Cinta? Semak!

Door marisinc

154K 7.5K 112

Untuk Dila, cinta itu semak. Dia tak perlukan cinta untuk menjalani hidupnya. Cukup keluarganya dan anaknya... Meer

Bab 1 : Segalanya bermula disini...
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
BAB 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
Reader

Bab 16

2.4K 125 2
Door marisinc

"Aku tak faham, kenapa kau takut sangat?" Tanya Rayqal.

Rayqal hingga sekarang tak faham. Sebelum ini, Dila elok saja bekerja. Bila Engku Da pulang menjengah Firdaus, dia mula goyang. Dia mula ketakutan. Dan terus bertindak untuk berhenti kerja. Walhal selama ini, dia jaga Firdaus dengan tenang.

"Engku Da tu, bahaya. Tolonglah, dik. Carikan cepat orang ganti aku. Biar aku keluar dulu dari rumah tu sebelum Engku Da balik." Kata Dila. Cemas.

Itu juga yang dia kata dari dulu. Tapi langsung tidak diceritakan apa yang bahayanya Engku Da. Rayqal sendiri pernah berjumpa dengan Engku Da. Engku Da memang seorang yang tegas. Tapi tidak bahaya.

Rayqal sendiri pernah bertanya hal ini kepada Haikal. Dan dari cerita Haikal, Engku Da kelihatan sama seperti perangai orang yang berkedudukan. Sombongnya dan angkuh. Cuma bila makin tua, Engku Da sudah makin lembut. Walaupun tidak lembut seperti Puan Saleha, tapi tidaklah sekeras dulu.

"Bila Engku Da balik?" Tanya Rayqal.

"Tak tahu. Dia pun jenis balik tak ada warning." Jawab Dila.

Rayqal diam seketika. Dia berfikir sejenak.

"Kau berhenti sajalah. Pandai-pandailah dorang nak cari pengganti." Putus Rayqal.

"Kau rasa kenapa aku suruh kau cari pengganti aku dulu sebelum aku berhenti?" Tanya Dila.

Rayqal geleng.

"First, maintain hubungan baik kau dengan Haikal. Yang kedua, orang dalam rumah tu, semua tak tahu cara nak jaga orang sakit. Kau nak ke Firdaus tu terabai? Sanggup tengok?" Tanya Dila.

Rayqal geleng.

"So, kita kena cepat cari pengganti aku. Sekurang-kurangnya, untuk tempoh 4 ke 5 bulan berkhidmat sebelum kita jumpa seseorang yang betul-betul boleh jaga Firdaus." Kata Dila.

Rayqal angguk.

"Kau tak tanya kawan-kawan kau?" Tanya Rayqal.

"Ada. Tapi kau tahulah. Siapa nak kerja 7 hari seminggu. 12 jam sehari. Lagipun, dorang dah biasa kerja dan sibuk, susah nak biasakan diri dengan kerja-kerja yang macam ni. Lebih banyak rehat dari kerja." Kata Dila.

Rayqal tarik nafas dalam.

"Hanya isteri je yang mampu buat semua ni." Komen Rayqal.

"Kalau yang terlantar itu perempuan, dengan persetujuan dari bapa dia, dah bolehlah dinikahkan. Ini yang nak akadnya yang terlantar. Macam mana?" Balas Dila.

Rayqal pandang Dila.

"Engku Da tu, Firdaus je boleh handle. Masalahnya, Firdaus tak sedarkan diri. Kalau dia sedar pun, makan masa untuk dia kembali pada diri dia yang sebenar. Aku risau, kalau nanti dia sedar dan hilang ingatan." Kata Dila. Jelas kelihatan ketakutan diwajahnya.

"Aku harap, masa Engku Da balik, Firdaus dah sedar." Doa Rayqal.

"Aku harap, masa Engku Da dapat berita ni, dia tak dapat kesan aku. Masa tu, aku harap sangat yang kita sekeluarga hilang dari radar Engku Da." Doa Dila pula.

Jelas benar ketakutan dalam dirinya.

Rayqal diam. Dia sedang mengatur strategi untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan. Dia anak lelaki. Dia wajib menjaga keluarganya. Terutama Dila dan Adha.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

17.4K 747 4
Kisah Haidar dan Lili. Lanjutan dari novel AKU LELAKI SEJATIMU yang kini berada di pasaran. Boleh dapatkan naskhah AKU LELAKI SEJATIMU di kedai-keda...
118K 4K 66
"You play the game, and I'll determine if you score." ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
10.8K 421 52
1948, bermulanya kewujudan vampire di dalam alam manusia. Pelbagai masalah telah diharungi oleh manusia sehinggalah pada tahun 2013, manusia membuat...
255 70 8
* HIATUS * NADIHA Ashila, seorang gadis yang hidup tanpa menghiraukan pandangan orang lain terhadapnya. Baginya 'Simple is the best' kerana dia tidak...