Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

29

6K 306 7
By minbrown_


" What?! Abang bergurau ni. "

Kepala digeleng berkali-kali. Bebola matanya sedari tadi terbuntang luas bagaikan mahu terkeluar. Jantungnya mula memain rentak irama.

Kedengaran lelaki itu mendengus."Tadi desperate sangat nak tengok gambar. Bila dah bagi tak percaya. Sumpah aku tak faham dengan kau."

Saffia mencebik bibir. "Tipulah. Takkanlah sehensem macam ni." Gambar lelaki yang lengkap berpakaian seragam tentera askar ditiliknya. Tak terkata dibuatnya melihat gambar tersebut. Dapat dilihat dengan jelas wajah tunangnya. Hensem. Muka pun suci tanpa ada segelumang jambang mahupun janggut. Jawline pun padu ya amat. Kening pun halus je..Dan matanya...

" Okay Pia tak percaya." Handphone Fauzan dipulangkan kembali. Sebenarnya dah tak sanggup tengok sepasang mata itu. Bagaikan ada aura memikat disebalik mata hitamnya walaupun hanya didalam gambar.

" Tak percaya pulak? Lantak kau lah Pia. Kau tengoklah depan-depan time menikah nanti ye. "

Saffia diam. Malas mahu membuka ruang bicara kisah dia dengan tunangnya itu. Nak percaya atau tidak? Takkanlah tunang dia sehensem tu. Dan macam mana dia boleh kenal dirinya? Entah dari ceruk mana dia nampak.

" Kau masuk office balik pukul berapa?"

Saffia menilik jam coklat ditangannya."15 minutes left. "

Fauzan mengangguk. Dia bangkit bersama resit di atas meja. Tahu dia bahawa lelaki itu mahu membayar bil makanan. Saffia bangkit. Kaki sengaja diatur keluar dahulu dari cafe itu dan menuju ke balkoni luar. Baru sahaja tangannya terlepas dari pemegang pintu kaca serta merta tangannya ditarik kasar membuatkan tubuhnya hampir-hampir mencium lantai menyembah bumi namun sempat ditahan dengan tubuh seseorang. Saffia angkat muka. Terkedu?

" Afiq?"

" Ye aku. We need to talk Saffia. " Tanpa menunggu balasan Saffia, tangannya terus ditarik menuju ke satu ruangan tertutup. Atau lebih tepat cafe yang berdekatan dengan cafe tadi.

Saffia gigit bibir merenung wajah tegang bercampur kecewa yang terpancar jelas di hadapan matanya. Rasanya dia tahu apa yang bakal diutarakan lelaki itu.

" Where's your serious deal sweetheart?" Pandangan penuh sayu dan redup itu menghentak kuat hati Saffia. Dia cuba bertentang mata dengan lelaki itu. Mulutnya bagai terkunci kemas sehingga tidak mampu mengeluarkan kata-kata sebaliknya merenung sepasang mata yang selama ini menjadi saksi kebahagian.

" Kenapa senyap Saffia? Tell me. "

Afiq mengeluh berat apabila tiada sebarang jawapan yang diterimanya. Merundum pilu hatinya tika ini. Hancur lebur melihat sepasang mata itu. Terketar-ketar bibirnya yang cuba berkata sesuatu.

" Why Saffia? Kenapa kau hancurkan hati aku? Kenapa kau hancurkan perasaan aku? Kenapa kau bertunang? Kau janji kau tunggu aku. Apa semua ni?" Bergenang air mata lelaki itu menunjukkan betapa hebatnya sayang dia terhadap gadis itu.

" A-Afiq." Speechless. Dia betul-betul dah hancurkan hati Afiq. Membuktikan memang lelaki itu amat ikhlas dan jujur menyayangi dirinya.

" With the twinkling of an eye, you destroy my heart. You broke our deal. You frustrated me. You promise you will wait. You promise you will be faithful. But why are they all gone?"

Bergenang air mata Saffia apabila kenyataan pedih itu menusuk tajam ke dalam sanubarinya. Sepedih-pedih yang dia rasakan,lagi pedih sekeping hati yang terluka itu.

" You are a hypocrite. You do not stick to the words."

" Afiq! Kau tak tahu cerita sebenar jadi please jangan tuduh aku macam-macam!" Air mata diseka kasar. Jari telunjuk dihala tepat ke dada lelaki itu.

" Dalam fikiran aku cuma ada kau! Only you. Someone I love whole heartedly without hesitation! "

" Tapi kenapa kau bertunang dengan orang lain-"

" It's all planning without me knowing. Without willingness! Ni semua plan parents aku. Aku tak expect benda ni berlaku."

Afiq meraup muka menahan pedih dalam hati."Kau boleh je cancel hari tunang kau!"

" Semua dah siap Afiq. Memang kalau boleh aku nak cancel semua tu. Aku tak nak! Tapi apa perasaan parents aku?"

Afiq senyum sinis. " Excuses!"

" Petang tu aku baru fly ke Kedah. Sampai sana. I got a suprise news. Kau bertunang. Kau-"

" Stop it Afiq. Aku tahu kau geram. Aku tahu kau marah. Kau benci aku. But,this is not all on my request! Aku dengan kau dah bertahun-tahun. But-"

" Kau curang."

Bagaikan batu besar dihempas kuat pada hatinya. Air mata tanpa dipinta mengalir setitik. Pedih. Bagai dicarik-carik sehingga berdarah hatinya apabila dituduh sebegitu. Dia tak kisah dirinya dimarahi dan dibenci tapi perlu ke sampai tunding jari?

" Tak ada nama lain yang duduk dlm hati aku selain kau Arashi Afiq! Kalau kau nak aku putuskan tunang okay boleh. Sekarang juga aku balik kampung!"

Langkah dibuka namun tangannya ditarik Afiq membuatkan dirinya kembali berhadapan dengan lelaki itu. Wajahnya penuh sinis dan jelik. Sumpah dia katakan. Lelaki itu dah salah faham atas apa yang berlaku. Macam mana dia mahu jelaskan perkara sebenar?

" No need. Tak perlu buang masa. 2 weeks left before you get married with that guy! Kenapa nak cancel? Dah puas pilih baju nikah lawa-lawa. Booking sana booking sini. Then cancel?" Afiq tertawa sinis. Tangan naik berpeluk tubuh. Pandangan benci dilemparkan untuk gadis itu. Pedih hatinya.

" Kesian tunang kau kena tanggung rugi."

" Kau-"

Afiq angkat tangan memberhentikan percakapan Saffia. Ni bukan masa untuk bertikam lidah. Bertepuk tampar. It's too late. Dan hak dia terhadap gadis itu sudah lebur dibawa masa lalu.

" Nothing to say now. Dear Saffia." Kini nada suaranya sudah bertukar nada. Nada yang lebih kepada pasrah. Semakin menebal perasaan bersalah dalam hati Saffia.

" Aku minta maaf selama kita in special relay aku ada buat kau sakit hati. Tapi nak buat macam mana. Jodoh tak berpihak pada kita. So that, terima kasih sebab selama ni sudi kongsi kebahagiaan dengan aku. Thank you so much."

" Af-"

" It's okay. Aku tak marah. Tapi lebih kepada sakit hati sebab dikhianat."

" It's not me!"

Afiq senyum pahit. Jelas terasa sakit apabila orang yang disayang terpaksa dilepaskan. "Like what i said just now. It's okay."

" Aku doakan kau bahagia. I got to go. Thanks for everything."

Tanpa sempat Saffia berkata,lelaki itu pantas membuka langkah pergi meninggalkan dirinya sendirian. Kini baru sedar set kostum TUDM masih tersarung lengkap pada tubuh itu. Barangkali dia terpaksa terbang ke sini untuk sesuatu kebenaran.

Air mata jatuh. Sumpah dia tak pernah terfikir bahawa dia tergamak menghancurkan hati lelaki itu. Lelaki yang amat menyayangi separuh mati. Keluhan terakhir yang dilepaskan lelaki itu bagaikan memberi maksud yang berat.

" Sorry Afiq." Ucap Saffia perlahan. Kelopak mata dipejam rapat sebelum dia jatuh mengerekot di dinding. Kekesalan yang seakan bertalu-talu. Lemah kakinya mahu berdiri.

***

" Bosan.."

Khai merengek di atas katil. Zara hanya melemparkan pandangan tanpa perasaan. Selama satu jam dia duduk dalam wad ni,selama satu jam lah lelaki itu buat aksi aneh-aneh. Kejap baring. Kejap bersandar. Kejap pura-pura tidur. Naik pening Zara dibuatnya. Dah sakit tu buat-buatlah sakit!

Khai merenung gadis itu yang kusyuk bermain mobile legend. Bibirnya menjuih ke depan menunjukkan dirinya betul-betul bosan.

" Apa barang main mobile legend." Khai cuba memancing Zara. Hari ni gadis itu tak banyak cakap. Tanya satu jawab dua. Tanya dua jawab satu. Bila sengaja dia mengenyitkan mata macam selalu bantal yang dihempas ke muka kacaknya. Memang merungut habis!

Zara diam. Tumpuannya kusyuk pada permainan video yang menjadi rutin harian budak-budak zaman sekarang. Berbeza dengan Khai. Lelaki itu tidak gemar bermain permainan video. Katanya tak ada faedah. Katanyalah..

" Zara. Aku nak makan." Khai cuba lagi. Kali ini dia menegakkan tubuh.

" Serve yourself."

Khai termangu. Amboi berlagaknya. Apa lah yang best sangat dengan mobile legend berbanding aku yang hensem tahap putera kayangan yang turun dari langit? Omelnya dalam hati.

" Zara aku nak air."

" Tu kat sebelah."

Khai cebik bibir. Boleh tak kalau dia rasa nak tekup muka Zara dengan bantal?

" Zara..." Khai merengek manja sebelum disahut kasar oleh gadis itu."Apa kau nak?!" Marah Zara tanpa berpaling dari screen handphonenya. Laju jarinya menekan-nekan skrin gaya nak pecah. Orang tengah berperang sibuk je kacau. Pang kang !

" Aku nak pergi tandas."

" Go on."

Okay sumpah Khai rasa nak meletup sekarang ni. Terasa darah berpusu-pusu naik ke muka. Hei dia tak nampak ke keadaan dia macam mana? Dengan kaki tergantung,kepala berbalut. Dah macam model berposing!

Khai geram. Sepantas kilat handphone Zara dirampas lalu disimpan di bawah bantalnya. Gadis itu pantas bangkit seakan mahu berperang. Wajahnya betul-betul tegang.

" Apa masalah kau ni?! Bagi balik! "

Oh lupa nak cakap. Zara ni kaki gamers. Sebut je mobile legend,pubg dan sekian-sekian yang ayam tu. Semua dia pro. Nampak je rajin budak ni!

Khai melempar pandangan jelik."Kalau aku tak nak bagi?"

Zara mendengus kuat sebelum tangannya laju terkapai-kapai mahu merampas kembali handphonenya."Dah elok-elok kau berkampung kat sini seminggu aku tambah sebulan!"

" Seriously? Kenapa tak selamanya?"

Zara menyirap. Kalau boleh nak saja dia melancarkan silat sekarang ni. Pantang dicabar!

" Bagilah Khai! Kau ni pendengki tahu tak?!"

Khai buat tak tahu. Sengaja dia tayang wajah jelek. "Kau ni! Aku tak kacau kau pun kan! Bagilah balik!"

Khai menjongketkan kening. Kesah apa? "Kalau kau datang sini semata-mata nak layan mobile legend better kau balik. Tak ada function kau duduk sini." Tegas Khai berkata seraya memulangkan kembali handphone Zara namun tidak disambut. Gadis itu kelihatan terkesan dengan kata-katanya.

" Take this back and you may go back home. Silakan."

Nada suara Khai seakan berjauh hati. Atau lebih tepat lelaki itu sedang merajuk. Ye betul! Dia mahukan attention daripada Zara. Tapi gadis itu seakan acuh tak acuh terhadapnya. Gaya tak ikhlas stay hospital semata-mata nak jaga dia.

" Khai kau-"

" Pergi baliklah. Aku nak tidur."

Khai membetulkan bantalnya lalu dia merebahkan tubuhnya. Kelopak mata dipejam rapat. Zara terdiam sebelum tawanya terlepas. Serious talk.

Khai?

Merajuk?

" Kau fikir kau siapa nak merajuk?" Sengaja bikin Khai panas hati. Dah tua-tua nak merajuk. Buat geli bulu ketiak je rasanya.

" Keluarlah Zara. Pergi main mobile legend kat tempat lain." Dingin suaranya. Sempat dikerling gadis itu yang berpeluk tubuh.

Zara menghela nafas menyudahkan tawanya. Lucu dia dengan perangai kebudak-budakkan lelaki itu. Hei boleh jatuh saham.

Lengan Khai ditarik supaya bangkit daripada baring. Khai cuba memprotes namun apabila lengannya ditarik kasar dia tewas. Jangan main-main dengan Zara Medina Sofia.

" Kau merajuk lagi jangan harap aku jadi bini kau."

Khai menjeling tajam."Macam hadap sangat." Omelnya perlahan namun tajam ditelinga Zara. Gadis itu mengecilkan mata menahan geram.

" Okay nanti balik aku ambik Khayra dan aku cakap kat mama kau yang aku tak nak kahwin dengan kau."

Khai tersentak."Eh janganlah gila!" Larangnya keras. Mati hidup semula memang dia takkan pilih perempuan lain selain Zara.

Zara tertawa kecil sebelum memandang lelaki itu serius. Punggung kembali dilabuhkan seraya menikam tajam sepasang mata itu. Dia berdehem sekilas.

" Doktor cakap. In facts,kau ambil ubat tidur sebelum drive. Is it right?"

Khai diam. Air liur ditelan kesat. Okay ni petanda tak baik.

***

Okay bosan!

Tak best!

Boring!

Hambar!

Sorry menghampakan.

Continue Reading

You'll Also Like

2.2K 182 10
❕Slow update Redamancy : A love returned in full Kisah ini menceritakan tentang perjuangan seorang gadis bernama Aurora Zahra untuk mendapatkan cinta...
287K 11.4K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. ∆∆∆ Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...
368K 14.5K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
16.5K 1.6K 6
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...