Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

23

6.4K 304 5
By minbrown_


Wajahnya ditundukkan ke bawah. Tangan yang sejuk itu dipegang erat dengan detakan jantung yang tidak mengikut tempo. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga. Perasaannya bercampur-baur tika ini. Semuanya salah dia. Salah dia kerana meletakkan Risya di risiko yang paling tinggi.

Kasyaf beristighfar dalam hati menenangkan dirinya. Wajah yang pucat dan masih belum menyedarkan diri ditenung. Tiada yang lain dia mahukan selain isterinya bangun dari lena panjang. Hanya itu.

Kasyaf bangkit lalu mendaratkan bibirnya diubun-ubun Risya. Beberapa saat kemudian tangan Risya yang berada dipegangannya bergerak-gerak. Kasyaf menghela nafas panjang. Syukur isterinya sudah sedar.

Terkelip mata Risya apabila menerima pancaran cahaya dari lampu bilik hospitalnya. Dia cuba bangkit dengan bantuan Kasyaf.

" Abang. Kenapa Risya ada dekat sini?" Soalnya perlahan sambil bersandar di kepala katil. Kasyaf tersenyum hambar sebelum mendapatkan tempat di sisi Risya di atas katil pesakit.

Dahi Risya berkerut apabila suaminya hanya mendiamkan diri malah menunduk merenung tangannya yang berada di dalam genggamannya. Hidung Kasyaf yang merah dan mata berair ditenung sesaat.

" Abang menangis ke?"

Kasyaf mengangkat wajahnya. Bibirnya tersenyum pahit."Tak adalah. Mana ada. Abang mengantuk je." Nafi Kasyaf. Sejujurnya dia tidak mahu memberi tekanan lepas apa yang jadi pagi tadi. Yang hampir-hampir membuatkan jantungnya berhenti.

Risya mengemam bibir. Pandangannya melurut jatuh pada tangan kanannya yang dilekap pada perut. Air mata tiba-tiba mengalir apabila fikirannya terimbas kejadian pagi tadi. Ada sesuatu yang mahu ditanya tetapi dia terlalu takut. Takut jawapan yang diterima bakal memusnahkan sekeping hati itu.

Risya menarik nafas panjang dan air liur ditelan sesaat. "Apa yang jadi pada Risya abang?" Soalnya pilu. Air mata semakin deras mengalir. Kasyaf di depan ditenung. Dapat dia lihat cecair jernih yang mengalir di tubir mata.. Wajah lelaki itu kelihatan hiba.

" Risya gugur kan abang?" Statik kepala Kasyaf terangkat membuatkan semakin lebat tangisan Risya. Air matanya diseka lalu punggungnya diherot merapati Risya.

" Sayang-"

" Anak kita dah tak ada kan?"

" Sayang dengar dulu-"

" Risya gugur kan?" Desak Risya mahukan jawapan dari bibir itu. Sumpah dia rasa sakit sangat. Sakit kerana Kasyaf seakan mahu berdalih dengannya daripada berkata benar.

" Risya. Dengar apa yang abang nak-"

" Bagitahu je lah Risya gugur! Anak kita dah tak ada kan? Risya gugur kan abang! Kan?!" Risya bertindak agresif. Tangannya cuba ditarik dari pegangan lelaki itu namun Kasyaf menguatkan pegangan.

" Risya behave." Pujuk Kasyaf. Tubuh Risya yang meronta-ronta ditarik dan dipeluk erat. Sebak mula menebar di dada. Nada suaranya cuba dikawal supaya tidak terlepas sebarang perkataan yang akan mengguris hati isterinya.

" Maafkan Risya abang." Risya menangis di dada lelaki itu. Menangis lesu di dakapan Kasyaf membuatkan lelaki itu turut mengalir air mata hiba. Dia cuba paksa untuk berkata benar tetapi seakan berat untuk dia mengeluarkan kenyataan itu. Ubun-ubun Risya dicium.

" Behave sayang. "

" Risya gagal-"

Kasyaf mengeratkan pelukan." Nothing happen sayang. Just implication."

" Risya apa?"

" Sayang hampir gugur."

Risya diam tak berkutik. Hujung baju Kasyaf yang dicengkam perlahan-lahan terlerai. Menggigil kecil tubuhnya sebaik sebaris perkataan itu menerpa ke salur telinga.

" Be-betul ke abang?"

Kasyaf mengangguk seraya tersenyum nipis. Perut Risya yang semakin membentuk ditekap dengan tangan."Anak kita selamat. Alhamdulillah."

Pantas tubuh Kasyaf dipeluk erat. Kepalanya disembamkan di leher lelaki itu sambil menangis terharu. Kasyaf menepuk perlahan belakang tubuh Risya bagi menenangkannya.

" Lepas ni dengar cakap abang. Jangan makan-makanan ikut selera. Bahaya. "

Pesan Kasyaf. Pipi Risya dikucupnya. "Risya mintak maaf sebab Risya tak dengar cakap abang."

Kasyaf mengangguk."Dah. Abang maafkan. Sekarang ni abang nak Risya baring."

Tubuh Risya cuba dileraikan namun gadis itu menguatkan pelukan. Kasyaf tersenyum mengerti. "Okay abang baring sebelah."

Tubuhnya dibaringkan di atas katil pesakit dengan Risya berbaring di dalam dakapannya. Ubun-ubun Risya sekali lagi dikucup. Mencurahkan kasihnya sebagai suami.

Mungkin inilah ujian pertama yang Allah hadirkan untuk mereka. Terdapat lagi 9 bulan yang harus mereka tempuh sebelum selamat melahirkan zuriat mereka. Mungkin lepas ni akan Allah timpakan ujian buat kali kedua dan sekian-sekian untuk mereka yang baru membina mahligai. Allahualam.

***

"Tapi Khai. Kalau parents kau tanya macam-macam. Aku nak jawab apa?"

Brek ditekan apabila lampu isyarat merah bertukar. Khai menyandarkan tubuh sambil menghela nafas panjang. Zara yang kelihatan cantik dengan baju kurung dikerling sekilas. Dia sendiri buntu. Perancangan yang dibuat seakan hanya memetik jari.

" Khai?" Zara mendengus. Baby Khayra yang sedang menggigit mainan dipandang. Geram dia dengan Si bangla ni. Aku cancel jadi bini kau tahu lah.

" Jawab je lah apa-apa. Kau dengan parents aku kan rapat. Tak ada nya diorang tanya macam-macam."

Zara mengherot bibir. Tak tanya macam-macam konon. Dia jugak yang kena hadap soalan cepumas nanti. Tahu-tahulah kerabat Tengku ni macam mana.

" Tapi nanti kalau diorang tanya bila nak start buat persiapan?"

Khai menoleh."Kau cakap je lah dua tiga bulan lagi. Next week kan kau ada pelancaran. Next week nya lagi kau fly ke Maldives. Kau tak rasa penat ke?"

Zara mengangguk kecil. Terlupa pula dengan jadualnya yang padat. Sepatutnya minggu ni fly ke Maldives namun majlis fashion show dekat sana terpaksa tunda. Tak pasti kenapa. Tambah-tambah nak bawa si Khayra ni pergi check up lagi.

Pedal minyak ditekan untuk memulakan perjalanan sebaik lampu bertukar hijau. Berdebar-debar dadanya. Zara yang diundang sebagai tetamu pun rileks dia pula yang tak senang duduk.

" Kau sure ke nak jadi isteri aku?"

Zara menjeling ke luar tingkap."Sure ke tak sure kau tetap nak aku jadi isteri kau. Kan? Macam tak ada perempuan lain."

Khai mencebik. " Yelah..Dah kau je yang boleh tahan dengan perangai aku."

" Tahu pun. "

Khayra ditimang-timang. Pipi tembam itu diciumnya lalu dipeluk. Entah macam manalah hidup mereka nanti sebagai suami isteri. Mahunya huru hara.

***

Jari jemari yang bersalut henna merah dan tersarung sebentuk cincin di jari manis ditenung. Panjang keluhannya seakan melepaskan bebanan yang berat. Ye memang berat. Tanpa disangka,tanpa diduga. Dirinya sudah menjadi tunang orang dan bakal menjadi isteri dalam masa 4 minggu lagi.

4 minggu bukan lama.

Sekejap.

Saffia mengeluh kuat. Handphone yang dibiar terpasang dicapai kembali. Terpampang penuh di dada skrin menunjukkan sekeping gambar perempuan melalui akaun instagram milik Tengku Farhan dengan caption.

Save The Date💕

Entah mengapa dia berasa sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pasti apakah itu. Tak disangka, mereka bertunang pada hari yang sama.

" Kepoh lah nanti si Zara tanya aku macam-macam."

Macam lah tak tahu perangai Zara yang katanya suka mengambil berat. Tapi sebenarnya busybody.

Saffia tersentak apabila wajahnya dibaling dengan bantal kecil berbentuk nana ( didi& friends). Abangnya yang menapak masuk tanpa keizinan dipandang dengan wajah tak puas hati.

" Pahal murung? Dah jadi tunang orang sepatutnya happy. Excited. Kau pulak macam kena kurung dalam penjara."

Saffia menjeling."Ha ye lah. Tunang. Tunang paksa." Rungut Saffia. Ikatan rambutnya diketatkan.

" Chillah Pia. Kau beruntung tahu kahwin awal. Ada jugak orang nak kau. Sampai secret admirer sanggup datang merisik dan terus bertunang. Tengku pulak tu. Bersyukurlah sikit."

" Eh abang kalau nak sakitkan hati Pia baik abang keluar. Pia tak de mood ni jangan sampai abang yang Pia sembur nanti. "

Fauzan tertawa kecil. Riak wajah adiknya betul-betul tampak tertekan. Nampak sangat hati tak rela jadi tunang orang.

" Chillah Pia. Abang dah jumpa dah si Nufail tu. Hensem tu boleh tahanlah tapi abang kau yang ni lagi hensem." Saffia menjeling. Sempat pulak nak buat diri sendiri kembang.

" Masuk bakul angkat sendiri." Kutuk Saffia perlahan. Fauzan yang dengar tak dengar mengecilkan mata memandang adiknya. Macam dia tak tahu je kau kutuk dia.

" Dia pesan dekat abang hari tu. Untuk baju nikah. Dia mintak abang teman kau pergi tempah. Pastu baju dia tempah ikut saiz badan aku. "

Saffia terpinga. "Asal pulak ikut saiz body abang ?"

" Well..Kami kan ala-ala twin brothers hoooodddd."

Saffia menayang wajah menyampah. Ni lah dia Ahmad Fauzan Bin Ahmad Basri. Kalau tak puji diri sendiri memang tak sah dalam perbualan. Dasar forever alone!

" Okay-okay. Macam ni. Dia mintak tolong abang sebab dia tak dapat cuti nak uruskan semua ni. Kau tahu lah kan kerja orang yang berkerjaya ni macam mana?"

" Baik tak payah kahwin." Entahnya. Tak ada masa konon. Bertunang ni ada masa pulak?

Fauzan menggeleng kepala. Susah betul cakap dengan manusia yang keras kepala. Semua benda nak pertikai.

" Kau ni ikhlas ke tak nak kahwin?"

" Kalau dah tunangnya acuh tak acuh dalam bab macam ni. Perlu ke keikhlasan abang?"

Fauzan merenung Saffia tajam. Kakinya naik bersila di atas kerusi meja solek. Kening sebelah terjongket menayangkan wajahnya yang serius.

" Kau..Masih trauma lagi ke dengan kes tiga tahun lepas?"

Wajah Saffia bertukar bengis. Memori hitam yang berlaku beberapa tahun lepas sudah lama dilupuskan kenapa abangnya mengungkit balik?

" Perlu ke abang bahaskan benda ni?"

" Yes perlu. Kau kena buang trauma tu Pia. Nanti kau dah kahwin pun kau duduk sebumbung dengan lelaki. Bukan dengan family. Abang takut kau tak boleh control diri kau."

Saffia mendengus. Buku limanya digenggam kuat menimbulkan urat-urat hijau dipergelangan tangan.

" Abang keluar sekarang. Pia tak ada benda nak bincang dengan abang."

Fauzan bangkit lalu menapak ke pintu.
" Jangan dibiar trauma macam tu je. Bahaya."

" Keluar!"

***

Lisya memandang jam tangan yang dipakai di sebelah kiri tangannya. Waktu sudah menginjak pada pukul 10 malam. Dirinya sudah sedia maklum oleh abang iparnya bahawa Risya dimasukkan ke hospital. Pada mulanya dia risau juga tapi Kasyaf terlebih dahulu melarangnya untuk ke hospital. Suasana di pusat membeli belah di Pavillion Mall masih lagi sesak dengan orang ramai. Wida dan Sara dipandangnya.

" Guys. Kenapa kita tercegat kat depan kedai ni?"

Wida menoleh manakala Sara meliarkan mata memandang sekeliling seakan mencari kelibat seseorang. Entah siapa yang mahu diajaknya.

" Sabarlah. I tengah tunggu someone datang ni."

Lisya menjuih bibir. Udara dingin di dalam mall ini menampar kulit bahunya yang terdedah. Rasa menyesal pulak pakai baju dress yang menyerlahkan bahunya yang selama 13 tahun terlindung. Kedua tangannya naik mengusap bahunya bagi menghilangkan kesejukan.

" Wida,Sara. Jom pergi tempat yang panas sikit. I sejuk lah." Adu Lisya. Kelihatan Sara dan Wida tersengih lebar memandang ke sesuatu tempat sambil melambaikan tangan pada seseorang.

Baru sahaja Lisya mahu menoleh, bahunya yang terdedah tiba-tiba ditutup dengan blazer hitam. Statik kepala menoleh ke belakang. Lisya terkedu.

" Hai sayang. Lambatnya sampai?" Wida memeluk pinggang seorang lelaki yang dikenali sebagai Alif. Turut serta Sara. Masing-masing mempunyai pasangan.

" Sorry sayang jalan jem tadi. Lama ke tunggu?" Soal Alif sambil memaut bahu Wida. Wida mengangguk manja sambil melentokkan kepala di bahu Alif.

" Ye lah.Penat tau. Jom kita enjoy?" Tanpa berkata Alif terus membawa Wida pergi dari situ meninggalkan Sara dan Lisya.

Sara memandang Lisya."Okay Lisya. I pun nak gerak dulu. Enjoy your night bye! Bye!" Sara yang juga berlalu pergi dipandang. Lisya tercengang apabila ditinggalkan dirinya dengan seorang mamat yang meletakkan blazer di bahunya. Lisya takut-takut memandang lelaki itu.

" Nik Lisya right?" Teka lelaki yang tinggi dan berkulit putih itu sambil menghadiahkan senyuman manis. Perlahan Lisya mengangguk.

" I Amirul." Lelaki itu menghulurkan tangan namun dibiar sepi oleh Lisya. Dia tertawa sendiri.

" Maybe you tak biasa lagi. So jom?"

" Pergi mana?" Lisya terkujat apabila tangannya tiba-tiba dipegang. Dia cuba untuk menarik namun lelaki itu mengeratkan pegangan.

" Best friend you dah bla tinggal kan you. Jom lah spend time dengan I. Kita tengok wayang."

" Tapi-"

Bahu Lisya dipeluknya. Lisya terpinga-pinga menunjukkan kelakuannya yang masih tidak biasa dengan pergaulan sosial sebegini. Batas-batas pun entah ke mana terbang.

" It's okay. I takkan apa-apa kan you. Trust me."

Lisya senyum palsu. Kakinya diatur mengikut langkah arah tuju lelaki itu. Sejujurnya kini dia sudah berubah. Sudah jauh dari asal usulnya.

Ya. Lisya dah berubah.


Continue Reading

You'll Also Like

124K 6.3K 54
Book 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna...
HEMLOCK ✅ By R I A N 🦋

Mystery / Thriller

49.2K 3.3K 51
𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detekti...
137K 7.2K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
105K 3.7K 61
BEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial m...