Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.4K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

21

6.7K 318 6
By minbrown_


Risya mendongak ke atas memandang wajah kacak Kasyaf yang memaut tubuhnya dari belakang. Tangan lelaki itu melingkar diperutnya. Tubuh disandar pada tubuh Kasyaf sambil menikmati suasana waktu malam yang terhidang dengan pemandangan 'cahaya' di Kuala Lumpur. Rumah yang dibeli Kasyaf betul-betul menepati citarasanya. Rumah di atas bukit yang boleh nampak seluruh bandar KL.

" Sayang marah abang ke?" Bisik Kasyaf perlahan. Risya memegang tangan Kasyaf yang melekap di perutnya. Dapat dia rasa degupan jantung lelaki itu yang tenang.

Gadis itu menggeleng perlahan. Sungguh tenang menikmati suasana waktu malam dengan angin malam yang dingin.

" Habis tu. Dari balik tadi senyap je. Merajuk eh?"

Risya tergelak kecil."Tak ada lah abang. Risya cuma penat sikit je."

" Ha tu lah merayap lagi. Ni-" Punggung Risya ditepuknya."Tak reti duduk diam. Asyik nak bangun je kerjanya." Bebel Kasyaf. Dagunya diletakkan di bahu Risya lalu satu kucupan singgah di pipi kanan itu.

Risya tersenyum. Berbunga hati dia menerima layanan istimewa daripada suami yang bernama Tuan Hazrul Kasyaf. Seseorang yang digelar 2 in 1. Tegas dan dingin. Tapi istimewa. Lepas kena marah terus dipujuk. Manalah tak cair..

" Love you sayang."

Risya menoleh dan tanpa sengaja hidungnya bersentuhan dengan bibir Kasyaf. Pipi Risya serta merta bertukar merah. Lelaki itu menjongketkan kening berserta senyuman nakal.

" Sayang abang lebih."

Kasyaf mengenyitkan mata membuatkan Risya cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia punya kenyitan tu boleh membunuh tahu. Risya tersentak apabila tangan kasar Kasyaf melekap pada dadanya.

" Lajunya jantung sayang. Berdebar ke?"

Usik Kasyaf seraya menghadiahkan ciuman di pipi Risya. Risya memejam mata. Jantungnya berdegup kencang bagai mahu meletup.

" Abang..Abang nak bunuh Risya ke?"

Kasyaf tergelak."Tak apa lah. Nanti sayang masuk syurga. Kan?"

Pipi Risya dicium lagi sebelum pelukan dileraikan. Tubuh kecil itu ditolak lembut sehingga bersandar pada beranda kaca. Kasyaf merapatkan tubuhnya lalu kedua tangannya memegang pinggang ramping Risya. Gadis itu tersenyum. Kasyaf mendekatkan wajah sehingga hidung mereka bersentuhan.

" Sayang...Besok kita jalan-jalan nak?"

Bersinar anak mata Risya memanah sepasang mata coklat gelap itu. "Nak. Kita nak pergi mana?"

Kasyaf menjuih bibir."Hmm..Rahsia."

Bibir dicebik.Ni lah Kasyaf. Suka berahsia. Nanti ke mana-mana lah dirinya dibawa.

" Abang." Kasyaf menjongket kening. Rambut Risya yang terjuntai diselit di belakang telinga.

" Hari tu kan.. Risya ada dengar tau. Ada sorang budak ni kan. Masa sekolah rendah dulu. Dia suka mengorat budak perempuan. Siap belanja aiskrim. Tapi kan..Bila dah besar pandang perempuan pun tak nak."

Kasyaf menjongketkan kening. Dia kenal siapa budak tu."Hmmm so?"

" Lepastu..Kak Hannah selalu cerita. Ada budak ni masa kecik-kecik dia pelik. Dia suka pakai seluar dalam terbalik."

Kasyaf menahan senyum. Ni mesti tengok gambar dalam album ni. Haih adiknya ni pun.

" Dan sekarang sayang abang dah tengok kan abang pakai seluar dalam terbalik ke tak?"

Risya menjongketkan kening. Wajah sarkastik ditayang."Eh! Abang ke budak tu?"

" Wah dah pandai loyar buruk."

Laju jari Kasyaf menggeletek pinggang Risya. Terkekek-kekek Risya ketawa dan cuba mengelakkan diri dari Kasyaf namun lelaki itu masih lagi menggeletek. Risya kehilangan nafas. Tangan Kasyaf ditahan.

" Dah abang! Ahahaha Sya- Sya tak boleh bernafas."

Kasyaf berhenti. Senyumannya melebar hingga ke telinga. Tubuh kecil itu dibawa ke pelukan.

" Feeling better?"

Risya mengangguk di dalam dakapan Kasyaf."You look happy."

Risya tersenyum."I am happy. We are happy." Jari-jemari kecil itu menari-nari di dada Kasyaf. Lelaki itu diam menahan debar. Haih.. Lain macam je isteri dia ni.

" Abang..Takdir Allah tu hebat kan?"

Kasyaf menyengetkan kepala memandang Risya yang bersandar di dadanya."Kenapa cakap macam tu?"

" Yelah..Masa berlalu pantas. Sekejap je Risya dah jadi isteri abang. Walaupun Risya tak pernah kenal abang. Risya tak pernah jumpa abang. Tapi sekelip mata kita dah jadi suami isteri."

Kasyaf mengukir senyuman nipis."Takdir Allah memang hebat. Allah temukan abang dengan Risya dari jarak jauh. Cuba Risya bayangkan..Dari KL ke Perlis tu jauh ke dekat?"

" Jauh."

" Haa..Tu lah namanya jodoh. Tak kiralah dekat mana sayang berada,kalau dah ditakdirkan sayang dengan abang. Kita bersamalah maksudnya."

Risya tersenyum simpul.Tubuh lelaki itu dipeluk dan kepala didongak ke atas. Laju kaki dijongket menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Kasyaf.

" Hadiah."

Kasyaf tersenyum nipis. Rambut Risya diusap lembut."Tak cukup hadiah tu. Nak lain."

Risya tercengang."Lain? Abang nak hadiah apa?"

Kasyaf tersenyum nakal. Jari jemarinya sengaja bermain butang baju tidur Risya.

" Malam ni..Abang nak sayang."

Risya tercengang. "Abang biar betul?"

" Betullah. Kenapa?"

" Tapi kan..Risya-"

Kasyaf menahan bibir Risya dengan jari telunjuk. Sepasang mata itu ditenung dalam.

" Sempat lagi ni."

***

Bacaan doa diaminkan setelah selesai menunaikan solat isyak. Tanpa disedari, keluhan berat keluar dari bibir merah itu. Anak mata merenung sejadah yang berwarna maroon. Tanpa sengaja,air mata tiba-tiba mengalir di pipi. Sedih. Sebak. Kecewa. Bersatu sehingga dirinya tidak mampu dikawal. Hampir 7 jam dia tak bertegur sapa dengan ahli keluarganya malah langsung sedikit pun tak dialas perut.

Rasa menyesal kerana pulang ke kampung halamannya. Kejutan yang betul-betul memeranjatkan. Tapi bila difikirkan balik. Nanti jadi anak derhaka. Dahlah lama tak balik.

" Haih.."

Saffia meraup muka. Telekung merah jambu masih tersarung. Handphone di meja sisi dicapai dan aplikasi instagram dibuka. Terpapar ig story milik Tengku Farhan. Laju jari menyentuh ig story tersebut.

Can't wait for tomorrow💕

Sekali lagi Saffia mengeluh. Lupa dia bahawa lelaki itu akan bertunang pada hari esok. Fikirannya kembali melayang pada peristiwa petang tadi.

Dia betul-betul kecewa kerana orang tuanya merancang tanpa persetujuan darinya. Tahu-tahu dikhabarkan besok hari pertunangan buat dirinya dan dengan seseorang yang tidak diketahui siapa. Merajuk dan terasa hati dengan family, sanggup tak keluar bilik. Bersyukur jugaklah dalam bilik dia disediakan bilik air dan beberapa biskut dalam bagasi kecilnya. Boleh lah buat tahan lapar walaupun perut dah menjerit minta nasi.

" Saffia.." Saffia tersentak kecil apabila namanya dipanggil bersama ketukan di pintu. Wajahnya ditundukkan ke sejadah apabila figura Puan Shila menapak masuk ke dalam bilik dan pintu dikunci.

Wanita yang separuh abad itu melabuhkan punggung disisi anak gadisnya. Tangan putih itu dipegang."Saffia marah mak?"

Saffia diam. Dia takut nak membalas. Takut apa yang keluar dari bicaranya bakal melukakan sekeping hati yang berharga itu.

"Saffia..Janganlah buat mak rasa bersalah. Kalau Saffia tak nak mak boleh cancel pertunangan ni."

Tangan yang selalu menjaga dirinya dari kecil dipegang erat. Tanpa dipinta, air mata mengalir perlahan ke pipi dan jatuh pada telekung.

" Kenapa mak buat Saffia macam ni? Kenapa mak tak bincang dengan Saffia dulu?" Soalnya perlahan. Sempat dikerling Puan Shila yang turut mengalirkan air mata.

" Mak nak yang terbaik untuk anak mak."

" Mak tahu kan Saffia sanggup tinggalkan family jauh-jauh untuk sambung belajar.Saffia baru dapat kerja mak. Saffia pun teringin nak bawak mak,ayah dan adik-adik pergi bercuti dengan gaji Saffia. Dan mak dengan ayah terus nak Saffia kahwin cepat-cepat. Mak tak nak Saffia bahagiakan mak?"

Semakin deras air mata Puan Shila mengalir. Rasa bersalah bersarang di dadanya. Fikirnya,dengan usia sebegini. Anaknya ini sudah bersedia untuk ke alam perkahwinan. Rupanya jauh sekali andaiannya. Allahu.

" Mak mintak maaf. Mak dah buat Saffia marah dekat mak dengan abah."

Pantas Saffia menggeleng. Air mata suci itu disekanya. Tak layak ibunya menangis hanya kerana dirinya . Patutnya dia yang menangis untuk ibunya.

" Saffia tak marah mak. Saffia cuma terasa. Mak suruh Saffia kahwin cepat-cepat sebab mak tak sayang Saffia ke?"

" Tak. Mak sayang semua anak-anak mak. Mak sayang abang,mak sayang Saffia,sayang Saffina,Shah. Semua mak sayang. Tak ada sorang pun anak mak yang mak tak sayang."

Saffia mendakap tubuh Puan Shila erat. Dia menangis semahu-mahunya di situ. Astaghfirullahalazim. Dia tak bersyukur. Mungkin apa yang berlaku dah ditakdirkan oleh Allah. Mungkin jalan cerita hidupnya diaturkan oleh Sang pencipta. Kenapa dia masih tak bersyukur?

" Maafkan Saffia mak." Tangan Puan Shila dikucupnya. Kedua pipi itu dicium. Dia rasa berdosa sangat-sangat sekarang ni.

Puan Shila tersenyum dalam tangis. Belakang tubuh anaknya ditepuk lembut.

" Dah. Mak maafkan."

Saffia meleraikan pelukan. Air mata disekanya dengan hujung lengan baju. Habis telekungnya basah dengan air mata yang menitis.

" Mak..Siapa bakal tunang Saffia?"

Puan Shila tersenyum nipis. Kepala Saffia diusap lembut.

" Tengku Nufail. Orang KL jugak."

Saffia mengangguk perlahan."Nufail? "

Continue Reading

You'll Also Like

Kayla By Am___ __ya__

General Fiction

728K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
301K 18.7K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 •...
94.1K 5.1K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...