Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.4K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
1
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

3

10.7K 530 1
By minbrown_


Perjalanan yang memakan masa selama berjam-jam menuju ke bumi jelapang padi amatlah meletihkan. Dengan menghadap traffic jam,dengan singgah makan dan solat. Oleh kerana Kasyaf sanggup bertahan mata memandu dari Kuala Lumpur ke Perlis, Risya sanggup menahan kantuknya semata-mata mahu menemani Kasyaf. Takut terjadi apa-apa memandangkan jam tangannya sudah menginjak 3 pagi.

" Abang." Kasyaf menoleh sebaik pedal minyak dilepaskan apabila lampu isyarat bertukar merah. Rambutnya disebak ke belakang. Tengkuknya diurut-urut menghilangkan lenguh.

" Abang tak penat ke? Berhentilah dekat RnR dulu ke. Rehat sekejap sementara tunggu subuh. Sian abang letih." Pipi Kasyaf dipegangnya lalu bahu lelaki itu dipicit lembut..

Kasyaf tersenyum kecil dalam samar-samar memandangkan highway tiada lampu jalan yang banyak. Risya pula tergugat melihat senyuman Kasyaf. Bagaikan ada nur disebalik senyuman suaminya.

" Tak payahlah. Lagipun dah nak sampai. Tidurlah dulu. Dari petang semalam berjaga. Nanti dah sampai abang kejutlah."

Pantas Risya menggeleng. " Tak apa lah. Risya teman abang. Abang tak mengantuk?"

Brek dilepaskan. Cermin pandang belakang dilihatnya sebelum meneruskan perjalanan. Risya yang masih setia menunggu jawapannya dikerling dengan ekor mata.

" Okay." Risya membetulkan postur duduknya memandang ke jalan raya. Bibir cuba diukir dengan senyuman. Cuba menghapuskan perasaan ' terasa' nya dengan Kasyaf.

°°°°°

" Alhamdulillah..Dah sampai."

Risya menepuk tangan tanda gembira. Kasyaf yang sedang meregangkan otot-ototnya menghilangkan penat lelah dipandang sebelum bibirnya laju mendarat di pipi kiri Kasyaf.

" Terima kasih abang."

Enjin kereta serta aircond dimatikan. Kunci ditarik keluar lalu Kasyaf bersandar seketika sambil memandang Risya. Wajah putih bersih Risya yang manis berhijab membuatkan dia teringat akan arwah sepupunya Tengku Humairah adik kepada Tengku Farhan yang terlibat dalam kemalangan 2 tahun lepas. Cukup memilukan apabila disahkan arwah meninggal pada malam tersebut.

" Abang? " Suara lunak Risya meragut pergi lamunan Kasyaf. Lelaki itu tersentak kecil sebelum menghela nafas kecil. Jam Rolex di tangannya dikerling.

" Dah nak masuk subuhlah abang. Ermm..Kita solat subuh dulu ye?" Lengan sasa Kasyaf,Risya sentuh. Wajah kepenatan suaminya melahirkan rasa simpati pada Risya. Kesian Kasyaf sanggup bertahan mata kerana mahu pulang ke Perlis.

Kasyaf mengangguk. Bibirnya dihinggap ke pipi Risya." Baju tu biar dulu dalam bonet. Besok pagi abang angkat masuk dalam."

" Ouh okay. Jom masuk."

Risya melangkah turun dari perut kereta diikuti Kasyaf. Berlari kecil dia mendapatkan suaminya sebelum kaki diatur ke depan rumah. Cahaya yang menerobos keluar dari celah-celah rumah papan itu menandakan keluarganya sudah pun bangkit dan bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Risya memanjatkan rasa syukur apabila pintu dikuak dari dalam tepat pada waktunya. Wajah seorang lelaki yang sudah dimamah usia menyapa pandangan mereka berdua. Bibir merah itu tersenyum gembira.

" Assalamualaikum abah."

Tersentak kuat tubuh Encik Asri iaitu bapa Risya yang lengkap berpakaian baju melayu dan kain sarung.

" Ya Allah. Risya. Kasyaf."

Laju Risya mendapatkan ayahnya lalu tubuh tua itu dipeluk sekilas dan tunduk untuk bersalam. Kasyaf yang berada disebelah Risya turut berbuat demikian.

" Assalamualaikum abah."

" Waalaikumusalam. Ya Allah. Bila masa kamu berdua sampai ni? Dah lama ke dekat luar?"

Pantas Kasyaf menggeleng." Tak lah abah. Baru je sampai. Ni..Abah nak pergi masjid ke?" Pinggang Risya dirangkulnya. Risya menoleh sekilas sambil tersenyum.

Encik Asri tersenyum." Aah. Dah nak masuk waktu subuh."

" Oh kalau macam tu. Saya ikut sekali lah abah. " Kasyaf yang seakan mahu turun semula terbantut apabila suara Encik Asri menghalang pergerakannya.

" Tak payah. Kasyaf solat subuh dengan Risya kat rumah. Penat lagi kan? Lepas solat subuh rehat-rehatkan badan dulu. Penat memandu jauh."

" Tapi bah-"

Tumpuan Kasyaf beralih pada isterinya yang mengusap perlahan belakangnya. Risya tersenyum halus.
" Betul cakap abah tu abang. Kita solat subuh dekat rumah ye. Abang penat drive."

" Apa yang kecoh-kecoh kat luar ni bang?" Suara seorang perempuan kedengaran dihalwa telinga sebelum memunculkan diri disebalik pintu. Semakin melebar senyuman Risya apabila wajah Puan Aida yang manis bertelekung menyapa mereka berdua.

" Mak.."

" Eh..Risya." Tubuh Risya terus adipeluk erat.

" Bila sampai pengantin baru ni? Kenapa tak masuk?"

" Baru je sampai mak. Ingatkan nak ikut abah pergi masjid tapi kesian abang Kasyaf penat. Tu yang solat kat rumah."

Kedengaran azan subuh berkumandang didada langit menyentak mereka semua. Kalut Encik Asri dan Puan Aida jadinya.

" Eh. Alamak. Mak dengan abah dah lambat. Dah-dah. Kami nak ke masjid dulu. Rehat-rehat ye. Kalau lapar tu. Suruh Lisya buat sarapan."

" Oh ye mak. Hati-hati."

Figura Encik Asri dan Puan Aida yang berlalu pergi bersama motorsikal dipandang. Risya menoleh memandang Kasyaf.

" Jom masuk abang."

°°°°°

Risya tersenyum kecil melihat Kasyaf yang merebahkan badan di atas katil. Telekung yang tersarung ditanggalkan sebelum disangkut ke dalam gerobok lama kesayangannya. Nampaknya banyak juga barangan yang belum diambilnya. Getah rambut ditarik meleraikan rambutnya yang panjang dan lurus lalu diletakkan di atas meja. Tubuh dipusing lalu kaki menapak ke katil sebelum punggung dilabuhkan di sisi Kasyaf.

" Abang..."

Senyap. Bibir tersenyum nipis sebelum halwa telinga menangkap bunyi dengkuran halus. Tubuh Kasyaf yang baring dalam posisi meniarap digerakkan perlahan sehingga terjaga dari lena.

" Apa?"

"Jangan baring meniarap abang. Nanti sakit badan." Kasyaf membalikkan tubuhnya sebelum menyambung kembali tidur. Risya bangkit lalu gebar ditarik menutupi tubuh suaminya sebelum dia menapak keluar dari bilik menuju ke dapur.

" Rindunya rumah ni." Mana tak nya. Sebulan dia terpaksa duduk dekat KL sehingga dia bergelar isteri kepada Kasyaf. Masa hari pernikahan pun mak dengan ayahnya terpaksa pulang ke kampung petangnya selepas dia bernikah atas urusan tertentu.

Kedengaran bunyi derap tangga kayu menemani Risya menuju ke tingkat bawah iaitu dapur. Jendela kayu di kuak luas turut serta pintu dapur. Risya menapak keluar menikmati suasana segar di waktu pagi seraya rambutnya disanggul santai dengan penyepit rambut.

" Bila sampai?"

Statik Risya menoleh sebaik suara seseorang menjengah pendengarannya. "Eh. Lisya..Subuh tadi." Risya menapak masuk dan menuju ke peti ais. Figura Lisya yang duduk di meja makan dipandang sekilas.

Lisya memutarkan bebola mata ke sekeliling." Akak. Hmm..Abang Kasyaf mana?"

Bahan-bahan masakan dikeluarkan lalu diletak di atas meja." Abang tidur. Penat sangat."

" Ouh.." Lisya tersenyum dalam hati apabila terbayang wajah kacak Kasyaf sewaktu hari pernikahan kakaknya tempoh hari. Jujur dia katakan. Kasyaf memang segak orangnya. Dia sebagai adik ipar turut tergugat apa lagi kakaknya.

" Akak nak masak apa?"

Risya berfikir sejenak." Ermm..Rasa-rasa nasi lemak kot. Bila abah beli sotong?"

" Semalam."

Risya mengangguk. " Macam mana? Dah tahu nak masuk U mana?"

Lisya tersenyum kecil." Akak nak tahu tak? Lisya dapat offer masuk UniKL."

Spontan wajah Lisya dicari bersama senyuman kegembiraan." Betul ke? Alhamdulillah.Tahniah Sya. Lisya ambil course apa?"

" Fashion designer. Lisya dah terbayang-bayang dah kalau Lisya dapat jadi pereka fashion terkenal. Tapi tu lah.." Suara Lisya bertukar kendur menarik perhatian Risya yang ligat membasuh beras sebelum ditenggekkan di atas dapur masak.

" Tapi kenapa?"

" Sebenarnya..Lisya belum bagitahu mak dengan abah yang Lisya dapat dekat KL."

Berkerut dahi Risya jadinya. Punggung dilabuhkan disisi Lisya seraya menarik bekas yang berisi ikan bilis mentah untuk dikopek. " Kenapa tak bagitahu lagi? Bila masuknya?"

" 2 bulan lagi."

" Ya Allah Lisya. Kenapa tak bagitahu mak abah? Kalau pasal duit insyaallah akak boleh tolong. Duit simpanan akak cukup untuk pendaftaran. Dan-"

" Akak. Kejap." Lengan Risya dipegang. " Ni bukan pasal duit."

" Habis tu?"

Lisya menunduk." Lisya..Lisya tak tahu nak duduk mana masa study kat KL nanti."

Risya mengeluh. Dia terdiam sebelum terfikir sesuatu." Hmm..Macam ni lah. Nanti akak cuba tanya abang Kasyaf. Mana tahu dia beri keizinan untuk Lisya tinggal dengan akak dekat KL."

Bersinar terus mata Lisya apabila Risya berkata sedemikian. Dalam fikirannya sudah terbayang-bayang dengan kehidupan di bandar mewah itu.

" Dah. Akak nak masak ni."

" Lisya tolong."

Bekas yang berisi ikan bilis dihulur pada Lisya." Nah. Kopek ni akak nak buat sambal sotong."

" Ha okay. Buat pedas-pedas akak."

" Tak nak. Nanti suami akak berak-berak nanti."

°°°°°

Daun pintu kayu ditolak perlahan ke dalam sebelum pandangannya jatuh pada Kasyaf yang sedang menyarungkan baju pada tubuh. Pintu dikunci lalu kaki menapak mendekati sang suami yang masih belum perasan akan kehadirannya. Bibir tersenyum halus sebelum belakang tubuh Kasyaf dipeluk. Kasyaf yang tersentak segera menoleh kepala sambil memegang tangan Risya diperutnya.

" Apa ni... Buat abang terkejut tahu tak."

Risya tertawa halus. Haruman yang melekat di tubuh Kasyaf memasuki rongga hidung Risya membuatkan Risya terbuai seketika."Abang wangi.."

Kasyaf tersenyum dalam hati dengan sikap Risya. Wangilah dah rembat bini punya sabun mandi. Lupa pula nak bawa sendiri punya.

" Risya..." Tangan Risya yang melingkar di perutnya dileraikan sebelum tubuh kecil itu dipeluk erat. Tangannya dilingkar di pinggang ramping Risya.

" Risya ke mana tadi? Abang cari tahu tak? "

Risya terdiam." Err..Maaf abang. Tadi Risya teman abah pergi kebun. Kutip sayur. Kenapa abang cari Risya? Rindu eh?"

Kasyaf tersenyum kecil melihat senyuman Risya. Dahinya ditemukan dengan dahi isterinya sebelum hidung sengaja dilagakan. Risya tersenyum halus sebelum tangannya dibawa ke belakang Kasyaf.

" Salah ke abang rindu Risya? You're my wife. Risya tak ada tadi abang makan sorang-sorang tahu tak?"

Risya tertawa kecil." Maaf abang. Malam nanti Risya janji Risya teman abang makan ye. Kalau nak suap pun boleh."

" Layan abang pun boleh kan?" Usik Kasyaf bersama senyuman nakal.

" Everything abang."

Makin dalam senyuman Kasyaf sebelum pipi Risya jadi mangsa.

" Dah abang dah. Nak sweet-sweet malam nanti."

Wajah diangkat. Tersentak kecil Kasyaf jadinya sebelum dagu Risya dipegang lembut.

" Asal mata sembap ni? Risya tak rehat ke tadi?"

Perlahan Risya menggeleng." Haih.. Abang suruh rehat kan tadi? Sekejap pun tak apa. Nanti kalau sakit abang jugak yang risau."

" Abang.. Risya bukan tak nak rehat. Tapi Risya tak biasa tidur pagi-pagi. Nanti lepas Isyak Risya tidurlah. Jangan risau okay? "

Keluhan kecil terkeluar dari mulut Kasyaf. Sepasang mata itu ditenung dalam.

" Abang tak nak isteri abang sakit. Risya tak cukup tidur. Seharian teman abang drive ni pagi pun entah merayap ke mana. Tengok muka dah pucat ni."

" Abang.." Kepala Kasyaf ditarik mendekat sebelum bibir Risya dilabuhkan didahi Kasyaf.

" Risya okaylah. Malam nanti Risya tidurlah. Okay?"

Sekali lagi Kasyaf mengeluh.

°°°°°°

Continue Reading

You'll Also Like

767K 24.2K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
807K 22.3K 50
Qayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi pe...
94.1K 5.1K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
16.2K 1.6K 6
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...