Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.4K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

19

6.5K 356 12
By minbrown_

Zara merebahkan tubuh disebelah Khayra. Khayra yang sedang lena ditepuk perlahan dengan sebelah tangan menongkat kepala. Anak mata jauh memandang dinding seakan mahu ditembusinya. Fikirannya melayang memikirkan tentang semalam.

Zara tertawa kecil. Khayra dibaringkan diribanya. Khai yang sedang menunggu jawapan darinya dibiar sepi. Sumpah dia tak tahu nak balas apa.

" Zara. Aku serius ni janganlah gelak."

Gadis itu mengangkat muka memandang Khai yang kelihatan serabut. Timbul rasa simpati dalam diri melihat kawan baiknya sejak bangku sekolah lagi. Tak pernah dia lihat Khai punya tekanan seperti hari ini. Dia kenal Khai. Lelaki itu tak semudah down apabila berlaku kesulitan. Tetapi hari ni lain. Sungguh lain.

" Babe. Kahwin ni bukan main-main tau. Bukan hari ni nikah besok cerai. No. Kahwin ni banyak cabaran. Dugaan. "

" Ye aku tahu. Sebab tu aku nak kahwin dengan kau. At least parents aku kenal kau."

Sekali lagi Zara tergelak. "Khai. Banyak lagi perempuan lain kat luar sana. Asal kau pilih aku? Kau nak jadikan aku ni ' batu loncatan' kau?"

Khai pantas menggeleng. Punggungnya dingesot menghampiri Zara. Wajahnya penuh dengan pengharapan yang menggunung. Susah betul nak pujuk yang sorang ni.

" Yes. Perempuan memang banyak kat luar sana. Yang cantik. Yang kurus. Yang chubby and so on. Yang baik? Yang ikhlas nak jadi isteri aku? Dekat KL ni ramai perempuan cantik nak duit je kau tahu tak."

Zara mengecilkan mata memandang Khai.
" Aku pun duduk KL jugak tau tak sama dengan perempuan yang kau maksudkan tu."

" Aku tak katalah kau macam perempuan kat luar sana. Alah..Tolonglah aku Zara. Jadi wife aku. Kau sanggup ke tengok kawan baik kau kahwin dengan perempuan yang tah apa-apa tah. Buatnya nanti wife aku tak bagi aku keluar jumpa kau even kau business partner aku? Ha macam mana?"

Luah Khai. Bersungguh-sungguh dia mahu Zara jadi isteri dia. Tak mahu dia kahwin dengan perempuan yang tak dikenalinya. Kata-kata mamanya malam semalam bagai terngiang-ngiang di telinganya.

"Khai kahwin dulu,bercinta kemudian."

Haa ye lah. Kalau dapat perempuan yang baik tak apa lah jugak. Kalau dapat yang materialistik?

" Ha baguslah isteri kau tak bagi lepak dengan aku. Kau kan tanggungjawab dia."

Khai mendengus."Tak nak lah gila. Kau tahu tak aku tak boleh hidup kalau kau tak ada? Dari dulu sampai sekarang kau tolong aku survive hidup. Sampai masing-masing dah ada butik sendiri. Kau pun tahu aku ni macam mana orangnya."

Menceceh bibir Zara mengajuk cakap Khai. Ni lah dia Tengku Khai Edyan. Suka pendam masalah. Bila luah dari A ke Z tak pernah tak tinggal satu pun. Semua dimasukkan.

Zara menghela nafas. Kasihan pula tengok keadaan Khai ni. Baru suruh cari calon isteri pun kabut macam langit nak runtuh.

" Aku bukannya tak nak tolong kau Khai. Tapi kau tahulah kita macam mana? Kau dah lah spesies mulut longkang bergabung dengan aku mahu malapetaka datang. Lagi satu aku risau. Kalau aku jadi wife kau pun macam mana nak set up masa? Dengan butik aku lagi."

Khai semakin buntu. Tali leher dilonggarkan. Khayra yang sedang bermain sendiri dipandang. Satu idea menjengah pemikirannya.

" Hah lagi satu. Khayra macam mana? Aku nak jaga dia. Andai kata isteri aku tu tak nak aku care pasal Khayra. Macam mana?"

" Aku ada."

Khai mendengus. Rambutnya diraup kasar.
" Complicatedlah cakap dengan kau ni!"

Terhambur tawa Zara jadinya. "Chillah bro. Kalau kau nak disscuss dengan keadaan macam ni satu benda pun tak jadi."

Zara tenung Khai. Nak bantu? Memang dia nak. Tapi ni melibatkan masa depan. Pagi petang siang malam dengan Khai. Duduk sebumbung. Tahu-tahulah dia dengan Khai ibarat anjing dengan kucing.

" Zara..Tolonglah aku. Aku tak nak kahwin dengan perempuan lain. Okay macam ni. Kita kahwin. Kita try survive hidup sama-sama."

" Khai. Aku belum bersedia lagi nak terima kau jadi husband aku."

" Okay kita kahwin. Aku bagi kau masa untuk kau terima aku. Kau nak dua bulan? Tiga bulan? Tak kisah. Aku sanggup tunggu. Tolonglah aku Zara."

Zara menghela nafas. Memang dah teruk sangat nampaknya. "Kalau hati aku tak terima kau? Macam mana?"

" Kita nikah dulu. Kalau rasa kau tak boleh terima aku. I will let you go. Promise!" Khai mengangkat tangan tanda sumpah. Bersungguh-sungguh dia mahukan Zara. Hanya Zara yang boleh tolong dia.

Lamunannya diragut pergi apabila Khayra meragam. Bingkas dia bangun lalu menepuk punggung Khayra perlahan sehingga Khayra kembali lena. Helaan nafas terbit di bibirnya. Handphone di sebelah dicapai. Contact Edyan ditekan. Laju jarinya menaip pada dada skrin.

Aku terima jadi isteri kau.
10:15 p:m

Send!

***

" Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya). Kelak kami akan memanggil malaikat Zabaniyah. Sekali-kali jangan,janganlah kamu patuh kepadanya. Dan sujudlah. Dan dekatkanlah dirimu kepada tuhan."

" Sadaqallahulazim." Kitab suci al-quran ditutup. Surah Al-Alaq dibacanya untuk Risya yang baru menerima zuriat. Dan juga atas permintaan Risya supaya Kasyaf mengaji untuk dirinya.Kasyaf mengangkat wajah memandang Risya yang manis bertelekung. Semakin berseri-seri isteri dia.

" Sedap abang mengaji. "

Kepala Risya dipegang dan satu kucupan dihadiahkan di ubun-ubun Risya. "Abang nak anak abang dengar. Biar dia tenang dalam tu." Perut Risya diusap. Risya tersenyum. Menurut kata doktor kandungannya baru dua minggu. Risiko amat tinggi waktu awal mengandung. Kasyaf dan Risya diingatkan agar sentiasa peka takut berlaku sebarang kejadian yang tak diingini.

" Besok abang nak baca surah apa?"

Kasyaf berfikir."Esok kita baca surah kahfi."

Risya mengangguk. Kain telekung ditanggalkan dan disangkutkan begitu juga sejadah. Kasyaf melabuhkan punggung dibirai katil bersama handphonenya setelah menerima beberapa mesej masuk.

" Risya." Risya yang sedang menyisir rambut menoleh. Kaki diatur ke birai katil menghadap Kasyaf yang masih tertumpu pada gadget.

" Besok abang balik lambat. Ada dinner date dengan client. Risya stay dengan Lisya ye."

Risya mengangguk. "Abang. Jom keluar?"

Statik Kasyaf mendongak. Jam di dinding di pandang."Pergi mana? Dah pukul 10:30."

" Ala..Risya nak ambil angin malam."

Kasyaf bangkit. Handphone diletak di atas meja tepi katil." Tak payah. Tidur."

Risya menjuih bibir. Rambutnya yang dibiar lepas disebak ke belakang. Wajah Kasyaf dipandang. "Risya nak jalan-jalan waktu malam. Risya tak nak tidur lagi. Jom lah abang. Kita pergi dekat-dekat je."

Kasyaf yang masih berkain pelekat berpeluk tubuh. Wajahnya kelihatan dingin menatap isterinya tajam. "Angin malam tak elok untuk Risya dan baby. Risya lupa ke Risya dah berisi?"

" Risya nak pergi jugak.." Meleret Risya memujuk Kasyaf. Tetiba moodnya mahu mengambil angin malam. Teringin nak tengok lampu dekat KL ni lagi-lagi menara berkembar KLCC. Mesti lawa...

" If i said no means no."

Risya menunduk apabila suara tegas Kasyaf menyapa gegendang telinganya. Kasyaf segera beristighfar. Secara tak sengaja dia tertengking Risya. Dia lupa mood orang mengandung ni berbeza-beza. Kasyaf mendekat. Tubuh Risya ditariknya dan dipeluk.

" Tidur."

Risya membuntuti langkah Kasyaf ke katil. Badannya direbahkan lalu tubuhnya diselimutkan. Kasyaf turut berbuat demikian. Lampu bilik ditutup kecuali lampu tidur. Risya mengerling Kasyaf yang baru melelapkan mata. Pandangannya beralih pada siling bilik.

" Tidur Risya." Mata dipaksa pejam.

***

Kasyaf terjaga dari tidur. Dadanya diusap bagi menenangkan dirinya. Ruang disebelahnya ditoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isterinya tiada di sisi. Skrin handphonenya dilihat menandakan pukul 3 pagi.

" Risya?"

Kasyaf bingkas bangun sebaik melihat Risya tiada di dalam bilik air.

Kaki diatur ke tangga bawah. Meliar bebola matanya mencari kelibat isterinya. Kaki diatur ke ruang tamu.Kosong. Langkahnya diorak ke ruang swimming pool. Kosong juga. Kasyaf berpeluk tubuh. Kini langkahnya diatur mengikut gerak hati menuju ke dapur. Kedengaran bunyi orang sedang berbual membuatkan Kasyaf mempercepatkan langkahnya. Kasyaf berhenti di muka pintu dapur. Tajam matanya memandang dua beradik yang sedang makan sambil berborak.

" Besok Lisya buatkan akak chocolate moise favourite akak. Nak?"

Risya menepuk tangan tanda gembira. Mulutnya yang sedang mengunyah membuatkan pipinya mengembung.

" Lepastu atasnya letak kitkat. "

" Ehem!"

Statik Risya dan Lisya menoleh memandang ke arah pintu dapur. Wajah Kasyaf yang dingin membuatkan Risya gigit bibir.

" Seronok nampak. Ada jamuan makan pagi-pagi buta ke? " Soalnya serius. Isterinya direnung dengan kening dijongket. Risya telan air liur.

" Abang.. Err Risya." Lisya dikerlingnya. Gadis itu beriak selamba sambil meneguk air oren.

" Kak Risya lapar. Tu yang Lisya temankan akak makan."

Risya mengangguk perlahan. Takut-takut dia meneguk susu suam yang dibuat adiknya. Lisya memandang Kasyaf tanpa perasaan. Berani dia marah kakak aku.

" Lepas makan naik atas." Kasyaf berlalu pergi sesudah berkata. Sempat dia menatap tajam Lisya yang kebetulan memandangnya.

Risya bingkas bangun namun ditahan Lisya."Akak nak naik."

Lisya menggeleng."Habiskan makan dulu. Kesian baby. Tu susu tu pun habiskan."

Risya akur. Takut punya pasal sampai sanggup nak tahan lapar. Sesudah selesai makan Risya segera bingkas ke tingkat atas. Berdebar-debar dadanya disaat pintu biliknya dikuak. Kelihatan tubuh Kasyaf yang sedang berdiri berpeluk tubuh membelakangkannya di beranda luar bilik. Kaki diatur kemas menghampiri Kasyaf setelah pintu dikunci. Belakang tubuh Kasyaf dipeluk.

" Sorry."

Kasyaf diam tak berkutik. Pandangannya masih menghala ke hadapan memandang suasana waktu pagi. Pelukan Risya tidak dibalasnya.

Risya merungkaikan pelukan. Dia berdiri di sebelah Kasyaf. Tangan lelaki itu dipegang dan dicium.

" Risya mintak maaf."

Senyap. Kasyaf masih lagi memandang ke hadapan menghiraukan isterinya di sebelah. Risya mengemam bibir dan menunduk tanda rasa bersalah.

Kasyaf memusingkan tubuh menghadap Risya setelah lama mereka menyepi. Tangannya masih kekal memeluk tubuh. Pandangannya terus ke arah Risya yang separas bahunya.

" Kenapa suka buat abang susah hati?"

Risya mendongak memandang Kasyaf. Wajahnya bertukar merah seakan mahu menangis. "Risya lapar. Tu yang Risya turun."

" Tak boleh kejut abang? "

" Risya..Risya tak nak ganggu tidur abang."

Bahu Risya dipegang. Dagu runcing itu ditolak lembut ke atas memandangnya.
"Risya ada abang. Abang suami Risya. Apa-apa yang Risya perlu ialah abang. Kenapa nak panggil Lisya? Kenapa tak kejut abang?"

Risya diam. Air mata tetiba mengalir di pipi. Kasyaf menghela nafas kecil. Kedua pipi Risya dipegang."Listen here. Selagi abang hidup selagi tu sayang amanah abang. Apa-apa yang Risya perlukan just panggil abang. Abang datang. Jangan buat abang macam suami tak bertanggungjawab. Get it?" Air mata Risya diseka. Tubuh kecil itu dibawa ke pelukan dan ubun-ubun Risya dicium.

" Maafkan Risya abang. Risya janji takkan buat lagi."

Kasyaf merungkaikan pelukan. "Kita tidur. Tak elok berjaga pagi-pagi."

Risya mengangguk.

Continue Reading

You'll Also Like

286K 11.4K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. ∆∆∆ Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...
Kayla By Am___ __ya__

General Fiction

727K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
301K 18.7K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 •...
1.3M 37.1K 61
4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak diha...