Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

20

7.7K 327 5
By minbrown_


" Arghhhh rindunyaaaa!!"

Saffia tersenyum. Rindu dia dengan tempat dia membesar. Hampir 5 bulan tak balik demi menghabiskan masa menjadi student dan menjadi staff di Art's Empire. Rindu wajah dua orang insan yang tercinta. Rindu adik-adik. Ah rindu semua lah!

Sungai terpencil ini menjadi pilihan sebelum pulang ke rumah keluarganya. Nak hilangkan penat kejap. Saffia menapak ke batu-batu besar dan punggung dilabuhkan disitu. Selipar ditanggalkan dan kedua kakinya direndamkan di dalam air sungai. Sejuk..

' Agak-agak emergency apa sampai suruh aku balik? ' Omel Saffia dalam hati.

" Saffia?"

Saffia menoleh. Figura lelaki yang amat dikenalinya mengukir senyuman manis di bibir.

" Hey Afiq!" Lelaki itu mengambil tempat selang sebuah batu di sisi Saffia. Senyuman Saffia dibalas.

" Lama kau tak balik sini."

Saffia tergelak kecil. Hujung tudungnya dibetulkan. "Busylah. Lagipun habis study hari tu aku terus minta kerja."

" Dapat tak?"

Saffia mengangguk. "Alhamdulillah..Dapat. Kau Fiq? Lepas habis study kau masuk mana?"

Afiq yang sedang bermain air menoleh. Sumpah dia katakan. Sahabat dia ni makin lama makin lawa. Maklumlah dah jadi budak bandar.

" Aku dah masuk TUDM. Next week dah start bertugas."

Saffia memandang Afiq dengan perasaan teruja. "Seriuslah weh? Wah..Nanti boleh bawak aku naik jet tentera."

" Insyaallah."

Saffia tersenyum. Dalam hati da berbakul-bakul kata-kata bangga buat sahabatnya itu. Memang impian dia dari sejak bangku sekolah lagi.

" Saffia!"

Saffia mengangkat muka memandang Afiq. Pantas Afiq menangkap gambar mereka berdua. Saffia tercengang.

" Apa candid!"

Afiq tergelak terbahak-bahak apabila wajah Saffia yang blur ditangkap."Tak apa. Kau kan cantik."

" Sakai." Saffia mengocak air. Afiq segera mengelak daripada basah. Sumpah dia kata. Dia rindu nak spend time dengan Saffia. Kalau dulu sebelum masing-masing sambung belajar, tempat ni lah selalu diorang melepak. Tapi sekarang dah berbeza. Masing-masing dah ada kerjaya.

" Saffia."

Wajah Afiq yang basah dengan air dipandang. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Cuma kulit je lain sikit. Kalau dulu kulit sawo matang tapi sekarang putih melepak. Kalah aku.

" Kau..Masih sayang aku ke?"

Saffia menunduk. Tipu kalau dia kata dia tak sayang lelaki yang sentiasa buat dia tersenyum. Lelaki yang suka buat suprise. Lelaki yang suka care lebih dari segalanya. Tapi tu lah. Hubungan persahabatan dan percintaan yang kekal dari tingkatan 4 sampailah sekarang masih utuh. Tiada siapa pun yang tahu mereka ada hubungan walaupun kawan rapat dan family.

" Saffia?"

Saffia menghela nafas. "Tipulah kalau aku kata aku tak sayang kau."

Afiq memalingkan wajah. Tersenyum dia mendengar jawapan Saffia. Wajah gadis itu dipandang semula.

" Kalau aku masuk meminang kau terima tak?"

Saffia tergelak kecil. "Gila kau tak terima. Tapi..Buat masa sekarang. Tak payahlah cakap pasal ni. Well. Aku baru dapat kerja. Kau pun sama. Lagipun kau dekat udara aku dekat darat."

Afiq diam. Otaknya cuba mencerna sesuatu sebelum tubuh dipusing menghadap Saffia.

" Okay aku lepaskan kau dulu. Andai kata kita ada jodoh,5 tahun akan datang aku masuk meminang kau. Deal?"

" Deal."

***

Kad metrik disentuhkan pada alat pengimbas sebelum dibenarkan masuk ke dalam library. Lisya yang manis berbaju kurung dan berhijab menjadi perhatian semua pelajar baru di UniKL membuatkan Lisya menundukkan wajah sambil berjalan masuk ke ruangan bahagian sastera. Berdebar-debar dia apabila dipandang sebegitu. Dia mana ada kawan lagi dekat sini. Maklumlah baru hari pertama belajar.

" Aku ada buat salah ke? Pandang aku macam penjenayah." Omel Lisya setelah curi-curi pandang pada student di dalam library. Nampak pelik ke dia pakai baju kurung?

" Ehem."

Langkah Lisya terhenti. Bebola mata tepat memandang dua figura gadis yang cantik dan bergaya. Seorang berambut panjang dan lurus dan seorang lagi berambut ikal mayang. Lisya tersenyum kekok. Kad metrik yang tergantung di leher gadis-gadis itu menandakan mereka juga student di sini.

" Student baru masuk eh?" Soal gadis yang berambut ikal mayang. Lisya mengangguk.

" Aah. Baru sem 1."

Gadis itu tersenyum sambil mengerling rakannya disebelah. Lisya mengemam bibir apabila gadis itu meniliknya dari atas hingga ke bawah diselitkan dengan ketawa kecil.

" Kenapa awak gelak?" Soal Lisya. Lipatan tudungnya dibetulkan. Ada something wrong ke pada dia?

" I Wida dan ni kawan I Sara. Kitaorang students sem 2. Means senior you." Gadis yang berambut lurus itu memperkenalkan diri serta rakannya yang berambut ikal mayang. Tangannya yang dihulur disambut mesra Lisya.

" Saya Lisya."

" Hmm.." Wida mengetuk dagu."You asal dari mana?"

" Perlis."

Sara tersenyum nipis."I see. Patutlah pakaian you macam perempuan melayu terakhir. Cantik."

" Tapi Lisya. You pakai macam ni tak sesuai dekat kolej ni lagi-lagi you stay dekat KL. Bandar moden. You pakai macam ni looks like." Wida mengemam bibir. "Kampungs"

Lisya menunduk. Terasa dengan kata-kata Wida dan Sara."Saya memang budak kampung."

Wida dan Sara berpandangan."Ouh I am so sorry Lisya." Wida menarik lembut tangan Lisya. Lisya mengangkat wajahnya. Kelakuan Wida dan Sara amat baik. Tak nampak macam Diva. Tapi cara percakapan mereka seakan merendahkan dirinya.

" Kitaorang tak berniat nak merendahkan you but-" Wida memandang Sara meminta pendapat untuk memujuk Lisya.

" Okay. You ambik course apa?"

Anak mata Lisya memandang tepat ke dalam anak mata Sara yang berwarna dark hazel. Wida dan Sara seorang yang cantik.

" Fashion Designer."

" Ha good." Sara menepuk tangan. "At the same time, I dengan Wida pun ambil course yang sama dengan you. Sebab tu lah kami berpakaian like this." Sara menunjukkan personaliti dirinya dan Wida yang bergaya. Memakai dress paras lutut. Make up pun tak tebal sangat. Dan looks so simple.

" First step you need to get ready is change your personality."

" Ha?"

Sara dan Wida berpandangan. "Okay macam ni. You habis class pukul berapa?"

Lisya segera membalikkan fail transparentsnya dan terpapar jadual kelasnya yang pertama.

" 12 tengah hari."

Wida tersenyum."Okay bagus." Gadis itu mengeluarkan sekeping kertas dan pen lalu dihulurkan pada Lisya. "Tulis nombor you kat sini." Lisya menyambut dan menulis dengan ragu-ragu. Kertas tersebut dihulur semula.

" Niat kami nak tolong you berfesyen. Senang you nak faham time dalam class nanti." Ujar Sara. Bahu Lisya ditepuk lembut.

" Dan sesuai untuk student yang nak ambil course ni."

Lisya mengangguk perlahan. "Nanti I whatsapp you lepas class kita jumpa. I dengan Wida belanja you shopping kat Ioi mall. Pernah dengar kan mall tu?"

Lisya mengangguk."Tapi.."

Sara memegang bahu Lisya."Don't worry. Our's treat." Sara menghadiahkan senyuman. Lisya membalas senyuman tersebut.

***

" Eh Tuan Hannah,Puan Risya. Selamat tengah hari." Penyambut tetamu department 12 tersenyum dan menunduk hormat. Hannah dan Risya membalas senyuman tersebut.

" Tuan Kasyaf ada?"

Gadis itu mengangguk."Lepas lunch dia tak ada kat office. Jumpa client. Tuan Hannah dan Puan Risya nak jumpa Tuan Kasyaf?"

Hannah mengangguk."Kejap saya inform." Jari yang mahu menekan button telekom segera ditahan. Gadis itu terpinga apabila Hannah menayang senyuman dan menggeleng.

" No need. Sambung kerja awak. Terima kasih."

Gadis itu kembali menyambung kerjanya setelah menghadiahkan senyuman buat Hannah dan Risya. Mereka mengorak langkah menuju ke bilik pejabat Kasyaf. Anak mata Risya tepat memandang sebaris nama dan jawatan yang tertampal di pintu kaca.

Tuan Hazrul Kasyaf
Head of Art's Empire

Risya tersenyum dalam hati. Selama ni tak pernah tahu pun suaminya pengurus besar syarikat sendiri. Ingatkan cuma Chief Executif Officer ke COO ke. Bangga jap.

Hannah menekan button password yang berada di tepi pintu kaca sebelum pintu kaca dibuka. Hannah membuat isyarat supaya Risya menunggu diluar dahulu sementara dia masuk ke dalam.

Kasyaf yang sedang sibuk menyusun dokumen ke dalam almari dipandang.

" Ehem. Busy ke Tuan besar?"

Pantas Kasyaf berpusing. Tersentak kecil apabila melihat adiknya masuk ke dalam bilik kerjanya tanpa mengetuk dahulu. Kasyaf berpeluk tubuh.

" Where's your adab Tuan Hannah Syafitri Binti Tuan Hairil Kazni?"

Hannah tersengih. Rambutnya yang tidak diikat dibawa ke bahu kanan. Kaki diatur ke meja kerja Kasyaf dan sebuah fail diletakkan di atasnya.

" Fail ni abang long suruh bagi. Dia tak sempat nak datang office sebab kena fly ke Amsterdam."

Kasyaf tergelak kecil."Makin busy abang long. Langsung tak melekat dekat rumah. Kenapa tak bagi papa?"

" Papa tak masuk office. Teman mama pergi check up jantung."

Kasyaf mengangguk. Hannah yang berpakaian simple dipandang atas bawah.

" Kau tak pergi kelas ke Hannah? "

Hannah menjegil mata."Hey. Hannah baru je habis class. Lepas tu pergi rumah abang nak hantar fail ni sebab ingat abang cuti. Maklumlah ada orang tu cakap dah susah dah nak bangun pagi. Tu yang Hannah datang tapi Risya kata abang kerja. Ni yang datang office ni."

Kasyaf mengecilkan mata memandang adiknya yang sedang memerlinya. Tiba-tiba dia teringat isterinya.

" Risya buat apa?"

" Keluar."

" Hah?" Kasyaf terkejut. Hannah dihampirinya bersama riak wajah kerisauan. " Keluar pergi mana?"

Hannah tak membalas sebaliknya ibu jari kanannya menunjuk ke arah muka pintu. Kasyaf segera menoleh. Tersentak dia melihat batang tubuh kecil yang sedang berdiri sambil tersenyum dengan membawa sesuatu dipegangannya.

" Abang..." Risya menapak menghampiri Kasyaf bersama senyuman manis. Kasyaf mengangkat kening sambil berpeluk tubuh.

" Risya bawa bekal untuk abang." Ujar Risya manja. Tubuh Kasyaf dipeluknya sambil kepala didongak memandang Kasyaf.

Hannah yang berasa seakan tak diperlukan tersenyum hambar."Mintak diri dulu. Risya balik dengan abang. Byeee!" Sepantas kilat Hannah berlari keluar dari bilik itu. Sempat dia menutup pintu kaca sebelum keluar.

" Siapa izinkan Risya keluar?"

Risya tersengih. Beg kertas yang berisi makanan diletakkan di atas meja dan kedua tangannya memeluk tubuh Kasyaf.

" Risya..Risya ikut Kak Hannah."

Kasyaf menghela nafas."Risya tahu tak kandungan Risya baru berapa minggu?"

" Dua nak masuk tiga." Ujar Risya perlahan. Anak mata Kasyaf ditenung redup.

" Then? Abang tengok sejak pregnant ni dah pandai nak merayap. Tak reti duduk diam." Tegur Kasyaf dengan nada mendatar. Tangannya masih memeluk tubuh. Wajah isterinya yang merah padam ditatap.

" Risya..Risya mintak maaf."

" Macam mana abang tak susah hati? Abang tidur. Risya bangun,turun pergi makan. Langsung tak kejut abang. Pagi ni pulak. Abang kerja. Dah pandai merayap pergi office abang dah kenapa? Tak reti duduk rumah?"

Risya menunduk."Risya bosan.."

" Kalau bosan malam nanti abang hantar pergi rumah kasih ibu. Kat situ ramai ibu mengandung. Duduk situ kawan dengan dorang."

Pantas Risya menggeleng. Empangan air mata pecah mengalir membasahi pipi apabila merasakan seakan Kasyaf memarahinya. Tubuh Kasyaf dipeluknya dan wajahnya disembamkan didada lelaki itu.

" Risya tak nak. Abang jangan tinggalkan Risya. Risya mintak maaf. Risya isteri derhaka. Risya tak dengar cakap abang. Risya-"

" Risya." Panggil Kasyaf apabila esak tangisnya semakin menjadi-jadi. Pelukan di tubuhnya cuba dileraikan namun Risya mengeratkan pelukan bagai tak mahu lepas.

" Risya sayang abang. Abang jangan hantar Risya kat situ-"

" Risya."

" Risya tak nak..Risya nak-"

" Nik Risya Adya!" Risya diam. Semakin lebat tangis Risya didada Kasyaf. Lelaki itu menghela nafas kecil lalu belakang isterinya diusap perlahan.

" Abang mintak maaf. Shuhh.." Belakang Risya ditepuk lembut bagi meredakan tangisannya. Sekali lagi dia terlupa sesuatu. Pelukannya dileraikan. Wajah Risya yang basah dengan air mata diseka dengan tangannya.

" Listen here. Pandang abang." Arah Kasyaf. Risya memandang redup suaminya yang berwajah dingin.

" I am so sorry again sweety pie." Ubun-ubun Risya dikucup lembut. Kedua tangan Risya digenggam.

" You're in pregnant. Emosi sayang tak stabil. Abang tahu Risya tengah berperangai pelik. Risya nak makan macam-macam. Risya nak pergi mana-mana and so on. Abang boleh bagi. Abang boleh bawak."

Kasyaf menarik nafas."Tapi please. Dengar cakap abang. Patuh arahan abang. Abang-" Kasyaf meminegang dada."Can't control my emosional."

" Berapa kali abang nak pesan. Jangan suka buat benda yang abang tak suka. And see what happen? Risya kena marah." Air mata yang masih mengalir di sekanya.

" Abang tak nak marah Risya. Tapi Risya buat abang marah. Risya cabar abang."

" Ni." Perut Risya yang sudah membuncit disentuh. "Anak kita. It's our first child. Pengalaman pertama kita yang bakal terima zuriat. Abang risaukan sayang. Risaukan baby. Usia dua minggu,tak kuat lagi sayang. Salah sikit boleh gugur sayang."

" Dengar tak abang cakap?" Risya mengangguk perlahan. Tangan Kasyaf digenggam erat.

" Lepas ni dengar cakap abang okay?" Sekali lagi Risya mengangguk. Pipinya dihadiahkan ciuman daripada Kasyaf.

" Jom makan."

Risya didudukkan di kerusi berhadapan dengan Kasyaf. Bekas makanan dikeluarkan daripada beg kertas dan dibuka penutupnya. Haruman sambal sotong membuatkan Kasyaf benar-benar lapar. Sudu dicapai bersama nasi putih dan sambal sotong.

" Biar abang suap."

***

Enjin dimatikan. Kunci kereta dicabut dan tas tangan yang berada di seat sebelah disangkut di bahu. Saffia menapak keluar dari kereta. Dia mula berasa tak sedap hati apabila terpandangkan dua buah khemah yang sudah dipasang di halaman rumahnya. Namun kaki diatur masuk ke dalam rumah setelah salam diberi.

" Eh Kak Pia sampai. Mak Kak Pia sampai!" Jerit adik Saffia yang dalam lingkungan 14 tahun. Saffia tersenyum hambar. Anak matanya terpanah pada beberapa hantaran yang sedang digubah oleh jiran-jiran kampung.

Kelibat Puan Shila yang menghampirinya dipandang dengan perasaan berbaur. Tangan ibunya disalam.

" Jalan jem ke tadi?"

Saffia menggeleng lemah."Biasa je." Saffia mengerling sekali lagi hantaran tersebut dan kembali memandang Puan Shila yang tersenyum.

" Siapa yang nak kahwin ni mak? Abah called cakap ada emergency apa dia?"

Puan Shila menarik Saffia jauh sikit dari jiran-jiran kampung yang sibuk menggubah hantaran. Puan Shila memegang bahu Saffia lembut.

" Saffia yang kahwin. Tapi tunang dulu. Besok hari pertunangannya."

" Hah?!"

Kunci kereta serta merta terlepas dari tangannya. Saffia terpempan.

Continue Reading

You'll Also Like

180K 10.5K 72
#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik u...
137K 7.2K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
145K 5K 81
ℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...
287K 11.4K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. ∆∆∆ Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...