[√] Suami Mithali ° kth

By Lalyss-

267K 33.4K 7.6K

"Kau nak pikat isteri kau kan ? Jadi dengar cakap aku, jangan banyak cerita. Kau kena jadi suami mithali." ••... More

Prologue
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 20+
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
A/n
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 30+ [YoonEunBi]
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Not an update
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Epilogue
Tempat aku membebel
Ayah Mithali [Extra Chapter]

Chapter 15

4.9K 625 90
By Lalyss-


"Gantikan aku erk hari ni? Sorry sangat wey , nak uruskan hal kereta aku ni. Nanti bila time bila-bila kau cuti pula, aku gantikan kau. Thanks ! Bye , sayang kau." Nara terus mematikan talian telefonnya bersama kawan sekerjanya di hujung talian.

Pantas dia menoleh ke arah Taehyung yang memeluk tubuhnya. Dia menelan liurnya payah , wajah ditundukkan.

"Awak tak bagitau Rachel pasal ni?" Nara menggeleng dengan soalan Taehyung tanpa mengangkat wajahnya.

"Awak... takkan saman saya kan?" Sekali lagi Nara menggeleng dengan keluhan kecil. Dia mengetapkan bibir geram sebelum mendongak memandang wajah Taehyung yang masih merenungnya semacam.

Kwon Nara , penjaga kaunter pertanyaan di A&A holding , syarikat Rachel. Kali pertama berjumpa dengan Taehyung semasa Taehyung memaksanya untuk memberitahu keberadaan Rachel ketika Rachel sedang bertemu ramah dengan wartawan.

Takkan Nara lupa kejadian itu , Encik Polis yang tiba-tiba terjah ke dalam syarikat orang dipikirnya gila.

"Saya akan bayar kereta awak. Jangan bagitau Rachel pasal ni , saya minta maaf sangat."

"Urm , takpe Encik Kim. Tak payah bayar , perkara kecil je. Saya tak kisah sangat pun." Taehyung mengangkat keningnya mendengar balasan Nara.

"Kalau macam tu , saya taknak bayarlah." Nara mengetapkan bibir sekali lagi mendengar balasan Taehyung. Dalam hati dah memaki Taehyung.

Kalau bukan Taehyung ni suami bossnya dan seorang polis, dah lama dia buat apa-apa tindakan. Senang-senang langgar orang sebab cuai berbual di dalam telefon masa memandu , tiba-tiba taknak bayar. Ingat dia apa? Dalam beg duit nak bayar duit minyak kereta pun entah-entah Nara tak mampu setakat ni.

"Saya gurau je." Jawab Taehyung dengan tawa kecil menghentikan lamunan Nara. Lalu Taehyung mengeluarkan sejumlah duit dalam pocketnya untuk dihulurkan pada Nara.

Nara memandang duit itu dengan hati yang berbelah bahagi. Mungkin tadi dia berharap Taehyung membayar tapi tiba-tiba bila duit tersebut dihulurkan , Nara terasa berat hati nak mengambilnya.

"Urm.. Encik Kim , saya--"

Belum sempat Nara ingin menghabiskan ayatnya , Taehyung telah pun menarik tangan Nara dan meletakkan duit tersebut di telapak tangan Nara. Nara tergamam merasakan tangan Taehyung yang memegangnya.

"Tak payah panggil saya Encik Kim , nama saya Kim Taehyung." Nara menundukkan wajahnya lalu mengangguk kecil. Taehyung menghulurkan tangannya untuk bersalaman bersama Nara.

"Kwon Nara." Jawab Nara bersama tangan yang teragak-agak untuk menyambut salaman Taehyung. Namun , lambat-lambat Taehyung menyambut juga salaman itu.

Taehyung tersenyum nipis.

•••

Rachel memegang kepalanya yang sedikit pening akibat migrain yang datang tiba-tiba. Dia mengeluh seketika sebelum tangan cepat-cepat membuka laci mejanya untuk mencapai panadol. Dua biji panadol ditelannya pantas bersama air mineral yang memang berada di atas mejanya.

Tok ! Tok!

"Puan Kim , ada sesuatu untuk Puan." Rachel mengangkat wajahnya melihat secretary-nya. Lalu tangannya mengisyaratkan untuk dia masuk.

Perlahan gadis likungan 20-an itu melangkah masuk ke dalam pejabat Rachel , matanya tidak lepas memandang Rachel yang masih berkerut dahi menahan sakit kepala yang lambat nak bertindak terhadap panadol yang di makannya.

"Saya letak sini ." Kata dia sambil meletakkan sesampul surat berwarna coklat di atas meja Rachel. Rachel mengerutkan dahi sekali lagi memandang sampul surat itu.

"Siapa bagi?" Perempuan bername-tag Park Chaerin itu mengangkat bahunya.

"Postman bagi tadi , untuk Puan Kim." Rachel mengambil sampul itu dengan wajah yang pelik sebelum menelitinya.

"Takde stam , takde alamat pengirim semua , awak pasti ke postman yang bagi?"

"Eh? Err , ya. Maafkan saya , saya cuma ambil je sebab dia kata Puan yang punya." Jawab Charin berhati-hati dengan senyuman nipisnya . Sebenarnya dalam hati dia nak sangat cepat-cepat keluar dari pejabat Rachel , Rachel kadang-kadang sangat menakutkan tanpa sebab.

"Takde apa-apa , saya keluar dulu. Puan Kim nak apa-apa ke?" Rachel menggelengkan kepalanya. Pantas dia melambaikan tangan pada Chaerin menyuruh perempuan itu keluar.

Cepat-cepat kaki Chaerin melangkah keluar dari pejabat Rachel. Setelah itu Rachel membuka sampul surat dipegangannya pantas sambil sebelah tangan lagi memegang kepalanya yang masih pening.

Isi sampul surat itu dikeluarkan. Ada beberapa foto di dalam surat tersebut. Terus membulat mata Rachel saat melihat foto-foto yang diambil itu adalah gambar Taehyung sedang makan bersama seorang perempuan tetapi gambar perempuan itu tidak jelas kerana dia membelakangi camera.

Rachel merengus kasar sebelum melemparkan gambar itu ke tempat lain. Pantas matanya tumpukan balik pada komputernya untuk membuat kerja.

"Siapa kisah dia nak keluar dengan siapa pun." Gumam Rachel.

•••

Taehyung memangkirkan keretanya ke garaj Villa Rachel. Dia mengangkat keningnya melihat kereta Rachel yang sudah diparkingkan juga di situ. Lalu bawah bibirnya digigit sebelum menjeling ke arah jam tangan.

"Baru pukul 7.30 malam , awalnya dia balik." Gumam Taehyung sendiri sebelum menatap anak kucing oren di seat sebelahnya.

"Harap dia tak kisah kalau aku bela kucing ni." Taehyung tertawa kecil.

Kalau tak dia jumpa anak kucing ni dalam kotak sebelum balik tadi , takdenya dia nak kutip bawa balik. Anak kucing ni terlalu comel untuk dibiarkan.

Pantas Taehyung keluar dari kereta sambil mendukung anak kucing tersebut. Kaki melangkah perlahan-lahan seperti pencuri untuk masuk ke dalam rumah. Mata ditolehkan ke kiri ke kanan untuk melihat samada ada orang atau tidak. Kemudian pintu rumah ditutup rapat secara perlahan.

"Meow~"

"Shhh!!" Marah Taehyung sambil menekup mulut kucing oren didukunggannya. "Janganlah bising , nanti kau takleh tinggal sini!"

"Apa yang tak boleh tinggal dekat sini?" Taehyung tergamam mendengar suara yang bertanya. Dia menggigit bawah bibirnya sebelum perlahan menoleh ke arah Rachel yang baru menuruni tangga.

"Errr , sayang awal balik hari ni."

"Kerja tak banyak." Jawab Rachel dengan suara yang mendatar. Mata perlahan jatuh melihat ke arah kucing yang dipegang Taehyung. Matanya dibesarkan.

"Siapa suruh awak bawa kucing tu masuk dalam rumah ni Tae?"

"Eh ? Urm , boleh tak Tae nak bela dia sayang?"

"Tak boleh! Bawa dia keluar!" Taehyung mencebik mendengar suara Rachel yang telah naik satu nada. Kemudian dia memandang kucing tersebut dengan perasaan sayu.

"Kenapa tak boleh ? Bolehlah , satu ni je sayang."

"Saya tak suka kucing! Geli! Please , Kim Taehyung , bawa dia keluar!"

"Tapi--"

"Awak pilih kucing tu ke saya? Kalau awak pilih kucing tu , hari ni awak tidur dekat sofa tu dengan kucing tu. Jangan cuba-cuba naik katil saya." Belum sempat Taehyung ingin membuka mulut lagi , Rachel sudah naik ke biliknya.

Taehyung merengus kasar.

"Encik Kim , biarlah makcik Lee jagakan kucing tu." Taehyung menoleh ke arah dapur di mana Makcik Lee berada di situ. Taehyung mengerutkan dahinya.

"Makcik Lee belum balik?"

"Belum , sekejap lagi. Anak makcik ambik makcik lambat sikit. Encik Kim bagilah kucing tu, makcik tolong jagakan. Makcik ada sangkar dekat rumah."

Taehyung mengangguk. Perlahan dia berjalan ke arah Makcik Lee. Kucing oren diserahkan pada Makcik Lee sebelum kepala anak kucing itu diusapnya.

"Saya jumpa dia dekat dalam kotak masa nak balik tadi , Makcik jagakan dia malam ni je sekejap. Esok Makcik bawakan sangkar tu datang sini , nanti saya bayar sangkar tu."

"Eh tak payah , makanan kucing dengan pasir pun Makcik ada sikit dekat rumah. Dulu Makcik ada bela seekor. Takpe , esok makcik bawakan." Taehyung tersenyum mendengar jawapan dari Makcik Lee.

"Terima kasih. Saya naik dulu tengok Rachel."

"Ok."

Pantas kaki Taehyung naik ke biliknya dengan Rachel. Dia menarik nafas dalam saat kaki telah pun sampai di hadapan pintu bilik tidur mereka , berharal bahawa Rachel tidak mengunci pintu. Perlahan tombol pintu dipulasnya.

Krek.

Taehyung tersengih , tak berkunci. Pintu dibukanya perlahan dan kaki dilangkahkan masuk ke dalam. Taehyung membesarkan matanya melihat katilnya dan Rachel dari jauh beberapa cm telah dirapatkan menjadi seperti katil king size. Sudahlah pula , cadar pun telah ditukarnya.

Siapa buat ? Rachel lah buat . Tapi kenapa?

Perlahan Taehyung menutup kembal pintu bilik mereka dan mendekati Rachel yang membelakanginya. Punggung dilabuhkan di sebelah Rachel.

"Urm , sayang~! Sayang rapatkan katil ni tadi ye? Sebab tu sayang balik awal erk?" Taehyung mula bersuara manakala Rachel kekal diam.

"Awak pergi mana pagi tadi?" Setelah lama berdiam , akhirnya Rachel bersuara juga sambil menoleh memandang Taehyung. Taehyung mengangkat keningnya.

"Eh? Takde pergi mana. Tae cuma pergi pergi rumah mak, makan dan balik." Jawab Taehyung. Rachel mengetapkan bibir.

"Makan dengan siapa?" Taehyung mengerutkan dahinya dengan soalan Rachel.

"Kenapa sayang tanya tiba-tiba?" Rachel menggeleng lalu menggigit bawah bibirnya. Foto-foto yang dia lihat masih bermain dalam fikirannya. Cemburu? Entahlah.

"Saya tanya je." Jawab Rachel perlahan sebelum mengiring betul-betul untuk mengjadap Taehyung. Mata dipejamkan rapat sebelum bersuara lagi.

"Ticket flight ke London saya dah beli. Nanti kita kemas baju."

"Lah , kenapa sayang tak suruh je Tae yang uruskan semua tu? Sayangkan kerja."

"Takpelah , saya dah beli dah pun." Jawab Rachel singkat tanpa membuka matanya.

Taehyung tersenyum nipis. Mata tidak lepas memandang wajah Rachel. Apabila lama tidak mendengar suara Taehyung , Rachel kembali membuka matanya melihat Taehyung yang menatapnya.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Rachel mendatar namun Taehyung menggeleng kecil.

"Sayang cantik sebab tu Tae pandang." Jawapan Taehyung membuatkan Rachel menjelingnya. Ingat sweet ke?

"Janganlah jeling macam tu , tak baik jeling suami." Taehyung tertawa kecil. Pantas di mengusap rambut Rachel dan bermain-main dengan wajah Rachel menggunakan jarinya.

"Sayang cantik sangat , sesuai jadi isteri untuk Tae. Tapi... sampai bila sayang nak abaikan tanggungjawab sayang sebagai isteri?"

"Kim Taehyung , saya dah cakap saya--"

Ayat Rachel tergantung saat bibir Taehyung menemukan dahinya. Kemudian turun ke hidung , pipi dan akhir sekali bibir dikucup sekilas.

"Semua benda ada sebab tapi bukan bermakna kita kena letak alasan." Ucap Taehyung perlahan , wajahnya dekat sangat dengan Rachel. Rachel mengeluh kesal.

"Maaf , sebab saya tak boleh jadi sempurna untuk awak." Taehyung tersenyum nipis. Perlahan bibirnya kembali menyentuh bibir Rachel dan kali ini lebih lama dari tadi. Ciumannya kemudian beralih ke pipi dan telinga Rachel.

"Takde yang sempurna dalam dunia ni , Rachel Kim. Tapi sayang dah hampir sempurnakan hidup Tae dengan hanya jadi isteri pada Tae, terima kasih." Bisik Taehyung dicuping telinga Rachel.

Rachel tergamam mendengar setiap bait-bait Taehyung. Semuanya sangat lembut dan memujuk hatinya tapi kenapa Rachel tak pernah menghargai Taehyung dan menganggap Taehyung apa-apa. Atau dia sendiri masih tak perasan dengan perasaannya? Semuanya dia tak boleh jawab , soalan tu cume hadir dalam kotak mindanya.

Dan pada malam itu , bersaksikan bintang dan bulan , buat kali pertamanya Rachel menyerahkan segalanya pada Taehyung dengan kerelaannya sendiri.

•••

Continue Reading

You'll Also Like

79.4K 8.1K 44
"Tak tau asal usul lubuk mana tah tetiber je dia tidur kat katil kesayangan aku, nak dipendekkan cerita ha camtulah fanfiction ini" Kata Minchae den...
3.5K 398 17
"Pinjamkan saya cuma 44 hari daripada hari-hari awak... " -Park Soul --- 100% idea by myself. Tell me if you want to copy, i will give u the bill. S...
27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...