Cinta? Semak!

By marisinc

154K 7.5K 112

Untuk Dila, cinta itu semak. Dia tak perlukan cinta untuk menjalani hidupnya. Cukup keluarganya dan anaknya... More

Bab 1 : Segalanya bermula disini...
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
BAB 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
Reader

25

2.4K 130 0
By marisinc

“Bonda, ceritalah pasal daddy.” Pinta Adha.

Dila senyum. Dia mengusap pipi Adha sebelum mencium ubun anaknya itu.

Cerita tentang ‘daddy’nya adalah ‘bed time story’ kegemaran Adha. Setiap malam, sebelum tidur, Dila akan menelefon Adha untuk bercerita. Dan dalam banyak-banyak cerita, kisah ‘daddy’ adalah yang paling Adha suka minta.

“Daddy suka makan masakan bonda. Setiap hari, lepas balik kelas, bonda akan masakkan untuk daddy. Daddy rajin. Kalau dia ada, dia tolong bonda masak sama. Kalau kata dia lambat balik, dia akan basuh pinggan mangkuk semua.” Cerita Dila.

“Mestilah daddy suka masakan bonda. Bonda masak sedap. Acu tu je tah apa-apa. Merungut tak sedap pun, dia makan sampai habis.” Kata Adha bersama muncung dibibir.

Dila ketawa halus. Adha memang sentiasa benggang dengan Rayqal yang selalu mengutuk masakan Dila. Adha sama seperti Firdaus. Entah apa yang sedap. Setiap kali dia masak, baik Adha mahupun Firdaus, akan memuji masakannya. Walhal dia sendiri makan dan rasa tak sedap. Kadang-kadang terkurang garam. Kadang-kadang terlebih. Tapi Adha dan Firdaus, tak pernah merungut. Mereka makan dengan berselera.

“Daddy sangat berdikari. Dia boleh basuh baju dia sendiri. Dia boleh masak. Dia boleh uruskan dirinya tanpa menyusahkan orang lain. Terutama bila dia sedar, yang dia sangat cerewet. Baju dia, mesti kena basuh dan bubuh softener. Sterika baju, mesti kena ikut line. Tak boleh ada sikit pun kedut. Baju dia susun ikut warna dan jenis. Baju pakai ke kelas lain. Baju nak berjalan, lain. Baju duduk rumah, lain. Semua dia susun asing-asing.” Sambung Dila.

“Sama macam bonda.” Sampuk Adha.

“Daddy yang ajar. Dulu bonda tak macam tu pun. Sejak duduk dengan daddy, bonda dah terbiasa. Daddy ajar bonda macam-macam. Yang paling banyak daddy ajar bonda adalah macam mana nak jadi seorang perempuan yang kuat dan tabah. Kalau daddy tak ajar benda tu, mungkin Adha tak lahir didunia ni. Dan kalau dia tak ajar bonda jadi kuat, mungkin bonda dah mati dah. Sebelum tidur, daddy suka bercerita tentang ketabahan srikandi islam pada bonda. Lepas tu, daddy akan relate kan cerita mereka dengan hidup bonda.” Sambung Dila lagi.

“Srikandi Islam tu apa, bonda?” Tanya Adha.

“Srikandi tu pejuang wanita. Macam Khadijah, isteri nabi s.a.w. Mariam, ibu Nabi Isa a.s. Asiah, isteri Firaun.” Jawab Dila.

“Abang tahu. Bonda ada cerita. Mak dengan abah pun dah cerita.” Kata Adha. Teruja.

“Macam tu, bolehlah abang cerita pula kisah ni pada bonda.” Usik Dila sambil mencium ubun Adha.

“Boleh. Tapi Adha nak tahu pasal daddy.” Balas Adha.

“Daddy suka tolong orang. Tak kisah siapa pun. Bila dia tahu orang tu susah, dia akan cuba sedaya upaya untuk tolong. Dia tak kisah kalau lepas tu badan dia sakit ke. Oh. Daddy senang sakit. Salah sikit je, demam. Sikit-sikit demam.” Kata Dila.

“Sebab tu Allah takdirkan bonda dengan daddy. Bonda doctor. Daddy pesakit.” Usik Adha.

Dila ketawa.

“Pandai ya. Suka usik bonda.” Kata Dila.

“Sama macam daddy.” Balas Adha.

Dila ketawa sambil mengangguk.

“Adha sayang bonda. Adha sayang daddy. Adha doa, satu hari nanti, daddy datang dan jaga Adha dan bonda.” Doa Adha.

“Amin.” Dila meraup telepak tangannya ke muka. Mengaminkan doa anaknya.

“Good nite, bonda. Assalamualaikum.” Adha mencium pipi Dila sebelum baring.

“Waalaikummussalam. Nite abang. Bonda doa, Allah pelihara abang sentiasa. Amin.” Balas Dila.

“Terima kasih, bonda. Amin.” Kata Adha dengan mata yang tertutup.

Dila mencium ubun Adha. Anaknya itu bukan saja wajahnya seperti Firdaus. Tingkahnya juga sama. Adha seperti mesin fotokopi Firdaus. Kerana itu, dia tak pernah walau sesaat pun lupakan Firdaus. Kerana Adha adalah Firdaus.

“Terima kasih, Ya Allah.” Kata Dila.
Dia menutup lampu bilik dan memeluk anaknya.

Continue Reading

You'll Also Like

7.5K 957 21
Teen romance Kisah seorang perempuan yang hanya mampu memendam perasaan pada idola sekolah. Itu aku. Kisah seorang perempuan yang tak tahu pun selama...
217K 4.4K 34
" Fik cintakan Ria." "Aku tak cintakan kau. Ceraikan aku!!" Fikri Aidil kecewa dengan Aria. Isteri yang ditatang dengan penuh kasih sayang tergamak c...
546 74 26
'Bukan kerana kekayaan, bukan juga kerana wajahnya tapi kerana akhlaknya yang membuatkan aku tersentuh'. Itulah ayat Atie yang ditulis pada diarinya...
4.9M 197K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...