Aya sendiri tak suka perangai Lila. Kalau nak nikah ni, biarlah pasangan yang membahagiakan. Yang boleh terima kekurangan dan kelebihan kita. Bukan yang nak senang dengan kita saja. Susah senang kena bersama." Kata Dila.

"Macam Dila." Sebuah kucupan hangat hinggap ke bibir Dila.

"Astagfirullahalazim. Haish, salah timing. Korang pun, tak leh masuk bilik ke? Aku ni asyik tengok korang berasmaradana je. Susah la kerja aku macam ni." Bebel Mak Jah dan terus berlalu.

Firdaus ketawa.

Dila sudah memerah wajahnya.

Bukan pertama kali mereka berdua tertangkap begitu. Tapi apa Dila boleh buat. Firdaus susah mahu dikawal. Langsung tak ada perasaan malu.

"Kita pindah rumah. Duduk sendiri. Tak de asyik kena tangkap macam ni." Putus Dila.

"Serious? Tak nak bincang dengan bonda dulu ke? Tak nak fikir perasaan bonda?" Tanya Firdaus.

Perkara ni sudah diusulkan kepada Dila sejak mula Dila diterima masuk ke dalam keluarga ni. Tapi Dila selalu menolak. Membazirlah. Tapi sebenarnya lebih risaukan bonda.

"Tak jadilah. Kesian bonda." Balas Dila.

"Susah betul kalau ada isteri team bonda ni." Kata Firdaus sambil ketawa.

Hakikatnya, dia suka bila Dila selalu fikirkan dan utamakan bondanya. Sebab bonda keutamaannya juga. Kerana bonda adalah bondanya.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now