Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.4K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

40

7.6K 283 9
By minbrown_

Daun pintu ditolak perlahan ke dalam. Kaki menapak memasuki ke dalam sebuah bilik yang tiada beza saiz dengan biliknya. Tapi yang berbeza..Bilik itu keseluruhannya warna baby blues dan kebanyakan barang-barang yang terdapat di dalam bilik itu berwarna putih. Pandangan berpusat pada gantungan huruf kertas yang digantung di satu dinding. Humairah..Disekeliling bilik itu penuh dengan polaroid yang tergantung sekali dengan lampu. Yang kini menjadi trend anak-anak muda. Dahinya sedikit berkerut apabila gambar-gambar yang tergantung itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Terdapat satu suis di situ sebelum tangannya gatal pergi tekan. Sekejap sahaja lampu terpasang dan disaat itulah gambar-gambar yang tergantung dapat dilihat dengan jelas.

" Humairah.." Bisiknya perlahan seraya bibir menguntum senyuman manis. Gambar-gambar itu kebanyakannya gambar seorang gadis yang berambut panjang dan sangat cantik. Ada yang tersenyum. Ada yang terlompat. Ada juga yang memegang sejambak bunga. Ada juga gambar yang meraikan hari jadi gadis itu.

" Cantik.." Gambar itu diusap perlahan sebelum terhenti pada satu gambar.

Senyuman Saffia mati apabila melihat gadis itu sedang memeluk Tengku Farhan. Suaminya. Banyak juga gambar mereka dan ada juga gambar kakak Tengku Farhan. Saffia terdiam sebelum fikirannya terlintas sesuatu.

"Yang Tengku post dekat insta tu tunang Tengku ke?"

"Aah.Kenapa? Awak pernah jumpa ke?"

"Tak pernah..Tapi cantik.."

'"Terima kasih."

Saffia tersentak. Gambar itu sekali lagi ditatap. Sama. Meliar pandangannya ke segenap ruang dalam bilik itu. Humairah..Kenapa bilik ni jadi bilik Humairah? Humairah...Tunang suami dia kan? Apa kaitan suami dia..Dengan Humairah? Dan sepatutnya Humairah kahwin dengan Tengku,bukan Tengku kahwin dengan dia. Apa semua ni?

" Saffia.Kat sini pun awak. Puas saya cari."

Saffia tersentak. Segera pandangan dialihkan memandang Tengku Farhan yang menapak menghampirinya. Terlakar senyuman di bibir lelaki itu seakan tiada apa yang berlaku. Saffia pula menayang ekspresi wajah terkejut.

" Humairah..Tunang awak kan? Kenapa bilik ni..Penuh gambar dia? Kenapa awak tak kahwin dengan dia? "

" Saffia."

Saffia terbuntang. Jari telunjuk dihala pada lelaki itu."Jangan cakap awak jadikan dia perempuan simpanan."

" Watch out your words Saffia!" Marah Tengku Farhan secara tiba-tiba membuatkan Saffia terdiam. Respon lelaki itu seakan benar-benar marah apabila dia menyebut perkataan tak sopan itu. Habis kalau bukan perempuan simpanan..Siapa? Isteri? Tapi hari tu kata tunang?

Tengku Farhan menghela nafas perlahan lalu menghampiri Saffia. Gambar-gambar Humairah dikerling sekilas. "Sorry saya tak sengaja tertengking awak." Tangan Saffia cuba dicapai namun gadis itu pantas menepis. Air muka pun sudah bertukar serius.

" Saya tak nak dengar sorry awak. Tapi saya nak dengar explain awak pasal Humairah. Tunang awak."

Tengku Farhan diam seketika. Frame gambar yang terletak elok di atas meja solek dicapai lalu diusap perlahan. Saffia menahan rasa dalam hati apabila frame gambar itu menunjukkan gambar Tengku Farhan dipeluk dan dicium pipinya oleh seorang gadis bernama Humairah. Mahu saja dia bakar gambar-gambar tu sekarang juga!

" Cantikkan dia?" Puji Tengku Farhan tanpa memandang Saffia. Bergetar suara dia menahan rasa lalu kerusi kecil yang terletak di bawah meja solek diambil dan diduduknya.

" Cantik..Cantik sangat.." Balas Saffia geram. Berani betul puji perempuan lain depan dia?

" Tengku Humairah Nurfasya. 22 tahun. Lepasan degree dalam bidang kedoktoran." Tengku Farhan kemam bibir. Memori pahit yang sudah lama ditepis kembali bertandang dihati membuatkan air matanya berlinangan. Saffia teliti mendengar bait-bait kata lelaki itu.

" Dia tunang Tengku. Right?"

" No." Saffia terdiam. Lelaki itu masih lagi menunduk sebelum anak matanya menangkap cecair jernih jatuh menitis diatas frame kaca itu. Saffia tersentak lalu dia duduk bersila menghadap lelaki itu. Perlahan tangan lelaki itu dipegang.

" Tapi-"

" She's my younger sister. Adik yang paling rapat dan yang paling saya sayang."

Saffia mati kata. Kalau tadi dia menyumpah seranah dalam hati,tapi kali ni dia beristighfar dalam hati. Menepis tanggapan buruk pada gadis itu. Rasa bersalah kerana dirinya salah faham antara hubungan suaminya dengan gadis itu. Kenapalah tak cakap awal-awal.

" Where's she now?"

Tengku Farhan memejam kelopak matanya lalu tangan naik menyeka air mata."Dia dah meninggal. Kemalangan teruk."

Kenyataan itu betul-betul menusuk ke dalam sanubarinya. Saffia sekali lagi dihambat rasa bersalah. Bersalah pada orang yang sudah tiada di atas muka bumi ini. Orang yang sudah pergi dijemput Ilahi.

Nafas ditarik dalam-dalam."Macam mana boleh kemalangan? Dan..Kenapa awak menangis?"

Tengku Farhan mengangkat muka menentang pandangan Saffia. Matanya bertukar merah kerana menangis. "2 years ago . It's bad moment.."





" Get ready my lil sister?"

Tengku Humairah menoleh seraya tersenyum lebar. Rambutnya diselitkan dibelakang telinga."Humairah dah lama bersedia. Abang je lambat."

Tengku Farhan tergelak kecil. Tali pinggang dipakai."Just drive in a normal speed..Don't rush and just need more focus in driving. "

Dahi Humairah berkerut. Kedua-dua tangannya sudah melekap pada stereng dan kaki sudah sedia memijak pedal minyak."Abang nak ajar Humairah drive kat mana?"

Tengku Farhan senyum manis. "Highway."

"Seriously?" Humairah menepuk tangan tanda teruja. Tak sabar."Main's destination?"

Tengku Farhan menjongketkan kening."Pavillion mall. Alang-alang tu abang nak beli barang sikit."

Humairah tersenyum lebar ."Okay turunkan brek dan jalan. Jangan laju-laju. Sebelum masuk highway berhenti dulu."

Brek diturunkan. Perlahan pedal minyak dipijak lalu kereta Audi serius A6 mula berjalan membelah jalan raya. Sesekali Tengku Farhan menoleh Humairah untuk memastikan gadis itu sentiasa peka dengan pemanduan.

" Slow Maira..Ada lori minyak." Arahnya sebelum mereka memasuki lebuh raya. Humairah menaikkan brek.

" Okay jalan." Brek diturunkan lalu pedal minyak ditekan perlahan setelah lori minyak dan beberapa buah kereta melepasi keretanya. Signal kanan diberi lalu masuk ke dalam lebuhraya. Haluan sebelah divider diambil.

"Humairah sayang. Lain kali jangan terus pergi kanan. It's too danger. Take one way baru pergi ke lorong tengah atau tepi. Once you had a mistakes,you will get excident."

Humairah tersenyum nipis. Tumpuan diberi sepenuh perhatian pada lebuh raya yang tidak berapa sesak. Bibir tersenyum manis. Gembira. Teruja. Sebab dapat belajar bawak kereta dekat highway!!

"Abang..Agak-agak ada tol tak?"

"Rasanya..Tak ada kot. Entahlah. Abang dah lama tak lalu highway ni."

Humairah mengangguk perlahan. "Lepas ni..Bolehlah Maira jalan-jalan sendiri. Tak payah tumpang abang,kakak,driver ke.."

Tengku Farhan tergelak."Dah tahu bawak kereta ni jangan nak bebas sangat merayap sampai Jb lah Kelantan lah.."

"Paling jauh pun Maira akan pergi."

Tengku Farhan menoleh seraya menjongketkan kening."Mana?"

"Syurga.."

" Eh dia ni.." Tengku Farhan tergelak. Paling dia suka tengok adik dia tersenyum. Satu-satunya adik yang banyak kerenah.

" Lengang sangatlah highway ni abang."

Tengku Farhan memutarkan bebola mata memandang empat lorong dihadapannya. Memang lengang. Tak adalah lengang sangat. "Keep driving Maira. Jangan lebih 50."

" Why not? Kita nak cepat sampai..Lagipun Maira nak bawak abang pergi satu tempat ni."

Dahi Tengku Farhan berkerut."Pergi mana?"

" Syurga."

Tengku Farhan menghela nafas lagi. Ada-ada jelah.." Eh Maira!" Statik kepala ditoleh memandang Humaira yang menekan pedal minyak. "Eh abang cakap jangan lebih 50 kan?"

Humaira tergelak kecil."Calm down brother. 70 je. Tak adalah laju sangat. "

Tengku Farhan menggeleng kepala. Degil sungguh adik dia yang seorang ni."Baby step tak boleh rushing Maira. Maira baru first time belajar kan? Tunggulah pro dulu."

" Nanti dah nak sampai Maira slow lah."

" Eh budak ni..Abang suruh papa sekat lesen baru tahu."

Sedang Humaira fokus memandu,dahinya berkerut-kerut apabila seakan ada sesuatu di dalam kasut sneakernya. Tengku Farhan memandang pelik Humaira yang seakan gelisah semacam."Maira okay?"

Humaira mengerling Tengku Farhan sekilas."Maira rasa ada something dalam sneaker Mairalah abang..Geli semacam ni."

Tengku Farhan terkedu. Lebuh raya dihadapannya dipandang sekilas. Melihatkan Humaira yang membongkok untuk menanggalkan kasut dipandang cemas.

" Eh Maira! Keep driving! Turn left now! Stop kat lorong kecemasan!" Tengku Farhan mula rasa tidak sedap hati. Adiknya pula berusaha menarik sneaker dari kakinya.

" Maira gelilah abang..Tak boleh nak control."

" Eh Maira jangan buat kerja gila! Stereng tu pegang!"

" Hish sabarlah!"

Tengku Farhan tak senang duduk. Dia tak berani memegang stereng. Takut keretanya terhuyung-hayang. Adiknya ni tahu tak nyawa mereka sedang diancam! Tahulah geli tapi bagi signal berhenti tepi!

" Maira bagi signal sekarang! Berhenti kat tepi highway!"

Humaira mendengus. Baru sahaja dia mahu memasang signal entah bagaimana kakinya terpijak kasar pedal minyak membuatkan kereta itu meluncur laju membelah jalan. Tengku Farhan terbuntang. Kereta Audi Series A6nya laju menghampiri sebuah lori kayu balak. Humaira sudah menjerit kuat seraya stereng terlepas dari tangan akibat terlalu panik.

" Maira pegang stereng tekan brek! Now!!"

Bammm!!!!!

Frame kaca terlepas dari tangan membuatkan jatuh berkecai di atas lantai. Kedua-dua figura itu tersentak. Tengku Farhan pantas mengusap dadanya manakala Saffia tersentak. Kaca frame yang sudah pecah dipandang.

" Oh sorry." Kerusi kecil itu ditolak menjauh lalu dia duduk bersila berhadapan Saffia. Kaca-kaca itu dikutip dengan berhati-hati. Saffia pula menahan rasa hati melihat mata dan hidung Tengku Farhan yang merah. Menangis kerana terkenangkan kisah hitamnya.

" Lepas tu awak?" Kaca-kaca yang sudah dikutip diletak tepi turut serta gambar itu. Tengku Farhan merapatkan kedudukan mereka sehingga lutut bertemu lutut. Tangan Saffia diambil dan digenggam.

" Mama cerita. Masa tu,saya dengan Humairah in critical stage. Kereta kami remuk habis. Memang parah sangat keadaan saya dengan Humairah. Sampai hospital,saya dengan Humairah terus dimasukkan ke zon merah."

" After that,lepas operation dibuat. Saya dengan Humaira koma. Tapi,malam tu. Allah ambil dia. Doktor cakap,tulang rusuk dia patah dan tertusuk peparu sebab hentakan kuat pada stereng. Nyawa dia tak panjang masa tu. Dalam saya koma,dia pergi dulu. Saya tak sempat tengok dia buat kali terakhir."

"Lepas adik saya dikebumikan,saya masih lagi dalam keadaan koma. Still in critical stage. Waktu tu 50-50. Family semua dah get ready kat hospital sebab takut apa-apa kemungkinan yang boleh berlaku. Harapan diorang adalah supaya saya selamat. Waktu tu.."

Saffia merenung Tengku Farhan yang tiba-tiba diam. Lelaki itu menarik nafas panjang lalu dilepas."Nyawa saya putus." Saffia pantas menekup mulut. Entah mengapa air mata tiba-tiba bergenang. Sebak dengan cerita lelaki itu.

" Tapi kuasa Allah kan? 5 minit sebelum oksigen dicabut, nyawa saya bersambung. Allah beri saya peluang kedua untuk hidup. Dan tiga bulan saya koma."

Tengku Farhan mengangkat muka memandang Saffia. Tersentak kecil dia melihat wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata. Dia tergelak hambar walaupun air matanya turut mengalir.

" Jangan sedih sangat. Nanti saya pun nangis." Air mata Saffia diseka. Gadis itu masih lagi mengalirkan air mata.

" Saya..Tak sangka. Suami saya pernah mati hidup balik."

" Dan sekarang jadi suami awak." Tengku Farhan tergelak kecil. Air matanya diseka lalu air mata Saffia turut diseka. Sendu betul isterinya.

" Dia dah bertunang. Tiga bulan sebelum kejadian. "

" Tapi.."Saffia merenung dalam anak mata suaminya. "Kemalangan ni..Ada kaitan dengan sakit jantung awak kan?"

Lelaki itu menunduk. Lama sedikit sebelum bibir tersenyum. Dia kembali memandang Saffia." Totally yes..Serpihan kaca yang tembus dada saya sampai ke jantung."

Semakin lebat air mata Saffia. Patutlah masa pertama kali melihat lelaki itu tanpa pakaian di baju seakan terdapat satu parut berserenjang pada dadanya.

" Doktor cakap. Jantung saya pun tak kekal lama. Sebab luka tu boleh jadi balik. Jantung..Susah nak baik. "

Saffia mengemam bibir menahan tangisannya. Bila kenyataan itu menerobos masuk ke dalam salur telinga,membuatkan Saffia berasa takut. Takut untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Tengku Farhan menarik kepala Saffia perlahan lalu bibirnya singgah di ubun-ubunnya. Pipi gadis itu diusap perlahan lalu menentang pandangan redup gadis itu.

" Saffia..If one day-" Kata-katanya terhenti apabila jari telunjuk gadis itu berada dibibirnya. Dapat dia rasakan tangannya yang digenggam semakin erat.

" Jangan tinggalkan saya..Please?"

Tengku Farhan senyum nipis. Pipi Saffia dikucup perlahan."Saya tak janji. Ajal saya,Allah saja yang tahu."

"Saffia..Listen here." Dagu Saffia dipegang lembut."Saya nak pesan ni. Kalau suatu hari nanti saya tak mampu nak jadi suami awak sampai bila-bila..Saya tak mampu nak jaga awak sampai bila-bila. Saya tak mampu nak jadi pendamping awak sampai bila-bila. Saya minta maaf. Peluang kedua hidup bagi saya..Amat tipis." Tangan Saffia dicapai lalu dibawa ke dadanya. Dimana terletak jantungnya di situ.

Air mata Saffia semakin lebat apabila merasakan degupan jantung lelaki itu yang tenang. Tetapi dia rasa sangat takut. Terlalu takut.

" Jantung saya..Yang akan tentukan saya hidup lama atau tak. Mungkin boleh jadi tahun depan saya pergi..Mungkin boleh jadi,bulan depan? Minggu depan? Esok? Atau malam ni?"

"Awak-"

" Apa-apa pun. Saya sayangkan awak Saffia. Awak yang pertama dan awak yang terakhir dalam hidup saya. Saffia.."

Tangan Saffia ditekan didadanya supaya gadis itu dapat merasakan jantungnya. "Andai satu hari nanti saya kecewakan awak.. Saya buat awak hilang kepercayaan pada saya..Saya buat awak benci pada saya..Bencilah saya. Marah lah saya. Pukul saya. Tapi saya minta satu daripada awak..Doakan saya."

Tubuh Tengku Farhan terus dipeluk erat. Tangisan dihamburkan didada lelaki itu. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisannya. Pelukannya dibalas erat.

" Tolong jangan tinggalkan saya Nufail. Saya sayangkan awak. Saya tak sanggup hilang awak. "

" Saya serah pada Allah Saffia. Andai umur saya masih panjang,insyaallah saya kekal dengan awak sampai bila-bila. Tapi kalau tak panjang,saya harap awak redha dengan takdir Allah. Like what I say,second chance very limited. "

Saffia memejamkan mata apabila ubun-ubunnya dikucup lelaki itu. Dia sayangkan suami dia. Kehilangan sesuatu amat menyedihkan. Dia tak mampu kehilangan lelaki itu. Dia tak kuat.

" Once I said I love you,every second I always missed you. If the day is coming,please be a strong wife. Insyaallah you can face it with sincerely heart."

Saffia memeluk tubuh Tengku Farhan semakin erat. Kalau boleh mahu sahaja dia peluk tak nak lepas. Satu kenyataan yang diketahui hari ini bakal menjadi ketakutan buat dirinya.

Adakah kebahagiaan mereka akan kekal lama ?

Atau sebaliknya ?

Allahualam.

***

"Saffia..Malam ni kita date nak?"

Saffia yang sedang mengikat rambut tersentak apabila tangan itu melingkar di pinggangnya. Serta merta perasaannya bertukar gemuruh. Tangan kekar lelaki itu dileraikan lalu berdiri jauh sedikit daripada lelaki itu. Saffia mencari nafasnya yang tersekat-sekat.

" Eh pergilah pakai baju dulu!"

Tengku Farhan mengerling tubuhnya yang hanya dibaluti tuala separas pinggang dan menyerlahkan dadanya yang tegap. Bibir tersenyum nakal seraya menjongketkan sebelah keningnya.

" Why not? Saya sexy apa?"

" Sexy apanya macam tu! Pergi pakai baju!"

Kaki diatur ke belakang mahu melarikan diri namun sepantas kilat tubuhnya ditarik ke dalam pelukan seseorang. Saffia tersentak hebat apabila dada lelaki itu yang terpampang dihadapan matanya.

" A-apa ni? Lepas!"

Tengku Farhan mengemaskan pelukan. Dia tahu isterinya sedang gugup sampai sanggup larikan pandangan."Nak pergi mana?"

Saffia mengerutkan dahinya."Saya nak turun. Nak masak. Eh lepas! Saya tak boleh bernafas..Awak peluk ketat sangat."

Tengku Farhan tertawa halus."Tak boleh bernafas sebab saya peluk ketat ke atau awak tak tahan tengok saya sexy? Six pack saya berketul-ketul. Dengan muscle yang-"

" Eh!" Saffia meronta seraya merenung tajam lelaki itu."Jangan nak macam-macam! Saya sepak awak nanti."

" Wow..Ganasnya isteri saya."

" Tak lawaklah Nufail..Lepaslah.. Pergi pakai baju nanti tuala awak terlondeh."

" Biarlah terlondeh. Awak jugak yang tengok."

" Eh apa ni Nufail!" Wajah Saffia berkerut mahu menangis. Tak sukalah perangai Tengku Farhan yang satu tu. Meremang bulu roma!

Tengku Farhan tergelak. Ubun-ubun Saffia dikucup."Petang ni awak lepas." Tengku Farhan melepaskan Saffia. Gadis itu menghela nafas lega.

"Tapi jangan ingat malam ni awak lepas."

" Nufail!!"

***

Kereta Audi A8 yang berwarna hitam memasuki ke dalam porch. Setelah enjin dimatikan,Kasyaf menapak keluar dari perut kereta dan memasuki ke dalam rumah. Jam tangannya menunjukkan pukul 11:30 malam. Suasana ruang tamu yang gelap itu dikerling sekilas lalu langkah diatur ke tingkat atas. Telinganya menangkap sayup-sayup suara bising dari dalam biliknya. Tombol pintu dipulas dan ditolak ke dalam.

" Abang!" Risya yang sedang mengunyah bingkas bangkit namun pantas ditegah Kasyaf membuatkan gadis itu terduduk kembali.

" Sayang baru berpantang kan? Jangan lasak sangat." Briefcase diletak di tepi meja. Kaki diatur menghampiri Risya yang duduk di sofa sambil mengunyah nuget. Punggung dilabuhkan di sisinya lalu pinggan itu dirampas.

"Abang..Risya nak makan."

Kasyaf menjegilkan mata. Lalu meletakkan kembali pinggan itu."Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni."

Risya yang sedang kusyuk menonton drama bersiri di televisyen mengerling sekilas Kasyaf disebelah."Tak boleh tidur. Tu yang tunggu abang sambil-sambil makan."

Tali leher ditanggalkan lalu butang baju kemeja dibuka satu persatu. Kasyaf tersandar lemah pada sofa membuatkan Risya tersenyum kecil.

" Lambat abang balik?"

Kasyaf memejamkan kelopak mata."Ada dinner dengan clients. Risya..Dalam dua tiga hari ni abang balik lambat sikit. Abang nak settlekan semua meeting dengan clients."

Risya yang mendengar menjuih bibir. Pinggannya diletakkan di meja sebelahnya lalu tangannya dilap dengan tisu bersih sebelum tubuh lelaki itu dipeluk dari tepi.

"Lepas ni mesti abang busy.."

Kasyaf menghela nafas. Sebelah tangannya memeluk tubuh kecil itu."Itulah. Papa nak abang settle down semua meeting. Lepas tu fail bertimbun dekat pejabat."

Risya menghela nafas."Kesian suami Risya penat. Ni abang dah makan belum?"

Kasyaf mengangguk perlahan. "Sekarang ni abang rasa abang nak tidur je. Peluk Risya puas-puas."

Risya tergelak kecil."Pergilah mandi. Tak elok mandi tengah malam tapi abang kenalah mandi jugak bagi segar sikit badan tu."

Kasyaf bangkit dengan malas. Kemejanya dan tienya diambil. Kaki menapak masuk ke dalam bilik air dengan langkah lemah. Barangkali penat sangat bekerja.

Risya tersenyum kecil. Kesian tengok keadaan suami dia yang berhempas pulas mencari rezeki. Terlalu sibuk dan terlalu penat. Memang padanlah lelaki itu melarangnya supaya bekerja. Sebab bila dia penat,dapatlah dia tatap puas-puas isteri kesayangannya. Hilang terus rasa letih.

Risya bangkit. Baru kaki mahu menapak ke pintu,anak matanya terpandang pada sehelai kertas yang berada di atas lantai. Tanpa ragu-ragu Risya mengambil kertas tersebut lalu dibuka lipatannya. Risya tersentak kecil.

-Who ever you're,you never be calm-

***

Continue Reading

You'll Also Like

Kayla By Am___ __ya__

General Fiction

728K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
1.3M 38.3K 78
"Ya Allah, aku mampu menerima dia semula. Sekeras apapun takdir menjadi penghalang, aku sanggup tempuh. Takdir perginya dia bukan untuk aku pasrah, Y...
97.3K 6.3K 42
⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...