[√] Suami Mithali ° kth

By Lalyss-

267K 33.4K 7.6K

"Kau nak pikat isteri kau kan ? Jadi dengar cakap aku, jangan banyak cerita. Kau kena jadi suami mithali." ••... More

Prologue
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 20+
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
A/n
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 30+ [YoonEunBi]
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Not an update
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Epilogue
Tempat aku membebel
Ayah Mithali [Extra Chapter]

Chapter 45

3.4K 454 175
By Lalyss-


"Boleh percaya ke Si Eunbi tu?"

"Mana lah aku tau , kau tanya lah inspektor kesayangan kau tu."

Namjoon dan Yoongi sama-sama mengalihkan pandangan mereka pada Taehyung yang masih menyelak fail-fail di atas meja kerjanya , tidak berapa jauh dengan sofa pejabat yang sedang mereka duduk. Wajah Taehyung dingin saja menyelak fail-fail tersebut seakan tidak mendengar mereka berdua , padahal dia dengar cuma malas nak melayan.

"Tuan nak kami tolong apa-apa ? Dari tadi suruh kami duduk sini tapi takde bagi kerja apa-apa pun." Tanya Yoongi pada Taehyung. Taehyung memberhentikan kerjanya lalu terus memandang ke arah Namjoon dan Yoongi. Terus mereka berdua menunduk ketakutan.

"Apa kata mulai dari sekarang hyung berdua panggil saya Taehyung je ? Tak payahlah formal sangat." Namjoon dan Yoongi terus mengangkat wajah mereka memandang Kim Taehyung.

"Tae tengah cari apa-apa klu untuk lokasi Choi Seung Cheol berada sekarang. Rumah lama dia dah tak berpenghuni , mungkin sekarang dia dah duduk tempat lain semata-mata nak sorokkan Rachel."

"Takkan Eunbi tu taktau ?" Taehyung sekadar menggeleng dengan soalan Namjoon yang sudah bangun untuk mendekatinya. Yoongi juga membututi Namjoon.

"Tak , dia taktau." Jawab Taehyung lambat-lambat. Dia mengeluh entah yang ke berapa kali sebelum bersandar , badan sudah mula letih dan penat. Mata dipejamkan seketika.

truttt truttt

Taehyung membuka matanya kembali apabila telefonnya yang berada di atas meja berbunyi. Namjoon menghulurkan telefon itu kepada Taehyung.

"Siapa?"

"Entah , Tae tak save nombor ni." Jawab Namjoon , terus Taehyung menyambut telefon itu dan menjawab. Telefon itu dilekapkan ke telinganya.

"Hello?"

"Tae ! Ni saya ! Ra—"

Bam !

"Rachel?" Taehyung mengerutkan dahinya apabila suara Rachel dihujung talian terhenti dengan satu bunyi yang dia tidak pasti. Suasana di hujung talian terus senyap sunyi.

"Sayang ! Sayang dekat mana ? Please , jawab sayang. Tae cari sayang bagai nak gila ,  sayang ok ke ? Bagitau Tae dekat mana sayang sekarang !"

Masih senyap. Namjoon dan Yoongi mengfokuskan mata mereka melihat Taehyung yang sudah gelisah tidak senang duduk. Beberapa minit kemudian , barulah Rachel bersuara semula.

"Tae- Taehyung , ni aku Rachel. Jangan cari aku lagi sebab aku benci kau—"

"Apa sayang cakap ni sayang?"

"—Kau tak percaya dekat aku selama ni ! Kau bodoh tak guna ! Aku dah jumpa dengan orang yang baik dari kau !" Taehyung tergamam seketika mendengar hamburan dari Rachel.

Tak , Rachel takkan cakap macam ni padanya.

"Aku nak kau ceraikan aku. Aku benci kau , disebabkan kau anak aku mati ! Aku benci kau ! Ceraikan aku dan aku nak kau buat dokumen cerai kita tu dalam masa yang terdekat. Kau boleh hantar dekat Chaerin , p.a aku. Dia akan handle benda tu untuk aku. Faham tak ?! Jangan cari aku lagi."

"Sayang... Tae—"

Tuttt tuttt

Taehyung mengetapkan bibirnya. Perlahan dia menjatuhkan tangannya yang memegang telefon itu. Dia menunduk dan tertawa kesal.

"Kenapa ? Rachel cakap apa?" Tanya Namjoon sambil memegang bahu Taehyung. Pasti ada sesuatu yang lain Rachel cakapkan kalau tidak Taehyung tidak akan berespon begitu.

"Dia nak Tae ceraikan dia hyung." Jawab Taehyung lalu mendongak memandang Namjoon. Air matanya mula membasahi pipinya. Namjoon terdiam seketika.

"Taehyung , kau yakin yang Rachel akan cakap macam tu?" Taehyung kembali menunduk. Lalu dia mengangkat bahunya.

"Hyung tak yakin yang Rachel akan cakap macam tu. Hyung tau kau sedih sebab dengar dia cakap macam tu tapi kita kena dapatkan kepastian dan cari dia."

"Aku dah dapat location nombor tadi." Taehyung dan Namjoon terus menoleh memandang ke arah Yoongi yang tiba-tiba bersuara.

Namjoon mengerutkan dahinya melihat Yoongi tidak berhenti mengetik pada keybord laptopnya yang memang dia bawa sejak tadi. Yoongi mendongak memandang Namjoon dan Taehyung bersilih ganti lalu tersenyum.

"Yoongi... aku taktau pula sebebal kau , kau ni pandai IT." Kata Namjoon seakan tidak percaya. Taehyung tertawa kecil.

"Kau ingat aku apa ? Kau cuma tau mengutuk je. Urm , Taehyung... aku pun tak rasa yang Si Rachel tu akan cakap semua benda tu. Kita akan pergi jumpa dia ok? Selagi telefon yang Rachel guna tu tak off , selagi tu kita akan dapat tahu Rachel ke mana."

"Kita pergi sekarang." Namjoon dan Yoongi terus memandang Taehyung dengan mata yang dibesarkan.

"Apa? Sekarang ? Pukul 11:45 malam ni?"

"Yeah , kenapa? Tae nak jumpa Rachel depan-depan hyung."

"Aku tau kau tengah sedih broken semua Tae , tapi menurut teori aku—"

"Teori lagi?" Namjoon menggulingkan biji matanya apabila Yoongi mula dengan teorinya lagi. Yoongi mencebik.

"Dengarlah ! Menurut teori aku , kalau Rachel tu cakap macam tu.. mana tau ada orang paksa dia ke? Kita taktau. Yoon Eunbi cakap Seung Cheol gilakan Rachel kan? Jadi mungkin dia paksa Rachel cakap macam tu dan dia ugut ke apa ke.. Mungkinlah , jadi kita taktau. Kalau kita pergi sekarang serbu rumah tu tanpa apa-apa rancangan , Rachel mungkin dalam bahaya. Jadi kita kena susun rancangan betul-betul."

Pap ! Pap ! Pap !

Taehyung menepuk tangannya kagum dengan apa yang telah diterangkan Yoongi. Namjoon pula sudah menggigit jari. Ni ada peluanglah ni Yoongi nak jadi ketua dia , mampus !

"Kalau macam tu , kita akan gerak esok. Tae akan dapatkan bantuan dari chief."

•••

"Yoon Eunbi , ada orang nak berjumpa dengan awak." Eunbi yang sedang mengusap perutnya yang semakin membesar mengangkat wajahnya memandang ke arah penjaga penjara.

Pantas dia bangun dan berjalan melintasi beberapa lagi kawan sepenjaranya yang sibuk menjelingnya. Sel penjara dibuka buat Eunbi lalu bahu Eunbi dipegang untuk dibawa ke dalam sebuah bilik kecil di mana pelawat boleh menjumpai para banduan.

Eunbi berhentikan langkahnya apabila wajah Jimin menjadi pandangan pertamanya setelah melangkah masuk ke dalam bilik pelawat itu. Dia menarik nafasnya panjang cuba menahan tangisannya , tapi dia gagal. Air matanya tetap jatuh. Sebak kerana teringatkan kembali masa silamnya yang banyak dosa pada keluarga Jimin.

"Kenapa nak jumpa dengan orang yang macam aku lagi?"

"Salah ke aku nak jumpa isteri aku dan anak aku?" Eunbi memandang ke arah Jimin dengan mata yang sudah berair.

"Aku tak pernah ceraikan kau lagi Yoon Eunbi."

"Aku tak layak jadi isteri kau. Apa kau nak dekat aku lagi , Park Jimin."

Jimin bangun lalu mendekati Eunbi. Eunbi langsung tidak mahu memandang Jimin. Perlahan Jimin mengambil tangan Eunbi di mana jari manisnya tersarung cincin kahwin mereka. Perlahan Jimin mencabut cincin kahwinnya yang berada di jari manisnya dan diletakkan di telapak tangan Eunbi.

"Jujur , aku masih sayangkan kau Eunbi tapi aku tersangatlah tawar hati untuk terima kau. Simpan cincin aku ni dengan cincin kau bersama. Pakai cincin ni ... buat aku makin sakit , Yoon Eunbi. Sakit sangat."

Eunbi diam tidak menjawab. Perlahan dia menoleh untuk berjalan pergi meninggalkan Jimin , masuk ke dalam sel penjara kembali. Jimin sekadar memandang Eunbi yang semakin menjauh dibawa penjaga penjara.

Perlahan Eunbi mengelap air matanya dan menggenggam cincin yang diberi Jimin tadi. Air matanya cuba ditahan , dia tidak mahu menangis di hadapan banduan yang lain. Dia harus kuat.

Setelah sampai ke selnya , dia sekali lagi melintas di hadapan beberapa banduan yang turut satu sel dengannya. Mereka semua memandang Eunbi yang perlahan duduk di hujung dinding sel mereka.

"Hey , siapa yang jumpa dengan kau tadi?"

"Mesti suami kan? Kesian suami kau dapat isteri macam kau ni." Mereka semua tertawa dengan kata-kata seorang dari mereka. Namun Eunbi menunduk , diam tidak berjawab dan bergerak.

"Hoi , aku cakap dengan kau ni ! Kau pekk ke?" Marah perempuan yang berambut pendek berwarna perang; salah satu dari mereka yang mengutuk Eunbi tadi.

Perempuan itu merengus kasar apabila Eunbi tidak menjawab. Pantas dia bangun dan mendekati Eunbi. Lalu dia bercangkung di hadapan Eunbi.

"Kau pekak ya perempuan?" Dahi Eunbi ditunjal perempuan itu. Perlahan Eunbi menatap perempuan itu tajam.

"Jangan kacau aku , sial." Umpat Eunbi. Perempuan itu tertawa besar mendengar umpatan Eunbi lalu dia memandang kawan-kawannya isyarat agar ketawa bersamanya.

"Tak padan dengan perempuan mengandung. YOU WHORE !"

Perempuan itu terus menarik rambut Eunbi untuk dibawa ke tengah-tengah penjara. Semua banduan di dalam sel itu terus bersorak dan tertawa.

"Duduk dalam ni kalau kau simpan budak kecik dalam perut tu pun takde guna , kesian je. Betul tak kawan-kawan?!"

"BETUL !!"

"Jadi apa lagi ? KITA KASI PIJAK !!"

"ARGHHHH !! PARK JIMIN !!"

•••

Continue Reading

You'll Also Like

190K 19K 26
+Semuanya kisah tentang anak pertama kita. Terima kasih sebab bertahan selama 9 bulan, Saya sayang awak❤ 27/8/2017; 5 In Short Story🌸 31/8/2017; 4 I...
215K 13K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
509K 47.7K 88
[WARNING] Jangan rosakkan hubungan bahagia aku dengan cikgu chemistry paling kacak di akhir zaman ini. Beautiful cover by @KittyAleeya05