40

2.4K 116 0
                                    

Engku Da termenung. Keputusan DNA Firdaus dan Adha mengesahkan yang mereka berdua mempunyai pertalian darah. Memang sah, Adha anak Firdaus. Dan tekaannya tepat bila dia juga turut membuat ujian DNA antara Adha dan Dila.

Gerak hatinya mahu mengambil sampel DNA Dila. Sewaktu sedang berbual berdua dengan Dila, dia menyuruh Mak Bedah memberikan minuman untuk Dila. Setelah itu, bila Dila naik untuk melakukan rutin bulanan ke atas Firdaus, dia mengambil cawan yang digunakan Dila dan terus meletakkannya ke dalam beg yang terkandung DNA Firdaus dan Adha. Dia terus membawa ketiga-tiga sampel kepada setiausahanya untuk dihantar ke makmal.
Dan keputusannya langsung tidak memeranjatkannya.

Dia memang sudah lama mengesyaki Dila. Namun, bila dia melihat Haikal dan Mak Bedah mesra dengan Dila, ditambah lagi dengan Raja Mukhriz dan Puan Saleha juga begitu sayangkan Dila, maka, dia menerima Dila seadanya. Tapi ia tidaklah sampai menghapuskan segala syak wasangkanya.
Semuanya bermula bila melihat Dila tidur disebelah Firdaus.

Secara logiknya, tak ada perempuan yang tahu hukum hakam yang akan tidur sebelah lelaki yang tiada hubungan dengannya. Dan walaubagaimana professionalnya seorang perempuan itu, tidaklah sampai sanggup mencuci alat kemaluan seorang lelaki yang tidak ada hubungan dengannya.

Cuma yang menjadi tanda tanya. Adakah Firdaus dan Dila sudah menikah? Atau hanya sekadar hubungan terlarang? Tapi kenapa Dila meletakkan nama Adha berbinkan Firdaus? Kalau anak luar nikah, rasanya pejabat pendaftaran tak akan benarkan.

“Sue, masuk kejap.” Arah Engku Da.

“Lima minit Engku Da. Saya ada tetamu.” Kata Sue, setiausaha Engku Da.

Sue memandang Haikal yang berada didepannya. Dia menjadi setiausaha Engku Da kerana Haikal. Kerana itu, dia sering menjadi pemberi maklumat tentang Engku Da kepada Haikal dan Firdaus. Walaupun sebenarnya tidaklah semua maklumat dibocorkan. Dia masih tahu tatasusila seorang setiausaha. Lagipun, Firdaus dan Haikal jarang bertanya soalan lain. Asyik bertanya dimana Engku Da saja.

“Bolehlah, Sue.” Rayu Haikal.

“Aku tak nak, weh. Aku nak dapatkan kepercayaan dari Engku Da pun makan masa bertahun. Permintaan kau ni, melampau sangat. Nanti Engku Da tak percaya aku, susah kerja aku.” Tolak Sue.

“Ala, bukan apa pun. Kerja senang je.” Pujuk Haikal.

“Dah-dah. Balik weh. Aku nak masuk jumpa Engku Da. Kau tak dengar bonda kau intercom aku tadi. Kau balik. Aku tak nak terlibat dalam kerja mengarut kau ni.” Kata Sue dan terus melangkah masuk ke dalam bilik Engku Da.

“Saya Engku Da.” Kata Sue sebaik masuk ke dalam bilik Engku Da.

“Sue, hubungi kedutaan U.K. dan dapatkan maklumat tentang Firdaus. Kalau perlu untuk awak ke sana, awak pergi. Saya nak detail Firdaus disana 8 tahun lepas.” Kata Engku Da.

Sue angguk.

“If possible. No, make it possible untuk dapatkan detail tentang Dila. I don’t care how you get it. I want it soon.” Kata Engku Da. Tegas.

“Anything. Engku Da?” Tanya Sue.

“Tu je.” Kata Engku Da.

Sue keluar. Dia melihat Haikal masih tersenyum berdiri dimejanya.

“Nasib kau baik. Tapi aku tak kira, aku nak pergi U.K. Aku nak bercuti kat sana. Company tanggung aku, kau tanggung suami aku.” Kata Sue yang membuatkan Haikal tersenyum lebar.

“Thank, Sue. Kau memang awesome.” Puji Haikal dan terus berlalu dari meja Sue.

Sue geleng kepala.

Walaupun dia sudah mendapatkan maklumat mengenai Firdaus dan Dila dari Haikal, malahan dokumennya juga sudah berada diatas mejanya, namun, dia tak mahu Engku Da mengesyakinya. Dia akan lakukan prosedur yang sepatutnya.

Biar nampak macam buat kerja. Padahal, dia mahu melancong. Honeymoon kali kedua. Manalah tahu, berkat bertukar tempat, dia akan mengandung. Siapa tahukan? Rezeki dibumi Allah.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now