A35 [COMPLETE โœ“] WATTYS 2020

By qiujamal

41.9K 4.2K 395

๐Ÿ”ฅWinner Wattys 2020๐Ÿ”ฅ ๐Ÿ”ฅBest Horror Storys๐Ÿ”ฅ AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tent... More

BAB 1 : Urban lagend
BAB 2 : Kisah A35
BAB 3 - Zati Si Saksi
BAB 4 : Maria
BAB 5 : Kisah Sebenar
BAB 6 : 90'AN
BAB 7 : Pelajar Baru
BAB 8 : Kesepian
BAB 9 : Nasib Si Siti
BAB 10 : Aku Pelindung
FOR READER'S
BAB 11 : Baran
BAB 12 : Aktiviti Menarik
BAB 13 : Ouija
BAB 14 : Pencatat
BAB 15 : Penyeruan
BAB 16 : Soal Jawab
BAB 17 : Jin Dan Iblis?
BAB 18 : Ika Si Nakal
BAB 19 : Lembaga
BAB 20 : Susuk Misteri
BAB 21 : Petunjuk
BAB 22 : Sejarah Ouija
BAB 23 : Langkah Pertama Si Lembaga
BAB 24 : Spekulasi Portal
BAB 25 : Persiapan Ke Dimensi
For Readers
BAB 26 : Misi Penyelamat Bermula!
BAB 27 : Hilang Arah?
BAB 28 : Pemburuan
BAB 29 : Manusia?
BAB 30 : Mangsa Buruan.
BAB 31 : Sumber.
BAB 32 : Topeng
BAB 33 : Cemas!
BAB 34 : Pilihan
BAB 35 : Mengalah?
FOR READER'S
BAB 36 : Perjuangan Belum Tamat.
BAB 37 : Khianat?!
BAB 39 : Mitos?
BAB 40 : Kantoi!
BAB 41 : Jalan Keluar.
BAB 43 :Pertemuan.
BAB 44 : Kenangan.
BAB 45 : Rescue and out.
FOR READER'S
BAB 46 : Manusia?
BAB 47 : Persediaan
BAB 48 : Pengorbanan.
BAB 49 : Berbelah Bagi?
BAB 50 : Penjelasan.
BAB 51 : Penamat Kisah Urban
BAB 52 : Misteri.
BAB 53 :Nek Wan.
THE END

BAB 42 : Harapan.

459 54 3
By qiujamal


Bunyi burung berkicauan sepertinya sedang menikmati hari-hari indah diantara mereka. Alunan muzik semula jadi telah pun bergema akibat terhasil daripada geseran daun-daun dipohon yang ditiup sang angin.

Aku mengerut muka lalu membuka mata perlahan dan mencuba untuk bangun dari tanah. Kepalaku sedikit pening. Ya - semalam aku hanya mengingati berlawan dengan makhluk yang berupa dajjal. Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri; tiada siapa pun tahu.

Mata aku meliar memeriksa sekeliling dan mendapati diri ini masih berada di kawasan pertempuran semalam. Bangkai makhluk berupa dajjal itu jelas kelihatan di hadapanku. Bauan busuk dari bangkainya membuatkan aku sedikit mual.

Aku bertumpu pula pada diriku dan anehnya tidak mempunyai sebarang luka atau calar. Cakaran berbisa di tanganku turut hilang. Bagaimana mungkin benda ajaib ini terjadi? Adakah ini semua angkara haiwan mitos itu? Aku cuba meneka.

Huarkk!

Aku memandang ke langit secara spontan. Aku tahu, itu adalah tanda haiwan mitos sedang terbang hampir ke sini. Di langit, haiwan itu terbang dengan megah dengan kibasan sayap yang lebar lantas membuat pusingan beberapa kali dan baru mendarat di hadapanku.

Makhluk itu mula menghampiri ke arahku. Kali ini, aku tidak melarikan diri atau takut padanya.

Aku percaya, haiwan inilah yang menjaga dan menyembuhkan aku sehari semalam - aku meneka. Jika ini benar, maka betullah kata orang, buat baik dibalas baik; buat jahat jangan sekali.

"Terima kasih." Aku tersenyum dan cuba mengusap lehernya. Sesekali dia cuba mengelak tetapi akhirnya memberikan aku keizinan untuk menyentuh dirinya. Kan bagus aku boleh membawanya pulang ke dimensi aku. Barangkali tidak perlu sudah menggunakan kereta.

Haiwan itu kemudiannya meletakkan sesuatu di tanah yang berupa alat seperti trompet. Alat itu berbentuk seperti gading gajah tetapi kecil sedikit daripada asal. Mungkin ini pemberiannya kepada aku. Haa... jangan ditolak kata orang.

Aku mengambilnya dan memandang ke arah haiwan mitos itu. Manalah dia dapat benda pelik ni - fikirku.

Duk!

Badanku disondol dengan kepalanya perlahan. Aku memandangnya dan ia menyondol ku sekali lagi.

Kali ini, haiwan mitos itu beredar ke satu sudut dan seperti menunggu arahan. Otak aku cuba memproses tetapi masih belum boleh menangkap kehendaknya.

Huarkk!

"Hmm...Apa yang kau nak ni", aku mengomel. Kelakuanya seperti kuda yang sedang berdiri berkaki dua. Aku melihat sekali lagi dengan gading berbentuk trompet itu.

"Owh!" sel otakku mula berhubung.

Huark! Laung haiwan itu lagi.

"Okey, kejap." Aku cuba memulakan tiupan.

Booormm!

Haiwan itu terus bergerak ke arahku. Selang beberapa saat kemudian haiwan itu kembali ke tempat asal dan aku mengulangi tiupan.

Boorrmm!

Dia mula beraksi seperti tadi dan aku tersenyum puas. Rupanya, haiwan mitos itu memberikan aku alatan yang boleh memanggilnya bila-bila masa. Aku tersengih berpuas hati.

"Terima kasih, aaa... entah apa nama kau. Hahaha..." aku memeluk haiwan itu erat.

Haiwan itu pula membalas dengan mengeselkan badannya kepadaku perlahan seperti kucing yang sedang bermanja.

"Dengan ini aku namakan kau Oscar. Suka tak?" Aku membelainya manja.

Huaarkk! Oascar mengesel manja seperti tanda setuju dengan nama yang diberi.

Seketika kemudian, Oscar mengambil langkah dan terus terbang ke udara. Aku hanya memandang dengan pemergiannya yang megah. Tak apelah, sekurang-kurangnya aku sudah ada alat untuk memanggilnya. Sekarang, aku harus ke tempat Wani. Masa pun semakin suntuk.

"Kalau ikut pada laluan, aku pasti perjalanan menuju ke tempat makhluk tak guna itu bermula dari gaung yang aku terjun tempoh hari, hmmm... " kataku perlahan seorang diri.

Aku mengaturkan langkah. Kini tubuh badanku sudah segar seperti sedia kala. Terima kasih kepada Oscar, aku boleh meneruskan misi menyelamatkan Wani - atau lebih tepat, Misi menyelamatkan kawan-kawan.

Aku kembali ke laluan air yang telah menghanyutkan aku semalam. Dari situ, aku cuma perlu mengikut laluan berlawanan dengan arus untuk sampai ke gaung.

Aku harap, tiada benda pelik yang berlaku sepanjang aku ke sana. Jika ada sekalipun, mungkin aku boleh memanggil Oscar untuk terbang melarikan diri. Itu saja peluang untuk menyelamatkan nyawa. Haih! Susah betul hidup dalam dimensi ni.

* * *

Hari sudah pun siang walaupun kawasan persekitaran nampak kusam. Tidak sama pula di bilik tahanan. Keadaannya tetap sama ditemani dengan cahaya daripada obor yang menyala di muka pintu.

Farah tersedar dengan mengejut. Dia melihat keliling dengan ketakutan. Sesekali di lihatnya tikus sedang melintas di hadapannya.

"Ahhh! Ape ni? Aku kat mana ni? Lepaskan aku!" Farah meronta-ronta di jeriji besi.

"Lepaskan aku... kenapa kurung... aku kat... sini...? Air mata mula mengalir. Tidak ada sesiapa yang respon dengan teriakkannya.

Farah hanya mampu bersedih di atas nasibnya yang malang itu.

"Jangan menangis... Farah." Satu suara bergema di dalam kegelapan. Ianya datang daripada bilik sebelah.

"Siapa tu... macam mana kau tahu nama aku?" Farah menyoal keras.

"Ni aku... Wani."

"Haa! Betul ke kau Wani? Wei... kau tak apa-apa ke... kami semua cari kau tau tak?" Farah bagai tidak percaya, akhirnya dia bertemu juga dengan si Wani tapi malangnya bukan bertemu untuk misi penyelamat.

"Aku okey, cuma tercedera sikit waktu cuba nak larikan diri. Kau datang dengan sapa lagi? Tadi kau kata ramai? Mana diorang semua?"

"Aku datag dengan Ira dan Ika. Aku dan Ira terpisah masa melarikan diri dari ditangkap. Ika pulak, hilang entah ke mana masa cari sumber makanan. Aku tak tahu jadi apa dekat Ira dan Ika sekarang. Sedar-sedar, aku dah ada kat dalam ni." Jelas Farah panjang. Dia juga kebinggunan tambahan lagi, rasa sakit di bahagian kepala buatnya tidak dapat berfikir dengan jelas.

Farah memegang kepalanya yang sakit itu dan terasa seperti ada lendiran air yang seakan membeku. Dia cuba melihat dengan jelas tapi malangnya kawasan persekitaran terlalu gelap lalu diabaikannya seketika.

"Owh... dah kau jangan risau. Kalau Ira dan Ika yang hilang aku pasti diorang boleh cari kita sampai dapat."

"Apa yang buat kau confident sangat. Ira pun cakap macam tu masa Ika menghilangkan diri tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa juga si Ika tu."

"Kau kena percaya dengan member kau. Macam aku, aku percaya korang akan selamatkan aku dan tengoklah - tekaan aku betulkan. Korang datang jugak selamatkan aku kat sini."

"Selamat apanya, aku pun kena kurung." Farah mengeluh. Hatinya penuh dengan tanggapan negetif.

"Takpe, percaya je. Kita pun tak boleh buat apa. Kalau nak melalak pun buat menghabiskan tenaga kita. Baik gunakan masa ni untuk berehat." Wani memberi semangat. Farah pula hanya berdiamkan diri. Mungkin dia masih kepenatan dan trauma dengan apa yang sedang berlaku tempoh hari.

"Wani." Farah mula berbicara perlahan.

"Ye Farah, aku ada ni."

"Kalau aku mati, tolong bagitau keluarga aku yang aku sayangkan mereka. Terutama adik aku yang nakal. Walaupun nakal, aku tetap sayang dia." Farah mula menangis.

"Hey, apa kau cakap ni? Kau dan aku akan diselamatkan oleh kawan baik kita berdua. Jangan fikir bukan-bukan. Lagipun aku pun dalam bilik tahanan. Macam mana aku nak sampaikan kalau aku kat sini dengan kau."

"Betul jugak tapi aku bagitahu je." Farah masih bersedih. Wani hanya mengeluh dan berharap Ira dan Ika dapat menyelamatkan mereka secepat mungkin.

BERSAMBUNG....

SNEKPEAK:

APA? FARAH MASIH HIDUP?! Wow selama ni ingatkan Farah dah aruwah dah. Ira pulak baru dapat alat baru. Harap lepas ni diorang boleh melepaskan diri... tolonglah...

Jom ke bab seterusnya!

Jangan lupa vote, komen, share dan berinteraksi untuk mengeratkan silaturahim.

Korang semua wattpaders memang terbaik!

Continue Reading

You'll Also Like

10.1K 337 21
Sebuah ceritera bergenre seram. Tapi tidak menyeramkan kerana telah diselit beberapa genre lain. Isi Kandungan Mungkin Mengandungi; -Perilaku 18+ -S...
66.1K 4.6K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
22.3K 1.4K 19
HAI, DISINI SAYA NAK KONGSIKAN KISAH SERAM YANG SAYA HADAPI. STAY TUNED.
8.8K 930 45
Story ni saya dah pernah publish. Tapi dalam English. Atas permintaan ramai, Hahaha. Saya buat balik dalam bahasa melayu. Bila dua belas orang lelaki...