Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

11

7.3K 366 8
By minbrown_


" Zara."

Zara menoleh seraya bangkit daripada baring. Jari telunjuknya yang digenggam bayi perempuan tersebut digoyang-goyangkan. Tertawa suka bayi kecil itu.

" Khai datang."

" Oh. Suruh dia masuk." Tudung sarung disebelah dicapai dan disarungkan ke kepala. Pipi bayi perempuan tersebut dicium. Wangi.

" Baby..."

Kelibat Khai menghampiri mereka berdua Zara pandang sekilas. Lelaki itu melabuhkan punggung bertentangan dengannya sebelum bayi tersebut didukung. Tanpa sedar bibir terukir senyuman. Senyuman yang tersirat. Cara Khai dukung baby tu macam dah pro.

Omaigod ciri-ciri bakal suami.

Gehehehe.

" Ala come come." Pipi tembam anak kecil tersebut digomol-gomol membuatkan baby itu tertawa. Saffia yang baru tiba dengan air minuman turut tertawa gembira.

Khai mengangkat wajah memandang Zara. "Dah bagi susu?"

Zara mengangguk."Pagi tadi dia meragam. Menangis tak berhenti."

" Dia rindu aku lah tu."

Zara menjuih bibir. Perasannya.

" Dah bagi nama?" Khai mengerling Zara sekilas sebelum menyambung bermain dengan baby. Suka dia dengan baby.

" Belum. Aku tak tahu nak bagi nama apa."

Saffia melabuhkan punggung di sisi. Suka dia tengok Zara dengan Khai. Seperti pasangan suami isteri je kalau tengok. Tak adalah hari-hari berperang mulut gaduh benda yang tak berfaedah. Boleh pekak telinga dengar pum prang pum prang.

" Gabungkan lah nama korang berdua. Korang yang jumpa baby ni. Korang juga yang nak ambil baby ni jadi anak angkat. Apa salahnya?"

Zara dan Khai berpandangan. Ada betulnya jugak. Tapi tak berebut ke? Nak bagi nama apa?

" Mellyna?"

Khai diam. Otaknya cuba diperah untuk menghasilkan nama terbaik untuk bayi perempuan tersebut.

" Err..Edyana?"

Berkerut dahi Saffia. Dua figura tersebut dipandangnya aneh."Apa ke pelik nama korang berdua suggest ni? Tak payah nak acah orang putih sangat lah."

Zara mengeluh. Pipi bayi tersebut diusap perlahan. Sesekali Khai dikerlingnya. "Habistu?"

Jari telunjuk diketuk pada dagu. Masing-masing mencurah idea untuk menghasilkan nama yang sesuai dan tak melampau seperti tadi. Ada ke patut bagi nama ala-ala orang putih?

" Khayra?"

Statik Khai dan Zara menumpukan perhatian pada Saffia. " Khayra Syafiah?"

" Wow." Khai tertawa."Sedap nama."

Zara tersenyum." Yelah kan?"

Khayra Syafiah. Pandai Saffia pilih nama. Memang padan dengan bayi perempuan tu. Comel.

" So..Bila korang nak daftarkan baby ni?"

Baby Khayra bertukar tangan apabila Zara memintanya sebelum dibaringkan di tilam kecil itu. Baru satu hari jadi mak angkat dah Baby Khayra suka dengan dia. Tambah-tambah bila Khai ada sekali. Like perfect family..Woo..

" Kitaorang nak pergilah ni. Tunggu Zara siap lepas tu nak shopping barang Baby.Sian dia tak ada baju ye." Khai mengagah baby Khaira. Bibir kecil itu dimain-mainnya dengan jari telunjuk.

" Kau belanja baju Khayra."

" Small matterlah. Kau pun kalau nak aku belikan."

Zara menjeling. Kesian betul Khayra dari malam tadi yang hanya berbalut dengan tuala mini dia. Sebab tak ada baju punya pasal. Kedai pula tak bukak tengah-tengah malam.

Air yang dihidang Khai jamah sedikit sebelum pandangannya berpusat pada Zara."Kau pahal tak siap lagi? Nak pergi ke tak nak?"

" Sabar lah. Aku nak pakaikan Baby Khayra baju tapi tu lah. Baju apa?" Dalam rumah ni mana ada baju bayi. Baju Saffia dengan dia adalah.

" Kau pakaikan lah Baby ni singlet kau. Lepas tu balut dengan long dress kau. Apa susah? Complicated lah kau."

Ternganga Saffia dan Zara dibuatnya. Gila ke apa Khai ni. Aku tekup kepala dia dalam mangkuk tandas baru tahu.

" Ha ha. Lawaknya Khai! So funny." Tangan sengaja ditekup ke mulut seraya bibir tertawa hambar. Buat lawak bodoh pulak pagi-pagi dia ni.

Khai menjeling. Tubuhnya dibongkokkan supaya mudah untuk dia bermain dengan Khayra." Baby.. You tahu tak mama you ni wanita paling kecoh.. You suka ke dia jadi mama you? "

Khayra menggoyang-goyangkan tangannya. Tertawa kecil dia apabila pipinya menjadi mangsa Khai. Zara yang melihatnya pun menggeleng kepala. Tak sangka selama ni kawan dia tak betul. Khayra yang rasa macam baru berapa hari dilahirkan di tanya ?

Aku nak ketuk kepala dia boleh tak ?

" Ha tengok dia pun tak suka kau. Dia suka aku. Kan baby Khayra?"

Khai tertawa geli hati apabila Zara menjeling tajam. Haha jealous lah tu. Saffia pula hanya menggeleng. Dia bangkit sebelum melangkah ke kamar tidurnya. Daripada melayan dua manusia tu tak pergi kerjalah jadinya nanti.

" Sayang anak papa. Nanti kita pergi shopping ye?"

Zara mendengus kegeraman sebelum rambut Khai ditarik sekuatnya. Geram tahu tak geram!

" Sakit lah gila. Kau pahal?"

" Kau lah pahal! Khayra tu anak aku. Kau tak layak jadi papa dia."

Khai tertawa sinis."Khayra ni anak aku jugak. Kita berdua yang jumpa malam tadi so dua-dua ada hak."

" No. Tu anak aku. Aku yang jumpa dulu. Hanya aku yang ada hak. Kau tak layak jadi papa dia. Kau tak betul."

Khai mendengus."Kau tak payah jadi sakai boleh tak?"

Gadis itu mengherotkan bibirnya tanda tak puas hati."Khayra tu bukannya anak kau. Lain lah kalau dia hasil daripada kau punya tuuuttttt...Baru layak jadi papa dia. Ni muka layak set-set bangla mesin rumput ada hati nak jadi papa Khayra."

Khai mencerlung tajam. Amboi bahasa mak senah ni! "Habis kau tu? Kau nak kata yang Khayra ni keluar dari rahim kau macam tu? Hasil hubungan kau dengan someone? Kau buat seks dengan jantan pastu dapat Khayra? Macam tu?"

" Jangan jadi banganglah!"

" Kau-"

" Dah lah korang!"

Suasana yang tegang kembali senyap apabila suara Saffia memetir dari muka pintu biliknya dengan tudung separuh siap dan wajah dingin. Dua-dua telan liur.

" Kalau nak gaduh pergi keluar! Bingit tahu tak? Masing-masing dah besar kan? Takkan depan budak pun nak gaduh?"

Zara menjeling Khai. "Khai ni-"

" Diam! Korang berdua sama je. Macam ni nak jadi parents angkat Khayra? Dengan asyik bertekak mulut nanti Khayra ke mana korang ke mana. Please lah guys. Be matured!"

Zara dan Khai menunduk. Betul apa yang Saffia cakap. Umur dah 24 tapi perangai still tak matang. Macam mana diorang nak besarkan Khayra dengan baik?

" Aku dengar korang bertekak lagi sekali memang aku hantar Khayra pergi rumah anak yatim."

" No way!" Spontan kedua manusia itu menjerit. Khai pula dah angkat Khayra dan dipeluknya. Tak nak berpisah!

Over betul!

" Fullstop!" Saffia menapak ke dalam bilik semula. Khai dan Zara masing-masing berpandangan dengan wajah dingin. Dasar mulut puaka!

" Ni semua salah kau."

" Apahal pulak aku. Kau yang-"

" Khai dan Zara!"

" Okay-okay!"

°°°°°

" Dah siap kemas?"

Lisya menoleh sebaik suara Puan Aida menyapa gegendang telinganya. Bibir mengukir senyuman halus seraya birai katil didapati dan diduduknya. Puan Aida mengerling barang-barang anaknya yang harus dibawa ke Kuala Lumpur nanti.

" Dah mak."

" Ada yang tertinggal tak? Ke ada yang kurang ke?"

Lisya menggeleng."Tak mak. Semua cukup. Tinggal nak check dokumen penting je."

Puan Aida mengangguk kecil. Kedua-dua anaknya duduk berjauhan. Serentak pula tu. Lepas ni tak adalah yang nak bermanja-manja lagi dah.

" Minggu depan Lisya dah pergi kan?'

" Aah mak. Ada sesi orientasi. Mak dengan abah tak nak teman Lisya ke?"

Wanita yang separuh abad itu mengeluh kecil. Bukan dia tak mahu pergi tetapi dia tak mampu. Dari Perlis nak ke KL tu banyak modalnya. Ibu dengan bapa siapa yang tak nak tengok langkah permulaan anak-anak sebelum berjaya?

" Insyaallah kalau ada rezeki mak ke sana dengan abah." Puan Aida tersenyum hambar.

" Nanti bila dekat sana. Lisya jaga diri elok-elok. Dekat sana macam-macam jenis orang ada. Solat jangan tinggal. Aurat jaga. Jaga maruah mak dengan abah. Maruah keluarga. Jangan susahkan Kak Risya tahu? Duduk rumah dia elok-elok. Mak bukan apa mak takut abang Kasyaf tu tak selesa."

Lisya tersenyum. "Insyaallah mak."

" Mak."

Lisya gigit bibir. "Abah bagi ke Lisya sambung belajar dekat KL?."

Dahi Puan Aida berkerut disusuli tawa kecil."Apa pulak abah tak bagi. Abah lagi suka adalah."

Bibir terukir senyuman hambar. Apa yang dia perasan semenjak hari yang dia beritahu dia dapat tawaran perangai abah lain semacam. Tak tahulah kenapa. Langsung tak mahu berborak panjang dengannya.

" Mana lah tahu. Mungkin firasat Lisya je kot."

" Tak ada apa tu. Abah cuma risau je Lisya duduk jauh. Tak payah fikirlah."

Lisya tersenyum hambar.

°°°°°

Sis pulak yang stress buat scene Zara dengan Khai.

Continue Reading

You'll Also Like

306K 11.4K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
137K 7.2K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
105K 3.7K 61
BEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial m...
124K 6.3K 54
Book 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna...