Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

47

7.1K 293 12
By minbrown_

" Kemeja putih ni abang nak bawa ke?"

Kasyaf yang duduk bersila di atas katil sambil melipat bajunya menoleh lalu mengangguk."Yang putih satu. Lepastu yang emerald green dengan baby blues. Bawak sini."

Risya mencapai sehelai baju berwarna emerald green dengan baby blues lalu kaki diatur ke katil."Tie?"

"No. Abang bawa satu je. Warna hitam."

Punggung dilabuhkan di sisi lelaki itu sambil tangan mencapai kemeja tersebut. Dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam bagasi sederhana kecil itu. Setelah selesai,zip ditarik lalu bagasi tersebut diletak ditepi katil. Briefcase di sebelah pula dicapai.

" Esok siapa hantar abang pergi airport?"

Fail-fail di dalam beg di keluarkan."Esok driver papa hantar abang. Flight abang tengah hari. "

Risya mengangguk. Tubuh Kasyaf dipeluk dari tepi sambil mata ralit melihat lelaki itu yang menyusun kertas-kertas di dalam fail. Pinggang lelaki itu dipeluk erat.

Kasyaf mengerling ke sebelah melihat wajah cemberut isterinya. Spontan dia tertawa kecil."Macam tak bagi abang pergi je ni.."

Risya menghela nafas."Tahan rindulah Risya dibuatnya.."

" Lepas abang balik dari Singapore abang cuti dua hari. Lepaslah rindu sayang yang menggunung tu." Ubun-ubun Risya dikucup sekilas.

Bibir dijuih ke depan."Kalau abang cuti nanti macam hari tu. Banyak sangat kerja yang tertangguh."

" Insyaallah tak. Ni pun last meeting yang postpone hari tu. Lepas ni cuma duduk kat office je. Abang pun nak cari runner baru. Ganti tempat abang long."

Briefcase dizip. Bahu Risya ditepuk perlahan."Bangun jap. Abang nak ambil barang dekat bilik kerja."

Risya melepaskan pelukan. Figura Kasyaf yang berlalu keluar dari bilik dipandang dengan ekor mata. Meliar bebola matanya memandang seisi ruang bilik yang besar sebelum pandangannya berpusat pada iphone x lelaki itu. Risya tersenyum lalu pantas diambil.

Fail yang terletak elok di atas meja dicapai sebelum kaki diatur keluar. Sebaik sahaja dia melintasi bilik adik iparnya,langkahnya terhenti. Kaki diatur ke bilik tersebut lalu pintu dibuka. Terpacul wajah Lisya yang sedang menyiapkan assignment di meja belajar. Kasyaf menutup pintu semula lalu dia menghampiri gadis itu.

" Lisya."

Lisya mengangkat muka. Tersentak kecil dia sebelum pandangan beralih pada pintu sekilas."Asal kau masuk bilik aku?"

" Aku nak minta tolong sikit."

Lisya tertawa sinis. Pen ditangan diletak di atas meja lalu dia duduk bersandar pada kerusi. Kasyaf yang berdiri sambil memeluk tubuh dipandang tanpa perasaan.

" Apa dia?"

" Esok aku outstation. Tiga hari. Sepanjang aku tak ada aku nak kau tolong jaga isteri aku."

Lisya tertawa sinis. Rambutnya disebak ke belakang."Apahal pulak aku nak kena jaga isteri kau? Bawak je lah sekali. Kau kan overprotective."

Kasyaf mendengus."Aku pergi sana sebab kerja bukan nak pergi honeymoon. Kalau ikutkan nak je aku bawa isteri aku daripada tinggal dengan adik yang entah apa-apa."

Lisya mendengus."Jaga mulut kau!"

Kasyaf tersengih sinis. Tahu pun terasa. Ingatkan hati kering."Macam ni lah." Poket kiri seluar diseluk lalu wallet yang berwarna hitam diambil. Note berwarna ungu diambil sebanyak 5 keping lalu dihulur kepada gadis itu.

" Aku malas nak bergaduh dengan kau. Ni upah kau jaga isteri aku.

Lisya tersenyum sambil menyambut huluran lelaki itu. Lebar senyumannya. Kalau ini dia suka!

" Okay boleh."

Kasyaf sekali lagi tersengih sinis. Dasar mata duitan! "Make sure setiap malam kau kena ada dekat rumah. Jangan bagi sesiapa datang kecuali family aku atau family kau. "

Lisya mengangguk acuh tak acuh."Anything else?"

Kasyaf menghela nafas."Tu je. Aku balik nanti aku tahu isteri aku dalam keadaan okay. Kalau dia sama macam sebelum aku pergi aku tambah lagi 5 keping. Deal?"

" Deal!"

***


Pintu dikuak ke dalam. Spontan bibir tersenyum melihat Risya yang rancak bermain game menggunakan handphonenya. Fail tersebut diletak di tepi lalu tubuhnya direbahkan di sebelah gadis itu. Tubuh kecil itu dipeluk dari tepi.

" Sesuka hati je main game abang. Siapa izinkan?" Bibirnya disinggah di pipi gadis itu.

Risya tersengih tanpa mengalihkan pandangan daripada screen handphone. Laju jari menekan dada screen. Tumpuan diberi sepenuhnya pada game dream piano tiles. Kasyaf disebelah tergelak kecil lalu tubuh Risya yang meniarap dipeluk erat.

Bibir sengaja singgah di telinga Risya yang fokus bermain. Sengaja nak kacau! Biar kalah!

" Jangan kacau abang nanti kalah." Risya menggeletis kegelian apabila Kasyaf meniup telinganya.

" Abang!" Laju jari Risya menekan dada skrin. Berdebar-debar jantungnya. Makin lama makin laju pula piano ni dah kenapa!

" Kusyuknya main game." Jari jemari sengaja bermain dengan belakang tubuh Risya. Spontan dia tergelak melihat Risya yang mula hilang tumpuan.

" Abang jangan kacau."

" Why not?" Handphone dirampas dan tubuh Risya ditolak menghadapnya. Kasyaf senyum sinis melihat wajah isterinya yang cemberut di bawahnya.

" Tengok dah kalah..Abang ni.."

Kasyaf tergelak. Rambut yang menutupi dahi itu diselak lalu bibir disinggah di situ." Cantik isteri abang."

Spontan bibir tersenyum malu. Tangan Kasyaf yang ralit bermain di leher membuatkan Risya tergeliat. Geli!

" Isteri abang memang cantik."

Kasyaf menjongket keningnya." Ee perasannya."

Bibir dijuih ke depan lalu wajah dipaling ke kiri."Tadi puji."

Pipi Risya dikucup berkali-kali."Isteri abang memang cantik. Sentiasa cantik. Nanti anak-anak pun ikut cantik macam sayang."

"Dan handsome macam abang." Sambung Risya. Hidung lelaki itu dicuit.

" Eh.." Tangan naik mengusap dagu Kasyaf."Sejak bila abang ada tahi lalat ni?"

" Aik? Baru perasan ke?"

Risya tergelak lalu mengangguk. Tubuh Kasyaf dipeluk lalu pandangan menentang pandangan lelaki itu. Senyuman manis Kasyaf membuatkan Risya turut tersenyum.

" Matamu melemahkan ku. Saat pertama kali ku lihatmu. Dan jujur. Ku tak pernah merasa..Ku tak pernah merasa begini." Kasyaf menyanyi perlahan lalu sebelah mata dikenyitkan. Risya tersenyum.

" Oh mungkin inikah cinta pandangan yang pertama. Kerna apa yang ku rasa ini tak biasa. Jika benar ini cinta. Mula dari mana..Oh dari mana.." Sambung Risya sambil menyebak rambut Kasyaf ke belakang.

"Dari matamu..Matamu..Ku mulai jatuh cinta. Ku melihat,melihat ada bayangnya. Dari mata buatku jatuh, jatuh terus. Jatuh ke hati.."

" Dari mata buatku jatuh,jatuh terus,jatuh ke hati.."

Spontan keduanya tertawa kecil. Kasyaf melabuhkan bibirnya didahi gadis itu lama. "Tahu eh lagu ni?"

Risya tersengih."Fav Risya. Abah selalu nyanyi untuk Lisya dengan Risya.."

" Lagu ni special untuk sayang. Macam drama. Abang jatuh cinta dengan sayang melalui mata sayang. Tapi lepas kita bernikahlah..Cinta lepas nikah gitu.."

Risya tergelak. Pipi Kasyaf dikucup."Abang ni sweetlah.."

" Tengoklah suami siapa?"

" Eeh!"

***

Dulang yang berisi semangkuk bubur dan air kosong diletak di atas meja. Punggung dilabuhkan dibirai katil. Pandangannya berpusat pada Saffia yang terbaring mengiring sambil memeluk batal. Punggung gadis itu ditepuk perlahan.

" Makan sikit Saffia. Aku masakkan bubur."

Saffia menoleh. Lambat-lambat dia bangun dengan bantuan Zara dan bersandar di kepala katil. Bubur yang dihulur tidak disambut malah ditenungnya.

" Aku tak nak makan." Zara mengeluh kecil melihat wajah Saffia yang pucat dan sembap. Tangan naik melekap di dahi gadis itu. Panas!

"Kita pergi klinik nak?" Soalnya tetapi mendapat gelengan daripada Saffia. Mangkuk bubur diletakkan kembali di atas dulang lalu kaki naik bersila di atas katil. Menghadap Saffia yang tak bermaya. Risau dibuatnya.

"Kau tak rasa berdosa ke buat Farhan macam tu."

Saffia mengangkat muka. Memandang lemah wajah Zara seraya bibir tersenyum sinis."Kenapa pula aku nak rasa berdosa?" Ujarnya perlahan dengan suara serak.

Zara mengeluh kecil."Let bygone be bygone Saffia. Dia dah jadi suami kau. Allah dah takdirkan dia jadi suami kau."

"Perogol macam dia tak layaklah jadi suami aku."

"Saffia.." Seru Zara perlahan. Entah bagaimana lagi mahu pecahkan tembok keras kepala Saffia. Degil! Nak ikut kepala sendiri.

"Kau bersyukur tau sebab dia sanggup nak kahwin dengan kau. Kalau kau tengok perogol lain. Ada dia nak kahwin dengan mangsa rogol?"

"Sebab dia tak nak masuk penjara. Sebab tu dia kahwin dengan aku. At least nanti kalau dekat mahkamah ringan sikit hukumannya."

Zara menghela sekali lagi."Kau tahu kan Farhan pernah kemalangan tiga tahun lepas?"

" Patutnya dia yang mati bukan adik dia."

Zara mengucap dalam hati. Disabarkan hatinya supaya cuba bercakap dari hati ke hati. Saffia ni perlu dicucuk baru nak dengar.

" Memang Farhan yang rogol kau tiga tahun lepas. Tiga tahun lepas waktu tu dia masih lagi jahil.Farhan tu baran. Bekas gangster. Tapi lepas dia kemalangan teruk. Yang dia dapat berpeluang hidup balik. Dia terus berubah."

" Kan aku dah cakap..Lebih baik dia mati daripada hidup menyakitkan aku." Saffia menghela nafas. Benci dengar nama tu. Hatinya sakit. Sakit dengan perbuatan terkutuk lelaki itu.

" Allah tak tarik nyawa dia sebab Allah bagi dia peluang kedua untuk dia hidup. Hidayah dia sampai lepas kemalangan tu berlaku. Memang 100% dia berubah."

Saffia memandang Zara tanpa perasaan. Bibir tersenyum herot."So..Kau nak suruh aku buat apa?"

" Maafkan dia."

Saffia tergelak sekali lagi. Kali ni lebih sinis."Tak semudah tu Zara. Bukan kau kat tempat aku."

"Setiap manusia tak pernah terlepas dari kesalahan. Kalau Allah mampu maafkan hambanya. Kenapa kau tak boleh nak maafkan suami kau? Kenapa kau tak boleh nak maafkan kesilapan dia?"

Saffia diam. Menahan amarahnya yang meluap-luap dalam hati. Zara seakan mahu menyebelahi lelaki itu. Kenapa nak menangkan pesalah? Kenapa nak beri keadilan buat pesalah?

" Dia syurga kau Saffia."

"Syurga apanya-"

"Saffia.. kau tahu tak selama tiga tahun ni dia cari kau. Dia nak tebus kesalahan dia. Dia nak minta ampun dekat kau. Bersungguh-sungguh dia cari kau."

" Dan kau bersubahat dengan dia?"

Zara meraup kasar mukanya."Ya Allah Saffia. Cuba buang semua negatif tu. Memang aku bersubahat dengan dia. Bersubahat ke arah kebaikan."

"Serious talk. Aku pun tak kenal Farhan tu. Tapi satu hari tu dia jumpa aku. Hari selepas tangan kau berbalut sebab cedera kat tempat kerja."

Saffia diam. Mendengar dengan teliti penjelasan Zara yang seakan ada sesuatu yang bakal diketahuinya.

"Dia cakap. Dia perlukan pertolongan aku untuk dapatkan kau untuk dia tebus salah dia. Dia tahu itu kau pun sebab dia ternampak tanda lahir kau dekat pergelangan tangan kau."

Saffia pantas membelek pergelangan tangannya. Ya! Memang ada tanda lahir di situ.

" Maafkan dia Saffia. Cuba terima salah dia. At least dia bersungguh-sungguh nak kahwin dengan kau. Nak jelaskan semuanya dengan baik-baik. Sekurang-kurangnya kau nampak yang dia bertanggungjawab. "

"Kau tak faham Zara. Kau tak faham macam mana perasaan mangsa rogol ni."

"That's why aku slow-talk dengan kau. Even aku tak rasa tapi aku tahu macam mana perasaannya. Farhan lagi terluka dengan kau. "

" Kenapa kau nak bela dia?" Saffia mencerlung tajam Zara. Air mata tiba-tiba mengalir keluar. Jantungnya tiba-tiba menjadi laju.

"Sebab dia tak bersalah. Saffia.. Maafkan dia. Kau tak sayangkan dia ke? Kau tak sayangkan perkahwinan korang yang baru dua bulan? Kau tak kesiankan Farhan? Kau tak ada perasaan ke Saffia?"

Saffia diam. Cuba mengatur nafas sebaik mungkin. Dadanya sakit secara tiba-tiba.

" Skip the E and let it GO Saffia..Jangan dah terlambat baru kau nak menyesal."

" Terima dia seadanya. Terima kekurangan dia. Sekurang-kurangnya dia sayangkan kau walaupun kau mangsa dia. Past is past Saffia. Jangan disebabkan tiga tahun yang lepas. Kau hilang suami kau. Kau hilang dia semata-mata sebab kau nampak salah dia. Kau nampak perangai jahil dia. "

Saffia mengemam bibir kuat. Air mata semakin deras mengalir. Entah mengapa seakan ada sesuatu yang menghantui dirinya. Terlintas bayangan cara dia melayani Tengku Farhan. Cara dia berkasar dengan lelaki itu. Cara dia biadap dengan lelaki itu.

" Tak semua orang dapat ujian macam ni. Allah uji kau insyaallah akan ada yang lebih baik lepas ni. Put your trust on his. Maafkan kesilapan dia. Jangan hukum dia."

" Tengku Farhan suami kau. Hanya satu dan tiada lain."

" Be the one,choose one of better for you."

"Sama ada kau pilih untuk terus membenci dia dan berpisah dengan dia. Atau kau memilih untuk terus menerima dan menyayangi dia sepenuh hati sampai bila-bila."

" Fikir baik-baik. Dalam dunia ni susah nak cari lelaki sejujur sesungguh lelaki yang bernama Farhan Nufail untuk tebus kesilapan."

Zara tersentak apabila handphonenya berdering minta diangkat. Nama pemanggil yang terpapar di dada skrin dilihat sekilas sebelum memandang Saffia. Gadis itu turut memandangnya.

Ikon hijau diseret ke tepi lalu jari menekan pembesar suara. Saffia dipandang.

" Hello Farhan.."

"Hello Zara.Ni kak Farisya ni."

Dahi Zara dan Saffia spontan berkerut. Suara wanita itu seakan dalam kegelisahan.

" Ha ye kak Farisya..Kenapa macam cemas je ni.."

"Farhan...Farhan masuk icu..Sesak nafas."

Mata Saffia terbuntang.

***

Continue Reading

You'll Also Like

301K 18.7K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 •...
276K 15.8K 52
Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos
1.2M 10K 11
MY FIRST BABY! START : 19 Disember 2018 END : 15 Mei 2020 STATUS : COMPLETE GENRE : ROMANCE AZRA SARI IRIS X ADAM HADRIAN "Boleh saya duduk dekat si...
2K 167 9
❕Slow update Redamancy : A love returned in full Kisah ini menceritakan tentang perjuangan seorang gadis bernama Aurora Zahra untuk mendapatkan cinta...