TALE OF WINDCRAWLER[C]

By MuhdHayatulAkmal

228K 14.7K 411

Ace hanyalah seorang pemuda biasa...pekerjaannya hanyalah sebagai pengembala kambing... Pada suatu hari,kehid... More

Prolog
Bab 1:Permulaan
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7: Dendam Ace
Gallery
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17:Gaduh?
Bab 18
Bab 19
Bab 20: First Kiss
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Gallery 2
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31:Leo
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36:War Has Begin!
Bab 37:War
Bab 39: Hammurabi
Bab 40:Rowan,Lea & Izumi
Gallery 3
Bab 41:Dark Berserker!
Bab 42:The Final Battle!
Bab 43: Ace's Death?
Epilog
KATA PENGHARGAAN!
PERHATIAN!!

Bab 38:Ryzer's True Power

3.5K 263 1
By MuhdHayatulAkmal

"Woo....Hebatlah kau Ace!! Dari mana kau belajar teknik tu??"

Edward menyoal Ace apabila mereka berada di kem. Ace hanya diam.

"Ala...Takkan kau tak beritahu...Aku pun nak tahu.." Pujuk Edward.

Mereka kini sedang mengelilingi unggun api. Kesemua pahlawan elit ada di situ.

"Kau maksudkan Sacred Swords??" Soal Ace kembali.

"Eh?? Tu ke nama teknik kau??"

"Yeah...Sacred Swords merupakan teknik yang aku cipta sendiri." Jelas Ace. Semua terkejut.

"Leo kenapa kau tak beritahu aku tentang ni??" Soal Edward.

"Asal aku pulak?? Aku pun tak tahu abang aku ada teknik tu.." Bidas Leo.

"Dah jangan nak kecoh pasal ni.." Tegah Ace.

"Macam mana tak kecoh...Ak--" Belum sempat Edward menghabiskan katanya unggun api tadi bertukar menjadi api bewarna emas.

"Aku cakap apa?? Tak payah kecoh kan?? Sekali lagi kau cakap pasal benda ni aku bakar kau hidup-hidup.." Ace memberi amaran lalu beredar. Semua memandang Ace dengan penuh tanda tanya.

"Psst..Kenapa dengan abang kau tu??" Soal Rex dengan nada berbisik.

"Abang aku tak puas hati sebab tak jumpa Zagros.." Jawab Leo.

"Ouh.." Rex mengangguk faham.

Luna hanya memerhati Ace yang beredar itu dengan pandangan yang sayu.

Malam sudah pun lewat. Ace bersandar di sebatang pokok berdekatan dengan sebuah tasik.

Dua bilah pedang itu dipacakkan secara menyilang. Bilah pedang berkilau terkena cahaya bulan.

Ace mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya. Cincin berbatu putih itu dia tenung.

'Nak beri atau tak?? Hmm..' Soal hati Ace.

"Ace??" Seseorang menegur Ace dari belakang.

Terus Ace memasukkan cincin itu ke dalam poket kotnya semula.

"Ouh..Luna..Duduklah.." Pelawa Ace. Luna duduk di sebelah Ace. Gadis itu menyandarkan kepalanya di bahu Ace.

"Awak tak apa-apa??" Soal Luna.

"Saya?? Nah..Saya okay.." Balas Ace.

"Sorry to ask...But,can you show your Sacred Swords to me again??" Pinta Luna.

"For you dear..." Jawab Ace.

Pemuda itu menghalakan tangannya ke depan. Tetiba tasik itu bercahaya keemasan. Muncul ratusan pedang terapung bewarna emas. Luna tergamam.

"C...Cantiknya.." Mata Luna bersinar melihat ratusan pedang itu.

"Ini baru sikit. Saya tak nak bazirkan tenaga saya. Kerana saya akan hapuskan Zagros dengan teknik ini." Kata Ace sambil mengusap rambut Luna.

"Sikit??" Soal Luna memandang Ace.

"Saya boleh seru berjuta pedang. Tapi itu akan memakan jumlah tenaga saya dengan banyak. Sama seperti saya gunakan teknik untuk sembuhkan awak dari tikaman bayang Xabier." Jelas Ace.

"Ouh.." Luna hanya mengangguk.

Ratusan pedang tadi itu lenyap. Yang tinggal hanyalah cahaya dari bulan.

"Luna,Saya nak buat pengakuan..." Kata Ace.

"Pengakuan??"

"Emm...Sebenarnya--"

"Hah!! Korang buat apa tuu!"

Belum sempat Ace membuat pengakuan, Edward pula menyergah dari belakang menyebabkan mereka berdua terkejut.

Ace menghala tapak tangan ke arah kedua pedangnya itu. Tetiba kedua pedangnya itu bergegar lalu terapung. Ace menggerakkan tangannya ke arah Edward. Kedua pedang itu meluru ke arah Edward. Melihat kedua pedang itu meluru ke arahnya segera Edward melarikan diri.

"WARGHH!!! AMPUN ACE!! LAIN KALI AKU TAK BUAT LAGI!!! AMPUN!!!" Kata Edward sambil melarikan diri dari pedang Ace.

"Awak nak cakap apa tadi??" Soal Luna.

"Tak...Tak ada apa-apa..Lupakan saja." Balas Ace lalu dia bangun bersama Luna.

"Jomlah..Besok perang lagi..Saya nak tidur.." Ajak Ace.

"Edward macam mana??" Soal Luna.

"Biarlah dia..Nanti pedang tu kembali kepada saya juga."

Mereka berdua berjalan sehingga berhenti di sebuah khemah.

"Goodnight Luna. Terima kasih kerana temankan saya tadi.." Ucap Ace.

"Goodnight too.." Balas Luna lalu mengucup pipi Ace dan meluru masuk ke dalam khemah bagi askar perempuan.

"Hey.." Ace memegang pipinya yang dikucup Luna sambil tersenyum. Lalu pemuda itu beredar.

************************

Tang!!!

Ting!!!

Zing!!!

Zang!!!

Tang!!!

Hari kedua perang masih berterusan. Pihak musuh datang dengan bala tentera yang ramai.

Tentera bersekutu pula bersemangat untuk membunuh tentera musuh.

"Adehh...Aku ingat habis sudah perang..." Kata Rex sambil melibaskan kapak gergasinya

"Apa boleh buat..." Balas Edward dengan nada pasrah.

"Seriously guys?? Tak payah nak merungut...Kita dalam medan perang ni.." Kata Shin.

Shrakk!!

Prakk!!

Berberapa ekor goblin terputus kepala akibat libasan Shin.

"Yelah.." Rex terus melibas kapak besarnya.

"Aku harap Fiona selamat..." Kata Edward sendirian.

Spashh!!

Bash!!

Spashh!!

Fiona melibaskan cemetinya menyebabkan banyak orge terbunuh. Zack hanya tersengih sahaja. Pedangnya kini dikelilingi api hijau. Setiap kali dia melibas musuh di hadapannya akan terbakar.

Jeneral Wyliam pula hanya melibaskan tombak miliknya. Berberapa ekor orge mati di tangannya.

"Bunuh mereka semua!!" Arah Raja Fyrer. Armor yang dipakainya kini tercalit darah orge. Leo pula melawan sambil melindungi Raja Fyrer daripada dicederakan.

Tcak!!

Cakk!!!

Tcakk!!

Anah panah menusuk masuk ke kepala musuh. Para tentera memanah menyokong tentera berpedang dan berkuda dari belakang.

Reo masih juga berperang dengan tentera di bawah. Jeneral Agila pula mengeluh sahaja melihat kelakuan Reo itu.

"Stupid lover..." Jeneral Agila terus memanah musuh.

Di bahagia Kumpulan Kiri pula, Ace melibas musuh tanpa rasa takut. Mukanya sentiasa dingin. Dia sebenarnya tidak tahu bahawa dia sudah jauh dari kumpulannya.

Jeneral Lycra dan Luna berhempas pulas menewakan musuh di hadapan. Begitu juga dengan tentera di bahagian Kumpulan Kiri.

"Mana Jeneral Ace!!?" Soal Jeneral Lycra.

"Tak tahu!" Sahut seorang askar.

Luna terus melibaskan pedangnya. Dia semakin geram dengan jumlah bilangan musuh.

Akhirnya dia tidak ada pilihan selain menggunakan teknik dari puaknya.

Shankk!!!

Beratus musuh mati akibat teknik itu. Luna terus menyambung libasannya. Secara tak sedar seekor goblin cuba menikamnya dari belakang. Jeneral Lycra yang ternampak tidak sempat berbuat apa-apa.

"Luna!!!" Jerit Jeneral Lycra.

Ace yang terdengar jeritan itu segera memalingkan kepalanya. Goblin itu sudah dekat lalu menaikkan pisaunya tinggi dan..

Cakkk!!!

"Ace??" Soal Luna. Mukanya memucat melihat Ace di tikam di bahagian perutnya.

Segera Ace menendang goblin itu. Dia memandang musuh di hadapan dengan muka yang bengis.

"JANGAN SENTUH DIA TAK GUNA!!!!!!" Ace melibaskan Ryzer secara mendatar.

ZUWOOOOHHHHH!!!!

BROOOUUMMMMMM!!!!

Satu libasan yang maha kuat menghentam tentera pihak musuh. Separuh dari tentera pihak musuh mati akibat libasan Ace.

Peperangan terhenti seketika. Semua terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

Menyedari jumlah mereka yang semakin sedikit, tentera musuh berundur. Para tentera bersorak melihat tentera musuh berundur.

Ace memacakkan pedangnya bagi menyokong dia berdiri. Luna segera memapah Ace. Pemuda itu hanya menutup lukanya menggunakan tanganya.

"Kenapa awak selamatkan saya Ace??" Soal Luna dengan sebak.

"Mestilah saya selamatkan awak...Mana boleh saya lihat awak cedera. Saya tak sanggup melihat awak cedera dua kali.." Jawab Ace sambil tersenyum.

Continue Reading

You'll Also Like

10.1K 171 10
Tajuk: Anak Tuan Rumah Penulis: Orked V. Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-138-7 Halaman : 608 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & S...
144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
10.5K 474 5
Saya membesar dengan di kelilingi persekitaran yang kurang baik. Ibu saya kaki lelaki, Bapa saya pula kaki minum dan penagih. Kehidupan kami adik ber...
26.9K 127 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain