Kerana Dia Jodoh Aku

By qvreena_

429K 12.6K 605

โ†’' complete 'โ† ______โœฟ______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang ca... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
NOTE

Epilog

18.1K 398 91
By qvreena_

4 tahun kemudian...


Izz membelek-belek album gambar di tangannya. Dia tersenyum sendirian sambil memegang wajah seseorang di dalam gambar tersebut. Dia memandang gambar Saffiyah bersama dengan Irfan satu persatu. Dia merenung dengan perasaan rindu yang membuak-buah terhadap 2 buah hatinya itu.

" Daddy rindukan Irfan sangat-sangat. Irfan jaga diri dekat sana. " Kata Izz dengan suara yang bergetar. Dia sedaya upaya menahan tangisannya supaya tidak terlepas.

" Daddy, ni siapa? " 

Satu tangan kecil menunjuk ke arah gambar Irfan dan Saffiyah. 

Izz memegang tangan kecil itu. Dia tersenyum memandang anak mata berwarna hazel yang menikam anak matanya.

" Takkan Fiz tak kenal. " Tanya Izz dan mengangkat tubuh kecil itu duduk di sebelahnya. Si kecil itu menggeleng kepalanya.

" Tak, Fiz tak kenal pun. Siapa tu daddy? " Tanya si kecil itu lagi dengan pelatnya. Dia memandang gambar itu dengan penuh berminat. 

Izz ketawa kecil mendengar pertanyaan anak lelakinya itu.

Muhammad Safiz Irsyad bin Izz Nadzrin. Gabugan nama bidadari tercinta dan namanya. Pada tahun ini, anak lelakinya sudah masuk usia 4 tahun. Walaupun anaknya lahir pramatang, namun alhamdulillah tiada tanda-tanda yang tidak diingini berlaku terhadap anaknya dan Saffiyah.

" Ini abang Irfan." Jawab Izz lalu mengusap rambut lebat anak lelakinya dengan penuh kasih sayang. Dia sebenarnya menahan rasa sebak yang tiba-tiba hadir apabila menyebut nama permata pertamanya, Irfan.

" Abang Irfan? Siapa tu? " Tanya Safiz dengan mata yang terkebil-kebil. 

Izz tersenyum tawar.

" Abang. " 

Belum sempat Izz terangkan kepada anaknya tentang Irfan, seorang perempuan berdiri di hadapan pintu, menegur nya. 

Safiz berlari memeluk perempuan tersebut. 

Perempuan itu mendukung safiz.

" Abang ni, tak puas-puas tengok gambar-gambar ni semua. " Kata perempuan itu lalu berjalan menhampiri ke arah Izz. Dia duduk di sebelah Izz. 

Izz hanya tersenyum. Dia memandang wajah perempuan itu. Lama

" Abang rindu dia, sebab tu abang selalu buka album ni. " Kata Izz lalu membelek lagi album tersebut.

" Siapa dia pada abang? Mesti dia ni istimewa untuk abang kan? " Tanya perempuan itu dengan ayat berbaur cemburu. 

Izz tersenyum kecil. Dia menyentuh wajah Saffiyah yang berada di dalam album itu.

" Kalau Sha nak tahu, ini lah bidadari abang. " Kata Izz dengan senyuman kecil di bibirnya. 

Erisha memandang Izz dengan pandangan tidak percaya.

" 4 tahun lepas, Sha pernah jumpa dia. " Terang Izz lagi apabila melihat muka Erisha yang tidak percaya dengan kata-kata nya itu.

" Sha nak jumpa dia boleh? " Tanya Erisha. Dia memandang gambar Saffiyah yang cantik tersenyum manis bak bidadari itu. 

Izz pula memandang Erisha dengan pandangan yang tidak percaya.

" Sha nak jumpa bidadari abang. Boleh? " Tanya Erisha lagi. Dia memandang wajah Izz.

Izz tersenyum manis.

" Jom. " Izz menarik lengan Erisha yang berbalut dengan baju.

_____✿_____

" Kenapa, kita datang sini? " Tanya Erisha pelik. Dia memandang ke luar tingkap dan wajah Izz bersilih ganti. 

Izz tersenyum tawar.

Dia keluar dari keretanya tanpa menjawab pertanyaan Erisha. 

Erisha kalut membuka pintu, apabila lihat Izz sudah berjalan meninggalkan nya.

" Abang! " Erisha berlari ke arah Izz. Dia sempat memegang lengan milik Izz, supaya lelaki itu berhenti dari langkahnya.

" Abang tak jawab lagi soalan Sha. Kenapa kita ada dekat sini? Dekat kubur? Kenapa? " Tanya Erisha dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia memandang wajah Izz yang tenang itu.

" Nanti Sha akan tahu. Jom. " Izz menarik lengan Erisha yang berbalut dengan baju .

Erisha hanya ikut langkah Izz dari belakang.

Langkah Izz terhenti apabila dia berada di hadapan sebuah kubur. 

Erisha yang berada di belakangnya, terjingkit-jingkit untuk melihat apa yang membuatkan Izz terhenti langkahnya.

" Kke-kenapa? " Tanya Erisha. 

Izz menoleh ke belakang untuk memandang Erisha.

" Sha nak jumpa bidadari abang kan? Ni bidadari abang. " Kata Izz lalu menoleh ke hadapan kembali. 

Erisha ikut pandang ke arah hadapan Izz.

" Ddi-dia dah tta-tak ada ke? " Tanya Erisha dengan tergagap-gagap. Dia memandang sebuah kubur di hadapan Izz itu.

Erisha duduk di hadapan kubur itu. " Akak- "

" Awak siapa? " Tanya Erisha. Dia memandang wajah terkejut perempuan di hadapannya. Dia perasan yang perempuan di hadapannya sedang memandang nya atas bawah. Tapi dia peduli apa. Memang ini cara pemakaian nya.

" Sepatutnya saya tanya awak, awak siapa? " Perempuan itu mula membalas. Erisha tersenyum sinis. Erisha memandang perempuan di hadapannya yang sedang menilik wajahnya. Mungkin terfikir yang muka dia ni familiar.

" Okey, okey. Saya memperkenalkan diri saya. Saya Erisha Wardina. Dan awak ni siapa? " Tanya Erisha. Dia membalas renungan perempuan itu. 

Mata perempuan itu membulat seperti baru dapat tahu siapa dirinya.

" Oh! Saya Saffiyah. Boleh panggil saya Saff.

Erisha berdecit apabila melihat perempuan itu tersenyum manis. Meluat sia!

" Inilah mummy Saff yang dikatakan oleh Irfan? " Tanya Erisha dengan suara menjengkelkan. Sengaja ditekan perkataan mummy saff itu.

" Ya, memang betul saya mummy Irfan. Any problem? " Tanya saffiyah dengan geram. 

Irfan hanya melihat pergaduhan itu sambil makan ais krimnya.

" Hahahaha. Pandai sungguh dia ni buat lawak. " Erisha ketawa sinis. Dia dapat lihat Saffiyah seperti sudah naik menyampah dengannya.

" Eh? Kenapa semua ada dekat sini? Eh? Erisha? Bila balik? " Erisha menoleh ke belakang. Dia tersenyum manis memandang lelaki yang segak di hadapannya sekarang.

"Hai abang Nadz. " Erisha berjalan menghampiri Izz dengan lenggok model nya. Dia memeluk lengan Izz. Erisha tersenyum sinis apabila lihat wajah kemerahan Saffiyah yang lihat drama free itu. Dia dapat lihat Saffiyah menjulingkan matanya ke atas.

" Sha, kan abang dah pesan. Kita bukan mahram nak peluk-peluk ni. " Izz menegur Erisha yang selamba memeluknya. Dia meleraikan pelukan erat Erisha itu. Erisha sudah memuncungkan mulutnya.

" Izz. " Saffiyah memanggil Izz. Izz dan Erisha memandang Saffiyah dengan serentak.

" Apa kau pangil dia, perempuan? Izz? " Tanya Erisha dengan matanya yang dibulatkan. Saffiyah mengerutkan dahinya.

" Ya, kenapa? Betul lah nama dia Izz kan? " Tanya Saffiyah dengan polos. Erisha memandang Izz di sebelahnya.

" Dulu Sha nak panggil abang, Izz, abang tak kasi pula. Tapi perempuan ni boleh pula panggil abang dengan nama Izz. Kenapa?! " Marah Erisha dengan matanya yang dibutangkan memandang Izz.

" Family abang je boleh panggil abang dengan panggilan Izz. " Jawab Izz dengan tenang. 

Erisha merengus geram.

" Dah tu, Sha ni siapa? Bukan family abang juga ke? Ke Sha ni orang luar? " Tanya Erisha dengan tiak puas hati. Dia menjeling Saffiyah yang berdiri kaku di tempat nya.

" I means, keluarga terdekat abang. Erisha tu cuma 2 pupu je dengan abang. Please sedar sikit. " Bidas Izz lagi.

" Dah perempuan ni siapa? Kenapa dia boleh panggil abang dengan nama Izz? Takkanlah orang gaji pun, keluarga terdekat abang. " Tanya Erisha lagi. 

Izz mengeluh. Haih pasal nama boleh dijadikan isu.

" Sayang, buatkan abang air. Abang dahaga lah. " Izz tidak hiraukan soalan Erisha itu. Izz memandang Saffiyah.

" What?! Sayang? Abang? What are you talking about nadz? " Erisha menjerit bagai histeria. Dia memandang tajam ke arah Saffiyah yang membawa lari Irfan masuk ke dalam rumah.

" Kenapa ni Sha? Tak perlulah jerit-jerit. Abang dengarlah. " Izz sudah naik angin. Erisha pun dah terdiam.

"Abang dah kawin ke? " Pertanyaan erisha itu dijawab oleh anggukan Izz. Dia terjatuh ke atas rumput.

Air matanya tiba-tiba menitis apabila teringatkan tentang kali pertama dia berjumpa dengan Saffiyah 4 tahun lepas.

" Akak- Sha minta maaf. " Erisha meraung di tepi kubur Saffiyah.

" Eh? Sha? Kenapa nangis ni? " Erisha dapat rasakan satu tangan di atas bahunya.

" Abang, Sha menyesal. Sha tak sempat minta maaf dengan akak. " Kata Erisha dengan tangisannya yang makin menjadi-jadi.

" Kenapa cakap macam tu? " Tanya Izz.

Erisha tunduk memandang kubur Saffiyah.

" Sha dapat dengar suara akak cakap dengan Sha. Sha tahu mesti akak tak tenang dekat sana disebabkan Sha. Akak! Maafkan Sha! " Jerit Erisha sepuas hatinya. Dia memeluk batu nisan Saffiyah.

" Sha, dah lah tu. " Izz memujuk Erisha. Dia tolong bangunkan Erisha dari duduknya.

" Abang, Sha rasa akak tak maafkan Sha. " Kata Erisha sambil mengesat air matanya.

Izz memandang mata sembap milik Erisha itu.

" Kenapa Sha cakap macam tu? Hurm? " Tanya Izz dengan lembut.

" Sebab Sha nampak roh akak dekat kubur tu. " kata Erisha sambil tunjuk ke arah salah sebuah kubur yang tidak jauh dari mereka.

" Apa Sha merepek ni? Akak kau mana mati lagilah. " Kata Izz lalu menunjal kepala Erisha.

Erisha terpinga-pinga. Dia memandang Izz yang berjalan ke arah kubur yang Saffiyah berada tadi.

" Eh? Sha? Bila sampai Malaysia? " Tanya Saffiyah apabila dia dan Izz berdiri di hadapan Erisha yang masih terpinga-pinga tidak faham dengan situasi yang dia alami sekarang.

" Tat-tahun dde-depan. " kata Erisha dan memandang wajah Saffiyah dengan pandangan yang tidak percaya.

Saffiyah ketawa kecil mendengar jawapan Erisha itu.

" Dia ni dah mula merapu lah ni. " Kata Izz lalu menarik tangan Erisha dan Saffiyah beredar dari kawasan kubur itu. Tak elok berbual di kawasan perkuburan.

" Akak, bukan akak dah mati ke? " Pertanyaan Erisha itu membuatkan dia menerima jentikkan di dahinya.

" Aduh! " Erisha menggosok dahinya. Dia memandang Izz dengan tajam.

" Kenapa Erisha cakap macam tu? " Tanya Saffiyah. Dia tergelak mendengar soalan itu.

Izz menoleh memandang wajah bidadari nya itu.

" Abang punya hal lah ni. Sha nak jumpa akak, tapi abang bawa Sha ke sini. Sha ingatkan akak dah tak ada sebab abang kata bidadari dia ada dekat kubur yang Sha nangis tadi. " Terang Erisha dengan muncung di bibirnya. Dia menjeling Izz dengan tajam.

" Eh kenapa abang pula salah. Sha tu tak tengok betul-betul tempat abang tunjuk dekat mana bidadari abang. " Kata Izz sambil memeluk pinggang milik Saffiyah.

Erisha mendengus.

" Abang saja nak kenakan Sha kan? " Marah Erisha dengan mulut tercebik-cebik ingin menangis.

" Hisy abang ni! " Saffiyah memukul tangan Izz yang memeluk pinggang nya.

" HAHAHAHAHAH. Okey abang minta maaf. Hisy cengeng betul budak ni. " Kata Izz lalu menarik pipi milik Erisha yang sudah kemerahan akibat menangis tadi.

" Dah, tepi Sha nak balik. Sha ngajuk dengan abang seminggu. " Kata Erisha lalu berjalan ke arah Saffiyah. Dia menghulurkan tangannya ke arah Saffiyah.

Safiyah mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

" Nak kunci kereta akak. Biar Sha bawa balik kereta akak. Mesti abang nak ber dating dengan akak. " Kata Erisha dengan sengihan di bibirnya.

Saffiyah ketawa kecil melihat telatah gadis bertudung litup di hadapannya itu.

Erisha, dia dah berubah. Alhamdulillah. Sekarang dia dah jadi tunangan orang. Tunangnya berasal dari Kelantan. Mereka berjumpa 5 tahun yang lepas di kepulauan Maldives. Ketika itu, Erisha membawa diri ke sana bagi mengubati hati kecewa apabila mendapat tahu yang pujaan hatinya sudah berkahwin.

" Kenapa sayang pergi kubur tak cakap dekat abang? " Tanya Izz apabila mereka dah masuk ke dalam kereta.

" Dah cakap kan? Abang tak baca ke note yang Saff tampal dekat telefon Abang? " Tanya Saffiyah sambil memandang wajah Izz yang tenang itu.

Izz tersenyum.

" Dah. Abang dah baca. Tapi kenapa tak gerak abang bangun? Kalau tak, boleh abang teman sayang pergi kubur sekali. " Kata Izz lalu tenang memandu keretanya.

Saffiyah memeluk lengan Izz.

" Saja. Tak nak gerak abang tidur. Lagipun Saff nak dating berdua-duaan dengan abang Farish. " Kata-kata Saffiyah itu membuatkan senyuman Izz mengendur.

Saffiyah ketawa kecil melihat reaksi suaminya itu.

" Alaaaa- Abang ni tak macho lah tarik muncung macam ni. " Usik Saffiyah sambil menarik bibir Izz.

Izz melarikan mukanya.

" Abang, abang Farish dah tak ada kot. Takkan lah abang nak cemburu juga? " Kata Saffiyah dengan gelakkan kecil.

Izz memandang Saffiyah sekilas.

" Sorry. " Kata Izz lalu mencium tangan milik Saffiyah.

Saffiyah tersenyum.

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk dia bernafas di dunia ini. Allah masih lagi memberi dia peluang untuk menjadi bidadari kepada jejaka bernama Izz Nadzrin.

4 tahun lepas, doktor itu mengatakan tipis peluang Saffiyah untuk sedarkan dirinya. Tetapi dengan kuasa Allah SWT, Saffiyah bangun dari tidur panjang nya selama 3 bulan.

Tentang Farish pula, dia tidak sempat dibawa ke hospital dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak forensik mengatakan yang Farish meninggal dunia kerana menelan ubat tidur dengan kuantiti yang banyak. Ini semua kerja Hikmah.

Saffiyah mengeluh.

Irfan pula, dia-

" Sayang. " Izz memegang tangan Saffiyah.

Saffiyah tersentak dari lamunan nya dan memandang Izz di sebelahnya.

" Kenapa? " Tanya Saffiyah.

" Okey tak? " Tanya Izz sambil mengusap lembut tangan Saffiyah.

Saffiyah tersenyum tawar.

" Okey je. Cuma teringatkan Irfan. " Kata Saffiyah lalu tunduk memandang tangannya.

Izz tersenyum tawar dan menggenggam erat tangan Saffiyah. Saffiyah mendongak memandang Izz.

" Tak puas lagi ke lepaskan rindu tadi? " Tanya Izz dengan senyuman tawar.

Saffiyah menggeleng lalu melepaskan keluhannya.

" Esok kita pergi jumpa Irfan lagi. Okey? " Tanya Izz.

Saffiyah hanya mengangguk kecil.

" Sayang tidurlah. Jauh lagi perjalanan kita. " Kata Izz dan Saffiyah hanya menurut perintah tanpa banyak bunyi. Dia memejam matanya.

_____✿_____

" Sayang, bangun. Kita dah sampai. " Izz mengelus lembut pipi Saffiyah yang masih mempunyai parut 4 tahun yang lepas. Parut itu membuatkan Saffiyah sentiasa teringatkan tentang kisah pahitnya itu. Setiap hari dia akan teringatkan tentang kisah itu. Masih segar dalam ingatannya dari mula kejadian itu dan pengakhiran permainan yang diciptakan oleh Hikmah itu. Bagi dia, dia tidak mampu nak tanggung semua ini. Ramai orang mati terseksa disebabkan dia.

Farish dan Irfan.

' Maafkan mummy, sayang. '

" Sayang, okey tak? " Pertanyaan Izz itu membuatkan Saffiyah kembali ke dunia nyata nya.

Izz mengeluh melihat perlakuan Saffiyah.

Sejak dia tersedar dari tidur panjang nya, 4 tahun yang lepas, Saffiyah banyak habiskan masanya dengan termenung. Izz tahu yang Saffiyah tidak dapat lupakan kisah itu. Dia faham situasi Saffiyah tetapi, dia inginkan bidadari nya yang sentiasa ceria seperti dahulu. Bukan yang diam seperti sekarang.

Saffiyah memandang sekeliling. Kenapa dia ada dekat sini?

" Kita buat apa dekat sini? " Tanya Saffiyah sambil matanya meliar ke arah bangunan seperti hospital.

" Kita masuk and sayang akan tahu. " Kata Izz lalu keluar dari kereta.

Saffiyah turut keluar dari kereta.

" Masuklah sayang. " Kata Izz apabila Saffiyah hanya berdiri di tepi pintu. Saffiyah memandang label nama di pintu. Nur Hikmah.

Dia rasa dia tak mimpi. Hikmah, kawannya itu duduk di hospital? Kenapa?

Saffiyah berjalan perlahan-lahan menghampiri ke arah Izz dan seorang doktor lelaki.

" Dia tiada harapan untuk pulih. Penyakit dia itu hanya bergantung pada diri dia. Kalau dia lawan penyakit itu, maka ada peluang lagi dia sembuh. Kalau dia kekal seperti diri dia sekarang, memang tiada harapan. Lagipun, dia sendiri yang mereka dunianya. Dunia imaginasi nya dengan patung di tangannya itu. " Terang doktor itu kepada Izz.

Mereka bertiga memandang ke arah cermin lut sinar yang memisahkan bilik Hikmah.

Saffiyah menekup mulutnya kerana terkejut.

' Dia, dia Hikmah ke? '

" Abang, kenapa dengan Hikmah? " Tanya Saffiyah.

Izz hanya diam dan masih tumpu kepada Hikmah yang sedang berbual dengan anak patung di tangannya.

" Hikmah disahkan mempunyai penyakit mental pada 4 tahun lepas. Sebab itu dia layan Saff macam tu dulu. " Terang Izz lalu memeluk Saffiyah untuk menenangkan Saffiyah.

" Encik Nadzrin nak jumpa dengan pesakit ke? " Pertanyaan doktor itu menarik perhatian Saffiyah.

" Dia tak akan cederakan kita ke? " Tanya Saffiyah dengan spontan. Doktor itu tersenyum.

" Tak. Kami akan pantau dia dan dia takkan cederakan Puan. " Terang doktor itu. Dia menjemput Saffiyah dan Izz masuk ke dalam wad milik hikmah.

" Tak apa. Abang tunggu dekat luar je. Sayang pergi lah masuk. " Kata Izz lalu menolak lembut badan Saffiyah.

Saffiyah terhenti langkahnya apabila Hikmah tiba-tiba berhenti bermain dengan anak patungnya. Dia memandang tajam ke arah Saffiyah.

" Kau siapa?! " Tengking Hikmah. Terkejut Saffiyah sehingga naik kedua belah bahunya.

" Aku tak nak makan ubat! Kau keluar sekarang! " Jerit Hikmah lagi.

Saffiyah berundur kebelakang.

" Tak. Aku tak akan paksa kau makan ubat. Kau jangan risau. " Pujuk Saffiyah dan langkah demi langkah dia berjalan ke arah katil Hikmah. Hikmah merengus kasar apabila Saffiyah datang menghampiri dengannya.

" Kau siapa?! " Marah Hikmah dan dia ingin menerkam ke arah Saffiyah tetapi langkahnya terbantut apabila kaki dan tangannya sudah digari di katil itu.

" Aku kawan kau. " Kata Saffiyah. Dia menarik kerusi dan duduk jauh sedikit dari hikmah.

" Tina? Kau Tina ke? " Tanya Hikmah dengan mata yang terkedip-kedip memandang Saffiyah. Saffiyah tersentak mendengar kata-kata Hikmah itu.

" Ye, aku Tina. Kau sihat, Hikmah? " Saffiyah bertanya dengan lembut. Hikmah mengangguk.

" Aku sihat. Kenapa baru sekarang kau nak jumpa aku? " Marah Hikmah.

Saffiyah bangun dan mengheret kerusi itu lebih dekat ke katil Hikmah. Dia tahu Hikmah takkan cederakan nya.

" Aku busy sikit. Lagipun tak lama lagi aku nak kahwin. " Kata Saffiyah dengan lakonan sebagai watak Kartina. Memang betul pun, Kartina dah nak kawin dengan Airiel tak lama lagi.

" Kahwin dengan siapa? Izz ke? " Tanya Hikmah dengan nada gembira.

Saffiyah tersentak mendengar soalan itu.

" Aku dah agak. Mesti kau dan Izz ada jodoh. Dia sesuai kot dengan kau. Dia tak sesuai langsung dengan si Saffiyah tu. " Kata Hikmah lagi. Safiyah menelan kata-kata itu dengan terpaksa.

" Tak. Aku tak- "

" Kau tahu tak? Aku benci gila dekat Saff. " Hikmah memotong kata-kata Saffiyah. Saffiyah sekali lagi tergamam, namun dia kembali fokus kepada Hikmah.

" Kke-kenapa kau benci dia? " Tanya Saffiyah.

Hikmah memegang tangan Saffiyah.

" Kau tak ingat ke, Tina? Dia rampas hak aku. " Kata Hikmah.

Saffiyah mengerutkan dahinya.

" Aku tak berapa nak ingatlah. Hak apa tu? " Tanya Saffiyah.

" Semalam aku culik dia tau. Aku seksa dia. Kalau boleh aku nak bunuh dia, tapi polis datang tangkap aku. Tak sempat. " Cerita Hikmah dengan ketawa kecil.

" Kenapa kau culik dia? Dia buat kesalahan apa? " Tanya Saffiyah dengan nada yang masih terkawal. Hikmah tergelak sinis.

" Dia dah rampas hak aku. " Kata Hikmah sambil bermain rambut anak patungnya.

" Apa yang dia rampas? " Tanya Saffiyah lagi. Dia masih boleh kawal kemarahan nya kerana memikirkan yang Hikmah sedang sakit sekarang ini.

" Farish. Dia rampas Farish dari aku. Selepas itu sesuka hati dia je tinggalkan Farish. Dia buat Farish merana selama 5 bulan. Kemudian, aku yang tolong dia. Dia ada penyakit mental, aku tolong dia rawat dekat Amerika syarikat. Aku yang bayar semua kos rawatan itu. Tetapi, kau nak tahu apa aku dapat dari dia? Nothing. Dia masih degil. Dia masih nak kan Saffiyah. Sebab itulah aku buat keputusan untuk balas dendam dekat dia. " Cerita Hikmah dengan tenang sambil membelai rambut anak patungnya.

Saffiyah tercengang mendengar cerita itu.

" Kau nak dengar lagi? " Tanya Hikmah sambil menyenget kan kepalanya memandang Saffiyah.

Saffiyah mengangguk laju. Dia perlu tahu semua kebenaran yang Hikmah sorokkan daripada nya, hari ini juga.

" Saffiyah tahu aku suka Farish, tapi dia tetap terima lamaran Farish. Lepas tu, sesuka hati dia je tinggalkan Farish dengan janji-janji manis yang dia taburkan untuk Farish. Dia mainkan hati Farish. Poor my boy. " Hikmah bermain dengan rambut anak patungnya. Dia belai rambut itu dengan lembut.

Saffiyah hanya terdiam memerhati.

" Farish sakit, ada dia ambil kisah? Dia tak kisah pun, dia hidup bahagia dengan jantan lain. Dia buat Farish terseksa. Farish bawa diri ke Amerika syarikat untuk larikan diri dari bertembung dengan Saffiyah dan suaminya. Aku yang kutip Farish. Aku yang tolong dia. Aku yang bagi semangat dekat dia. Dia sakit, aku yang rawat tapi selepas balik dari Amerika syarikat, dia masih dengan matlamat dia, untuk dapatkan Saffiyah kembali! " Hikmah terdiam seketika. Air matanya sudah lama menitis. Dia nangis dengan mendayu-dayu. Dia letakkan ibu jarinya di dalam mulut seperti bayi kehausan susu.

Saffiyah terdiam mendengar kata-kata Hikmah itu.

' Abang Farish sakit? '

" Kau tahu tak sebab apa aku nak balas dendam dekat Saffiyah? " Tanya Hikmah dengan mata yang merah, memandang Saffiyah dengan tajam.

" Masa aku duduk di Amerika syarikat dengan Farish selama 5 bulan. Aku nampak dia happy dengan aku. Dia banyak cakap dengan aku. Aku suka dia macam tu. Tetapi- " Hikmah terdiam.

Matanya yang tajam masih menikam anak mata Saffiyah.

" Disebabkan betina macam kau! Dia berubah! Dia berubah selepas lihat kau dan Izz. Dia berubah! Dia cakap sorang-sorang! Dia main sorang-sorang. Senang cakap dia dah gila! Dia dah tak kenal aku siapa. Aku sedih sangat. Kau tahu tak?! Ini semua salah kau! Kau yang buat dia berubah! Aku hampir hidup bahagia dengan dia! Tapi disebabkan kau! Dia berubah serta-merta. "

Saffiyah terbangun dari duduknya apabila melihat Hikmah yang sudah hilang kawalan. Dia menggigit ibu jarinya sampai berdarah. Dia mengusutkan rambutnya yang sememangnya sudah kusut.

" Kau ingat, lepas aku kena tahan dekat sini, kau dah lepas dari seksaan aku? Tak sama sekali! Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak puas hati seksa kau! Anak kau! Aku yang bunuh anak kau! " Jerit Hikmah dengan ketawa jahat.

Saffiyah memandang perempuan itu dengan pandangan tidak percaya.

" Macam mana aku boleh buat sedang kan aku ditahan dekat sini? Kau ingat aku tak boleh upah orang untuk sapukan racun dekat jarum suntikan anak kau ke?! HAHAHAHAHA! " Gelak perempuan itu lagi.

Saffiyah terduduk di atas lantai. Dia tak sangka! Betul ke semua ni?!

Dia menangis hiba di atas lantai itu. Tak sangka anaknya meninggalkan dunia dengan penuh seksaan sekali.

" Kejamnya kau. Kau memang hati iblis, Hikmah! " Jerit Saffiyah dengan geram sambil memandang Hikmah yang tersenyum sinis.

" Aku atau kau yang kejam? Sedar lah perempuan, anak kau mati, disebabkan kau. Kalau kau tak cari pasal dengan Farish dulu, aku takkan bertindak macam sekarang. Ya, cinta itu buta. Disebabkan aku cinta gila mati dekat Farish, aku sanggup bunuh orang yang buat di merana. " Kata Hikmah sambil tersengih menampakkan gigi yang kekuningan.

Saffiyah menutup telinganya. Dia tidak sanggup lagi ingin mendengar kata-kata Hikmah yang seakan-akan benar itu.

" Puan? Puan okey? Ada cedera di mana-mana? "

Saffiyah tersentak. Dia memandang doktor di hadapannya dengan pandangan yang kosong.

" Puan? "

Saffiyah menggeleng dan jururawat itu membawa dia keluar dari wad tersebut.

" Sayang, sayang okey? " Izz datang memeluknya.

Saffiyah hanya kaku di dalam pelukan Izz.

' Abang. Anak kita- '

Saffiyah menangis di dalam pelukan Izz itu. Kata-kata Hikmah terngiang-ngiang di tepi telinganya.

" Sayang, please. Jangan macam ni. " Pujuk Izz apabila esakan Saffiyah makin kuat kedengaran.

" Maafkan Saff. " Ungkap Saffiyah dengan tersedu-sedan.

Izz menggosok belakang Saffiyah dengan lembut.

" Sayang tak salah. " Pujuk Izz lagi walaupun dia tidak tahu mengapa Saffiyah mengungkapkan kata maaf itu tadi.

Selepas tangisan Saffiyah mula reda, mereka mula pulang. Sepanjang perjalanan mereka, Saffiyah hanya mendiamkan dirinya. Kata-kata Hikmah di hospital tadi, masih terngiang-ngiang di tepi telinganya.

Dia memejamkan matanya dengan rapat.

Rupanya, Hikmah dah lama bermusuhan dengannya.

Farish. Ya, disebabkan lelaki itu sahaja, Hikmah sanggup menyeksanya. Dia tidak pernah tahu pun Hikmah meminati Farish selama ini.

Irfan, dia sangkakan anaknya meninggalkan mereka dengan keadaan yang baik. Kesian anaknya. Kecil-kecil lagi dah perlu hadap situasi sebegitu rupa.

' Maafkan mummy, Irfan. Mummy tak tunaikan janji mummy dekat Irfan untuk jadi mummy Irfan selama mana yang mungkin. Maafkan mummy sayang. '

Dalam mata yang tertutup rapat, air matanya menitis dengan laju.

" Sayang. Okey tak ni? " Izz bertanya apabila melihat Saffiyah yang hanya mendiamkan dirinya sedari tadi. Dia matikan enjin keretanya apabila kereta mereka sudah berada di perkarangan rumah mamanya.

" Okey je. Abang, Saff tiba-tiba rindukan Irfan. Kalau dia ada lagi sekarang, mesti dia suka sakat Saff. Nakal budak tu. " Kata Saffiyah dengan senyuman kecil. Dia memeluk lengan Izz. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.

" Sayang- " Izz menolak lembut badan Saffiyah dari lengannya apabila rasakan lengan bajunya sudah basah dek air mata Saffiyah.

" Janganlah macam ni. Kalau Irfan ada sekarang, mesti dia tak nak tengok mummy dia nangis disebabkan dia. Sayang, dah lah. Seksa anak kita. Tak tenang dia dekat sana. Kita sebagai ibubapa nya kena redha dengan kepergian nya. Lagipun dia anak yang Soleh. Dia akan tunggu kita dekat sana. " Pujuk Izz apabila tangisan Saffiyah semakin menjadi-jadi.

" Semua salah Saff. Kalau Saff tak mainkan perasaan abang Farish dulu, semua ni tak akan jadi. Irfan mesti hidup lagi sekarang. Semua salah Saff. Kesian Irfan. Irfan, mummy minta maaf. Semua ni- "

" Stop it Nuradilah Saffiyah! " Tangisan Saffiyah terhenti apabila Izz menengking nya.

" Sampai bila awak nak jadi macam ni hah?! Sampai bila? Awak sedar tak sekarang ni awak macam salahkan takdir Allah? Awak tak redha! Sampai bila awak nak duduk dalam dunia awak? Awak tak sedar ke awak masih ada suami dan anak? Ye, saya tahu anak kita dah tak ada tapi awak kena ingat, bukan awak sorang je yang sedih. Saya pun sedih! Dia anak saya! Saya yang jaga dia dari kecil lagi. " Anak mata Izz menikam anak mata Saffiyah yang sudah kemerahan.

" Saya tak kisah awak lupakan tanggungjawab awak dekat suami awak ni. Tetapi yang saya kisah sekarang ni, anak kita, Safiz. Dia masih kecil, Saff. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Awak sedar tak? 4 tahun dia tinggal dengan umi. Sampai bila awak nak harapkan umi jaga anak kita? Dia anak kita. Sepatutnya kita yang jaga. Selama ini saya diam, kerana saya faham awak rasa bersalah dengan kejadian yang terjadi dalam hidup awak. Saya bagi awak masa. Tetapi saya baru sedar, sampai bila awak nak jadi macam ni? Tak cukup lagi ke 4 tahun awak ada dalam dunia awak sendiri? " Luah Izz dengan kesal.

Ya. Selama ini dia tahan je. Tetapi kesabarannya sudah tiba di penghujungnya. Selagi dia tak tegur, selagi itu Saffiyah ada di dalam dunianya.

" Saya betul-betul kecewa dengan awak, Saff. Kalau Irfan ada lagi sekarang, mesti dia kecewa tengok awak macam ni. " Kata Izz lalu keluar dari keretanya. Dia menghempas pintu kereta dengan kuat.

Saffiyah hantar kelibat Izz masuk ke dalam rumah. Air matanya mengalir lagi.

" Ya Allah. Aku lupa tentang tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan ibu. Aku leka. Kenapa aku baru sedar sekarang? Fiz, maafkan mummy. " Nangis Saffiyah semahu-mahunya. Dia kesal. Dia baru tersedar yang selama ini dia melayan anaknya sendiri endah tak endah.

_____✿_____

Saffiyah memerhati dari jauh, anaknya yang sedang bermain dengan Syazwan, adiknya. Dia tersenyum kecil. Muka Safiz serupa dengan Irfan.

Itulah salah satu sebab Saffiyah jauhkan dirinya dari Safiz. Dia takut. Takut nak hadapi kenyataan yang Irfan sudah tiada.

Dia mengeluh dan mula melangkah meninggalkan ruang tamu itu.

" Mummy? "

Langkah Saffiyah terhenti. Suara itu. Dia pusing badannya.

Anak mata berwarna Hazel itu. Air matanya bertakung melihat wajah itu.

" Safiz. " Tangisan Saffiyah pecah akhirnya. Dia berjalan ke arah anaknya yang terkebil-kebil memandangnya. Dia peluk tubuh kecil itu dengan erat.

" Mummy minta maaf, sayang. " Kata Saffiyah dengan tersedu sedan.

Syazwan beransur pergi dari situ, kerana ingin memberi ruang kepada ibu dan anak meluangkan masa mereka bersama.

" Mummy? Kenapa mummy nangis? " Tanya si cilik itu.

Saffiyah melepaskan pelukan nya. Dia memandang wajah Safiz yang serupa dengan Irfan. Perangai, wajah, suara. Serupa dengan Irfan.

" Mummy minta maaf sayang. Mummy tinggalkan Fiz dengan tok umi. Sepatutnya, Fiz tinggal dengan mummy. Sepatutnya mummy yang jaga Fiz. Bukan mummy tak nak jaga Fiz tetapi- "

Kata-kata Saffiyah terhenti apabila dia terima kucupan di pipinya. Dia memandang Safiz dengan mata yang sembap.

" Mummy, Fiz sayang mummy. " Ujar Safiz lalu memeluk badan Saffiyah dengan erat.

Saffiyah tergamam.

" Mummy, Irfan sayang mummy. "

Kata-kata itu sama dengan kata-kata Irfan sebelum dia menutupkan matanya 4 tahun lepas. Allahuakbar!

Saffiyah menangis dengan teresak-esak. Dia memeluk Safiz dengan penuh kasih sayang.

Adakah Allah ambil Irfan darinya dan gantikan dengan Malaikat kecil ini?

Semua itu aturan Allah SWT. Dia sudah rancang yang terbaik untuk kita. Cuma kita yang menidakkan takdirnya.

Dari jauh, Izz tersenyum melihat drama sebabak itu. Dia mengucap syukur apabila Saffiyah memberi Safiz peluang untuk merasai kasih sayangnya. Kasih sayang seorang ibu kepada anak.

_____✿_____

" Abang. " Saffiyah berdiri di hadapan Izz yang sedang membaca sebuah buku di atas sofa di bilik mereka.

Izz memandang Saffiyah.

" Ye? " Dia menutup majalah itu dan letak di atas meja di sebelah sofa yang dia duduk sekarang.

Tergamam Izz apabila tiba-tiba, Saffiyah duduk di atas ribanya.

Saffiyah memeluk lehernya dengan kemas. Bertambah tergamam Izz, apabila Saffiyah mengucup pipinya.

" Abang kecewa lagi dengan Saff lepas Saff cium abang macam ni? " Tanya Saffiyah dengan pipi yang sudah kemerahan.

Izz tersenyum kecil melihat aksi spontan isterinya. Comel.

" Kecewa. " Balas Izz sambil memuncungkan bibirnya ke arah bibir Saffiyah.

Saffiyah dah dapat agak dengan gerak geri Izz itu.

" Amboi. Orang bagi betis nak peha. " Kata Saffiyah lalu mencubit pipi Izz.

Izz ketawa bahagia. Ya, dia bahagia. Isterinya dah kembali seperti dulu.

" Abang. " Saffiyah meletakkan kepalanya di atas dada bidang Izz.

Izz bermain dengan rambut ikal mayang milik Saffiyah.

" Hurm? "

" Abang marahkan Saff lagi? " Tanya Saffiyah. Tangannya bermain-main di atas dada Izz.

" Abang tak pernah marah sayang. Abang buat macam tu semalam, supaya sayang sedar. Abang rasa bersalah lepas marahkan sayang macam tu. Tapi sayang, percayalah cakap abang, abang tak maksudkan pun semua tu. " Kata Izz lalu mengucup ubun-ubun Saffiyah.

Saffiyah memeluk pinggang Izz.

" Maafkan Saff. Maafkan Saff sebab tak jaga abang selama 4 tahun ni. Saff takut nak hadapi semua ni. Hadap kenyataan yang Irfan dan abang Farish meninggal disebabkan Sa- "

Kata-kata Saffiyah mati apabila bibir Izz mendarat di bibirnya.

" Kalau sayang tak kuat, kita sama-sama boleh hadapi. Abang ada untuk sayang. Abang akan sentiasa bersama dengan sayang. " Kata Izz lalu mengucup dahi Saffiyah.

Saffiyah tersenyum manis lalu menyandarkan kepalanya di dada Izz lagi.

" Sayang, makin ringan lah. " Kata Izz lalu mencempung Saffiyah dan membawanya ke arah katil mereka.

" Baguslah tu. Taklah nanti abang pergi cari yang lain. " Balas Saffiyah dengan ketawa kecil.

Izz memuncungkan bibirnya.

" Tak naklah cakap macam tu. Abang nak bidadari abang yang sorang ni je. Dahlah susah nak dapatkan hati dia ni. " Kata Izz lalu mencium pipi Saffiyah.

" Hish, mulut dia ni tak reti duduk diam. " Marah Saffiyah lalu menarik bibir milik Izz.

Izz ketawa.

" Abang, Saff nak minta maaf sebab masa awal perkahwinan kita, Saff layan abang dengan teruk. " Kata-kata Saffiyah itu membuatkan Izz memeluk pinggang milik Saffiyah.

" Tak ada apalah sayang. Abang dah terima yang sayang akan seksa abang. Sayang nak tahu tak satu rahsia? "

Pertanyaan Izz itu membuatkan Saffiyah bangun dari pembaringannya.

" Apa? Abang ada rahsia dengan Saff? Cakap cepat apa rahsia tu. " Tanya Saffiyah lalu mencubit lengan Izz bertalu-talu.

" Auch sakitlah sayang. Ini bukan rahsia abang. Ni rahsia umi dan abah. " Terang Izz sambil menghalang cubitan berbisa dari Saffiyah itu.

Saffiyah memandang Izz.

" Apa rahsia tu? " Tanya Saffiyah. Dia memandang anak mata Izz yang berwarna Hazel itu.

Anak mata berwarna Hazel ini lah yang buatkan dia jatuh cinta pandang pertama ketika zaman sekolah menengah nya dulu.

" Sayang ingat tak yang sayang baru balik dari tasik kota kemuning 5 tahun lepas? " Tanya Izz.

Saffiyah mengangguk biarpun ingatan itu samar-samar.

" Sayang balik dan umi panggil sayang. Nak bincangkan sesuatu kan? " Tanya Izz lagi.

Saffiyah hanya mengangguk.

" Umi nak bincang pasal perkahwinan kitalah. " Kata Saffiyah.

" And then, sayang bantah dan abah tiba-tiba kena serangan jantung kan? " Tanya Izz.

Saffiyah mengangguk.

" Sebenarnya abah tak sakit pun. Abah cuma berlakon. " Kata-kata Izz itu membuatkan Saffiyah terlopong.

' Abah dia berlakon? Like seriously? '

" Oh faham. Faham. Saff dah kena tipulah ni? " Tanya Saffiyah dengan nada tersakiti.

" Sayang, jangan macam ni tau. Kalau tak kerana lakonan abah, kita tak akan bahagia hingga sekarang ni. " Kata Izz.

Saffiyah terdiam mendengar kata-kata Izz itu. Ada betul juga tu. Nanti dia perlu berterima kasih dengan abahnya.

" Hurm yelah. " Kata Saffiyah lalu baring kembali ke atas katil.

Izz memeluk pinggang Saffiyah.

" Abang, macam mana abang boleh tahan dengan Saff? Yelah, Saff kan selalu sakitkan hati abang dengan kata-kata yang kasar? " Tanya Saffiyah sambil bermain jari Izz.

" Hurm, disebabkan Lutfi, abang dapat kekuatan untuk dapatkan sayang. " Kata Izz.

Saffiyah mengerutkan dahinya. Dia bangun dari pembaringannya dan memandang Izz.

" Kenapa dengan Lutfi? Awak jangan kata yang awak dengan dia ada hubungan. " Tembak Saffiyah. Izz membulat kan matanya.

" Astaghfirullahalazim. Apa ni sayang? Tak baik tau tuduh abang macam tu. " Izz menjentik dahi Saffiyah.

Saffiyah memuncungkan mulutnya sambil mengusap dahinya yang sakit.

" Dah tu? Kenapa dengan Lutfi? " Tanya Saffiyah.

Izz menghampiri isterinya.

" 5 tahun lepas, masa kita honeymoon dekat kampung abah. Lutfi dia ada bagitahu abang satu cerita tentang sayang. Cerita ini pun dia dapat tahu daripada Summayah. " Terang Izz. Saffiyah membulat kan matanya.

" Apa cerita tu? " Tanya Saffiyah dengan geram apabila suaminya menyebut nama Summayah.

Izz ketawa kecil.

" Dia cakap yang sayang mengigau semasa sayang tidur. Masa tu sayang tidur dengan Summayah dekat rumah umi. Masa sayang mengigau tu, sayang ada sebut nama abang. " Kata Izz dengan gelakkan kecil apabila Saffiyah menutup mukanya dengan tangan.

" Siap kau, Summayah. " Bisik Saffiyah dengan geram.

Izz menarik Saffiyah ke dalam pelukannya.

" Hurm, abang. " Saffiyah mencuit dada Izz.

Izz meleraikan pelukan nya.

" Ye? Nak tanya apa lagi? " Usik Izz.

Saffiyah mencebik. Asyik perli je tahu.

" Nak tahu tak? Sebenarnya Saff dah lama jatuh suka dekat abang. Sebelum Shayla kahwin lagi, Saff dah jatuh cinta dekat abang. Tapi Saff ego, Saff tak nak mengaku yang Saff cintakan abang. " Terang Saffiyah sambil merenung wajah kacak Izz.

" Abang tahu. " Jawab Izz dengan senyuman yang tersirat.

Saffiyah mengerutkan dahinya.

" Abang tahu apa? " Tanya Saffiyah dengan polos.

" Abang tahu lama dah yang sayang cintakan abang. " Terang Izz. Bertambah berkerut dahi Saffiyah yang mendengar nya.

" Abang tahu macam mana? " Tanya Saffiyah.

Saffiyah tersentak apabila tangan Izz melingkari di pinggangnya.

" Sayang mana pandai tipu diri sayang kan? " Jawapan Izz itu membuatkan Saffiyah merasakan dirinya mempunyai kekurangan yang begitu ketara sehingga orang lain dapat mengesannya.

Izz mengeratkan pelukannya di pinggang Saffiyah.

" Walau apapun, abang bersyukur kerana dapat miliki hati batu sayang ni. " Bisik Izz di telinga Saffiyah. Izz membaringkan tubuhnya dan tubuh Saffiyah ke atas katil.

Saffiyah sedar, dengan bantuan dari keluarganya dan kawan-kawannya, dia dan Izz bahagia sehingga ke hari ini dan dia berharap bahagia yang dia alami ini akan kekal sehingga akhir hayat.

" Angel. " Panggilan Izz itu membuatkan lamunan Saffiyah hilang. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu keluar dari mulut Izz.

" I love you sayang." Bisik Izz di telinga Saffiyah.

"I love you more than you love me. " Bantah Saffiyah.

Izz menggigit telinga Saffiyah.

" Abang gelilah. " Marah Saffiyah. Izz ketawa senang hati.

" Tiada siapa boleh halang cinta Izz Nadzrin terhadap Nuradilah Saffiyah. " Bisik Izz dengan syahdu sekali di telinga Saffiyah. Izz merenung anak mata Saffiyah dalam-dalam.

" Abang akan cintai sayang sepenuh hati abang dan tak akan ada sesiapa yang dapat pisahkan kita berdua kecuali ajal dan maut. " Kata Izz lalu mengucup bibir Saffiyah dengan penuh romantis.

Saffiyah mengeratkan lagi pelukan mereka. Dia sangat bersyukur kerana Allah hantarkan jodoh seperti Izz Nadzrin, kepadanya. Suaminya adalah insan yang sempurna yang pernah dia temui. Kisah silam mereka, biarlah hanya mereka sahaja yang ketahui.

Dia cukup bertuah kerana memiliki suami seperti Izz. Suaminya sanggup tahan dengan perangainya yang selalu menyakitkan hati, sanggup tahan dengan cacian dan makiannya dulu.

' Terima kasih abang kerana sabar untuk memiliki hati Saff. '




Tamat

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 40.2K 84
~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihat...
40.7K 1.9K 42
"Tuan Rayyan Mikael." Disebut sahaja nama itu pasti akan dikenali sebagai seorang jejaka yang berjaya dalam dunia bisness. Lelaki itu bukan sahaja te...
27.4K 1K 55
Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...