[√] Suami Mithali ° kth

By Lalyss-

267K 33.4K 7.6K

"Kau nak pikat isteri kau kan ? Jadi dengar cakap aku, jangan banyak cerita. Kau kena jadi suami mithali." ••... More

Prologue
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 20+
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
A/n
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 30+ [YoonEunBi]
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Not an update
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Epilogue
Tempat aku membebel
Ayah Mithali [Extra Chapter]

Chapter 34

3.2K 449 55
By Lalyss-


"Selamat tengaha-- Puan ok?" Chaerin mengerutkan dahinya melihat Rachel yang jalan terhincut-hincut.

Rachel memicit sedikit kepalanya , migrain dah datang dah. Tubuhnya hampir rebah tetapi pantas saja Chaerin menangkap tubuh Rachel untuk di dudukkan pada kerusi.

"Puan , kalau sakit tak payahlah datang pejabat! Saya boleh uruskan semua. Lagipun Puan tengah mengandung, biar saya call Encik Kim ya?" Pantas Rachel menahan tangan Chaerin dari mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Taehyung. Rachel menggelengkan kepalanya.

"Dia sibuklah , aku taknak ganggu dia kerja. Lagipun aku taknak dia risau pasal a-- akh!" Rachel memegang perutnya yang sedikit sakit. Terus Chaerin membesarkan matanya sedikit terkejut.

"Puan , mari kita pergi klinik. Lepas tu saya hantar Puan balik ke rumah ya?"

"Taknak! Aku rela mati dari terus duduk dalam rumah tu seorang diri!"

"Eh? Errr .. ok ok , kita balik rumah saya? Ok?" Rachel terus memandang ke arah Chaerin.Chaerin mula buat wajah simpati seakan memujuk Rachel. Risau pula dia tengok Si Rachel ni , nak tanya lebih-lebih takut pula.

"Ok." Jawab Rachel singkat. Terus Chaerin meletakkan tangan Rachel ke belakang bahunya untuk dipapah.

Rachel mengerus kasar. Dia paling tak suka menyusahkan orang dan meminta tolong dari orang lain.

Ini semua salah perempuan tak guna tu. Dia berharap sangat perempuan tu berambus dari rumahnya atau dia sendiri yang akan menghalau perempuan tu dengan cara apa sekali pun.

•••

"Dengar kan apa doktor cakap tadi ? Puan--"

"Its Rachel , berapa kali aku nak cakap dekat kau? Chill lah , kau dah macan kawan aku." Chaerin mengetapkan bibirnya geram. Dia masih tidak biasa untuk memanggil Rachel sebagai 'Rachel' atau kau-aku walaupun di minta Rachel sendiri.

Chaerin mengeluh kesal. Terpaksa akur juga , Rachel ni keras kepala.

"Ok.. dengar kan apa doktor cakap tadi? K-kau kena banyakkan rehat , kau kan mengandung. Kesiankan baby tu." Rachel mengeluh kesal.

Dia terus masuk ke dalam rumah Chaerin setelah pintu rumah dibukanya Chaerin tanpa menunggu pelawaan Chaerin. Tubuhnya dihenyakkan pada sofa dan disandarkan kepalanya pada sofa itu. Chaerin sudah ke dapur untuk membuat air.

"Chae , kau pandai masak tak?" Tanya Rachel tiba-tiba sambil menatap siling rumah itu. Chaerin mengerutkan dahinya namun tangan masih sibuk mengacau teh buat Rachel.

"Pandai." Jawapan singkat dari Chaerin membuatkan Rachel bangun dan berlari kecil untuk mendapatkan Chaerin yang masih berada di dapur. Chaerin membuntangkan matanya memandang Rachel pelik.

"Janganlah lari-lari , kaki tu tak baik lagi. Sekejap lagi tuam dengan air, jangan lupa." Pesan Chaerin untuk yang keberpuluh kali. Tak pesan nanti Rachel bukan reti buat sendiri nanti.

Rachel menggosokkan belakang tengkuknya beberapa kali. Arahan Chaerin tidak dijawabnya. Air teh yang telah disiapkan Chaerin hulurkan pada Rachel. Terus Rachel menyambutnya dan menghirup sedikit air teh itu sebelum kembali bersuara.

"Chae , boleh tak kalau kau ajar aku masak untuk seminggu ni? Kita tak payah ke pejabat , serahkan kerja kau pada orang lain. Sebaliknya kau dan aku kena datang sini untuk kelas memasak."

"A-apa? Tapi..."

"Kenapa? Kau taknak ajar aku masak ke?" Chaerin terus menggeleng laju apabila ayatnya dipotong Rachel. Rachel mengangkat keningnya.

"Bukan macam tu, tapi kenapa tiba-tiba?" Rachel terdiam seketika. Wajah ditundukkan. Perlahan dia mencapai kerusi meja makan dan punggung dilabuhkan. Pandangannya jatuh ke lantai.

Selama dia berkahwin dengan Kim Taehyung, Taehyung melayan dia dengan sangat baik. Termasuk Puan Kim. Tapi dia? Masak tak reti , asyik kerja dan tak pandai melayan Taehyung sebagai suaminya. Dah tiba masanya untuk dia melayan Taehyung seperti mana Taehyung melayan dia tanpa penat lelah.

Dan satu lagi sebab ... agar tanggapan Yoon Eunbi bahawa Taehyung tidak akan menyayangi dia itu adalah salah. Dia berguna untuk Taehyung dan mampu menerima kasih sayang dari lelaki itu.

"Aku nak berubah." Jawab Rachel lambat-lambat. Kepala masih tidak didongakkan. Dia tersenyum kelat.

"Selama ni Tae tak pernah penat layan kerenah aku, dia tak kisah pun kalau aku ni tak pandai masak, tak pandai layan dia semua. Aku pula? Pijak kepala dia. Dia pun nak juga aku jadi isteri idaman macam semua lelaki nak." Sambung Rachel lagi.

Perlahan dia mengusap air matanya yang sudah jatuh mengalir tanpa disedari. Rachel tertawa kecil , lawak dengan diri sendiri kerana boleh menangis dengan benda yang kecil. Kadang-kadang dia dah tak kenal siapa diri dia sendiri selepas mengenali Kim Taehyung. Semuanya berubah lepas lelaki itu hadir dalam hidup dia. Dia semakin sensitive dan takut kehilangan.

"Rachel..." Entah bila Chaerin sudah berlutut di hadapan Rachel. Kedua belah tangan Rachel dipegang dan digenggam kuat.

"Janganlah nangis. Ok, aku ajar kau masak ya? Kau nak aku ajar kau masak apa? Makanan favourite Tae?" Tanya Chaerin seakan memujuk. Perlahan Rachel mendongak memandang ke arah Chaerin yang sudah tersengih seperti kerang busuk.

"Makanan favourite Tae?" Chaerin sekadar mengangguk dengan pertanyaan Rachel.

"Tapi... aku taktau makanan favourite dia." Jawab Rachel.

Terus Chaerin menepuk dahinya kesal.

•••

Taehyung memarkingkan (?) keretanya di garaj. Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas sebelum mata kembali memandang ke arah kereta Rachel yang elok diparkingkan di hadapan keretanya. Dahi dikerutkan.

"Baru pukul 8 malam. Selalu paling awal pukul 10 dia balik." Gumam Taehyung sendiri.

Malas nak berfikir panjang, dia terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Baik dia bertanya sendiri pada Rachel kenapa Rachel balik awal , nak fikir pun dia malas kerana terlalu penat.

Bunyi periuk jatuh dan asap yang berkepul-kepul membuatkan dia berkerut dahi. Bau hangit terus menerjah ke rongga hidungnya. Terus dia menoleh ke arah dapur. Beberapa saat kemudian dia tersenyum nipis dan bercekak pinggang.

"What ? Tumis bawang ? Aku dah lupa macam mana nak tumis bawang macam mana yang kau ajar aku tadi. Wey , kau ingat aku komputer ke nak simpan memori banyak-banyak ? " Bebel Rachel di hujung talian dengan rengusan kasarnya pada Chaerin.

Tak sangka , masak pun susah ya ?

Api dapur terus dimatikan. Hangus sudah ayam yang digorengnya. Mulanya nak buat ayam goreng madu , tapi segala resepi dan cara-caranya terus dia lupa. Penatlah macam ni. Ingatkan masak ni senang.

"Chae , aku tak boleh buat. Masak ni susah sangat. Aku tak faham apa kau ajar aku." Keluh Rachel lagi pada Chaerin. Perutnya diusap-usap , bibir dicebikkan.

"Mana ada yang senang. Kau nak kerja dekat pejabat dulu pun mesti susahkan ? Macam tu lah memasak." Jawan Chaerin di hujung talian. Rachel mengeluh kesal, kelu lidah dia.

Takkan dia dah nak give up ?

Tiba-tiba dia terasa sepasang tangan memeluk pinggangnya. Hembusan nafas betul-betul terasa di belakang tengkuknya. Rachel membesarkan sedikit matanya , tahu lah dia siapa yang memeluknya.

"Err.. Chae , nanti esoklah kita sambung. Bye." Belum sempat menunggu jawapan Chaerin , Rachel sudah menamatkan perbualan telefon mereka.

Rachel berdiri kaku dan menunduk. Tak sangka pula yang Taehyung sudah balik , kantoilah dia cuba nak belajar memasak. Pertama kali cuba pun dah gagal , malulah dia nanti.

"Sedap."

"Hey! Jangan makanlah! Hangus!" Terus Rachel menepuk tangan Taehyung dari terus mengambil ayam hangus di dalam kuali. Entah sejak bila Taehyung sempat ambil ayam yang berada dalam kuali tersebut , Rachel sibuk mengelamun sampai tak perasan.

Taehyung tidak mengendahkan Rachel. Ayam yang sudah hangus itu dipindahkan dari kuali ke pinggan dan terus dibawanya ke meja makan, lalu ayam itu disantapnya dengan berselera. Jatuh rahang Rachel melihat Taehyung yang berselera makan ayam yang sudah hangus tu.

"Tae! Kan hangus! Awak makan kenapa? Tak pahit ke? Tak sedap tau tak!"

"Takkan nak buang? Membazirkan tak elok." Jawab Taehyung acuh tidak acuh. Ayam itu di makan dengan penuh berselera sambil ditayangkan pada Rachel seakan-akan ayam itu sungguh sedap.

Pantas Rachel duduk di hadapan Taehyung untuk melihat Taehyung makan. Entah kenapa dia tersenyum nipis, seronok. Sedap ke dia masak? Betul ke sedap walaupun hangus? Ke nak jaga hati?

"Sedap ke? Nak rasa sikit."

"Aip! Tak boleh! Tae punya." Taehyung menjauhkan ayamnya dari terus diambil Rachel. Rachel mencebik.

"Kedekut , saya yang masak tau!"

"Masak untuk siapa? Untuk Tae kan? Jadi Tae yang punya. Jangan buruk siku." Jawab Taehyung lagi. Ayam tersebut disantapnya lagi. Terus Rachel memeluk tubuhnya sambil mencebik.

"Perasan. Saya masak untuk saya bukan untuk awak." Jawab Rachel dengan cebikannya. Taehyung malas nak melayan malah ayam dipinggannya lebih menarik perhatian.

"Kenapa tiba-tiba nak belajar masak?"

"Eh? Siapa kata saya nak belajar masak? Saya lapar , saya try lah masak sebab malas nak beli dekat luar."

"Delivery kan ada." Taehyung mengangkat keningnya. Rachel mengetapkan bibirnya, cuba mencari ayat yang sesuai.

"Lupa." Jawab Rachel singkat. Sebelah kening Taehyung dijongketkan memandang ke arah Rachel.

"Ish! Janganlah pandang saya macam tu! Saya cakap betul!"

"Ok." Jawab Taehyung singkat. Pinggan yang sudah kosong dibawanya ke sinki untuk dibasuh. Rachel terus bangun melihat kelakuan Taehyung.

"Makanan favourite awak apa Tae?"

"Urm?" Taehyung mengerutkan dahinya dengan pertanyaan Rachel. Tangan masih sibuk membasuh pinggan.

"Tae paling suka makan masakan yang sayang masak , semua makanan yang sayang masak favourite Tae."

"Tae... saya betul-betul ni."

"Ada Tae main-main ke?" Taehyung tertawa kecil. Terus tangan yang basah dilapkan pada kain.

Rachel memeluk tubuhnya. Malas nak melayan , dia terus berjalan ke dapur semula untuk mengemas. Dia yang buat sepah , dia lah yang kena kemas.

"Sayang , kenapa sayang jalan terhincut?"

"Oh?" Rachel menoleh ke arah Taehyung. Bawah bibirnya digigi, terus kepala digelengkan. Ingat Taehyung tidak perasan benda tu.

"Mana-- woah!" Belum sempat Rachel ingin menghabiskan ayatnya , Taehyung sudah mengangkat Rachel untuk didudukkan pada counter .

"Kaki sayang lebam , kenapa?" Tanya Taehyung serius sambil melihat kaki Rachel yang lebam-lebam. Rachel terdiam seketika.

"Jatuh."

"Bohong , takkan jatuh macam ni?"

"Saya--"

"Hye Tae , dah balik ke?" Wajah Taehyung dan Rachel ditolehkan saat satu suara menegur mereka. Rachel menggigit bawah bibirnya saat melihat Nara menuruni tangga dengan Comel dipelukannya.

Mata Taehyung merenung pada dahi Nara yang berplaster. Kemudian dia memandang ke arah Rachel dengan pandangan tajam.

"Sayang gaduh dengan Nara ke? Kenapa dahi Nara berplaster ?" Tanya Taehyung. Kali ini dia memandang Nara untuk kepastian.

Nara mengangkat bahunya. Terus Comel dilepaskan sebelum dia mendekati Taehyung dan Rachel.

"Kucing awak tu lah, Comel. Dia pergi cakar dahi saya pagi tadi. Rachel jatuh dekat tepi kolam , licin lah tu. Sebab tu hari ni dia tak pergi pejabat, saya yang jaga dia tau. Kan Rachel?" Taehyung terus memandang ke arah Rachel meminta kepastian.

"Betul ke?" Tanya Taehyung perlahan. Rachel memandang ke arah Nara yang sudah tersenyum nipis.

Kenapa aku takut dengan dia tiba-tiba ni?

"Aku akan pastikan Taehyung mati depan mata kau. Faham tak?!"

"Ya , betul." Jawab Rachel dengan mata yang terpejam beberapa saat. Taehyung terus mengeluh kesal.

"Esok sayang jangan pergi ke pejabat. Duduk rumah sampai kaki tu sembuh ok? Elok-eloklah jangan jatuh-jatuh , nasib baby dalam kandungan tu takde apa-apa. Dah , dapur tinggal je. Esok biar Makcik Lee yang kemas. Sayang masuk bilik."

"Saya boleh tolong bersihkan, Tae." Taehyung memandang ke arah Nara. Terus Taehyung tersenyum nipis dan mengangguk kecil.

"Ok, thanks." Ucap Taehyung. Rachel terus diangkat gaya bridal style untuk dibawa ke bilik.

Rachel tidak banyak cakap , dia akur saja dan tangan digantungkan pada leher Taehyung. Nara sekadar melihat bayangan Taehyung dan Rachel sehingga hilang dari pandangan matanya.

Dia tersenyum sinis.

•••

Continue Reading

You'll Also Like

103K 9.9K 50
Park Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden memang kemahiran gadis licik ini. Angka...
78K 7.8K 32
" Selesaikan misi kau , Semuanya akan jadi seperti biasa ." [ COMPLETE ] [ 1st OCTOBER 2018 ] Cover made by ; @Taegi_s
184K 10.7K 45
-fanfic ni tengah re-write. So kalau ada yang berlainan tu kami minta maaf hehe, tapi sokey korang akan faham juga. Selamat membaca ♡ Selami dalam du...
437K 52.3K 70
Ketelanjuran yang terjadi, membawa satu derita yang bukan sedikit sakitnya, dan bukan sekejap sembuhnya.