Book 1:The Faith's [C]✓

By minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... More

The Faith's prologue
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

1

15.5K 690 12
By minbrown_

-Bismillahirrahmanirrahim-

°°°°°

Suasana di dalam masjid Cyberjaya kedengaran meriah sekali dengan kehadiran saudara-mara bagi kedua-dua belah pihak namun adab di dalam masjid masih kekal dijaga. Para camera man sudah bersiap sedia dengan posisi masing-masing sebelum acara bermulanya pernikahan yang akan dijalankan berbaki 3 minit dari sekarang.

Risya tersenyum nipis bagi menutup perasaan gementar yang bertandang. Figura Kasyaf yang duduk berhadapan dengan tok kadi dan lain-lain dipandang. Lelaki itu hanya duduk dengan tenang bersama senyuman nipis. Dan yang pasti senyuman itu bukan untuk dirinya.

" Bismillahirrahmanirrahim." Suara Tok kadi kedengaran bergema melalui pembesar suara. Suasana yang kecoh kembali senyap apabila acara sudah bermula.

" Sebelum akad nikah. Saya akan menyampaikan sedikit khutbah perkahwinan."

Risya menunduk memandang jari-jemari yang cantik diukir dengan henna merah. Warnanya pekat dan seakan memberi satu rasa untuknya.

Khutbah perkahwinan dimulakan. Kedua sang mempelai fokus mendengar dan sesekali mengangguk. Turut serta para camera man yang sudah mula menjalankan tugasnya.

10 minit sudah berlalu. Segala borang sudah diturunkan tandatangan. Kini,segala yang dinanti-nantikan oleh semua para tetamu sudah berada dipenghujungnya. Kasyaf membentulkan songkok dikepala seraya membetulkan posisi duduknya.

Risya pula beristighfar dalam hati supaya meredakan rasa gugupnya. Walaupun Kasyaf hanya dikenali melalui gambar dan hanya sekali bersemuka iaitu pada hari kursus perkahwinan bulan lepas,namun dia dapat rasakan dihadapannya sekarang ini adalah jodoh dan ketentuan takdir untuknya. Semoga pilihan orang tua adalah yang terbaik untuk dirinya dan Kasyaf.

" Tuan Hazrul Kasyaf Bin Tuan Hairil Kazni."

Nafas ditarik dan dihembus. Tangannya yang sudah berada digenggaman lelaki tua itu diperkemas. Anak mata memandang tepat kedua mata Tok Kadi cuba memberi tumpuan sepenuhnya walaupun terdapat berpusu-pusu cahaya disekelilingnya merakamkan detik-detik penyatuan ini.

" Ye saya."

" Aku nikahkan dikau Tuan Hazrul Kasyaf bin Tuan Hairil Kazni dengan Nik Risya Adya Binti Nik Asri dengan mas kahwinnya RM 500 tunai."

" Aku terima nikahnya Nik Risya Adya Binti Nik Asri dengan mas kahwinnya RM500 tunai."

Sekali lafaz. Sekali nafas. Akhirnya kedua-duanya selamat diijabkabulkan bersaksikan saudara-mara dan pihak media. Ucapan syukur bermain dibibir masing-masing.

Risya tersenyum nipis seraya menyeka air mata bahagia yang tumpah. Tubuh Puan Aida didakap erat. Turut serta mak mertua; Puan Katijah di kanannya.

" Terima kasih Risya. Sebab sudi jadi menantu mama."

Risya tersenyum. Tangan Puan Katijah digenggam erat." Risya janji. Risya akan cuba jadi menantu dan isteri yang baik kepada Kasyaf.".Puan Katijah tersenyum gembira.

Kasyaf bangkit membetulkan sampin songketnya sebelum menapak ke saf hadapan untuk menunaikan solat syukur.

7 minit berlalu, para camera man upahan,pihak media serta saudara-mara masing-masing bergegas ke pengantin perempuan sebaik Kasyaf selesai menunaikan solat. Dia duduk melutut menghadap Risya. Wajahnya sedikit pun tiada tercalit sebuah senyuman.

Risya tersenyum hambar. Detik-detik bahagia seperti ini Kasyaf tak senyum? Kahwin paksa kah dia?

Cincin yang bertatahkan permata diatasnya dicapai Kasyaf sebelum jari kecil yang disaluti dengan henna merah pekat dicapai lembut. Setiap gerak- gerinya diperhatikan Risya.

" Bismillahirahmanirahim." Cincin tersebut mula disarungkan ke jari manis Risya lalu tangan Ridzwan dikucup olehnya. Giliran Risya berbuat perkara sama.

Kasyaf membongkokkan tubuhnya dan bibirnya dibawa ke telinga Risya.
" Terima kasih jadi bidadari saya."

Kepala Risya dipegang lembut sebelum satu kucupan syahdu hinggap di ubun-ubun Risya yang dilindungi tudung.

Berkelip-kelip cahaya merakamkan detik-detik itu. Akhirnya anak kepada Jutawan terkenal sudah sah bergelar suami kepada seorang gadis yang bernama Risya.

Semoga bahagia dan kekal selama-lamanya.

°°°°°

Risya menoleh sebaik pintu bilik air dikuak dari dalam. Bibir tersenyum halus walaupun penyepit rambut dikemamnya dengan tangan ligat mengikat rambut panjangnya.

Kasyaf yang baru keluar dengan berpakaian t-shirt putih dan joggerpant kelabu menoleh sekilas isterinya yang sedang mengikat rambut. Jujur dia katakan. Risya cantik luar dan dalam. Memang tak menyesal pilihan dia selama ini untuk memperisterikan gadis kampung sepertinya. Memang orang kampung lawa-lawa eh?

" Risya."

Risya berpaling." Sini." Kasyaf menepuk ruangan sofa di sebelahnya. Tanpa banyak bicara,Risya menapak menghampiri Kasyaf dan punggung dilabuhkan disebelahnya.

" Ye awak?"

" Abang." Risya tersentak kecil. Abang?

" Err. Ye. Ye abang?" Kasyaf tersenyum dalam hati. Wajahnya masih kekal tak bereaksi. Tanpa secalit senyuman dibibirnya. Anak mata merenung tepat ke dalam sepasang mata cantik itu.

" Abang tahu Risya kahwin dengan abang atas pilihan mak ayah Risya. Dan abang dengan Risya tak pernah berjumpa melainkan masa kursus kahwin bulan lepas."

" Risya tahu-"

" Jangan menyampuk. Bagi abang habiskan dulu." Risya menunduk. Lama suasana sepi sebelum tangannya ditarik dan digenggam erat.

" Risya kahwin dengan abang atas dasar apa?"

Pantas Risya mendongak. Menentang anak mata suaminya." Risya ikhlas kahwin dengan abang."

" Tak menyesal kahwin dengan abang sebab Risya tak pernah kenal abang sebelum ni?"

Risya menggeleng." Kalau dah itu jodoh untuk Risya. Risya terima."

Kasyaf mengangguk kecil." Listen here."

" Awal-awal abang cakap. Abang bukan macam suami orang lain. Macam yang Risya idamkan dalam novel or imaginasi and what ever. Abang dingin. Bila-bila masa abang boleh melenting. So pesanan abang satu je. Jangan buat benda yang abang tak suka."

Risya mengangguk mengerti. " Tapi abang nak Risya tahu. Abang kahwin dengan Risya memang bukan dasar cinta. Bukan dasar paksaan dan lain-lain. Memang abang sendiri yang suruh mama lamar Risya jadi isteri abang walaupun abang tak tahu perangai Risya macam mana. Sejujurnya abang ikhlas kahwin dengan Risya."

Sekali lagi Risya mengangguk. " Tapi abang cuba untuk jatuh cinta dengan Risya.Abang cuba untuk jadi suami yang baik. Dan Risya sebagai isteri abang buat apa yang Risya perlu buat. Faham?"

" Faham abang. "

" Good." Kepala Risya diusap perlahan.

" Abang tahu sebagai suami wajib memberi nafkah batin buat si isteri."

Terus terangkat kepala Risya memandang Kasyaf yang tak beriak dihadapannya. Peka terus dia dengan apa yang mahu disampaikan Kasyaf.

" Tapi benda tu. Abang tolak tepi. Abang tak nak sentuh Risya atas dasar nafsu dan tanggungjawab. Bagi abang kenal hati budi isteri abang sebelum abang bagi nafkah batin. Sebab abang tak nak jadi lelaki dayus yang semata-mata nakkan 'hubungan' hanya kerana nafsu. Mark my word."

Ubun-ubun Risya dikucup sekilas."Abang cuma takut kalau abang sentuh Risya then pregnant. Abang takut abang tak dapat laksanakan kata-kata abang dan nanti Risya sendiri makan hati. "

" Tapi kalau Risya nak abang tunaikan nafkah batin dengan cepat..Buat abang jatuh cinta dengan Risya cepat-cepat." Usik Kasyaf tanpa sedikit nada gurauan. Dia cuba melihat reaksi Risya yang sudah kemerah-merahan menahan malu.

" So..Besok Risya dah boleh jalankan tanggungjawab Risya sebagai isteri. Tapi ingat. Abang nikah dengan Risya bukan untuk Risya jadi maid abang."

Risya mengangguk lagi. " Say something Risya. Isteri abang bukan bisu kan?"

Risya mendongak. Berkira-kira dia mahu bertanya tentang soalan yang bermain-main dimindanya sedari tadi.

" Abang." Kasyaf menjongketkan kening menunggu bicara Risya." Err-"

" Nak cakap apa Risya? "

" Hmm..Risya nak tanya. Kalau-kalau Risya boleh kerja atau tak?"

" Tak boleh." Pantas Kasyaf bersuara.
" Abang tak izinkan. Abang mampu sara isteri abang. Tak perlu nak penatkan diri bekerja. Kalau Risya nak duit setiap bulan abang bagi duit belanja. Tanggungjawab Risya cuma jaga abang. Jaga pakai makan abang. Tu je. Lain-lain biar abang settle."

" Ouh. Okay."

" Dah sekarang abang nak Risya tidur sebelah abang. Jangan nak mengada-ngada tidur sofa lah tidur lantailah. Katil tu cukup luas. Nak terkangkang ke apa ke terpulang. Tak tidur sebelah abang. Tak cium bau syurga nanti. "

Risya menunduk menyembunyikan senyuman. Hailah..Banyak betul pesanan Kasyaf ni. Dari tadi dia je yang bercakap. Itu tak boleh ini tak boleh. Ingatkan baru nak tidur sofa.

" Dah jom."

" Haa okay."

°°°°°°

Continue Reading

You'll Also Like

137K 7.2K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
1.6M 45.9K 44
copyright chinesetehping! Written & Idea by chinesetehping. Published ; 9 April 2016. Completed ; 30 July 16. Highest rank ; #2 in Romance Co...
2.2K 182 10
❕Slow update Redamancy : A love returned in full Kisah ini menceritakan tentang perjuangan seorang gadis bernama Aurora Zahra untuk mendapatkan cinta...
204K 15.8K 83
Rule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu kel...