Sesat Dalam Rindu

بواسطة AirinzH

77.6K 3.7K 249

Mereka bertemu dan bercinta mengikat janji setia. Namun itu semua belum cukup untuk menepis dugaan hanya ker... المزيد

Part 1 - Pertemuan Ini
Part 2 - Dia Kembali
Part 3 - Terkenang Kembali
Part 4 - Masih Terasa
Part 5 - Sakitnya Rindu
Part 6 - Wajahmu di hatiku
Part 7 - Berikan Senyumanmu
Part 8 - Dekat Denganmu
Part 9 - Apa Mahumu
Part 10 - Punya Aku
Part 11 - Luka Dilukai
Part 12 - Salah Menilai
Part 13 - Sebenarnya
Part 14 - Menagih Kasih
Part 15 - Berhenti Berharap
Part 16 - Lepaskan
Part 17 - Mampukah
Part 18 - Bukan Rahsia Lagi
Part 19 - Langkah Pertama
Part 20 - Bisakah memiliki
Part 21 - Terusik Rasa
Part 22 - Ingin Menjauh
Part 23 - Sampai Bila
Part 24 - Resah Hati Ku
Part 25 - Sayang Atau Benci
Part 26 - Biar Saja
Part 27 - Rapuh
Part 28 - Kau Tak Pernah Jauh
Part 29 - Hanya Kamu
Part 30 - Ku Ingin Restu
Part 31 - Aku Cinta
Part 32 - Menahan Rindu
Part 33 - Resah Hatiku
Part 34 - Hero Pujaan
Part 35 - Jika Benar Itu
Part 37 - Pasrah
Part 38 - Masihkah Bersinar
DI KESEMPATAN INI
Part 39 - Permudahkanlah
Part 40 - Kesayangan
Part 41 - Ku Bersyukur
Part 42 - Terlerai Rindu
Part 43 - BAHAGIA MILIK KITA

Part 36 - Ku Mohon

1.5K 74 6
بواسطة AirinzH

"Kak Anis, lupalah nak bagitahu" kata Rafika semasa mereka sedang berehat-rehat selepas makan malam.

"Mmm apa dia yang lupa sangat tu" balas Anis.

"Isnin ni kan puasa, minggu depan hari sabtu abang ngah jemput ke rumah dia.  Buka puasa sama-sama" beritahu Rafika.

"Sabtu!  Ika kan hujung minggu balik rumah suami.  Effendi lepas ke?" tanya Anis lagi.

"Nanti ika cakap lah nak pergi rumah abang ngah.  Takkan lah dia tak nak lepas" jawab Rafika.

Terlupa pula Rafika pada Effendi dek teruja mahu bersama keluarga abang ngahnya.

"Kak nis boleh je, takde masalah" balas Anis pula.

"Kalau macam tu nanti ika bagitahu abang ngah" Rafika kelihatan gembira.  Tidak sabar menanti hari sabtu.  Sekurang-kurangnya terubat juga rindu terhadap keluarga di kampung.

*****

"Sayang, esok abang ada meeting kat Johor.  So, sayang duduk dengan Anis lah ya this week" kata Effendi semasa dalam perjalanan pulang menghantar Rafika dari pejabat.

"Berapa hari abang pergi?" tanya Rafika.

"Dalam dua hari je sayang.  Sayang okay kan?" tanya Effendi semula.

"Eh, sayang okay je.  Cuma tu lah.  Minggu depan dah puasa.  Tak dapatlah sahur pertama dengan abang" kata Rafika.

"Buka puasa dengan abanglah kalau macam tu.  Abang balik hari ahad malam" balas Effendi.

"Tengoklah macam mana nanti.  Abang pun mesti penat balik dari outstation" kata Rafika.

"Sayang ikut abanglah kalau macam tu" cadang Effendi.

"Jangan nak mengada.  Cuti sayang dah tak banyak dah ni, abang nak suruh sayang cuti lagi ke?" Rafika menjeling sekilas.

"Yelah, gurau pun nak marah" Effendi ketawa melihat Rafika yang memuncung.

*****

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.  Ha, dah sampai dah.  Jemput masuk dik, Anis.  Terima kasih Anis sudi datang rumah kak ngah" kata kakak iparnya, Maiza sambil mempelawa masuk ke rumah.

"Terima kasih jugak sebab sudi jemput saya ni" balas Anis.  Rafika yang sudah mendahului bersalam dan memeluk Maiza.

"Apa pulak gitu nis.  Kita kan keluarga" kata Maiza sambil bersalam dan menarik Anis dalam pelukan.

"Bang ngah mana kak? Kerja ke?" tanya Rafika kerana tidak nampak langsung kelibat Razif.

"Bang ngah keluar kejap ke kedai depan sana tu.  Beli barang.  Ika, Anis duduk dulu lah ya, kak ngah nak ke dapur" balas Maiza.  Rafika dan Anis mengangguk faham.

"Aina, sini kat ashu" panggil Rafika bila anak buahnya itu dari tadi asyik memeluk kaki ummi nya.

Perlahan-lahan anak itu mendekati Rafika selepas disuruh umminya.

*****

"Kak ngah masak apa? Nak ika tolong?" tanya Rafika menjengah ke dapur

"Takpe dik, dah nak siap dah ni.  Nanti adik tolong kak ngah hidang ye" balas Maiza.

"Banyaknya kak ngah masak.  Macam bukan makan untuk empat orang" Rafika melihat lauk pauk yang dimasak oleh Maiza.

"Oohh, bang ngah ada jemput kawan dia jugak.  Tu yang kak ngah masak banyak.  Kalau ada lebih kita buat makan sahur.  Ika tidur sini kan?" beritahu Maiza sambil bertanya.

"Tak tahu lagi.  Rasa macam nak tidur sini.  Boleh manja-manja dengan kak ngah" Rafika memaut manja lengan Maiza.

"Apa pulak tak tahu lagi.  Tidur je kat sini, nak duduk sini terus pun boleh.  Bukan rumah orang lain pun.  Lagipun esok kan cuti" balas Maiza.

Rafika membalas senyum Maiza.  Lama wajah Maiza ditenung.

'Beruntung abang ngahnya memiliki kak ngah Maiza sebagai isteri.  Kak ngah cukup serba serbi dan sangat baik hati'

*****

Meriah rumah Razif hari ini.  Selalunya mereka berbuka puasa berdua sahaja dengan dua orang si kecil.  Tetapi hari ini ada adik kesayangannya bersama Anis yang juga bagai adiknya.

Buat masa ini, dia belum lagi berjaya memujuk Rafika pulang berjumpa orang tua mereka di kampung.  Rafika juga belum bersedia menceritakan perkara sebenar yang berlaku lebih lima tahun dulu.

Tidak mengapalah, Rafika perlukan sedikit masa fikir Razif.

*****

"Assalamualaikum"

Terdengar orang memberi salam dari luar rumah.  Razif bangun melihat, mungkin tetamunya sudah sampai.  Isteri dan adik-adiknya sedang sibuk menghidang makanan.  Waktu berbuka puasa tidak lama sahaja lagi.

"Waalaikumsalam, masuk-masuk.  Ingat tak datang tadi" kata Razif kepada tetamunya.

"Ish apa pulak, dah dijemput mestilah datang.  Tak gitu fendi" balas Azam sambil merujuk Effendi.

Effendi senyum, hatinya sedikit berdebar.  Dia tahu isterinya juga ada di situ.  Effendi menarik nafas cuba bertenang.  Dia pasti Razif belum tahu hubungan sebenarnya dengan Rafika.  Azam di sebelah menepuk-nepuk perlahan bahu Effendi menyalur semangat.

"Kita ke meja makan teruslah.  Kejap lagi dah masuk waktu" kata Razif.

Mereka berpapasan menuju ke meja hidangan.

"Adik, ni bos awak datang ni" sahut Razif semasa Rafika keluar dari dapur.

Kaki terasa lembik, langkah menjadi beku, mulut terkaku.  Ini rupanya tetamu abang ngah.

"Apa menung je, tegurlah bos awak ni" kata Razif lagi.

"Hah ya, T-tuan, a-apa k-khabar" terketar-ketar Rafika berbahasa.

"Saya sihat, baik-baik saja.  Eh! Anis pun ada rupanya" Effendi mengalih topik mereda getar bila ternampak pula Anis.

Jantung masih berdebar.  Mata tidak boleh dilepas melirik isteri tersayang.  Aduh! Seksanya kalau begini.  Sampai bila?

"Eh! Awak rupanya tetamu abang ngah" Anis menegur Azam yang tersengih-sengih melihat bakal pasangannya.

"Jemputlah duduk, takkan nak berdiri je  kita ni.  Sayang, buat apa lagi kat dapur tu.  Mari ke depan ni tetamu semua dah sampai" Razif melaung isterinya yang masih di dapur.

"Ya bang, kejap nak keluarkan dessert" balas Maiza.

"Biar adik tolong kak ngah" Rafika lantas bangun menawar diri.  Tidak betah rasanya melihat lirikan mata Effendi yang terus menikam.

*****

Tidak tertelan nasi oleh Rafika.  Walaupun pada awalnya tadi juadah yang disediakan Maiza sangat menggamit seleranya.

"Adik, sikit sangat makan tu" tegur Razif.

"Adik nak solat dulu, lepas tu baru makan lagi" dalih Rafika.

Pinggan diangkat lantas berlalu ke dapur.  Semua yang di meja hanya memerhatikan sahaja Rafika tanpa riak.

"Nanti bolehlah kita solat tarawih berjemaah" cadang Razif.

"Elok juga tu, tak payah ke masjid.  Lepas solat boleh makan balik.  Banyak lagi makanan ni" sahut Maiza.

"Boleh je" jawab Azam setelah melihat Effendi hanya diam.

Setelah selesai makan Razif menunjukkan bilik untuk mereka menunaikan solat maghrib.

Effendi sengaja berlengah kerana menunggu peluang berbicara sebentar dengan Rafika yang dia tahu hanya di bilik sebelah sahaja.

Setelah pasti semua orang telah turun ke bawah, Effendi perlahan-lahan bergerak ke bilik sebelah dengan harapan Rafika masih di situ.

Tuhan menyebelahinya, setelah pintu dibuka kelihatan Rafika sedang selesai solat sambil membuka telekung.

"Sayang"

"Abang buat apa ni? Nanti orang nampak la" kata Rafika mengawal suaranya.

"Semua dah turun.  Abang nak cakap dengan sayang sekejap" jawab Effendi.

"Cakap kat tempat lainlah.  Bahaya kat sini" balas Rafika.

"Sekejap je, penting sayang" pujuk Effendi.

Rafika hanya diam.  Setelah pasti Rafika bersetuju untuk berbicara Effendi perlahan mendekati.

"Sayang, apa kata kita berterus terang dengan Razif malam ni" cadang Effendi dalam nada memujuk.

"Apa abang cakap ni.  Sayang tak nak, sayang belum bersedia" tegas Rafika.

"Abang ada kan.  Walau apa pun penerimaan Razif kita kena hadapi juga.  Sampai bila nak berahsia" Effendi masih memujuk.

"Kan sayang cakap tak sedia lagi, abang tak faham ke?" Rafika sudah meninggikan sedikit nadanya tanda menyanggah.

"Sampai bila baru nak sedia.  Ni makin membesar" Effendi lantas menyentuh perut Rafika membuatkan Rafika terkejut.

"Mana abang tahu?" Rafika menepis tangan Effendi.

"Sayang isteri abang, macam mana pulak abang boleh tak tahu" balas Effendi, tangan Rafika dicapai.

"Sayang tak nak!" Rafika masih menolak.

"Tak nak apa? Tak nak baby ni.  Sayang ni kenapa?" sabar Effendi sedikit hilang.  Tangan Rafika dipegang kejab.

"Sayang tak sedia.  Abang tak boleh paksa sayang"  masih menolak.

"Sayang ni kenapa.  Abang rasa dah cukup masa untuk sayang bersedia.  Apa alasan yang tak bersedia pulak.  Kan abang dah kata.  Kita lalui bersama.  Abang sentiasa ada" Effendi sedikit mendesak.

Rafika menggelengkan kepala.  Tangisannya pecah tapi masih dikawal.

"Abang cuba fahami sayang.  Abang ikutkan apa kata sayang.  Abang cuba tak mahu mendesak.  Tapi sayang buat abang putus harapan.  Abang rasa macam abang ni bukan sesiapa pada sayang.  Kadang abang tertanya sendiri, adakah lagi abang di hati sayang" Effendi meluahkan rasa.

"Abang, sayang tak boleh.  Sayang minta maaf" Rafika merayu.

"Yaa Allah, kenapa ni?" Maiza yang baru hendak menunaikan solat terkejut melihat keadaan Effendi dan Rafika.

"Kenapa sayang.  Eh! Apahal ni.  Fendi, kenapa kau pegang adik aku?" Razif yang terdengar suara Maiza bergegas naik.  Namun terkejut dengan apa yang dilihat.

"Fendi"

"Ika"

Azam dan Anis memanggil serentak.

"Abang serah segala keputusan pada sayang.  Abang terima apa saja keputusan sayang.  Abang dah penat, abang mengalah" Effendi melepaskan tangan Rafika dan berlalu meninggalkan situasi yang penuh tanda tanya.

Anis lantas mendapatkan Rafika.  Dibiarkan Rafika menggogoi di bahunya.

"Anis, apa semua ni?" tanya Razif.

Anis diam terkaku.  Entah bagaimana hendak dikhabarkan.  Entah bagaimana hendak dimulakan.  Sedang tuan punya badan hanya membisu.

*****

Dengan tenang Rafika mendekati semua yang sedang berkumpul di ruang tamu.  Tiada kelibat Effendi di situ.  Tahulah dia Effendi telah pergi.  Pergi membawa kecewa.

"Abang ngah" panggil Rafika perlahan.

"Adik, mari duduk sini" Razif menggamit Rafika duduk di sisinya.

Maiza bangun mendekati Rafika dan dibawa duduk.  Mereka perlu berbincang, yang rumit perlu dirungkai.  Semuanya bergantung pada Rafika.

"Adik okay?" tanya Razif setelah Rafika duduk.

Menggangguk dengan air mata di pipi.

"Adik nak cakap apa-apa ke?  Kalau adik rasa nak cakap, cakaplah.  Abang ngah dengar" bicara Razif lembut.

"Dia suami adik" pendek dan perlahan tetapi menggegar dengaran Razif.

"Macam mana?" tanya Razif.

"Lebih lima tahun dulu.  Kami bernikah..." diam.

"....di sempadan" sambung Rafika.

"Aku yang uruskan" Azam mencelah.

"Jadi...." Razif cuba mengawal.

"Adik balik kampung sebab ibu sakit.  Masa tu adik mengandung tapi sungguh adik sendiri tak sedar yang adik mengandung"  sambung Rafika.

"Kenapa adik buat keputusan tu.  Kenapa bila ayah tanya semua orang desak adik tak cakap hal yang sebenar" tanya Razif tidak puas hati.

"Adik takut" terketar Rafika menjawab, air mata bagai tiada henti.

"Abang, sabar" pujuk Maiza.  Kasihan melihat adik iparnya didesak begitu.

Malam itu, bersaksikan Anis dan Azam, Rafika merungkai segala yang tersimpan selama lima tahun ini.  Bagaimana dia berjumpa Effendi sehingga mereka bernikah.  Bagaimana kehidupannya setelah berpisah dengan Effendi.  Bagaimana Anis membantunya.  Bagaimana Azam berperanan dalam pernikahannya dulu.  Bagaimana dia berjumpa semula dengan Effendi.  Sehinggalah permasalahan yang berlaku tadi dan tidak ketinggalan nyawa lain yang dibawanya kini.  Semuanya, segalanya diluahkan.  Tiada yang tertinggal.  Razif hanya sekali-sekala mencelah tetapi ditenangkan isterinya di sisi.

"Sekarang macam mana?" tanya Razif setelah Rafika selesai bercerita.

"Adik tak tahu.  Mungkin dia betul-betul tak nak adik lagi" jawab Rafika.

"Saya tak rasa fendi dah tinggalkan ika.  Ika sabar dulu ys.  Bagi Effendi bertenang.  Nanti perlahan-lahan kita selesaikan masalah yang ni pulak" Azam memberi semangat.

"Betul ika.  Nanti kita sama-sama jumpa Effendi ya" Anis pula mencelah.

"Abang ngah tak mahu masuk campur urusan adik dan suami.  Cuma abang ngah sedikit terkilan adik sanggup membelakangkan keluarga.  Tapi benda dah berlaku mungkin hikmahnya kita tak tahu" kata Razif tenang.

"Adik selesaikan dengan baik masalah dengan suami adik.  Abang ngah dan kak ngah sentiasa menyokong segala keputusan adik" tambah Razif lagi.

"Adik sabar ya.  Jangan fikir banyak sangat dan jangan stressed.  Tak baik untuk kandungan adik ni" Maiza menyentuh lembut perut Rafika yang masih kempis.

Rafika terus menangis dan ditenangkan Maiza dan Anis.  Razif dan Azam hanya memandang tidak mampu berkata.

'Abang, sayang minta maaf.  Abang, jangan tinggal sayang.  Sayang takut sendiri lagi.  Tolong abang' bicaranya hanya di dalam hati.

Fikirannya jelas buntu.  Tidak tahu apa yang harus dilakukan kini.  Semuanya bagaikan sudah terlambat dan dia hanya mampu berdoa.  Tuhan, ku mohon kekuatan.

.....TBC

Kakak rasa macam cerita ni dah nak habis...eh!...eh! 😉

Happy reading dear readers...tq...tq...tq 😘😘😘

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

129K 4.3K 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsy...
389K 12K 61
Mahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suami...
2.9M 259K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
530K 3.6K 15
#1-kenangan (15 Julai 2019) Emir Akashah dan Hayfa Irdina. Dua hati yang sudah lama bertaut. Cinta dari zaman persekolahan. Jarak usia 3 tahun bukan...