Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

49

7.1K 273 15
By minbrown_


Kelopak mata dicelik perlahan-lahan. Nafas cuba ditarik. Terasa berat. Perlahan tangan naik melekap pada dadanya yang terasa perit. Berkerut dahinya seraya memutarkan bebola mata memandang suasana yang asing itu.

"Sedar pun kau."

Tengku Farhan tersentak lalu bebola matanya bergerak-gerak mencari suara garau itu sebelum kelihatan satu susuk tubuh berdiri di sebelah katilnya. Dahinya berkerut untuk memproses wajah itu. Terasa tubuhnya lenguh. Dadanya sakit. Nafasnya berat.

"Fa-Fauzan?"

"Kau jangan banyak bergerak. Kau baru lepas operation." Mendatar suara lelaki itu membuatkan dahi Tengku Farhan berkerut.

"O-Operation?" Serak suara Tengku Farhan. Tekaknya haus. Seakan memahaminya,lelaki itu pantas menghulurkan air kepadanya. Diteguk sedikit demi sedikit air tersebut.

" Terima kasih.." Tubuhnya cuba bersandar dikepala katil dengan bantuan abang iparnya. Semakin berkerut dahi Tengku Farhan melihat wajah Fauzan yang tegang tanpa senyuman itu.

"Tadi-"

"Kau operation jantung. Dah jangan banyak cakap. Jantung kau tak sesuai lagi dengan badan kau."

Tengku Farhan melempar pandangan tak percaya. Sejak bila dia masuk hospital? Sejak bila dia lakukan pembedahan? "Bila?"

"Dua hari lepas."

"Siapa pendermanya?"

Fauzan diam. Pandangan ditunduk ke bawah. "Fauzan. Mana isteri aku?"

Fauzan mengangkat muka." Isteri kau tak ada."

Tengku Farhan tersentak. Fikirannya mula terganggu. Jangan cakap.."Fauzan..Aku nak tahu siapa pemilik jantung dalam badan aku sekarang ni? Siapa? Isteri aku mana?"

Fauzan mendengus kasar. Tangan naik berpeluk tubuh."Rehat je lah dulu Farhan. Kau tak stabil lagi ni. "

"No." Tengku Farhan mencerlung tajam Fauzan di sebelahnya."Mana isteri aku?"

"Dia tak ada lah. Kau ada nampak ke dia dekat sini?"

Wajah Tengku Farhan berkerut. Nafasnya terasa berat namun digagahkan jua untuk bertentang mata dengan abang iparnya.

"Kenapa kau macam nak berahsia? Aku nak tahu siapa pemilik jantung ni."

Fauzan meraup wajahnya. Air mineral diambil dan diteguk. Dibiarkan soalan adik iparnya yang tidak berjawab.

"Saffia yang derma jantung ni kan?"

Tersedak Fauzan dibuatnya. Keningnya bertaut seketika sambil mata mencerlung tajam Farhan dihadapannya."Kau nak adik aku mati ke?"

"Habis tu. Mana dia?"

Fauzan menghela nafas. Banyak tanya betullah dia ni."Ada kat wad lain."

Tengku Farhan terbuntang."Jadi betullah dia yang derma jantung kat aku?"

Fauzan mengucap panjang dalam hati. Cuba bertenang dan memikirkan lelaki itu masih dalam keadaan tidak stabil.

"Cakaplah Fauzan!"

"Kau merepek apa ni Farhan? Kalau isteri kau yang derma jantung dari semalam lagi dia dah kena tanam dalam kubur. Orang kalau dah tak ada jantung macam mana nak hidup? Aduh kau ni IQ rendah betul."

Tengku Farhan menghela nafas lega. Tapi hatinya masih risau akan isterinya itu."Kenapa dia masuk wad?"

Fauzan menggigit bibir tahan sabar."Kau ni tak padan dengan sakit banyak betul mulutnya."

"Aku serious ni Fauzan."

Fauzan mendengus."Nak tahu sangat kenapa dia masuk wad? Dia pitam. Dia masuk wad pun sebab kau. Sampai sekarang dia tak sedarkan diri. Penat dia tunggu kau bangun. Seharian dia tak rehat jaga kau. Makan pun ala kadar je langsung tak sentuh nasi."

Tengku Farhan tersentak. Selimut yang menutupi tubuhnya diselak lalu IV Drip dicabut kasar. Fauzan yang memerhati tersentak dengan tindakan lelaki itu. Bahu lelaki itu dipegang.

"Eh kau nak pergi mana ni?"

"Aku nak tengok isteri akulah."

"Ni yang aku malas nak cerita ni. No. Kau duduk sini diam-diam."

"Tapi dia isteri aku." Marah Tengku Farhan. Tak padan dengan sakit! Muka dah pucat semacam. Tubuh pun masih lemah sibuk nak ikut kepala sendiri. Laki bini sama je! Keras kepala!

"But she's my sister. Kau melawan nanti aku ceraikan kau dengan adik aku." Ugut Fauzan seraya mengangkat kening.

Tengku Farhan mendengus kasar."Aku nak jumpa dia juga."

Fauzan mencerlung sambil menolak tubuh Tengku Farhan supaya kembali berbaring."Jangan nak mengada-ngada. Kau tu baru lepas operation. Kau kena rehat secukupnya. Nanti bukan adik aku yang masuk kubur. Kau yang masuk kubur nanti."

Tengku Farhan menahan rasa dalam hati. Boleh tahan pedas juga kata-kata abang ipar dia ni."Tak kisahlah janji aku dapat tengok dia." Bangkang Tengku Farhan lalu dia cuba juga untuk turun dari katil.

Fauzan menarik nafas panjang. Akhirnya dia mengalah. Tubuh lelaki itu dipimpin lalu sama-sama keluar.

Wad yang bernombor 17 itu dimasuki mereka berdua. Tengku Farhan terkedu melihat sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil pesakit. Kaki diatur menghampiri. IV Drip disebelah dikerling.

"Nah kau duduk sini diam-diam. Kalau doktor marah aku tak tahu. Aku blah dulu." Fauzan membantu Tengku Farhan duduk dikerusi yang disediakan lalu laju sahaja dia menapak keluar dari wad itu.

Tengku Farhan kemam bibir rapat. Nafas ditarik dan dihembus. Tangan Saffia yang bersambung dengan IV Drip dipandang sekilas. Tangan yang berada didepannya pula digenggam erat. Panas! Pantas tangan naik melekap didahi gadis itu. Panas! Demam gamaknya.

"Saffia..." Serunya perlahan. Perlahan dia bangkit lalu dahi gadis itu dikucup lembut.

Saffia terjaga buat seketika. Terkelip matanya menerima pancaran cahaya yang agak menyakitkan mata sebelum cahaya tersebut dilindungi oleh sesuatu. Kepalanya kembali berpinar-pinar. Sakit! Terasa seakan dunia berputar. Berkerut dahinya menahan sakit sehingga terpejam kembali kelopak matanya. Tangannya yang sedang digenggam dieratkan lagi.

Saffia tersentak. Tangan yang mengurut didahi serta merta terhenti. Tangan siapa dia pegang?

Kelopak mata kembali dicelikkan kembali sebelum terpaku pada seseorang. Seseorang yang dia rindu. Terlalu rindu.

"Saffia.."

Air mata tiba-tiba mengalir keluar dari pipi. Pantas tubuh lelaki itu ditarik dan dipeluk erat."Awak.." Saffia menangis didakapan lelaki itu. Tersedu-sedan dia menghamburkan tangisannya. Melepaskan perasaan rindu dan perasaan kesal dalam hati.

Tengku Farhan berbaring disebelah gadis itu lalu dibawa ke pelukannya. Nafas hangat Saffia menampar kulit dadanya. Tengku Farhan tersenyum nipis lalu ubun-ubun Saffia dikucup.

"Awak..Saya minta maaf..Saya berdosa dengan awak. Saya derhaka dengan awak. Saya biadap dengan awak. Saya hampir bunuh awak. Saya-"

Tengku Farhan meletakkan jari telunjuk dibibir mungil itu. Apabila gadis itu mula senyap,dagu ditolak lembut ke atas supaya pandangannya menentang pandangan itu.

"Saya ada kat sini." Jari mengelus lembut pipi itu lalu diseka air matanya."Sentiasa dengan awak."

Cemberut wajah Saffia dengan air mata semakin lebat mengalir."Jangan tinggalkan saya Nufail..Saya sayang awak.."

"Saya lagi sayang awak. Tak terkira. Dah jangan menangis."

Saffia diam. Tangannya tak lepas-lepas daripada merangkul tubuh itu. Tersengguk-sengguk bahunya menahan tangisannya seraya cuba ditenangkan lelaki itu.

"Kenapa awak pitam ni? Awak tak jaga kesihatan ke? Awak risaukan saya tapi awak langsung tak risaukan diri awak."

Saffia diam. Wajahnya disembamkan didada lelaki itu. Nafasnya turun naik perlahan. Sudah seminggu dia dilanda demam panas semenjak hari dia bergaduh besar dengan lelaki itu. Tapi tetap belum baik-baik.

"Awak okay kan Saffia?"

Saffia mengangkat muka lalu bibir mengukir senyuman nipis."Awak.."

Tengku Farhan menjongketkan keningnya lalu bibirnya dijatuhkan diubun-ubun gadis itu."Kenapa sweetheart?"

Saffia tersenyum. Makin dia merapatkan tubuhnya dengan tubuh lelaki itu."Saya pregnant."

Tengku Farhan tersentak. Pandangannya terpaku pada pandangan Saffia.Terkejut. "Awak?"

"Alhamdulillah..."Tubuh Saffia dipeluk erat. Senyuman makin lebar ditarik. Rezeki yang datang tanpa diduga. Tanpa dijangka.

"That's why awak pun masuk wad? Ni demam panas ni sebab bawa budak?"

Saffia mengangguk. Pipi Tengku Farhan dielus lembut."Terima kasih sebab masih sudi cari saya walaupun saya dah banyak sakitkan hati awak dengan kata-kata saya. Saya sakitkan awak. Saya-"

Pipi Saffia disambarnya lalu tersenyum tanpa rasa bersalah."Jangan cakap melalut lagi. Past is past. Now kita bertiga..Our first child will born!!" Teriak Tengku Farhan teruja sehingga terlupa akan sakitnya yang satu itu.

"Aduh!" Pantas tangan naik menekap dada. Dahinya berkerut menahan sakit seraya nafas cuba ditarik. Saffia cemas.

"Awak okay tak ni?"Saffia yang mahu bangkit kembali berbaring disebelah lelaki itu apabila Tengku Farhan menghalangnya supaya bangkit.

"Awak.."

"Okay dah." Tengku Farhan senyum kelat. Tangannya naik menekap pada perut yang masih belum menampakkan bentuknya.

" First-"

"Second."

Tengku Farhan tersentak. Dahinya berkerut sambil merenung dalam sepasang mata itu. Saffia tersenyum manis sambil mencuit hidungnya.

"Anak kedua kita."

"A-" Kata-kata Tengku Farhan termati. Fikirannya melayang pada perbuatan bodohnya tiga tahun yang lepas terhadap seorang gadis yang kini sudah sah menjadi isterinya. Tengku Farhan terkedu.

"Really Saffia?"

Saffia mengangguk."3 tahun lepas saya pernah mengandung..Anak awak. Tapi gugur.."

"Gugur?"

Saffia menundukkan pandangannya. Merenung dada Tengku Farhan yang turun naik didepan matanya."Saya tergelincir dalam bilik air."

Saffia menghela nafas panjang."Waktu tu saya depress sangat-sangat. Fikiran saya serabut. Saya tak boleh terima yang saya mengandung. Saya takut sebab saya dah malukan keluarga saya. Tapi diorang faham. Diorang tak benci saya. Malah abah larang keras saya sebab saya pernah bertindak nak gugurkan kandungan masa tu."

Tengku Farhan diam mendengar luahan isi hati bekas mangsa zaman jahilnya. Air mata mengalir secara tiba-tiba. Terfikir pasal dosa lalu yang telah menghancurkan masa depan seorang gadis.

"Tapi nak buat macam mana. Saya juga akhirnya gugur sebab-"

Pantas tubuh Saffia dibawa ke pelukannya. Dipeluk erat bagi menghentikan luahan tersebut. Dia tak sanggup nak dengar. Rasa bersalah semakin menggunung dalam hati.

"Saya minta maaf Saffia..Salah saya."

Saffia tersenyum. Kepala didongak ke atas memandang wajah lelaki itu yang sudah basah dengan air mata."Past is past kan?" Saffia menyeka air mata lelaki itu lalu bibir melemparkan senyuman.

"Saya sayangkan awak Saffia."

***

Risya menjuih bibir ke depan kerana kebosanan yang melanda. Malam ni terpaksalah dia tidur sorang-sorang lagi. Tepat lepas Zohor tadi dia menerima panggilan daripada Kasyaf. Fikirnya lelaki itu menelefonnya agar menyuruh dirinya menjemput dia di airport. Tetapi berita kecewa yang diterimanya. Lelaki itu memberitahu bahawa penerbangannya terpaksa ditangguh atas sebab cuaca yang tidak berapa baik.

Jam yang sudah menginjak pukul sepuluh malam ditenung kosong. Hampir satu jam dia cuba melelapkan mata tetapi gagal. Nafsu tidur masih lagi tidak menjemputnya. Bosan..

Risya bangkit lalu kaki diatur keluar dari bilik. Alang-alang dah tak boleh tidur ni baik dia minum susu. Haus pun haus juga. Anak tangga dipijak satu-persatu. Ruangan tingkat bawah yang gelap itu dipandang kosong sebelum pandangannya teralih pada kolam renang. Statik pandangannya terpaku pada satu susuk tubuh yang sedang berdiri menghadap kolam renang. Dahi Risya berkerut.

"Abang?" Langkah diatur kemas ke pintu beranda lalu dibuka. Bibir Risya tersenyum serta-merta melihat belakang tubuh lelaki itu.

'Abang ni buat suprise je.'

"Abang..Kenapa balik tak bagitahu?" Tubuh tegap itu dipeluk dari belakang. Erat. Risya tersenyum apabila tangan yang memeluk tubuh itu dipegang.

"Suprise.."

Risya tersentak apabila suara garau itu menyapa gegendang telinganya. Dia yakin tu bukan suami dia! Pantas tubuh lelaki itu dilepaskan namun lelaki itu bertindak menarik dirinya ke dalam pelukan lelaki itu. Risya gigit bibir menahan ketakutan. Lelaki itu tertawa sinis. Kini dia nampak dengan jelas wajah lelaki itu. Juga dia baru perasan hoodie hitam yang tersarung di tubuhnya.

"Kau-"

"Ye? Abang kat sini.."

Risya meronta minta lepas."Macam mana kau boleh masuk sini?! Lepaskan aku!"

"No way baby..Peluang dah depan mata kenapa aku nak lepaskan? Thanks you so much untuk husband kau sebab tak balik hari ni."

Risya masih lagi meronta minta lepas. Dia takut! Lelaki misteri itu sudah berjaya jejaknya ke sini. Sampai ke rumah ini! Ni sangat bahaya!

" Apa kau nak dari aku?! Aku tak kenal kau!"

Lelaki itu tersenyum sinis. Pipi Risya dicekak kasar."Tapi aku kenal kau. Isteri kepada Tuan Hazrul Kasyaf Bin Tuan Hairil Kazni. Pengurus besar Art's Empire. Majikan yang buang pekerja tanpa sebab!"

Risya memejam kelopak mata kerana ketakutan. Menggigil hebat diri tika ini. Mahu sahaja dia menjerit melaung memanggil adiknya tetapi tak mahu dia libatkan gadis itu. Manalah tahu lelaki misteri ini bawa pisau!

"Hanya kau yang boleh aku guna untuk balas dendam. Ikut aku!"

"Tak nak!" Tubuh lelaki itu ditolak kasar. Dia berlari menjauhi lelaki itu. Berdiri dihadapan sebuah kolam renang yang besar dan dalam itu membuatkan Risya teguk liur. Ni kalau jatuh memang lemas!

"Nak lari mana?"

Risya tersentak apabila lelaki itu sudah berada di sisinya. Senyuman yang penuh sarkastik dilakar semakin lebar dibibir lelaki misteri itu. Kaki mula menapak ke belakang menjauhinya.

"Nak lari mana hah?!"

Risya semakin berundur laju ke belakang apabila lelaki itu bertindak mahu mengejarnya. Namun disebabkan permukaan tepi kolam yang licin membuatkan Risya hilang keseimbangan badan.

" Arghh!"

Splasshh!!

Langkah lelaki misteri itu terhenti apabila terdengar siren polis. Anak matanya terus tertancap pada cahaya biru yang berkelip-kelip diluar perkarangan rumah mewah itu. Risya yang terkapai-kapai di permukaan kolam dipandangan dengan tajam.

"Shit!" Laju dia berlari meninggalkan gadis itu yang masih terkapai-kapai.

"Jangan bergerak! Kami polis!"

Lisya yang baru terlena kembali terjaga apabila telinganya menangkap sesuatu bunyi seakan dihempas kuat ke dalam kolam renang dan bunyi siren polis kedengaran. Dia bangkit menuju ke beranda rumah. Spontan matanya terbuntang melihat perkarangan kolam renang yang dipenuhi dengan beberapa anggota polis. Pandangan terus berpusat melihat satu susuk tubuh yang baru sahaja dibawa naik dari kolam renang itu. Mata Lisya serta merta terbuntang.

"Akak!"

***

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 45.9K 44
copyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Co...
137K 7.2K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
226K 9.5K 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu...
105K 3.7K 61
BEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial m...