[√] Suami Mithali ° kth

By Lalyss-

267K 33.4K 7.6K

"Kau nak pikat isteri kau kan ? Jadi dengar cakap aku, jangan banyak cerita. Kau kena jadi suami mithali." ••... More

Prologue
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 20+
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
A/n
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 30+ [YoonEunBi]
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Not an update
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Epilogue
Tempat aku membebel
Ayah Mithali [Extra Chapter]

Chapter 40

3.5K 492 708
By Lalyss-

"Kita akan mula dengan ruang tamu , sekali lagi." Namjoon dan Yoongi mengeluh.

Ini semua arahan Taehyung , mereka diminta untuk memeriksa rumah Puan Kim buat kali kedua , dan kali ini hanya mereka sahaja yang akan memeriksa rumah itu tanpa pertolongan rakan-rakan yang lain.

Bermula dengan ruang tamu , tv , kabinet , meja kopi yang berada di ruang tamu , bawah karpet lun mereka periksa. Kemudian mereka memeriksa tiga buah bilik yang berada di tingkat atas.

Satu adalah kepunyaan Puan Kim , di mana lampu meja pecah dijumpai dan sebatang rokok ditemui di situ. Kemudian beralih pula pada bilik Taehyung sewaktu Taehyung masih tinggal bersama Puan Kim sebelum berkahwin. Yang terakhir adalah bilik yang dikhaskan buat tetamu. Hanya tiga buah bilik itu sahaja yang ada di dalam rumah itu.

"Takde apa pun dekat sini." Kata Namjoon setelah memeriksa almari baju yang kosong , turut berada salam bilik tetamu itu. Yoongi mengangkat bahunya.

"Taehyung--"

"Wahhh , Taehyung~ Mana pergi inspektor? Depan dia bukan main lagi , Inspektor Kim~" Yoongi memandang Namjoon tajam apabila Namjoon mula mengejek cara percakapannya apabila di hadapan Taehyung.

"Aku lagi tua dari dia. Suka hati aku lah aku nak panggil dia apa pun! Aku patutnya yang layak setaraf pangkat macam dia tau!"

"Yelah yelah , kau kan Min Yoongi. Tak lama lagi , sabarlah. Aku Inspektor Kim Namjoon. Kau--"

"Inspektor Min Genius Boom Boom Jjang Jjang Man!" Potong Yoongi. Terus terletus tawa dari bibir mereka berdua.

Beberapa saat kemudian , Yoongi berdehem beberapa kali mematikan tawa mereka berdua. Wajah kembali serius. Ha melalut ke mana sudah.

"Ha , Taehyung suruh kita periksa betul-betul. Bawah almari , dalam almari , atas almari , dan dia ada pesan cari telefon. Aku pun tak faham telefon apa." Namjoon mengeluh sekali lagi mendengar pesanan yang telah disampaikan Taehyung pada Yoongi.

"Yelah , jom turun ke dapur. Tinggal dapur dengan halaman belakang rumah yang kita tak tengok lagi."

Terus kaki mereka berdua melangkah keluar dari bilik tetamu itu. Kaki menuruni anak tangga satu-persatu sehingga ke dapur. Namjoon dan Yoongi berpandangan saat melihat darah yang masih tidak dibersihkan masih melekat di lantak dapur itu. Malah pisau yang dijadikan senjata juga masih kekal di situ semenjak hari kejadian hingga ke hari ini.

"Aku pergi tengok halaman belakang rumah , kau tengok dapur ni. Bukan besar sangat pun , cepat sikit kerja kita habis." Yoongi mengangguk saja dengan arahan Namjoon.

Terus bayangan Namjoon hilang menuju keluar ikut pintu dapur untuk ke halaman belakang. Yoongi menarik nafasnya dalam. Perlahan dia melangkah berhati-hati agar tidak terpijak kesan darah di lantai. Lalu dia mencangkung melihat kesan darah dan juga pisau yang berada di tengah-tengah dapur itu.

"Urm , rasanya betullah teori aku yang dia bunuh Puan Kim tu." Gumam Yoongi sendiri apabila mengingatkan contoh yang dibuatnya pada Namjoon tempoh hari semata-mata untuk tunjukkan pada Taehyung.

Mata Yoongi tertancap pada sesuatu. Dia mengerutkan dahinya lalu perlahan dia berginjak pada benda itu yang jauh beberapa cm dari pisau yang digunakan penjenayah.

"Serpihan apa ni?" Yoongi mengambil serpihan hitam yang ada lantai itu. Kemudian beberapa serpihan lagi diambilnya dan diteliti.

Cepat-cepat dia mengeluarkan plastik kedap udara yang dibawanya dalam pocket dan dia masukkan serpihan-serpihan tersebut ke dalam plastik itu. Matanya beralih semula pada pisau dan kesan darah yang berada di sebelah counter , sekali lagi dahi Yoongi berkerut.

Dia kembali berginjak ke tempat asal dan mengambil sesuatu yang berada di bawah counter tersebut. Beberapa saat kemudian dia tersenyum melihat telefon jenama acatel yang baru dia jumpa.

"I got ya finally." Yoongi tertawa kecil. Namun tawanya terus mati apabila percubaan untuk membuka telefon itu gagal akibat bateri telefon itu mampus.

"Hey , Yoongi ! Aku jumpa benda ni !" Yoongi menoleh ke arah Namjoon yang menyergah di hadapan pintu belakang dapur itu. Yoongi mengangkat keningnya.

"Apa?" Tanya Yoongi lalu terus bangun untuk mengikut Namjoon yang sudah berlari anak ke belakang rumah.

"Pasu bunga ni jatuh." Namjoon menunjukkan ke arah pasu bunga milik Puan Kim yang sudah jatuh bergolek. Yoongi menepuk dahinya.

"Tu je? Jatuh angkatlah bodoh , tu pun nak orang ajar."

"Bukanlah! Kalau dia jatuh sebab aku buat ke , aku takde bodoh sangat macam kau tak reti nak angkat. Aku nak bagitau teori aku pula!"

"Apa? Takde contoh cekik-cekik kan? Kau bukan sengaja nak main-main sebab nak balas dendam kan?" Namjoon menggulingkan biji matanya.

Macam Namjoon ni jahat sangat! Lainlah kau Yoongi , cekik Si Namjoon sampai dia dah nak mati ha. Kalau mati betul-betul , memang Namjoon jadi hantu cekik kau balik.

"Satu pasu ni je yang jatuh , tapi yang lain tak jatuh pun. Lepas tu tengok ni." Namjoon menunjukkan kesan dinding yang seperti bergesel dengan sesuatu dan terlekat sedikit tanah di situ.

"Aku syak dia panjat ikut sini." Namjoon mengangkat pasu tersebut dan letakkan kembali ke tempat asal, betul-betul di hadapan dinding yang memisahkan rumah itu dengan jalan di seberang sana.

Lalu Namjoon menapak sedikit ke belakang. Yoongi mengerutkan dahi.

"Kau nak buat apa?" Tanya Yoongi pelik. Namjoon hanay tersenyum sinis tidak menjawab.

Dalam kiraan tiga , terus Namjoon berlari sekuat hati dan memijak pada pasu bunga yang telah dia angkat tadi. Setelah itu tangannya menahan tembok dinding itu untuk membawanya ke sebelah sana. Yoongi membesarkan matanya apabila bayangan Namjoon sudah tidak ada kerana lelaki itu telah memanjat dinding itu untuk ke sebelah sana.

"Namjoon tunggu aku !" Terus Yoongi mengangkat pasu itu semula.

Dia menapak ke belakang beberapa langkah lalu dia berlari dan mengikut cara Namjoon untuk ke sebelah sana.

Yoongi memandang ke arah Namjoon yang sudah bercangkung untuk melihat kesan tayar yang dihasilkan pada jalan beberapa cm dari dinding belakang rumah Puan Kim. Terus Namjoon memandang Yoongi dengan senyuman sinisnya.

"Min Yoongi , penjenayah tu mungkin Cik Rachel dan mungkin bukan Cik Rachel. Samada dua orang yang buat semua ni atau Cik Rachel tak bersalah."

"Maksud kau?" Namjoon merengus kasar. Kenapa lembab sangat ni Min Yoongi ?

"Maksud aku , Cik Rachel mungkin cuba bunuh Puan Kim dengan bantuan seseorang dan orang tu larikan diri guna motor. Atau penjenayah tu sengaja biarkan Cik Rachel jadi mangsa dan lepas dia cuba bunuh Puan Kim , dia larikan diri dengan naik motor."

"Oh ya! Dan aku jumpa ni! Tapi habis baterilah." Yoongi menayang-nayangkan telefon Puan Kim yang dijumpainya setelah mendengar penjelasan Namjoon, serpihan sesuatu yang dijumpai Yoongi juga ditayang.

Namjoon terus bangun dan mendekati Yoongi. Serpihan yang dikutip Yoongi itu diambilnya terlebih dahulu.

"Serpihan apa ni?"

"Tak pasti. Aku tak jumpa benda yang pecah tu , aku jumpa serpihan je."

"Mungkin serpihan ni dari benda yang penting , jadi penjenayah tu sempat ambik dan bawa lari. Takpe , telefon ni. Mesti ada sesuatu." Namjoon mengambil pula telefon Puan Kim. Dia tersenyum memandang Yoongi.

"Bersihkan nama Rachel Park." Namjoon menghulurkan tangannya pada Yoongi untuk bersalaman. Yoongi menarik nafas dalam sebelum menyambut salaman itu.

"Bersihkan nama Rachel Park !"

•••

"Akhirnya awak balik juga! Awak ok tak Taehyung ? Saya dengar mak awak--"

"Please .. saya tengah serabut Kwon Nara." Nara terus terdiam saat Taehyung memotong ayatnya.

Setelah 4 hari Taehyung tidak balik , akhirnya lelaki itu tahu juga jalan pulang ke rumah Villa Rachel. Tak dapat lagi Nara atau pun lebih tepat Yoon Eunbi nak berlagak ma'am besar.

"Kim Taehyung , saya tunggu awak balik lama tau. Tunggulah." Nara terus menghalang jalan Taehyung yang hendak naik ke bilik.

Taehyung membuat muka meluat. Matanya dialihkan ke tempat lain tidak mahu memandang ke arah Nara lalu dia memeluk tubuh.

"Saya nak keluar dari rumah ni." Terus mata Taehyung memandang ke arah Nara. Keningnya diangkat.

"Kenapa?"

"Saya dah bersedia nak keluar dari sini." Ucap Nara tenang seakan tiada apa-apa berlaku. Taehyung mengeluh kecil.

"Urm , baguslah. Buatlah apa awak nak buat." Setelah ucapkam itu , Taehyung terus menolak Nara ke tepi sedikit kerana menghalang jalannya.

Nara mengetapkan bibir melihat bayangan Taehyung yang makin menghilang ke biliknya. Apabila telinganya dapat menangkap bunyi pintu ditutup Taehyung , Nara terus mengeluarkan telefonnya untuk menelefon seseorang. Telefon itu dilekapkan pada telinganya.

"Hello, Jimin sayang. Ya , Eun tak sibuklah pula. nanti Eun amik Jimin dekat airport ok? Ok , bye sayang. Take care."

Talian telefon dimatikan. Nara tersenyum sinis. Balik pun jantan tu ke sini, akhirnya.

•••

WEY BACE AH AUTHOR NOTE AKU YNG SEDIKIT PANJANG NI ! BUKAN SELALU BEBEL

Aku tak double triple check huhu..

So , kalau ada typo , ayat keling ke apa.. ha pepandai ah.. aku bukan reti sangat buat ayat untuk ff romcom yang dah bertukar action ni HAHAHAHAHHAHAHA

Btw , aku tak sangka aku dah tulis ff ni sampai chapter 40 .. mase first aku kat alam fanfiction (kat fb HAHA) paling banyak 10 , lepas tu pindah port ke wattpad , jadi belas cam tu , lepas tu 20+ camtu , lepas tu tukar ke 30+ camtu , and sekarang 40+ ಥ⌣ಥ

Sempena menyambut chapter ke 40 .. Marilah menjawab beberapa soalan untuk tidak membosankan anda (memandangkan chapter ni sedikit bosan)

1) 1-10 , berapa kau nak bagi untuk ff SM ?

2) Kalau ditakdirkan kau untuk buat ending ff SM , kau nak Eunbi jadi apa ending dia nanti ?

3) Kalau Taehyung/Rachel mati ending dia , apa reaction kau ?

4) Kalau due² mati ? ( ͡° ͜ʖ ͡°)

5) Last question , kau suka ff genre highschool ke marriage ? (soalan ni untuk aku fikirkan ff akan dtg HAHAH)

Kay tu je , bye .. jwb lah dengan tenang .

Thanks vote comment and read ^^
Enjoy reading ^^ !

Continue Reading

You'll Also Like

40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
111K 10.5K 40
Kisah Kim Taehyung si idol dan Y/n si pengemis. "Dik, bodoh eh? Sian eh sian" - Kim Taehyung "Tak, saya memang sukakan abang handsome!" - Y/n Highest...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
20.1K 2.3K 23
[complete story]✔️ Hanya disebabkan permainan jelangkung. Nyawa jadi pertaruhan. Hidup atau mati? Sila baca