[√] Suami Mithali ° kth

By Lalyss-

267K 33.4K 7.6K

"Kau nak pikat isteri kau kan ? Jadi dengar cakap aku, jangan banyak cerita. Kau kena jadi suami mithali." ••... More

Prologue
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 20+
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
A/n
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 30+ [YoonEunBi]
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Not an update
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Epilogue
Tempat aku membebel
Ayah Mithali [Extra Chapter]

Chapter 41

3.2K 480 106
By Lalyss-


"Kau belum habis hutang dengan aku lagi, Choi Seung Cheol. Aku menyesal bekerjasama dengan kau. Pulangkan Rachel pada aku."

"Kenapa? Sebab kau nak bunuh dia. Aku dah cakap aku dah taknak bekerjasama dengan kau. Pergi dari hidup aku. Aku takkan bagi Rachel kat kau. Aku nak lindungi dia. Tak, tak, tak! Dia aku punya!! "

"CHOI SEUNG CHEOL !"

"DIA AKU PUNYA !!"

Tuttt tuttt

"Dammit , dasar lelaki psycho." Eunbi menelan ludahnya. Sudah tidak tahu bagaimana lagi dia nak berkomunikasi dengan lelaki separuh gila itu , Choi Seung Cheol.

Mata Eunbi kembali memandang ke arah satu-persatu kapal terbang yang meninggalkan kawasan lapangan . Sudah setengah jam berlalu , Jimin masih lagi belum muncul menunjukkan wajah. Perlahan Eunbi mengusap perutnya yang semakin membesar.

Tiba-tiba dia terasa satu tangan memeluknya dari belakang , belakang tengkuknya pula terasa dicium oleh seseorang. Eunbi menarik nafas panjang sebelum senyuman dipaksakan untuk terukir di bibir walaupun mood telah melayang.

Jimin lah , siapa lagi ? Hanya lelaki itu sahaja yang sedang dia tunggu di lapangan terbang ini sejak tadi.

"Jimin, gelilah!" Eunbi merengek lalu menolak kepala Jimin sedikit. Jimin masih tidak melepaskan Eunbi sebelum dagunya diletakkan pada bahu kanan Eunbi.

"Maafkan Jimin sebab tinggalkan Eun lama-lama. Baby sihat?" Eunbi sekadar mengangguk bagi menjawab soalan Jimin.

Jimin tersenyum nipis. Tangannya perlahan naik untuk mengusap perut Eunbi. Dia memusingkan Eunbi menghadapnya sebelum Jimin membongkok untuk melekapkan telinga pada perut Eunbi.

"Anak papa sihat ? Papa dah balik ni!"

"Jimin ! Orang tengok, malulah!" Jimin tertawa kecil. Cepat-cepat dia menegakkan semula badannya lalu mengusap rambut Eunbi.

"Lepas ni Jimin dah takde uruskan syarikat dekat Jepun tu , Jimin bagi kerja tu dekat orang lain. Tak payahlah Jimin nak tinggalkan Eun lagi." Eunbi tersenyum kelat mendengar itu.

Kau nak pergi lama-lama tak balik pun Eunbi lagi suka Jimin. Lagi senang dia nak hancurkan adik kau .

"Jom balik. Jimin tak sabar nak rasa sayang masak untuk Jimin. Rindu!" Jimin terus mengambil beg bagasinya dan lari meninggalkan Eunbi dibelakang. Teruja punya pasal.

Eunbi menarik nafasnya dalam. Terpaksa cipta plan baru selepas ini. Kepala otaknya lagi serabut apabila mengenangkan semula pada Seung Cheol yang telah bertindak tanpa pengetahuannya. Serabut tau !

"Cepatlah Eun!" Jerit Jimin yang sudah jauh beberapa meter dari Eunbi. Cepat-cepat Eunbi berlari anak untuk mendapatkan Jimin.

Lakonan terpaksa dijalankan seperti selalu.

•••

"Wey ! Bateri dah full !" Namjoon yang sedang membawa kereta terus terkejut melihat Yoongi yang tiba-tiba saja menjerit. Matanya digulingkan menyampah.

"Tau tak semalam aku geram , aku dah charge lepas tu aku tidur. Esok pagi aku tengok , kosong ! Bateri tak penuh ! Tau sebab apa?"

"Sebab kau lupa nak on suis." Jawab Namjoon acuh tidak acuh seakan malas nak melayan soalan Yoongi. Matanya masih fokus pada jalan raya.

"Eh , betul. Macam mana kau tau?"

"Kau kan bebal." Yoongi memandang Namjoon tajam. Suka hati je nak panggil orang bebal. Kalau Yoongi bebal , dia tak ada lah nak jadi polis, Kim Namjoon.

Malas nak cari gaduh dengan Namjoon , Yoongi terus menghidupkan telefon jenama acatel tersebut. Setelah dihidupkan , galeri adalah benda pertama diperiksa Yoongi.

"Alah , takde gambar." Yoongi mencebik. Ada pun gambar entah apa-apa. Terus Yoongi membuka 'music'.

Namjoon sekadar diam dan biarkan saja , lebih baik dia fokus pada jalan.  Sehinggalah Yoongi membuka lagu 'mic drop' dari telefon bimbit tersebut. Dahi Namjoon dikerutkan sebelum Namjoon memandang Yoongi , Yoongi memandang Namjoon.

"Mic mic bungeeeeee."

Pap !

"Auch!" Yoongi memegang kepalanya yang telah diluku Namjoon. Habis telefon tersebut terlepas dari tangannya. Tak jadi Yoongi nak menyanyi bahagian rap dari lagu 'Mic Drop' tersebut.

"Bodoh ! Lain yang aku suruh , lain yang kau buat ! Aku suruh kau cek telefon tu , bukan dengar lagu , nyanyi ! Eee serabut aku dengan orang bebal macam kau ni !" Marah Namjoon. Cepat-cepat dia memandu semula apabila lampu merah sudah bertukar hijau.

Yoongi mencebik. Tu pun nak marah ! Kecik hati Abang Yoongi .

Pantas Yoongi menundukkan badannya untuk mengambil telefon yang jatuh di tempat pengalas kaki kereta Namjoon. Kepalanya masih digosok-gosok dengan tangan sebelah lagi kerana perit diketuk oleh Namjoon masih terasa.

"Tunggu kau lembab macam siput babi , kau ingat tanpa kau , aku tak boleh dapatkan Rachel ke?"

Yoongi yang sudah mendapatkan telefon itu terus menekan butang stop pada lagu random yang diputarkan . Jarinya tidak sengaja menekan shuffle. Namjoon dan Yoongi terus berpandangan sesama mereka.

"Mainkan lagi sekali , Yoongi." Yoongi mengangguk dengan arahan Namjoon.

Senarai lagu yang ada di dalam 'music' itu , satunya bertajuk 'Voice-Record-091017' dimainkan semula oleh Yoongi. Namjoon masih setia dengan pemanduannya namun telinga dipasang untuk mendengar.

"Tunggu kau lembab macam siput babi , kau ingat tanpa kau , aku tak boleh dapatkan Rachel? Aku dah buat apa yang kau nak , aku dah cabut alat pernafasan Tuan Kim , aku dah hantar berpuluh surat berantai pada Rachel dan juga semua gambar Taehyung dengan kau berpelukan semua tu , mana janji kau ha perempuan ?"

"Memang . Sebab tu aku buat semua ni sendiri . Aku rasa kita dah habis. Lepas ni , kau tak kenal aku , aku tak kenal kau. Selamat tinggal , Yoon Eunbi. Harap kau dapat selesaikan masalah kau pula"

Namjoon dan Yoongi berpandangan sekali lagi lalu mereka mengangguk. Pantas Namjoon memusingkan stereng kereta untuk membuat pusingan 'U' . Jam di pergelangan tangan yang menunjukkan pukul 9 malam di pandang Namjoon sekilas sebelum keretanya dilajukan lagi untuk memandu ke Villa milik Rachel ; di mana Taehyung dan Rachel tinggal bersama.

"Ingat , kalau kau nak Rachel atau anak kau selamat baik kau jangan cakap apa-apa pun pada pihak polis. Ingat Puan Kim , aku ada di mana-mana. Telinga aku sentiasa ada di sebelah kau. kiri , kanan , atas , bawah , depan dan belakang ada mata aku mengawasi kau."

Suara yang direkod diam seketika , suara Puan Kim tidak didengari lagi. Sehingga kedengaran suara sesuatu yang tak berapa jelas. Yoongi mengerutkan dahi , cuba mendengar betul-betul voice record tersebut.

"Kau cuba melawan aku ya orang tua ?! Kau nak mati awal ke?!"

Kemudian suara Puan Kim seakan sesak nafas. Yoongi tersenyum nipis , dia yakin apa yang terjadi itu adalah berdasarkan teorinya. Beberapa saat kemudian barulah kedengaran lampu meja yang pecah. Kejadian yang berlaku antara Puan Kim dengan seorang lelaki yang mereka tidak pasti lagi siapa dapat dibayangkan sedikit demi sedikit.

"Arghhhh!! Bodoh!!"

Suara yang direkod itu akhirnya tamat dengan bunyi derapan kaki yang berlari. Yoongi terus mengeluarkan telefonnya , nama Taehyung dicari di dalam contact.

"Namjoon, aku rasa tak sedap hati. Pandu cepat sikit boleh?" Arah Yoongi sambil telefon yang sudah ditekapkan pada telinganya.

Namjoon sekadar mengangguk saja bagi meresponkan arahan Yoongi. Keretanya dipandu lebih laju membelah jalan. Habis kereta kiri kanan di potong Namjoon.

"Tuan! Saya—  bunyi apa tu?" Namjoon memandang Yoongi sekilas dengan kerutan di dahi.

"Hyung.. tolong panggilkan bomba."

"Ha?"

"TOLONG PANGGILKAN BOMBA DAN DATANG CEPAT KE SINI !"

Tuttt tuttt

•••

Wey aku minta maaf gile wey sebab late update , aku senanye tak sihat due tiga hari ni + dengan hal kat skolah semue bla bla bla dah nak cuti pun sibuk ade aktiviti dan aku sebagai student yng duk asrama nak tak nak kene lah pegi...

and again , sorry sebab banyak skip , sumpah sorry

Aku ingat nak double update , tapi aku rase cam tak larat.. aku dah siap dah berapa p.p tah kalau aku rase ok ke ape ke aku update ah gak dlm mase terdekat kay ?

Thanks read , vote and comment <3
Enjoy reading ^^ !

Continue Reading

You'll Also Like

437K 52.3K 70
Ketelanjuran yang terjadi, membawa satu derita yang bukan sedikit sakitnya, dan bukan sekejap sembuhnya.
9.8K 750 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
79.4K 8.1K 44
"Tak tau asal usul lubuk mana tah tetiber je dia tidur kat katil kesayangan aku, nak dipendekkan cerita ha camtulah fanfiction ini" Kata Minchae den...