Book 1:The Faith's [C]✓

Bởi minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... Xem Thêm

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
54
EPILOG🌸
Special Epilog

53

8.8K 320 9
Bởi minbrown_

Oh hujan turunlah..
Seiring bersama air mata.
Sungguh aku tak berdaya.
Untuk meneruskannya.
Kuatkanlah...
Seandainya aku tertulis untuk dirinya.
Tunjukkan aku bagaimana menempuhinya.
Oh tuhan dengarkanlah.

***

Tiga hari berlalu..Hidup yang dulunya gembira kini sunyi. Kosong. Kehilangan dirinya terlalu sukar untuk diterimanya. Terseksa. Walaupun tinggal bersama satu bumbung, tetapi bagaikan dirinya tidak wujud. Pedih. Terpancar jelas kekecewaan diwajah gadis itu.

Bagaimana kecewanya mama apabila papa pernah berhasrat mahu memadukan mama. Begitu juga kecewa yang dialami isterinya tika ini. Wajahnya yang kelihatan sembap. Lesu. Seakan hidup di dunia sendiri.

Berkali-kali dia cuba mendapatkan ruang untuk berbincang atau lebih tepat mengembalikan rumah tangganya seperti dulu. Tetapi setiap kali terserempak,Risya akan memilih untuk terus beredar. Tidur pun kini berasingan. Dirinya terpaksa tidur di bilik Lisya. Terasa hidup betul-betul sunyi.

Figura Risya yang berlalu keluar dari bilik segera dirapatinya. Pantas pinggang kecil itu disauk membuat telinganya mendengar keluhan kecil.

"Abang tolong sayang mandi eh." Tangannya yang berada di pinggang Risya perlahan ditolak tangan kecil itu namun dia tetap menguatkan pelukannya. Langsung gadis itu tidak mahu memandangnya.

"Tak perlu. Saya boleh berjalan sendiri."

"Sayang ada abang. Abang suami sayang. "

"Saya tak nak bercakap pasal ni dengan awak-"

"It's abang. Bukan awak."

Risya mendengus."Tepi."

"Abang tolong."

"Tak perlu! Saya bukannya cacat sampai perlu tangan seseorang untuk berjalan ke mana-mana!" Marah Risya dengan nada tertahan. Tangan Kasyaf di pinggangnya ditolak kasar sebelum dia menapak kembali ke dapur. Serentak itu juga air mata mengalir keluar. Terasa berdosa.

Kasyaf menghela nafas berat. Figura Risya yang menapak dengan penuh berhati-hati dipandang dengan perasaan berbalam. Ternyata isterinya masih lagi memarahinya.

Pintu ditolak masuk ke dalam. Pandangan terus berpusat pada anak kecilnya yang sedang bermain sendiri di atas katil. Pantas kaki dihayun sebelum tubuhnya direbahkan di sisi anak lelakinya. Spontan bibir tersenyum.

"My hero dah bangun.." Pipi tembam itu digesel-gesel dengan hidung. Tertawa kecil dirinya melihat kerenah anak kecil itu.

"Hazrul Ridzwan..Sedap nama anak papa. Pandai mama pilih nama Iwan." Kasyaf tersenyum. Cadangan nama oleh isterinya sememangnya amat disetujuinya. Nama yang pernah dibincangkan mereka berdua beberapa bulan lepas.

Bibirnya dilabuhkan dipipi Iwan. Dielus lembut wajah kecil itu sebelum jarinya terhenti pada pipi sebelah kiri Iwan. Kasyaf tersengih.

"Iwan pun ada lesung pipit? Wow..Betul-betul anak papa ni."

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan Kasyaf menoleh. Seperti apa yang dijangka,Risya menapak masuk dengan pakaian baru tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.

"Iwan tunggu kejap..Papa nak jumpa mama." Bibirnya dilabuhkan dipipi Iwan sebelum dia melompat turun dari katil.

Risya yang sedang memilih baju dipeluk dari belakang. Tersentak gadis itu dibuatnya. Hampir terlepas baju ditangannya.

"When I get you in my hug,my love never been disappear."

"Lepaskan saya."

"No..I won't..I really miss you."

"You hurting me Kasyaf."

Kasyaf tersentak. Pantas pelukan dileraikan lalu tubuh Risya dipusing menghadapnya. Wajah gadis itu kelihatan biasa tanpa secalit senyuman. Perlahan tubuh Risya dipeluk lalu dahinya ditemukan dengan dahi isterinya. Lama mereka diam sebelum Kasyaf menghela nafas kecil. Seakan betul-betul kesal dengan apa yang dia alami baru-baru ini.

"I really feel lost.."

Risya masih mendiamkan dirinya. Pandangannya hanya tertumpu pada tubuh Kasyaf. Dia tak berani nak menatap wajah lelaki itu. Dia takut dia akan menangis di hadapannya. Kerana sesungguhnya dia terasa berdosa. Serba-salah yang menggunung.

"Say something sayang..Abang rindukan sayang."

"Tak ada benda yang saya nak cakap. Lepaskan saya."

"No..Abang ada hak nak peluk."

"Dan saya ada hak minta awak faham permintaan saya!"

"Kenapa 'awak'? Mana 'abang'?"

Risya diam. Dadanya bergetar hebat seraya cuba menahan air mata daripada mengalir keluar. Sumpah dia rindu akan lelaki itu. Tetapi dia tak kuat nak berhadapan dengannya. Pedih!

"Sayang-"

"Stop."

"Dengar apa yang abang nak cakap."

"Saya tak nak! Jangan paksa saya!"

"Kenapa?" Soalnya perlahan. Kedengaran sendu dihujung suaranya. Pandangannya yang redup cuba menentang pandangan yang dia rindu. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu rupa. Bagaikan orang asing menagih kasih daripada wanita yang dicintai.

"Sayang dah anggap abang dah tak ada? Suami sayang dah mati?"

"Apa awak ni?!" Tubuhnya meronta-ronta minta lepas namun lelaki itu menguatkan pelukan. Sebak mula bertandang di dada. Tak mahu dia hamburkan tangisan lirih di dalam dakapan lelaki yang dicintainya.

"Abang tahu abang salah. Tapi dengan cara sayang mengelakkan diri daripada abang..It's won't change everything." Ujarnya perlahan. Air mata lelakinya mengalir perlahan di pipi. Terlalu pedih hatinya diperlakukan sebegitu rupa. Hanya kerana semua yang berlaku bukan daripadanya.

"Kasyaf. Bagi saya masa-"

"Sampai bila? Cukuplah tiga hari hidup abang kosong tanpa seorang isteri disisi suami."

"Dah Kasyaf! Sakit awak tahu tak? Bila seorang isteri nampak suami dia memeluk adik isterinya sendiri! Yang tidur diatas katil yang sama! Selimut yang sama! Dalam pelukan yang sama !"

"Sumpah bukan abang-"

"Jangan berani bermain dengan sumpah Kasyaf! Tolong. Saya respect awak. Please respect saya. Faham keadaan saya. Sakit hati saya tak hilang lagi. Sakit bersalin pun tak hilang lagi. Jangan cuba nak tambah kesakitan saya lagi."

"That's why saya perlukan awak. And you need me too."

"Siapa cakap?"

"You show it."

Risya diam apabila bebola mata Kasyaf bergerak ke bawah. Kini baru dia perasan yang dirinya turut memeluk erat tubuh suaminya. Tanpa sedar! Dia akui sememangnya dia perlukan lelaki itu. Tapi dia tak mampu untuk mengungkapkannya.

Adakah benar dirinya mengagungkan ego?

"Abang tahu sayang perlukan abang. Hanya abang yang boleh sembuhkan segala sakit sayang..Please..Come back to me. Jangan terus hukum abang dan hukum diri sendiri hanya sebab perkara yang dah lama lepas."

"Saya bahagia ada Iwan."

"Tapi abang derita kerana sayang."

Risya mendengus untuk cuba menutup rasa sebak di hati. Hatinya sekali lagi terluka kerana air mata yang mengalir di pipi lelaki itu. Mahu sahaja dia mengelap air mata itu tetapi dia tak berani.

"Maafkan abang."

"Lepas..Saya nak tidurkan Iwan."

"Sayang nak tunggu abang dibalut dengan kain kafan dan duduk dalam keranda baru sayang nak maafkan abang? Nak tunggu abang dibawa pergi dengan van jenazah,pergi ke rumah baru abang baru sayang nak lembutkan hati untuk abang?"

Kasyaf teresak kecil. Semakin terluka hatinya melihat isterinya hanya diam tanpa sebarang reaksi. Akhirnya tubuh kecil itu ditarik semakin rapat ke pelukannya lalu bibirnya didaratkan di ubun-ubun Risya.

"With a whole of the day,I always overthinking. To let you go like wise I feel so unless. Daripada abang hidup dan dibenci oleh orang yang abang sayang..Lagi bagus kalau abang yang mati."

Pantas tubuh Kasyaf ditolak menjauh daripadanya. "Terima kasih." Ucap Risya sebelum berlalu ke katil. Berbaring disebelah Iwan secara mengiring membelakanginya.

Kasyaf menyeka air mata. Bengkak hatinya sebelum kaki diatur lemah keluar dari bilik itu. Mungkin betul kata isterinya. Dia perlukan masa.

***

"Mak."

Kasyaf yang sedang menonton televisyen pantas punggung diangkat dan menapak mendekati Puan Aida yang baru keluar dari bilik isterinya dengan Iwan didukungannya.

"Nah Iwan. Dia tak mahu tidur. Mak dah mengantuk ni."

Kasyaf mengambil Iwan daripada Puan Aida. Anak kecilnya itu tersenyum apabila dirinya mendukung si kecil itu. Wajah kepenatan Puan Aida dipandang. Hati mula dibelenggu serba salah.

"Maafkan Kasyaf mak. Sebab Kasyaf mak termasuk dalam masalah kami. Kesian mak penat."

Puan Aida senyum. "Tak apalah..Mak tak kisah. Kasyaf pun anak mak juga. Iwan ni pun cucu mak juga."

Kasyaf tersenyum. Punggung Iwan ditepuk-tepuk lembut supaya mamai. "Risya tidur ke?"

"Aah.Tidur dah. Tu yang mak jaga Iwan. Kesian dia penat sangat."

Kasyaf mengangguk. Iwan yang masih segar dicuit hidungnya.

"Mak nak pesan ni. Kalau Kasyaf sayangkan Risya sungguh-sungguh. Berusaha untuk dapatkan hati anak mak balik. Dia kalau kecewa memang susah nak pulih balik. Hatinya lembut. Cuma tu lah. Ego..Kasyaf pujuk elok-elok insyaallah eloklah tu."

Kasyaf mengangguk."Terima kasih mak." Puan Aida tersenyum lalu terus beredar ke bilik tidurnya. Kasyaf mengalih pandangan pada Iwan yang tersenyum sambil mengeliat tubuhnya didalam kain bedung. Bibirnya dilabuhkan di pucuk hidung kecil Iwan.

"Tidurlah sayang. Dah tengah malam ni masih berjaga ye..Nak tengok bola dengan papa ke?"

Televisyen ditutup lalu plag dicabut. Langkah diatur ke bilik Risya. Pandangannya terus berpusat pada isterinya yang sedang lena beradu. Hati tiba-tiba rasa sebu.

"Besok kita sambung main ye sayang." Bibirnya dilabuhkan dipipi Iwan yang seakan sudah mamai menahan kantuk.

Setelah yakin Iwan sudah lena dibuai mimpi,perlahan anak kecilnya diletakkan didalam babycoat. Kaki diatur ke katil dan berbaring disebelah Risya. Ditenung lama seraut wajah itu. Wajah yang seakan menanggung seksa.

"I miss you."

Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh Risya lalu kepala Risya ditarik rapat ke dadanya. Sesekali bibirnya singgah diubun-ubun Risya. Tangannya memeluk pinggang ramping itu.

"I really miss you."

***

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

1.6M 45.9K 44
copyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Co...
90.7K 4.7K 84
Spin off from NIRMALA KASIH HANAN Alpha woman? Itu adalah nama tengah bagi Nor Izzati Hanani. Wanita terlebih berdikari yang pantang sekali menyerah...
25.7K 1.9K 49
"Saya memang keras kepala dan menjengkelkan Apa kata Encik utarakan pada pihak atasan supaya gantikan saya dengan pegawai lain." - NAJLA KHAIRIYYAH...
1.4M 55.3K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...