37

2.2K 123 2
                                    

“Makin rapat Tengku Puan dengan Adha sekarang.” Komen Mak Bedah.

Engku Da senyum.

“Mestilah. Adha kan cucu bonda. Nenda mana yang tak sayangkan cucu dia, kan bonda?” Balas Haikal yang baru masuk ke dalam dapur untuk bersarapan.

Haikal mengukir senyuman lebar kepada Mak Bedah. Dia tahu, selama ni, Mak Bedah yang menghasut Engku Da untuk menjarakkan diri daripada Adha. Yang dia pelik, bondanya macam hilang taring. Sentiasa termakan dengan hasutan Mak Bedah. Walhal selama ni, Engku Da seorang yang ada pendiriannya sendiri. Dan akan lakukan sesuatu perkara mengikut apa yang dia rasa betul. Tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.

“Mak Bedah ingatkan je. Budak tu bukan waris keluarga ni. Dia tu anak luar nikah. Tak berhak dipanggil anak Firdaus pun.” Kata Mak Bedah. Menghadiahkan Haikal dengan sebuah jelingan tajam.

“Entah ya entah tak Adha tu anak luar nikah. Kalau anak luar nikah, takkan mak dia letak nama dia berbinkan nama abang, kan bonda? Erm… Haikal nak siasatlah. Tanya abang, semua dia kata rahsia. Tapi kalau kita yang kenal perangai abang tu, dia tak akan sayang sesuatu yang bukan hak dia, kan bonda?” Kata Haikal.

Engku Da memandang Haikal. Tajam.
Otaknya mula berfungsi. Tiba-tiba rasa bodoh sebab tak buat apa-apa tindakan sejak 3 bulan Adha duduk dengannya. Walaupun hatinya marah tapi bila lihat wajah Adha, pasti akan timbul rasa tenang dan sejuk. Sama macam bila dia lihat wajah Firdaus masa kecil-kecil dulu. Hilang segala penat dan tekanan.

“Ke bonda dah suruh sesiapa siasat?” Tanya Haikal.

Engku Da geleng.

“Bonda ada contact spy yang boleh buat kerja ni? Yang boleh simpan rahsia keluarga ni sampai ke kubur?” Tanya Haikal.

“Biar bonda yang uruskan semua tu. Kamu jangan masuk campur.” Kata Engku Da dan terus bangun meninggalkan dapur.

Haikal menjamah makanan yang terhidang di depan mata. Dengan penuh berselera tanpa menghiraukan Mak Bedah yang sudah duduk disebelahnya sambil memandangnya tajam.

“Kamu dah kenapa? Entah betul entah tidak budak tu anak Firdaus. Muka sama tak sementinya anak dia. Jangan termasuk dalam perangkap mak budak tu. Entah-entah, dia nak ugut korang. Nak harta korang ni.” Kata Mak Bedah separa berbisik.

“Haah. Kena buat ujian DNA lah.” Kata Haikal seperti baru teringat sesuatu.

“Mak Bedah tak nak keluarga ni hancur sebab budak tu.” Sambung Mak Bedah.

“Relax lah, Mak Bedah. Kalau pun mak Adha tu nak harta keluarga ni, akhirnya nanti jatuh ke tangan Adha juga. Benefit untuk Adha juga. Tak jatuh ke mana pun.” Balas Haikal.

Dia memberikan senyuman segaris kepada Mak Bedah sebelum berlalu.

“Suka hatilah. Mak Bedah dah ingatkan. Kalau jadi apa-apa, jangan kata Mak Bedah tak ingatkan.” Kata Mak Bedah.

Haikal senyum. Dia rasa Mak Bedah melucukan. Harta ini milik keluarganya. Tapi Mak Bedah lebih risaukan harta ini dari pemiliknya. Sedangkan dia dan Firdaus, langsung tak kisah seandainya Dila mahu membolot harta ini. Asalkan Adha sentiasa ada dengan mereka.

“Harta boleh dicari. Darah daging, itu je.” Kata Haikal sebelum menghilang dari dapur.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now