A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020

By qiujamal

41.7K 4.2K 394

🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tent... More

BAB 1 : Urban lagend
BAB 2 : Kisah A35
BAB 3 - Zati Si Saksi
BAB 4 : Maria
BAB 5 : Kisah Sebenar
BAB 6 : 90'AN
BAB 7 : Pelajar Baru
BAB 8 : Kesepian
BAB 9 : Nasib Si Siti
BAB 10 : Aku Pelindung
FOR READER'S
BAB 11 : Baran
BAB 12 : Aktiviti Menarik
BAB 13 : Ouija
BAB 14 : Pencatat
BAB 15 : Penyeruan
BAB 16 : Soal Jawab
BAB 17 : Jin Dan Iblis?
BAB 18 : Ika Si Nakal
BAB 19 : Lembaga
BAB 20 : Susuk Misteri
BAB 21 : Petunjuk
BAB 22 : Sejarah Ouija
BAB 23 : Langkah Pertama Si Lembaga
BAB 24 : Spekulasi Portal
BAB 25 : Persiapan Ke Dimensi
For Readers
BAB 26 : Misi Penyelamat Bermula!
BAB 27 : Hilang Arah?
BAB 28 : Pemburuan
BAB 29 : Manusia?
BAB 30 : Mangsa Buruan.
BAB 31 : Sumber.
BAB 32 : Topeng
BAB 33 : Cemas!
BAB 34 : Pilihan
BAB 35 : Mengalah?
FOR READER'S
BAB 36 : Perjuangan Belum Tamat.
BAB 37 : Khianat?!
BAB 39 : Mitos?
BAB 40 : Kantoi!
BAB 41 : Jalan Keluar.
BAB 42 : Harapan.
BAB 43 :Pertemuan.
BAB 44 : Kenangan.
BAB 45 : Rescue and out.
FOR READER'S
BAB 46 : Manusia?
BAB 47 : Persediaan
BAB 48 : Pengorbanan.
BAB 49 : Berbelah Bagi?
BAB 50 : Penjelasan.
BAB 51 : Penamat Kisah Urban
BAB 53 :Nek Wan.
THE END

BAB 52 : Misteri.

415 51 0
By qiujamal

Keesokkan hari, tengahari. Ruang-ruang sekolah dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang berlegar-legar untuk memasuki kelas masing-masing. Mungkin di antaranya mempunyai perjumpaan atau mungkin juga sedang pergi ke pusat sumber, siapa tahu.

Bagi Suraya  pula, dia mempunyai niatnya yang tersendiri. Niat yang masih menjadi tanda tanya sejak peristiwa semalam lagi. Dengan perasaan yang ingin tahu, Suraya ke bilik pensyarah untuk menghantarkan tugasan yang telah diberikan dan secara tidak  langsung mencari identiti sebenar si Maria.

"Eh, mana pulak Sir Zack ni?" Suraya melihat sekeliling dan mendapati pensyarah yang dicari memang tiada di dalam bilik tersebut.

"Sir takde, dia gi meeting dengan jawatankuasa." Balas cik Zarah yang berada di meja berhadapan dengan meja Sir Zack.

"Owh... bila dia habis meeting?" Suraya menyoal selamba.

"Entahlah... tengok pada proposal, macam petang baru habis. Kenapa ye?" Giliran Cik Zarah pula membalas dengan soalan.

"Takde pape Cik Zarah... ni haa... saya nak hantar tugasan yang Sir Zack kasi. Ingat nak tanya dia sesuatu."

"Owh... kalau macamtu letaklah atas meja dia. Macam saya cakap tadi, mungkin dia habis petang nanti." Suraya mengeluh mendengar jawapan daripada Cik Zarah sambil meletakkan failnya di atas meja Sir Zack.

Hati terasa hampa seketika, baginya Sir Zack adalah satu-satunya pensyarah yang peramah dan paling banyak memberikan bantuan ketika diperlukan.

 Suriya melangkah keluar daripada bilik itu. "Eh, kejap!" Langkahnya terhenti apabila dipanggil kembali oleh Cik Zarah.

"Ye Cik Zarah?" Soal Suraya pendek. 

"Sini kejap." Cik Zarah melambai-lambai tangannya supaya Suriya menghampirinya.

"Ni... saya nak tanya. Kawan sebilik kamu semua kenapa semuanya demam serentak? Tak pernah pulak pelajar jadi macamtu sebelum ni." Suraya mula tidak senang dengan pertanyaan itu. Perkara semalam menjadikannya trauma seketika.

"Eh, kamu ni okey tak? Ke kamu pun demam jugak?" Suraya hanya bergeleng. Dia terpaksa merahsiakan perkara semalam supaya tidak menjadi isu yang rumit kepada pihak pengurusan.

"Saya okey je Cik Zarah. Takde apa-apa pun. Mungkin petang semalam diorang main hujan kot. Pastu, terdedah dengan angin." Suraya memberi alasan. Mujur semalam kebetulannya hujan, alasan itu mungkin boleh dianggap logik.

"Okeylah kalau macamtu. Ingat, nanti pesan dekat kawan-kawan kamu - jangan main hujan lagi. Nanti menyusahkan semua pihak terutamanya saya yang bertanggungjawab di dalam pengurusan," jelas Cik Zarah.

Suraya pula hanya mengangguk tanda faham. "Sudah... kamu boleh pergi. Nanti kalau mereka perlukan ubat, datang saja berjumpa dengan saya," sambung Cik Zarah lagi. Mungkin sebab inilah Suraya cuba untuk mengelak dari bertanya tentang Maria. Haih - Guru yang tegas la katakan.

"Baik Cik Zarah. Nanti saya pesan dekat kawan-kawan saya. Ermmm... Cik Zarah..." Kini Suraya cuba ingin bertanya walaupun dia tahu agak susah untuk berbicara.

"Ye, apa?"

"Cik Zarah kenal tak dengan nama Maria?" 

"Maria? Budak semesta berapa tu?" Suraya mula berdebar untuk meneruskan pertanyaan. 

Walau macam mana sekali pun, dia tetap bertekad untuk bertanya demi mengetahui perkara sebenar.

"Tak salah saya... dia semesta satu."

"Semesta satu? Untuk apa ye kamu nak tahu siapa Maria tu?"

"Erk... saya... nak tahu sebab dia anak jiran saya. Jiran saya pulak suruh tengok-tengokkan anak dia. Pastu... masa... saya daftar program... aa... mendaki bukit... Haa... program tu, dia kata nak masuk sekali. Jadi saya nak nama penuh dia untuk isi borang." Suraya tergagap-gagap mencari alasan.

 "Owh... kenapa tak suruh dia isi sendiri?"

"Dia... busy dengan tugasan. Pastu, borang tu kena hantar sekarang. Jadi... saya perlukan nama panjang dia." Alasan demi alasan Suraya berikan tapi masih diragui oleh Cik Zarah. Dia mula memandang Suraya dengan pandangan yang tajam. Haih, susah betul orang tua ni.

Bersambung...

Sneak Peak;

Alahai... kenapalah cikgu ni susah sangat nak bagi kerjasama kan. Cikgu korang ada tak yang macam ni. Pening kepala si Suraya ni.

Jom ke bab seterusnya...

Jangan lupa tau untuk Share, Vote yang paling penting dan... komen untuk kita berinteraksi...kalau bukan Readers semua cerita ni mesti menjadi sarang dalam profile author. hahaha... Terbaik!


Continue Reading

You'll Also Like

MANUSKRIP By M

Paranormal

20.2K 1.2K 27
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
36.2K 712 12
Hud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin bu...
74.2K 288 27
eight story LAMBAT UPDATE SEBAB START SEKOLAH!! cerita romance oneshot LGBT, and normal couple Semua ni hanyalah rekaan semata mata boleh jadi men...
92.3K 5.7K 47
+Creepypasta. Boleh baca, boleh cerita tapi jangan percaya. +Semua kisah dalam cerita ini adalah dari telegram. --thank you so much for the wonderful...