DIA MILIK AKU

By lyasander

26.6K 1.2K 76

[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? A... More

INTRODUCE CAST
DMA 1
DMA 2
DMA 3
DMA 4
DMA 5
DMA 6
DMA 7
DMA 9
DMA 10
DMA 11
DMA 12
DMA 13 [ Flashback 1 ]
DMA 14 [ Flashback 2 ]
DMA 15
DMA 16
DMA 17
[ Promote ]
DMA 18
DMA 19
DMA 20
For You Readers!
DMA 21
DMA 22
DMA 23
DMA 24
DMA 25
DMA 26
DMA 27
DMA 28
DMA 29
DMA 30
DMA 31
DMA 32
DMA 33
DMA 34
DMA 35
DMA 36 [Flashback]
DMA 37 [Flashback]
DMA 38
DMA 39
DMA 40
DMA 41
DMA 42
DMA 43
DMA 44
DMA 45
DMA 46
EPILOG
READERS ATTENTION!
PROMOTE!!

DMA 8

572 33 3
By lyasander

"Ash Eri mai sini"

Seorang budak perempuan keluar dari kereta dan menuju ke arah kami.

"ni lah kawan umi" Rania memberi senyuman pada mereka.

" nama saya Nur Rania Nerissa. Boleh panggil saya Eri je"

" Nur Hana Naura ,boleh panggil kak Hana"

Rania menyalam tangan puan maimunah dan aku .Yelah dia kan muda dari aku . Manakala Dayyan hanya diberikan senyuman sahaja.

"Eri mana abang kamu"soal puan faridah pada anaknya.

"Dia tolong papa. Ha! tu dia . Abang sini" Rania memanggil abangnya. Hana melihat figura lelaki itu menuju ke arah mereka.

Wait!... mata aku ni ada masalah ke sampai semua benda ada muka dia.

Hana terkejut melihat Rayyan dengan berpakaian baju hitam dan seluar sukan sama seperti dia. Rambutnya pula agak serabai.

'Dia ni tak mandi ke apa, rambut macam baru bangun tidur.'

'Asal kat mana-mana mesti ada minah ni aduyai' omel Rayyan.

Rayyan memandang Hana yang terkejut melihatnya. " ni lah anak sulung i, rayyan ni kawan mama dua orang tu pulak anak puan maimunah"

Rayyan memandang ke arah dua beradik itu. Rayyan menyalam tangan Dayyan. Haih asal lah nama diorang lebih kurang harap korang tak tersalah orang lah ye.

Rania menyiku tangan Rayyan. Rayyan memandang adiknya sambil mengangkat kening sebelah nya.

" Cantikkan kak Hana tu sepadan dengan abang" kata Rania berbisik.

" kau ni buta ke muka dah lah macam orang tua"

"Abang ni tak baik tau kata macam tu. Budak tu satu sekolah dengan kita kan sebab Eri macam pernah nampak lah"soal Rania sambil mencuri-curi tengok Hana.

"Haah dia satu sekolah dengan kita. Budak kelas abang" terbeliak Rania memandang abangnya. "Kau dah kenapa" Rayyan membuat muka pelik.

" abang, Eri rasa abang dengan kak Hana tu ada jodoh lah"

"Kau siapa nak jodoh kan aku"

"Emmm ye lah . Eri usik je tak payah lah nak emo sangat. Tapi kan apa salah nya dapat kakak ipar macam kak hana." Rania tergelak dan terus lari dan meninggalkan abangnya disitu. Rayyan mencebik. Dia memandang tepat ke arah Hana. Hana tidak memandang dia.

Apa kesah aku dia nak pandang ke tak.

Rayyan terus mengambil barang dan pergi ke papanya yang sedang mendirikan khemah bersama uncle azmi. "Rayyan tolong pergi bakar arang lepastu masak ayam dengan sosej sekali ye. Jangan sampai hangit" arah encik hakim pada anak nya.

" Okey papa"

Rayyan membakar arang sambil mata melilau sekeliling. Tiba-tiba matanya tertacap pada seseorang yang sedang duduk di tepi sungai sambil bermain air.

Bapak senang hidup dia.

"Woi kau tak ada kerja ke nak buat. Sedap je kau goyang kaki kat situ ye" marah Rayyan pada dia.

Hana terdengar seperti orang sedang marah tetapi dia endahkan.

'Orang lain kut'. Hana terus bermain dengan air.

'Kurang asam punya perempuan. Pekak ke apa dia ni'

"Woi kau pekak ke apa ha" Hana masih memulaukannya. Rayyan sudah pun geram.

"NUR HANA NAURA" Rayyan sudah naik oktaf menjerit nama dia sampaikan semua yang membuat kerja di situ memandang rayyan.
Hana terdengar seperti seseorang memanggil dia dengan nama penuh.

"Aduh siapa pula yang panggil aku ni. Kacau lah." Hana merungut dan menoleh kebelakang.

"Kau panggil aku ke" hana menunjuk dirinya sendiri apabila memandang Rayyan.

"Tak lah aku panggil beruk kat hutan tu"

"Ooh ye ke" Hana sambung bermain air.

"Woi aku panggil kau lah"

"Nak apa?"

" senang hidup kau tak buat kerja"

"Dah aku tak ada kerja nak buat aku main lah air"

"Kalau kau tak ada kerja meh aku bagi kerja kat kau"

"Kerja apa?"

"Sini lah"

"Kerja apa?"

"Kau jangan banyak soal lah. Sini je lah"

"Ish dia ni aku baru nak bersenang- lenang"

Hana terus pergi ke Rayyan dengan muka cemberut.

"Jangan harap aku nak bagi kau bersenang-lenang"

"Ni bakar ayam ni"

"Aku" Hana menunjuk dirinya. Rayyan menganggukkan kepala. Serius lah aku kena bakar ayam. Aku masak pun tak pandai.lantak lah hangit ke apa. Hana pergi membasuh tangan sebelum membakar. Dia mengambil peha ayam dan meletak ayam perlahan lahan di atas pemanggang.

Selepas dia letak peha ayam itu dia terus lari. " woi kau nak pergi mana" kata Rayyan apabila melihat Hana lari selepas meletakkan ayam yang diletaknya.

" aku takut nanti ayam tu meletop".

"Tak pernah lah orang bakar ayam sampai meletop.kau sini kau."

Hana kembali ke tempat pemanggang. "Cepat buat". Hana masih berdiri tegak disitu. " cepat lah buat".

"Betul ke tak meletop?"  Soal Hana

'Ya Allah budak ni. Nak je aku panggang dia hidup-hidup.'

"Sebelum aku meletup baik kau buat sekarang" Hana meletakkan ayam itu di atas pemanggang manakala Rayyan duduk di kerusi berdekatan dengan tempat dimana Hana memanggang ayam itu.

'Asal minah ni dengar kata pulak selalunya mesti bantah kalau aku suruh buat apa-apa'

"Amboi senang hidup nampak" sebenarnya Hana perasan yang Rayyan melihatnya.

Rayyan tersentak dari mengelamun.

"Kenapa" jawap Rayyan.

"Tadi kau kata aku bersenang- lenang tak buat kerja sekarang kau pula tak buat kerja apahal"

"Suka hati aku lah nak buat kerja ke tak. Badan aku bukannya badan kau"

"Eii! jembalang ni kang tak pasal-pasal makan arang nanti kang" marah Hana.

Rayyan menjelir lidah pada Hana.

"Rayyan , Hana pergi lah mandi. Ayam ni biar uncle buat" kata encik Hakim. Hana sudah pun berkata yes.

'Aduh papa ni .Aku baru nak buli dia'.bisik Rayyan dalam hati.

"Okey uncle kami pergi dulu" Hana terus berlalu. Dia pergi ke Dayyan yang sudah mandi di situ. Rania pula menyusun batu di tepi. Nak buat mini kolam lah tu.

"Jangan mandi jauh jauh sangat" jerit umi dengan suara nyaring. Dayyan pergi ke arah Hana dan mengacah menariknya masuk ke dalam sungai.
"Tak guna punya abang" Dayyan sudah pun tergelak.

"Rayyan cepat lah! Mandi sama" Dayyan memekik kepada Rayyan yang masih ragu-ragu untuk turun sungai.

Suasana disitu kelihatan teduh dengan rimbunan pohon-pohon hutan yang tumbuh meliar. Air sungai juga jernih dan mengalir. Tidak terlalu cetek dan tidak pula terlalu dalam.

"Penakut" Hana sengaja mahu membakar perasaan Rayyan yang masih kelihatan takut untuk menjejakkan kakinya ke dalam air.

"Diamlah" jerit Rayyan pada telinga Hana.

'Garangnya, fikir aku takut lah tu'

"Haih kau jadi kucing ke takut air" Hana tergelak apabila abangnya berkata begitu. Rayyan tersenyum malu. Rayyan terus melompat ke dalam air. Dia berenang ke arah Dayyan. Hana juga turun ke sungai dan menuju ke Rania.

mereka bergembira bermain air sungai. Ada juga mereka merendamkan diri ingin melawan siapa yang bertahan lama di dalam air. Sesekali juga Rayyan dan hana bergaduh di sungai seperti berebut pelampung dan berlanggaran di dalam air.

Puas Dayyan mandi dia terus menuju ke Encik Azmi dan menolong jika ada apa yang perlu. Hana pula duduk di atas batu sambil merendamkan kakinya di dalam sungai. "Rania sini lah" Hana menepuk batu di sebelah nya. Rania terus pergi duduk di sebelah Hana dan merendam kan kakinya juga.

"Abang Eri tu memang tak tahu sejuk ke?" soal Hana pada Rania memandang ke arah Rayyan yang sedang berenang ke sana ke sini.

'Tadi bukan main pengecut' bisik hati Hana

"Akak tak tahu ke dia tu kan kulit buaya" mereka gelak bersama .

"Akak , Eri tengok akak dengan abang Eri tu macam sweet lah"

"Apa kau merepek ni Eri"

"Ye lah . Kalau akak nak tahu semua mengata akak dengan abang sweet masa panggang ayam" terbeliak mata Hana apabila Rania berkata begitu. Biar betik semua orang nampak. Habis lah balik nanti kena bahan dengan abang sendiri.

Hana memegang kepalanya. Sekejap-kejap dia menggeleng. "Akak kenapa? pening ke?".

"Ha! Tak ada lah" Hana membuat muka seperti biasa tapi dalam hati dia berdoa agar di rumah agar abangnya tidak membahan dia.

Rayyan menuju kearah mereka yang duduk di batu. Dia bangun dan duduk di sebelah Rania. Mereka senyap di situ dan menikmati kedinginan alam semula jadi.

"korang lapar tak" Hana memulakan percakapan antara mereka. Hana memandang dua beradik itu. Rania sudah pun mengangguk kepala tanda lapar.

"Kau semua lapar patut lah nampak gemuk" Rayyan memandang dia dengan muka yang tiada reaksi.

"Kurang ajar. Aku slim ok"

"Ye ke slim? Entah-entah fake. Pakai bengkung"

"Kalau kau tak nak muka kau pecah baik kau diam"

"So betul lah kau pakai bengkung" rayyan sudah terbahak-bahak gelakkannya. Hana mengambil batu sebesar gengaman dia dan mengacah membaling batu itu ke arah Rayyan. Rayyan tersentak.

"Korang ni dah lah gaduh. Orang datang sini nak tenang kan fikiran bukannya tambahkan stress. Eri tak tahu lah apa jadi kalau korang duduk serumah. Maybe runtuh kut" kata Rania

"Eee tak nak lah abang duduk serumah dengan dia. Dah lah gemuk nanti tak cukup ruang. Mana abang nak tidur?"

"Kau fikir aku nak sangat ke duduk dengan kau. Dah lah busuk"

"Habis kau tu wangi sangat ke"

"Ofcours lah"

"Ye lah tu. Entah entah setiap hari bau loji"

" ewah mulut kau tu tak boleh puaka lagi ke"

"Asal kau nak ke"

Rania yang berada di antara mereka berdua sudah sakit kepala. Sekejap pandang kak Hana sekejap pandang abangnya pula. Rania sudah tidak tahan.

Arhhhh

Rania menjerit sampai Hana dan Rayyan menutup telinga kerana sakit.

"Kau dah kenapa Eri . Kena sampuk ke"

"Korang ni cukup-cukup lah gaduh. Nak je Eri panggil tok kadi datang sini suruh kahwin kan korang. Dah lah jom makan Eri tengok papa dah angkat ayam-ayam tu" mereka hanya menurut sahaja kata Rania. Dah macam mak pulak si Rania ni.

"Dah puas mandi ke" encik hakim menegur sambil terus setia mengipas supaya apinya tidak terlalu marak. Rania mengelengkan kepala sambil tersenyum.

"Belum lapar punya pasal"kata pula Hana manakala Rayyan mengambil sosej yang sudah siap dimasak dan masuk kedalm mulut.

'Sedapnya! Sejuk-sejuk macam ni dapat makanan panas.

Babanya memberi sepinggan ayam panggang dan sosej. Hana mengambil dan terus pergi ke batu di mana dia duduk tadi bersama Rania. Mereka mula menjamu selera.

Saat Hana menikmati makanannya. Rayyan dengan selamba duduk di sebelah nya. Ada jarak ok.

'Selamba badak dia je duduk sebelah aku'. Hana mencebik dan mengigit peha ayam panggangnya.

Hana menjauhkan lagi jarak antara mereka. Rania sudah pun tersenyum- senyum memandang mereka.

"Kau ni tak ada tempat lain ke nak duduk"kata Hana sambil memakan peha ayamnya.

"Dah batu aku dah kena kebas dengan adik sendiri reda je lah" Hana mencebik lalu sambung memakan makanan nya.

TBC

_________________________________________

Alahai sweetnya lah diorang ni😍.

Nanti kan chapter seterusnya. 

VOTE, COMMENT & SHARE👇👇👇🤗

nurhadhirahmw

afifah_11024

wafirias

Continue Reading

You'll Also Like

6.1M 175K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
549K 27K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
504K 21.9K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
3.3M 36.3K 10
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...